Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PLC - LESSON STUDY PANITIA BAHASA MELAYU

SJK(T) KALAIMAGAL SUNGAI PETANI, KEDAH

1.0 : PENDAHULUAN

Professional Learning Community ( PLC ) merupakan elemen baru dalam pendidikan


masa kini yang bertujuan untuk melihat perkembangan profesional guru di sekolah.
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC
merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama
sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC
akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi
mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Pelaksanaan Lesson Study dalam PLC pula bertujuan membentuk jati diri guru-guru
ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru, diharapkan dengan
pelaksanaan Lesson Study ini, guru-guru akan dapat memahami konsep satu kitaran
pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sempurna di sekolah.

2.0 : RASIONAL

Sesuai dengan slogan Bahasa Merentas Kurikulum , mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah nadi dan penggerak utama dalam PdPc. Guru Bahasa Melayu merupakan aset
yang penting untuk mencakna generasi sempurna. Kejayaan guru itu bukan sahaja
diukur kepada kemenjadian muridnya, tetapi juga terjelma melalui semangat
berpasukan dan tanggungjawab mereka terhadap profesion keguruannya, masyarakat
dan negara. Dalam pada itu, seiring dengan saranan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) supaya para guru berusaha menerapkan ciri-ciri pembelajaran abad
ke-21 dalam setiap sesi pdpc, elemen tersebut juga diaplikasikan dan ditonjolkan
dalam sesi PLC pada kali ini.

3.0 : MATLAMAT

Aktiviti dalam Lesson Study ini dapat melatih atau meningkatkan kemahiran guru-
guru Bahasa Melayu menjurus kepada kecemerlangan akademik, kualiti kepimpinan
dan sahsiah terpuji yang boleh dimanfaatkan kepada murid-murid, diri sendiri dan
masyarakat.

4.0 : OBJEKTIF

4.1: Memahami konsep dan pelaksanaan satu kitaran Lesson Study di sekolah
4.2: Menggunakan Lesson Study sebagai satu pendekatan perkembangan profesional
guru-guru di sekolah
4.3: Membina semangat sepasukan dan bekerjasama (team work) yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu program
4.4: Meningkatkan nilai-nilai keperibadian dan profesionalisme seseorang guru
4.5: Memantapkan kualiti kepimpinan seseorang guru
4.7 : Menonjolkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 dalam sesi PdPc Bahasa Melayu.

5.0 : ANJURAN

Panitia Bahasa Melayu

6.0 : TAJUK PENGAJARAN

Mengenal pasti dan membina ayat menggunakan Kata Kerja tak Transitif

7.0 : TARIKH

28 Februari 2017 ( Selasa )

8.0 : MASA

12.15 1.15 Tengah Hari

9.0 : TEMPAT

Bilik Crome Sekolah


10.0 : PEMANTAU

1) Puan Azila Binti Ismail (Sic+ Bahasa Melayu Ppd Kmy)

2) Encik

11.0 : SASARAN

MURID-MURID 5 VIVEGAM DAN GURU-GURU PANITIA BAHASA MELAYU

12.0 : JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : ENCIK D. SUBRAMANIAM ( GB )


PENGERUSI : PUAN GUNAWATHY ( GPK 1 )
NAIB PENGERUSI 1 : EN. LOGANATHAN ( GPK HEM )
NAIB PENGERUSI 2 : PN. PREMA ( GPK KOKO )
PENYELARAS : ENCIK NAGENDRAN
SETIAUSAHA : PN. NURUL FARISHAH BINTI OTHMAN

13.0 : JAWATANKUASA KERJA

TENAGA PENGAJAR : CIK MARY THIBA


PENYEDIAAN RPH: CIK MARY THIBA , PN MUPTHAJ BEGAM
PENYEDIAAN BBM : CIK MARY THIBA , PN MUPTHAJ BEGAM
PENYEDIAAN TEMPAT : ENCIK NAGENDRAN , CIK MART THIBA

14.0 : ANGGARAN PERBELANJAAN


RM 10.00 PHOTOSTAT BAHAN PDP MURID
RM 20.00 CD UNTUK VIDEO PDP PLC

15.0 : PENUTUP

Melalui program PLC ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada ahli panitia
Bahasa Melayu mewujudkan pdpc yang berkesan supaya dapat memperkembangkan
profesion keguruan mereka ke arah melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
LAPORAN BERGAMBAR DAN DOKUMENTASI PLC - LESSON STUDY
PANITIA BAHASA MELAYU SIRI 1 / 2017

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERCIRIKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

PENGAJARAN BERFOKUSKAN MURID- AKTIVITI BERKUMPULAN

SESI PEMBENTANGAN HASIL DAPATAN

SIC+ SEBAGAI PEMANTAU PLC

RAKAN PANITIA TURUT BELAJAR

KENANGAN PEMANTAU SIC+ BERSAMA BEBERAPA GURU PANITIA BAHASA


MELAYU
Laporan disediakan oleh,

..........................................
(PUAN NURUL FARISHAH BINTI OTHMAN)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
SJK(T) Kalaimagal,
Sungai Petani, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai