Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN BERGAMBAR DAN DOKUMENTASI PLC - LESSON STUDY

PANITIA BAHASA INGGERIS 2018

1.0 : PENDAHULUAN
“Professional Learning Community ( PLC )“ merupakan elemen dalam pendidikan
masa kini yang bertujuan untuk melihat perkembangan professional guru di sekolah.
Pelaksanaan“ Lesson Study ” dalam PLC pula bertujuan menerapkan nilai
cooperative dan reflective ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Justeru, diharapkan dengan pelaksanaan ” Lesson Study “ ini, guru-guru akan dapat
memahami konsep satu kitaran pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan
sempurna di sekolah.

2.0 : RASIONAL
Sesuai dengan slogan “ Bahasa Merentas Kurikulum “, mata pelajaran Bahasa
Inggeris adalah nadi dan penggerak utama dalam PdP. Guru Bahasa Inggeris
merupakan aset yang penting untuk mencakna generasi sempurna. Kejayaan guru
itu bukan sahaja diukur kepada kemenjadian muridnya, tetapi juga terjelma melalui
semangat berpasukan dan tanggungjawab mereka terhadap profesion
keguruannya, masyarakat dan negara.

3.0 : MATLAMAT
Aktiviti dalam “ Lesson Study “ ini dapat melatih atau meningkatkan kemahiran guru-
guru Bahasa Inggeris menjurus kepada kecemerlangan akademik, kualiti
kepimpinan dan sahsiah terpuji yang boleh dimanfaatkan kepada murid-murid, diri
sendiri dan masyarakat.

4.0 : OBJEKTIF

4.1 Memahami konsep dan pelaksanaan satu kitaran Lesson Study di sekolah.

4.2 Menggunakan Lesson Study sebagai satu pendekatan perkembangan


professional guru-guru di sekolah.

4.3 Membina semangat sepasukan dan bekerjasama (team work) yang


bertanggung jawab dalam melaksanakan sesuatu program.

4.4 Meningkatkan nilai-nilai keperibadian dan profesionalisme seseorang guru.

4.5 Memantapkan kualiti kepimpinan seseorang guru.


5.0 : MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 18 April 2018
Masa : 09.00-10.00
Kelas : Tahun 4
Anjuran : Panitia Bahasa Inggeris
Jenis strategi : Lesson Study
Tajuk : Present Continuous Tense

6.0 : SASARAN
Murid tahun 4 dan guru-guru Panitia Bahasa inggeris

7.0 : JAWATANKUASA KERJA


Tenaga pengajar : Izzat Adli Bin Galanay
Gilbert Nyanggau Manjan
Penyediaan RPH : Izzat Adli Bin Galanay
Gilbert Nyanggau Manjan
Sita Anak Inka
Penyediaan BBM : Izzat Adli Bin Galanay
Gilbert Nyanggau Manjan
Sita Anak Inka
Juru foto : Izzat Adli Bin Galanay

8.0 : SUMBER KEWANGAN


PCG dan dana fotostad

9.0 : PENUTUP
Melalui program PLC ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada ahli panitia
Bahasa Inggeris supaya professionalisme keguruan mereka ke arah yang lebih
cemerlang, berkemahiran dan berkeyakinan dalam pelbagai bidang.
10.0 : LAMPIRAN BERGAMBAR

Perancangan RPH

Penyediaan ABM

Proses Pengejaran dan Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai