Anda di halaman 1dari 5

SJKT LADANG GLENMARIE,SHAH ALAM

SELANGOR D.E.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PANITIA SAINS

ANJURAN PANITIA SAINS

TARIKH:
3 JULAI 2023 HINGGA 7 JULAI 2023
SJKT LADANG GLENMARIE (TS 25)
KERTAS KERJA PERTANDINGAN MINGGU PANITIA SAINS
PERINGKAT SEKOLAH 2023

1.0 PENGENALAN

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Sains SJKT Glenmarie mengambil
inisiatif menganjurkan program “Minggu Sains” yang melibatkan semua murid dari Tahun
1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat murid dalam
meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap mata pelajaran Sains
melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini
diharap dapat membudayakan Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian mereka.
Oleh itu pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.

2.0 MATLAMAT

Program Minggu Sains adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai


mata pelajaran Sains, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala ilmu dan
kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka dalam
mata pelajaran Sains meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga
diharap dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan guru untuk menjalankan pelbagai
aktiviti yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-
murid yang lebih seimbang pada masa akan datang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempertingkatkan minat murid-murid dalam mendalami ilmu Sains melalui aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan sepenjang Minggu tersebut.
3.2 Mencungkil bakat dan kreativiti murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.3 Mendedahkan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan.
3.4 Menyasarkan 100% murid Tahun 1 hingga Tahun 6 mencapai minimum TP3 dalam
PBD.
3.5 Melahirkan insan yang bersyukur dan berfikiran jauh ke hadapan.
4.0 TEMPOH
3 Julai 2023 Hingga 7 Julai 2023

5.0 TEMPAT
Dewan Sekolah

6.0 SASARAN
Semua murid tahun 1 hingga tahun 6

7.0 JADUAL PELAKSANAAN

BIL HARI / AKTIVITI


TARIKH

PERTANDINGAN KUIZ SAINS


1 RABU
SOALAN KUIZ SAINS
5.7.2023
TAHUN 1 -6 : EKSPERIMEN
KHAMIS
2
6.7.2023
JUMAAT BUKU SKRAP SAINS
3
7.7.2023
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Alat dan Bahan Harga Seunit (RM) Kuantiti Jumlah


(RM)

1 Hadiah Pemenang

PERTANDINGAN KUIZ
SAINS, BUKU SKRAP
Tempat pertama
Set Alatan Tulis – RM 15.00 X 12 RM 180.00
Tempat kedua
Pensel Warna – RM 12.00 X 12 RM 144.00
Tempat ketiga RM 96.00
Buku Diari Berwarna – RM 8.00 X 12

PERTANDINGAN
EXPERIMEN SAINS

Tempat pertama Hamper Makanan – RM 40.00 X6 RM240.00


2

Jumlah RM 660.00

9.0. JAWATANKUASA PELAKSANA :


Pengerusi : Pn.M.Tamilchelvi ( Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn.P.Indrani ( GPK Kurikulam)
Naib Pengerusi 1 : En.M.Vikneswaran ( GPK KoKurikulum )
Naib Pengerusi 2 : Pn.B.Malarjothi ( GPK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras : Pn.M.Suguna ( Ketua Panitia Sains )

10.0 AHLI JAWATANKUASA:-

Pelancaran : Pn.N.Chitra
Hadiah : Pn.N.Chitra & En.M.Vikneswaran
Juru gambar : Cik.R.Thevalozheny
Kertas kerja : Pn.Mullaimalar
Dokumentasi dan Laporan : Pn.Mullaimalar
Hakim Pertandingan : AJK Panitia Sains

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan


jayanya serta mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif
yang telah ditetapkan untuk kecemerlangan murid.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:

________________ ____________ ________________

Pn.R.Mullaimalar En.M.Vikneswaran Pn.M.Tamilchelvi


(KP Sains) (GPK Pentadbiran ) (Guru Besar)

Anda mungkin juga menyukai