Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN MINGGU SAINS (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

DIPERKETATKAN)
SJK (T) LADANG RASAK, BUKIT SUBANG

1. Nama Program : Minggu Sains

2. Tarikh : 04.08.2021-11.08.2021

3. Hari / Masa : 1 Minggu

4. Tempat : Kediaman Masing-Masing

5. Sasaran : Murid tahun 1 hingga tahun 6

6. Objektif : 1. Dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata


pelajaran Sains.

2. Dapat melahirkan para pelajar yang kreatif dan

inovatif.

3. Dapat memberi pengalaman menarik kepada

pelajar melakukan hands-on eksperimen melalui

aktiviti yang dijalankan.

4. Dapat meningkatkan pencapaian akademik bagi

mata pelajaran Sains dan seterusnya mencapai

target yang telah ditetapkan

6. Butiran aktiviti :

Aktiviti minggu sains dimulakan dengan perasmian oleh Puan Guru Besar Parameswari.
Kemudian Ketua Panitia Pn. Uzhanantiny memberikan taklimat tentang minggu sains. Selepas
itu pertandingan mencipta model sains dimulakan dari kediaman masing-masing. Hal ini kerana
minggu sains dijalankan pada waktu PKP. Guru member tempoh satu minggu untuk
menyerahkan semua tugasan sepanjang minggu sains. Guru besar menasihatkan murid untuk
melibatkan dalam aktiviti minggu sains sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seterusnya, guru sains juga selalu mengingat dan menerangkan tugasan yang perlu dibuat
oleh murid-murid sepanjang minggu sains. Tambahan pula, guru-guru menasihati murid supaya
murid sentiasa berwaspada dengan projeknya. Seterusnya, guru-guru juga meminta ibu bapa
untuk bertindak sebagai pembimbing di rumah sepanjang projek ini. Aktiviti minggu sains akhiri
dengan kuiz pada hari Rabu (11.08.2021). Dari minggu sains, panitia sains telah memilih murid
saintis muda.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :


I. Kerjasama Guru besar, PK Pentadbiran dan guru yang amat baik.
II. Kerjasama ibu bapa dan murid-murid yang baik.
III. Dapat mencungkil bakat murid-murid.
IV. Pengalaman yang baik kepada murid dan guru.
V. Unsur-unsur saintifik dapat dikenali.
VI. Aktiviti ini dapat menarik minat murid terhadapsubjek sains.
VII. Murid dapat menguasai sesetengah tajuk sains tahun masing-masing.

8.2 Kelemahan Program :


I. Situasi Pendemik
II. Murid-murid kurang beryakin dalam penyampaian.
III. Ada sebahagian murid yang tidak menyertai pertandingan secara atas talian
akibat masalah tiada gajet atau gangguan talian.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

I. Berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pertandingan ini pada masa


akan datang.
II. Peratus penglibatan murid-murid perlu ditingkatkan.
III. Menyediakan jumlah hadiah yang lebih banyak untuk menarik lebih ramai murid
menyertai aktivti yang dijalankan.

9. Dokumentasi Bergambar : Dilampirkan

Disediakan :

………………………
(Uzhanantiny A/P R.Krishnan)
KP Sains
SJK (T) Ladang Rasak
LAPORAN BERGAMBAR MINGGU SAINS
ATAS TALIAN GOOGLE MEET

Anda mungkin juga menyukai