Anda di halaman 1dari 16

Sajak 1

Sajak Remaja

Remaja
Hindarkanlah dirimu daripada perkara kotor
Hindarkanlah dirimu daripada perkara bahaya
Hindarkanlah dirimu daripada perkara tidak baik,
Remaja
Ingatlah kepada ibu bapamu,
Janganlah engkau lupa kepada mereka,
Mereka menjaga kita
Mendidik kita
Mengasuh kita
Berilah yang terbaik kepada meraka
Remaja
Tinggalkanlah rakan yang tidak baik
Ambillah rakan yang baik
Contohilah rakan yang mempunyai hala tuju
Jangan pula engkau mencontohi yang sebaliknya
Remaja
Berusahalah mencapai kejayaan
Masa depanmu masih cerah
Jangan engkau toleh kebelang
Mungkin ia akan merosakkan dirimu
Jangan engkau menduka hati ibu bapamu
Namun
Gembirakanlah hati ibu bapamu
Dengan mendapat keputusan cemerlang
Sajak 2

Hikayat Bonda

Bonda,
Bagaimanakah rupa abah?
Bonda tersentak,
Namun tersenyum,
Memberikan gambaran.

Bonda,
Bagaimanakah tingkah laku abah?
Bonda terdiam,
Namun tersenyum,
Memberikan tafsiran

Bonda,
Bagaimanakah kasih abah pada kita?
Bonda bungkam,
Namun tersenyum,
Dalam kehampaan.

Bonda
Pertanyaan melayang sepi,
Bonda lena,
Dengan titisan embun sayu,
Kini aku mengerti segalanya pasti!
Sajak 3

Persahabatan itu

Persahabatan itu…
Anugerah

Persahabatan itu…
Persaudaraan sesame insan

Persahabatan itu…
Terjalin apabila terjadinya pertemuan

Persabatan itu…
Adalah persaudaraan yang akrab atas dasar – dasar ketulusan, keikhlasan, kejujuran
dan erti persahabatan

Persahabatan itu…
Adalah amanah
Seorang sahabat
Di dalam menjalinkan
Persahabatan
Sajak 4
Wanita

Seorang wanita umpana


Sekuntum bunga di taman,
Segar mewangi di pelusuk dunia,
Setulus kasih sesuci embun,

Lembut wanita kerana tutur katanya,


Mesra wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana semangatnya
Patuh wanita kerana setianya.
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana luhurnya

Lemah wanita kerana simpatinya


Dendam wanita kerana cemburunya,
Saying wanita kerana keibunya
Tanpa wanita lelaki lemah,
Kerana wanita lelaki kalah
Sajak 5

Kenangan Terindah

Teman ….
Tatkala kau berduka
Aku ibarat hilang punca
Mencari secebis jenaka
Agar kau tersenyum semula

Teman….
Dengarlah ini satu cerita
Sebagai luhahan pengubat luka
Setelah sekian lama terpendam

Teman ….
Aku tinggal tanpa sebab
Hanya angkara sekelumit sengketa
Yang tidak pernah kau tahu

Maafka aku..
Engkau…
Seorang sahabat yang amat kusayangi
Takkan ada sesiapa mengganti
Namamu sentiasa tersemat di hati
Takkan ku lupa hingga ke mati

Namun….
Akhirnya aku ditinggal sepi
Takut mencari teman sejati
Takut menghadapi lara di hati
Dan aku…
Keseorangan lagi
Terdampar disini

Sahabat ….
Ku harap engkau bahagian kini
Bersama teman baru
Yang lebih memahami isi hatimu
Akan ku kenang persahabatan dulu
Sebagai satu kenangan yang indah
Terima kasih aku ucapkan
Atas segala- galanya
Cerpen 1

CIKGU HALIMAH

Hidupku berubah setelah kemasukan guru baru ke sekolahku. Guru yang diberi

nama , Puan Halimah mempunyai rupa paras yang menawan serta baikk perwatakannya.

Beliau dipindahkan ke sekolahku kerana kekurangan guru matapelajaran Ekonomi Asas.

Cikgu Halimah merupakan guru yang cemerlang, wajarlah kalau beliau dipindahkan ke

sekolahku. Maklumlah, sekolahku merupakan sekolah yang sungguh ternama kerana

pelbagai pencapaian telah di raih dari segi akademik mahupun kokurikulum. Disinilah

bermulanya 1001 kisah tentang hidupku.

Namaku Aiman bin Baka yang berasal dari Kelantan. Kawan-kawanku memanggil

diriku dengan gelaran ‘Mat Saja’. Mungkin anda tertanya mengapa gelaran sebegitu

diberikan kepadaku? Aku mendapt gelaran ‘Mat Saja’ kerana sikapku yang sering

bersahaja dalam melakukan apa jua kerja. Tambahan pula, aku sering bersahaja ketika

menjawab peperiksaan. Ini membuatkan kawan-kawanku hairan dan memberikan

gelaran tersebut. Aku juga merupakan seorang pelajar yang malas sekali. Ketika guru

sedang mengajar, aku mengambil kesempatan untuk tidur di dalam kelas. Ada kalanya

aku akan ponteng kelas kerana dia tidak suka dengan guru yang mengajar. Pada suatu

hari, semasa aku sedang lena tidur di dalam kelas, seorang guru baru telah masuk ke

kelasku. Pada mulanya, aku tidak tahu bahawa beliau merupakan guru baru di sekolahku.

Selepas dikejutkan kawanku Roslan kerana disuruh Cikgu Halimah, aku cuba membuka

mataku yang agak kuyup dan layu ini. Mataku terus terarah-arah kepada Cikgu Halimah.

Penglihatanku agak kabur sedikit, lalu ku cuba mengusap mataku barulah jelas sedikit.

Tiba-tiba aku terlihat seorang wanita yang sungguh cantic dan menawan sekali. Mataku
seakan-akan tidak mahu terkebil walaupun sedetik. Cikgu Halimah memandangku

dengan senyuman yang manis sekali, membuat diriku terus dibuai angan-angan. Aku

terkejut seketika kerana diterpa oleh Roslan. Aku memarahi Roslan secara gurauan. Lalu

ku cuba mengalihkan mataku ke arah Cikgu Halimah kembali, tetapi beliau sudah meluru

keluar dari kelasku kerana matapelajarannya sudah tamat. Aku bertanya Roslan

siapakah guru yang baru sahaja masuk kekelas kita. Roslan memberitahu secara

terperinci sekali. Sejak itu aku baru mengenali Cikgu Halimah.

Keesokkan harinya, diriku sungguh bersemangat sekali untuk memulakan hidup

baru. Buat kali pertama datang awal ke sekolah. Pada hari itu mata pelajaran yang

pertama adalah matapelajaran Ekonomi Asas. Setelah perhimpunan telah tamat, aku

terus ke bilik guru untuk Cikgu Halimah mungkin ada buku yang boleh aku bawa untuk

menolongnya. Aku telah sampai ke bilik guru dengan penuh harapan untuk membantu

Cikgu Halimah , tetapi beliau sudah tiada di situ . Aku bertanya kepada guru yang lain

sekiranya mereka melihat Cikgu Halimah. Lalu, Cikgu Zam memberitahuku bahawa

Cikgu Halimah sudah berada di kelasku, Di dalam hatiku berkata “pantaslah Cikgu

Halimah merupakan guru yang cemerlang , kerana cikgu sungguh menepati masa.” Aku

tergesa-gesa masuk ke kelas. Sampai sahaja di pintu hadapan kelas, ku melihat Cikgu

Haliimah sedang mengajar. Lalu, ku memberikan salam dan meminta izin masuk ke

dalam kelas, aku mengambil tempat dudukku lalu mengeluarkan buku matapelajaran

Ekonomi Asas. Sikapku yang begitu malas untuk belajar sekarang tiada lagi. Kini aku

lebih fokus di dalam kelas dan selalu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru.

Kelakuan pada hari itu sungguh menghairankan kawan-kawanku. Ketika pulang sekolah,

Roslan sempat berbual dengan ku “mat aku nampak kelakuan kau pelik hari ini, kau sihat
ke?” kata Roslan dengan hairan sekali. “Eh, aku sihat lah , apa yang dihairankan oleh

kau?” ku bertanya kembali kepada Roslan. “ Selalunya, aku nampak kau tidur je dalam

kelas, hari ini kau nampak semangat untuk belajar” kata Roslan lagi. “Aku fikir sudah

sampai masanya aku ubah sikap aku, lagipun pepriksaan SPM kan sudah hampir tiba”.

Aku menjawab persoalannya tadi. Roslan tidak berkata apa-apa , malahan dia senyum

sinis melihat perubahanku ini.

Hari demi hari berlalu, keakbaran antara aku dengan Cikgu Halimah begitu mesra

bagaikan seorang anak bersama ibunya. Aku dan kawan-kawanku sering berjumpa

Cikgu Halimah sekiranya tidak memahami sesuatu tajuk tentang Ekonomi Asas. Ada

kalanya Cikgu Halimah mengadakan kelas tambahan kerana masa di dalam kelas

begitulah singkat sekali. Peperiksaan SPM yang hampir tiba membuatkan semua pelajar

tingkatan 5 berasa gentar sekali, kerana peperiksaan inilah yang bakal menentukan masa

depan mereka. Keesokkan harinya, seperti yang dinanti-nantikan oleh diriku dimana

Cikgu Halimah akan masuk ke dalam kelas. Sejurus, perhimpunan tamat aku tergesa-

gesa masuk ke dalam kelas. Dalam fikiranku mungkin Cikgu Halimah sudah berada di

dalam kelas. Aku sampai di hadapan pintu kelas, tetapi kutidak melihat kelibat Cikgu

Halimah. Aku masuk ke dalam kelas dengan begitu hairan sekali. Lalu, aku bertanya

kepada Roslan, “ Mana Cikgu Halimah Lan?” dari tadi kami menunggunya, tapi Cikgu

tidak masuk dalam kelas” jawab Roslan. Aku sungguh hairan sekali. Tiba-tiba ketua kelas

kami masuk dan memberitahu bahawa Cikgu Halimah tidak dapat dating pada hari itu.

Hatiku begitu hampa sekali mendengar pemberitahuan tersebut. Pada hari itu ku rasakan

seperti hilang dan melayang ke awangan. Aku sering bertanya-tanya apa yang berlaku

kepada cikgu hari itu.


Telah masuk sebulan Cikgu Halimah tiada di sekolah. Khabar tentang dirinya tidak

dapat ku dengar. Dalam fikiran pelbagai tanda tanya muncul di fikiranku. Dalam sebulan

itu semagat ku untuk belajar tidak memuncak lagi setelah ketiadaan Cikgu Halimah,

senyuman manisnya sering muncul di mindaku. Pda keesokkan harinya, selepas waktu

sekolah aku adan kawan-kawanku ingin melawat Cikgu Halimah, aku meminta alamat

rumah Cikgu Halimah di pejabat sekolah. Setelah 30 minit akhirnya kami sampai di

hadapan rumah Cikgu Halimah, lantas kami memberi salam dan menekan loceng

rumahnya. Dalam beberape minit , pembantu rumah Cikgu Halimah keluar dan bertanya

kepada kami . “Kamu semua hendak cari siapa?.” “ Kami hendak mencari Cikgu Halimah,

benarkah ini rumah Cikgu Halimah?” kami menjawab dan bertanya kepada pembantu

tadi. “Oh , memang betul ini rumah Cikgu Halimah tetapi tiada di sini” “ kemana Cikgu

Halimahpergi mak cik?” tanya kami. “Cikgu Halimah berada di Hospital Kuala Lumpur,

dia menghidap demam denggi.” Pembantu rumah itu memberitahu kami. Kai begitu

terkejut sekali mendengar berita tersebut. Selepas beberapa minit dating pula suami

cikgu yang baru pulang kerja. Kami memberitahu perkara sebenar kepada suaminya.

Akhirnya suami cikgu membawa kami melawat Cikgu Halimah. Kami semua tidak sabar

melihat keadaan cikgu. Dalam beberapa puluh minit, akhirnya kami sampai di Hospital

Kuala Lumpur. Kami semua dibawa oleh suami cikgu ke bilik dimana cikgu dirawat.

Sampai sahaja di bilik cikgu, kami melihat cikgu sedang tidur lena. Suami cikgu

mengejutkannya dan memberitahunya tentang kehadiran kami. Cikgu Halimah begitu

terkejut sekali melihat kedatangan kami. Hatiku berasa gembira sekali dapat berjumpa

Cikgu Halimah kembali. Aku menceritakan segalanya kepada cikgu setelah

ketidakhadiran cikgu ke sekolah. Setelah mendengar cerita kami, lalu cikgu memberi
nasihat kepada kami supaya lebih tekun belajar dan sentiasa fokus di dalam kelas kerana

Peperiksaan SP bakal menjelma. Mendengar nasihat Cikgu Halimah tadi, kami telah

mendapat satu pengajaran. Walaupun cikgu tiada bersama kami tetapi doa cikgu

terhadap kejayaan selalu bersama. Kini kami lebih bersemangat untuk Berjaya.

Esoknya, kami dating ke sekolah dengan semangat yang lebih berkemuncak.

Kami lebih tekun menelaah buku-buku di perpustakaan. Kami juga lebih fokus di dalam

kelas. Akhirnya, peperiksaan SPM pun telah tiba. Kami melakukan yang sehabis baik

bagi mencapai keputusan cemerlang. Peperiksaan SPM telah tamat. Cikgu Halimah

sudah sembuh dari demam dengginya. Kami gembira melihat cikgu kembali ke sekolah

semula. Keputusan SPM bakal keluar tidak lama lagi. Pasti saat-saat itu dinantikan

semua pelajar dan juga guru-guru kami semua telah menghabiskan waktu bersama

Cikgu Halimah. Tiga bulan telah berlalu, keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi,

hatiku berdebar-debar menunggu keputusan tersebut. Aku sering berdoa agar aku dan

kawan-kawan mendapat keputusan yang cemerlang. Kesokkan harinya, keputusan SPM

pun telah pun telah keluar. Semasa kami mengambil keputusan tersebut ku melihat Cikgu

Halimah tersenyum melihat kami. Apa jua keputusan yang bakal aku diperolehi aku

terima seadanya, kerana itulah hasil titik peluh diriku. Akhirnya aku telah mendapat

keputusan yang cemerlang sekali. Aku memperolehi 5A,4B. Aku sungguh berbangga

sekali. Aku berterima kasih kepada-Nya kerana memberi keputusan itu. Aku juga tidak

lupa berterima kasih kepada ibubapaku yang sentiasa memberi semangat. Terima kasih

ku juga tujukan kepada Cikgu Halimah, tanpanya mungkin diriku tidak berubah dan tidak

bakal memperolehi keputusan sebegini. Terima kasih cikgu.

************************************ TAMAT *******************************************


Cerpin 2

Suratan Takdir Ketentuan Tuhan

Sunyi sepi tenang, penuh dengan keharmonian musim telah terlalu tua. Azan

subuh sayup-sayup kedengaran menyemarakkan hati. Sebuah jiwa kecil meneruskan

kehidupan yang merupakan sebuah pengembaraan yang penat di pagi penuh rahmat

dan kesyukuran.

"Nani, sudah subuh, nak? Kalau belum mari solat jemaah bersama-sama ibu"

"Baik ibu, Nani tengah bersiap ni."

Lunak merdu suara kedengaran, gerak langkah ikhlas menuju menghadap illahi.

"Nani mesti rajin belajar dan mengulang kaji pelajaran, nanti Tuhan, ibu sayang

dan abah pun sayang"

Patuh Nani mendengar arahan ibunya, tangan dan kedua belah pipi ibunya

dikucup penuh mesra dan sayang. Langkah di orak untuk ke sekolah menimba

seteguk ilmu bersama-sama lusuh catatanmu.

Saat itu merupakan saat bahagia bagi dirinya, kini setelah abahnya menghadap menemui

Tuhan yang Esa, ibunya pula menyusul menyahut seruan tuhan. Terpaksalah Sir Kerdil

lagi hina ini meneruskan periuangan kehidupannya seorang melalui waktu-waktu yang

sepi. Tiada lagi tempat mengadu dan tempat bermanja buat anak sepertinya. Tiada

seperti anak-anak yang Iain mempunyai tempat mengadu nasib hanya Allah menjadi

tempat baginya untuk berserah segala-galanya. Wajah comel Nani yang dahulunya
kehiiauan dalam keriangan, sesinar mentari pagi, sesejuk embun pagi, kini sekusam bak

senja kelam yang tiada erti.

Sekelam penderitaan yang dialaminya menjadi racun keresahan dalam hidupnya.

Namun, Nani tahu dia harus tabah menghadapi dugaan yang Tuhan lahirkan dalam titik

kehidupannya. Tiba-tiba lamunannya terganggu dan terhenti, air jernih yang mengalir

dipipinya dikesat dengan sapu tangan peninggalan ibunya agar tiada siapa yang

menyedari tangisannya. Jengkelan suara saran kedengaran memecahkan suasana yang

pada mulanya sunyi dan tenang kepada suasana yang ibarat hiruk-piruk masyarakat

kota.

“Eei budak AlDS. gelinya aku!" "Dahlah hina dan jijik”

Ejekan Sarah disambut dengan hilai tawa rakan-rakannya yang penuh prejudis.

Tambah perit apabila mendengar sindiran Sunaina yang amat pedih dan berbisa.

"Aaa…. kawan-kawan, jangan dekat dengan dia tau nanti…”

Luluh hati Nani mendengar ejekan kawan- kawannya yang menari dalam

bayangannya saban hari dan setiap masa. Ke mana sahaja hala tuiunya pastinya diri ini

dicaci dan di hina atas perkara yang dia sendiri tidak mengingininya. Mengimbas kembali

kenangan hitam yang merobek dadanya sewaktu kali pertama mendengar kata-kata itu.

Perasaan ingin tahunya seolah-olah meleraikan segala persoalan yang sarat

menghantui fikirannya. Sesudah berdoa dia berteleku di atas sejadah setelah

menyelesaikan solat Asar berjemaah bersama-sama ibunya. Mulut kecilnya mengungkap

satu soalan yang tidak pernah terlintas atau diduga oleh ibunya.
"Ibu, kenapa kawan-kawan adik tak mahu kawan adik? Kenapa kawan-kawan adik

panggil adik budak AIDS, anak AIDS dan macamn-macam lagi ibu? Persoalan anak kecil

yang terdampar dalam angina yang ragu itu "AIDS apa maknanya ibu ? Dipeluknya Nani

sepenuh hati, darah jernih tidak berwarna mengalir lesu di pipi ibunya. Mulut kecil itu tetap

terus mengajukan seribu soalan kepada ibunya. Apakah daya seorang ibu untuk

menyembunyikannya yang tersirat daripada anak kecilnya? Hanya kejujuran yang perlu

dipertaruhkan."

"Adik, adik perlu tabah ya, adik memang menghadapi penyakit itu ….sebelum ibu

habis berkata-kata , ibu telah membunuh penaku dalam kecurigaan. Nani begitu juga

abah dengan ibu, sambung ibunya kembali. Namun demi Tuhan hanya dugaan dari-Nya.

Ibu tahu bukan salah abah, abah iuga menderita sebelum pergi.Adik masih ingat tak

kemalangan yang berlaku sewaktu abah bertugas di Kaherah? Abah telah menderma

darah kepada seorang mangsa, namun bukan kerelaan kita, mangsa itu menghidapi

AIDS dan darahnya turut dialirkan ke badan abah. Sebab itulah abah meninggalkan kita.

Abah tabah menghadapinya, adik juga perlu begitu dan menjadi seperti abah hidup di

dunia ini hanyalah sementara walau apapun kata-kata mereka kepada adik, ketahuilah

ibu dan abah amat menyayangi adik."

“Ibu..”

"Apa budak AIDS ni, siang-siang hari pun boleh mengigau ke?"

"Pelik sungguh aku" mulut celupar Wanie berbunyi lagi, disambut dengan sahabat

karibnya.
"Yalah, buat-buat muka seposen, nak bagi kita rasa kasihanlah tu, menyampah

aku”

Pedih, hampa, kecewa, pilu, menerkam di jiwa Nani. Dengan sedaya upaya aku

mengumpul kekuatan untuk meluahkan perasaannya yang selama ini yang dipendamkan

sahaja di lubuk hati suara bergema ke seluruh kelas.

"Kenapa dengan kamu semua ini? Bukan Nani pinta untuk menghadapi penyakit

ini. Nani juga dilahirkan seperti kamu semua, punya harapan, punya impian, namun

dugaan yang menimpa Nani lebih berat. Nani akan pergi dari sini tidak lama lagi. Cuma

jangan benci Nani..." suara kecil yang pada mulanya berbaur tegas dan meminta sedikit

belas itu makin lama makin perlahan dan hilang! Tubuh kecil itu terkulai dan terjelepuk

jatuh ke lantai umpama bunga yang mulanya mekar dan tiba-tiba meniadi layu.

Seluruh kelas terkedu dan tersentak. Suasana menjadi kecoh. Mereka semua

menerpa tubuh lesu itu. Sarah dan Wanie tersentak. Terdetik dalam hati mereka.

“Ya Tuhan, kami dahaga penawar dari Mu. Temukanlah kami dengan Nani untuk

yang kali terakhir Ya Tuhan"

"Fatimah, cepat telefon ambulans, kita perlu bawa Nani ke hospital!" Cikgu Kositan

kalut menangani keadaan.

"Saya hendak ikut cikgu" "Saya juga cikgu" rayu Sarah dan Wanie "Baguslah, mari

bantu saya."

Di katil putih itu, sepasang mata yang layu di buka perlahan.


"Nani maafkan kesalahan kami selama ini." Tangan kecil itu menggenggam erat

kedua jari-jemari Wanie dan Sarah. Kini ketausuban kuasa Tuhan, mengubah segala-

galanya. Jika dahulu air mata itu dialirkan urtuk kesedihan dan kesucian hati Nani,

sebuah persahabatan yang ikhlas terjalin walaupun sementara. “Nani tidak pernah

mendendami kamu, Nani sayangkan Wanie dan Sarah begitu juga sahabat-sahabat yang

lain. Nani sekadar insan biasa lagi Nani yang tidak punyai kuasa untuk menghukum

sesiapa, maatkan juga Nani… "Wanie, Sarah ambillah cincin ini sebagai kenang-

kenangan sewaktu ketiadaan Nani nanti. "Cincin berbatu jernih itu dihulurkan ke telapak

tangan Sarah dari jari manisnya.

"Boleh Wanie dan Sarah peluk Nani?" “Boleh” mereka merangkul tubuh lemah

Nani. Air mata kasih tertumpah lagi. Kini keadaan bertukar jadi sunyi dan sepi.

"Nani! Nani! Bangun Nani! Mengucap Nani" Kalimah Syahadah sesuci hati kecil

itu kedengaran lemah. "Nani...!!"

Wanie dan Sarah meredhai pemergian sahabatnya dalam senja yang semakin

larut itu walaupun mereka mengerti bahawa mereka ingin memulakan persahabatan

sementara itu sekali lagi diberi ruang kesempatan.

************************************ TAMAT *******************************************

Anda mungkin juga menyukai