Anda di halaman 1dari 9

Panduan Mudah Mencipta Pantun Oleh : Mohd. Fauzi bin Abdullah IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Kemahiran mencipta pantun adalah salah satu daripada kemahiran menulis yang harus dipelajari oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kesusasteraan Melayu.. Sebagai bahan kreatif, penciptaan pantun seharusnya digubah menggunakan bahasa yang indah, puitis dan berkesan bagi menyampaikan pemikiran. Ciptaan juga harus mengikut prinsip ciptaan puisi terutama puisi tradisional yang agak terkawal sifatnya. Berikut diberikan panduan ringkas tentang proses kreatif mencipta pantun.

Langkah 1 Latihan perbendaharaan kata 1. Perlu mencari dan menyenaraikan sebanyak mungkin perkataan sama ada perkataan baru atau perkataan lama (arkaik). Penggunaan kamus sangat digalakkan. Sebagai permulaan bolehlah senaraikan 50 perkataan dan tambahlah dari semasa ke semasa. Senaraikan perkataan yang berkaitan dengan nama objek atau unsur alam bagi dijadikan pembayang pantun. Selain menyenarai, juga perlu mengetahui, mengenali dan memahami makna, bentuk dan sifat objek berkenaan. Laksanakan dengan cara membuat buku skrap atau buku catatan khas.

Nama/ perkataan

Gambar/ lakaran/ lukisan

Keterangan ringkas (erti, sifat, bentu dll) Pada peringkat awal, bolehlah menyenaraikan nama-nama objek alam yang biasa digunakan dalam percakapan harian atau biasa ditemukan dalam buku teks sekolah, akhbar harian atau dalam karya sastera tradisional atau moden. Perkataan berkenaan mungkin berkaitan dengan alam buana (seluruh isi darat/ laut/ air) atau alam dirgantara (seluruh isi angkasa raya).

Langkah 2 Susunlah perkataan berkenaan mengikut kelompok masing-masing. Contoh : Objek daratan Nama tumbuhan/ pokok : jati, merbau, rambutan, langsat, pisang Bunga-bungaan : melati, kemboja, sena, kiambang, cempaka Buah-buahan : rambutan, manggis, tembikai Sayuran : lobak, petola, peria, cabai, kangkung Binatang dan unggas: harimau, jengking, labah-labah, beruang, semut, Geofizikal daratan : gunung, sungai, lembah, paya, jurang, pulau

Objek air/ lautan Nama ikan sungai, paya dan kolam : keli, sepat, haruan, talapia, Nama ikan lautan : kerisi, tamban, selar, tenggiri Geo fizikal lautan/ sungai : pantai, selat, ombak, tebing, muara

Objek angkasa raya Bulan Bintang Matahari, suria

Nama-nama lain Langkah 3 Latihan perbendaharaan kata 2 Senaraikan objek/ sikap/ sifat manusia Digunakan bagi membina bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat. Anggota tubuh : kepala kaki, tangan, mata, mulut, lutut, perut Sifat : gemuk, pendek, putih, panjang, kurus, tinggi, cantik, cerdik. Kisah / cerita : sejarah, mitos, legenda, cerita rakyat Tokoh sejarah : Hang Tuah, Bahaman, Mat Kilau Anasir alam : banjir, bah, ribut, taufan, gempa Benda kegunaan harian : tikar, permaidani, tudung saji, meja, kerusi Perkakas rumah : radio, senduk belanga, Perhiasan : gambar, lukisan, arca, pasu Nama negeri : Pahang, Melaka, Johor Nama pengangkutan darat, air, angkasa : kereta, perahu, kapal terbang

Sikap : rajin, malas, bijak pemarah, berani, baik hati, tanggungjawab

Langkah 4 Latihan Membina Skima Rima/ Bunyi

Susun atau padankan perkataan mengikut bunyi suku kata hujung yang sama bermula dengan ba hingga baz , seterusnya ca hingga caz , dan berikutnya, mengikut turutan huruf yang sesuai.

lumba-lumba Lembab Lebah Rambai Kerbau Langkah 5

Kesumba Sebab Sembah Cabai Taptibau

Tiba Kebab Rebah Lebai Lembau

Cuba Rebab Kubah Tibai Imbau

tuba sembab gubah lambai Rembau

Latihan menyusun kalimat/ ayat (1) Membina frasa pembayang maksud Berdasarkan senarai kata yang dikumpulkan, susun untuk dijadikan kalimat, frasa atau ayat yang bermakna. Untuk membina pembayang maksud pantun, pilih perkataan yang menggambarkan unsur/ objek alam (binatang, tumbuhan, bungaan, geofizikal, objek angkasa raya) Sebaiknya objek alam itu objek yang indah sama ada dipandang, didengar, dirasa, digambarkan. Sebaiknya terdiri daripada 4 patah kata dan 8-12 sukukata sebaris

Cantumkan dengan perkataan lain bagi menghasilkan bahasa yang indah dan sedap didengar.

Pastikan sukukata hujung mempunyi bunyi (rima) berselangan iaitu ab. Sebaiknya ada hubungan makna (cerita) antara baris pertama dan baris kedua.

Contoh : Lumba-lumba di teluk dalam, Hilir mudik main gelombang

Anak kerbau bermain paya, Mati tersepit punggur rebah,

Manis rasanya buah rambai, Mari dimakan pagi hari,

Langkah 6 Latihan menyusun kalimat / ayat (2) Membina Maksud Pantun

Pilih perkataan yang mengandungi unsur manusia. Pastikan rima hujung berselangan ab;ab Susun empat patah perkataan / 8-12 suku kata sebaris

Contoh :

Sungguh manis wajahmu puan, Sekali pandang rasa tak puas.

Kalau hidup selalu berbudi, Sepanjang masa dikenang orang.

Jika hendak menjadi pandai, Rajin-rajinlah membaca buku.

Langkah 7 Latihan Membina Pantun Lengkap Tetapkan tema pantun yang hendak dicipta Ikut ciri bentuk pantun (empat baris, 4 patah perkataan, skima rima hujung ab;ab, ada pembayang dan ada maksud) Fikir dan tuliskan baris maksud dahulu. Kemudian barulah difikirkan padanan baris pembayang.

Contoh :

Tema : Keilmuan

Tuliskan dahulu baris maksud.

Jika hendak menjadi pandai,

Rajin-rajinlah membaca buku.

Kemudian fikirkan baris pembayang

Pakai baju kain cindai, Koyak sedikit terkena kuku; ..

Cantum dan susunkan empat baris berkenaan menjadi

Pakai baju kain cindai, Koyak sedikit terkena kuku: Jika hendak menjadi pandai, Rajin-rajinlah membaca buku.

Langkah 8 Latihan Mengedit Pantun

Fikir semula tiap patah perkataan yang dipilh sebagai pembayang atau maksud sama ada mempunyai sifat puitis atau tidak.

Apakah perkataan yang dipilih bagi bahagian pembayang sesuai untuk menggambarkan rasa bagi maksud pantun.

Perhatikan adakah bunyi rima tengah pantun tersebut berselangan ab;ab seperti bunyi hujung ab;ab.

Fikirkan sama ada maksud pantun berkenaan digambarkan secara langsung atau berkias.

Fikirkan apakah perkataan yang pilih berupaya menggambarkan kod budaya masyarakat.

Fikirkan apakah ada perkataan yang boleh menjadi kata kunci bagi menggambarkan maksud keseluruhan rangkap pantun berkenaan.

Fikirkan juga logik makna bagi idea pantun tersebut.

Bagi contoh pantun yang diciptakan tadi, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan. Antaranya memadan dan memilih perkataan kedua tiap baris bagi membentuk skima rima tengah yang berselangan ab;ab sama seperti skima rima hujung.

Mungkin bahasa pantun ini menjadi lebih puitis dan sedap dilafazkan, jika diubah begini :

Pakai terendak berkain cindai, Koyak sebelah terkena kuku: Jika hendak menjadi pandai, Rajin-rajinlah membaca buku.

Mencipta pantun memerlukan kesabaran dan penguasaan bahasa yang banyak dan teliti. Namun dengan latihan berterusan dan kesabaran tinggi, anda pasti mampu menjadi seorang pencipta dan pemantun yang baik. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai