Anda di halaman 1dari 3

I) Panduan mudah mencipta syair

Bagi menjawab soalan mengenai bagaimana mencipta syair, sepertimana yang sering
ditanyakan oleh pelajar dan peserta kursus, berikut penulis perturunkan panduan mudah,
yang sering penulis berikan kepada kepada pelajar-pelajar sekolah dan pelatih bakal guru
di maktab perguruan yang mengambil mata pelajaran Sastera atau Bahasa Melayu
(Komsas).
1. Tetapkan tema cerita atau subjek, misalnya mengenai kasih sayang, alam sekitar, ilmu
dan sebagainya.
2. Aturkan urutan peristiwa atau huraian terhadap subjek berkenaan (seperti membina
plot cereka; permulaan, perkembangan, penutup). Sebaiknya buat dalam bentuk peta
minda.
3. Sebagai latihan awal, hadkan jumlah rangkap yang ingin dicipta
Contoh :
Tema : Ilmu
Jumlah rangkap : 6
- Permulaan : konsep ilmu (1 rangkap)
Ilmu umpama pohon berbuah,
Menanam ia mendapat tuah,
Tempat berteduh dikala susah,
Jika berhujan pasti tak basah.
- Perkembangan : 2 kekuatan orang berilmu (2 rangkap)
Orang berilmu sukar dicari,
Sehari-hari memencil diri,
Hanya manikam kenal jauhari,
Bila bercakap merendah diri.
Ilmu membentuk budi bahasa,
Mengenal diri mengenal bangsa,
Bila berhujah tidak berdusta,
Tidak bercakap yang sia-sia.
- Perkembangan : 2 kelemahan orang tidak berilmu (2 rangkap)
Jika malas menuntut ilmu,
Jadilah kita bodoh dan dungu,
Semua perkara kita tak tahu,
Ke mana pergi mendapat malu.
Di tengah medan orang berbincang,
Kita nan hanya pandang memandang,
Tercegat kaku di tengah gelanggang,
Barulah sedar diri terbuang.

- Penutup : 2 nasihat peri pentingnya menuntut ilmu (2 rangkap)

Wahai semua rakan dan taulan,


Ikutlah sadba nabi berpesan,
Tuntutlah ilmu dari buaian,
Sehingga mati berpacak nisan.
Ingat-ingatlah saudara semua,
Tuntutlah ilmu di mana jua
Penuhkan isi di dalam dada,
Bahagia di dunia akhirat jua.
4. Dahulukan isi penting atau subjek yang hendak ditekankan, diikuti isi yang kurang
penting atau huraian tentang subjek berkenaan.
5. Satu rangkap adalah satu kesatuan idea yang mewakili satu isi. Elakkan dari
memberikan lebih daripada satu isi bagi satu rangkap.
6. Jika ianya berbentuk cerita, fikirkan watak, susunan plot, teknik penceritaan dan
elemen-elemen lain seperti penciptaan cereka.
7. Atur dan pilih bahasa / frasa yang sesuai. Proses menyunting perlu dilakukan berkalikali agar terhasil susunan kalimat yang puitis, tepat dan berkesan. Misalnya :
Ilmu membentuk budi bahasa,
Mengenal diri mengenal bangsa,
Bila berhujah (Petah berhujah) tidak berdusta,
Tidak bercakap yang sia-sia.
Selepas diamati, frasa bila berhujah mungkin lebih sesuai diganti dengan petah
berhujah. Kesesuaian bahasa boleh diukur berdasarkan pertimbangan puitis, sedap
didengar, mudah disebut, berkesan dan bermakna.
8. Aturkan perkataan mengikut padanan skima rima a,a;a.a (serima). Sebaik-baiknya
skira rima seimbang. Misalnya :
Orang berilmu sukar dicari, (a)
Sehari-hari memencil diri, (a)
Hanya manikam kenal jauhari, (a)
Bila bercakap merendah diri. (a)
9. Walau bagaimanapun disebabkan kekangan bunyi perkataan, skima rima hujung syair
lebih longgar berbanding pantun (tidak seimbang), misalnya;
Di tengah medan orang berbincang,
Kita nan hanya pandang memandang,
Tercegat kaku di tengah gelanggang,
Barulah sedar diri terbuang.
Bunyi suku kata hujung (skima rima) cang, -dang, -gang- dan ang walaupun masih
bercorak serima namun tidak berbunyi seimbang.
10. Adalah lebih bagus, sekiranya dapat diaturkan skima rima tengah a,a:a,a sama
seperti skima rima hujung. Dengan ini bunyinya menjadi lebih harmonis kerana pengaruh
hentian sebentar di tengah baris (pause) dan jeda (caesura) di hujung baris yang
mengubah lenggok suara serta melodi syair. Misalnya :

Orang berilmu (a) / sukar dicari, (a)


Payah bertemu (a) / memencil diri, (a)
Manikam tentu (a) / kenal jauhari, (a)
Bercakap selalu (a) / merendah diri. (a)
Hal ini memerlukan ketelitian dan mengambil masa yang agak panjang, di samping
penguasaan perbendaharaan kata yang banyak. Namun dengan kesabaran dan latihan
berterusan, pelajar mampu melakukannya.
11. Untuk mendapatkan lenggok bunyi dendangan syair, sebaiknya ketika menulis kita
bunyikan dendangan syair berkenaan. Dengan cara itu kita dapat menysun dan memilih
perkataan yang seimbang sukatan kepanjangannya bagi menimbulkan keharmonisan
melodi syair. Misalnya :
Wahai semua / rakan dan taulan,
Memang nabi / ada berpesan,
(Ikutlah sabda nabi berpesan)
Tuntutlah ilmu / dari buaian,
Hingga mati / berpacak nisan.
Berdasarkan draf awal, baris kedua terasa agak janggal dan kurang harmonis bila
didendangkan. Oleh itu penulis menukarkan frasa berkenaan menjadi ikutlah sabda nabi
berpesan, yang kedengarannya lebih harmonis dan menepati sukatan lenggok melodi
syair.
Akhirnya, teruskanlah (berkali-kali!!) mengedit, memilih dan menyulam bahasa seindah
dan setepat mungkin agar pernyataan idea dapat disampaikan dengan harmonis dan
indah.

Anda mungkin juga menyukai