Anda di halaman 1dari 13

GURU SEBAGAI PENGGERAK MOTIVASI

Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggung jawab dan tugas yang harus
dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesi guru.Tugas utama dan terpenting yang
menjadi tanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan
membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha kearah itu harus dirancang
dan dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru
yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk
keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi
belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi
pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.

Guru dapat memahami motivasi belajar jika sewaktu mengajar dia dapat
melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tingkat kecerdasan para pelajar.


2. Melaksanakan teknik memotivasi pelajar.
3. Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengan keperluan dan
minat pelajar.
4. Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar.
5. Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan yang sistematik.
6. Melaksanakan penilaian diagnostik.
7. Melaksanakan komunikasi interpersonal.

Memotivasi pelajar merupakan salah satu langkah awal yang harus dilakukan oleh
seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika guru telah berjaya
membangun motivasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran bermakna guru
itu telah berjaya mengajar. Namun pekerjaan ini tidaklah mudah. Memotivasi
pelajar tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi juga
mengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secara terus menerus,
walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelah meninggalkan sekolah.

Untuk meyakinkan diri kita bahawa memotivasi pelajar dalam belajar merupakan
tugas guru dan berkewajiban pula melaksanakannya, maka pendekatan
Behavioristik perlu kita jadikan pedoman dalam mengajar. Para pakar Behavioristik
mengemukakan bahawa motivasi ditentukan oleh persekitaran. Guru merupakan
persekitaran yang sangat berperanan di dalam proses belajar. Oleh kerana itu,
meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran merupakan tugas yang sangat
penting bagi guru.

Mengapa usaha memotivasi pelajar itu sangat penting bagi guru? Sesetengah guru
mungkin beranggapan bahawa tugas mereka sebagai guru hanyalah mengajar
sahaja, bukan menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang mereka ajarkan. Guruguru seperti ini menghabiskan masa mereka di dalam kelas semata-mata hanya
untuk menuangkan bahan pelajaran kepada pelajar. Mereka tidak peduli sama ada
isi pelajaran yang mereka ajarkan atau yang mereka terangkan itu dapat diterima
oleh pelajar untuk dijadikan sebagai miliknya atau tidak. Mereka tidak
memperhatikan apakah bahan yang mereka ajarkan itu bermanfaat dan
mempengaruhi tingkah laku atau perkembangan pelajar ke arah yang positif. Guruguru seperti ini tidak menyedari bahawa pelajar-pelajar yang tidak berminat tidak
akan dapat menerima pelajaran dengan baik.

Pelajar yang tidak berminat terhadap apa yang diajarkan oleh guru tetapi dia
diharuskan mempelajarinya, dapat menimbulkan suatu perasaan benci terhadap
mata pelajaran itu, bahkan untuk selanjutnya pelajar itu tidak akan ingin pernah
mempelajarinya. Di dalam kelas yang kita ajar mungkin kita akan mendengar
pelajar berkata, "Saya tidak mampu belajar Bahasa Inggeris" atau "Saya tidak dapat
belajar matematik." Jika kita teliti permasalahannya, bukan kerana kedua-dua mata
pelajaran tersebut sukar atau tidak menyenangkan, tetapi kerana guru kedua-dua
mata pelajaran itu tidak menggunakan strategi yang berkesan, sehingga pelajar
tidak tertarik untuk mempelajarinya. Pelajar tidak bermotivasi, malahan merasakan
mata pelajaran tersebut menjadi menyiksa mereka.

Guru seharusnya menggunakan masa yang banyak sewaktu mengajar untuk


memotivasi pelajar-pelajarnya. Pelajar yang termotivasi dengan baik dalam
pelajaran akan melakukan lebih banyak aktiviti dan lebih cepat belajar jika
dibandingkan dengan pelajar yang kurang atau tidak termotivasi semasa belajar. Ini
memandangkan, jika guru dapat membangunkan motivasi pelajar terhadap

pelajaran yang diajar maka diharapkan pelajar akan sentiasa meminati mata
pelajaran tersebut.

Sesungguhnya usaha memotivasi pelajar dalam pendidikan adalah merupakan suatu


proses (1) membimbing pelajar untuk memasuki pelbagai pengalaman yakni proses
belajar sedang berlangsung; (2) proses menimbulkan semangat dan keaktifan pada
diri pelajar sehingga dia benar-benar bersedia untuk belajar; dan (3) proses yang
menyebabkan perhatian pelajar tertumpu kepada satu arah atau tujuan pada satu
masa, iaitu tujuan belajar.

Situasi kelas yang pelajar-pelajarnya termotivasi dapat mempengaruhi sikap belajar


dan tingkah laku pelajar. Pelajar yang termotivasi untuk belajar akan sangat tertarik
dengan berbagai tugas belajar yang sedang mereka kerjakan; menunjukkan
ketekunan yang tinggi; variasi aktiviti belajar mereka pun akan lebih banyak. Di
samping keterlibatan mereka dalam belajar lebih besar, mereka juga kurang
menyukai tingkah laku yang negatif yang dapat menimbulkan masalah disiplin.

Oleh kerana itu, dalam upaya menjaga dan meningkatkan disiplin kelas maka
motivasi pelajar mesti dipertimbangkan. Ini bermakna meningkatkan motivasi
pelajar dalam belajar merupakan suatu cara yang baik dalam menghindari tingkah
laku pelajar yang negatif, kerana mereka terlibat aktif dalam belajar dan terangsang
untuk belajar.

Sebenarnya tujuan jangka panjang dalam membangun dan mengembangkan


motivasi pelajar dalam belajar adalah terbentuknya motivasi kendiri. Kita sebagai
guru ingin agar pelajar selalu terdorong untuk mengembangkan minatnya untuk
belajar walau di mana pun dia berada. Kita berharap agar pelajar-pelajar kita
sentiasa ingin menimba pelbagai ilmu pengetahuan walaupun mereka telah lepas
dari bimbingan kita. Tujuan pendidikan yang paling utama adalah untuk
membangkitkan dalam diri pelajar suatu motivasi yang kuat dan terus menerus
untuk belajar. Hal ini akan menjadi suatu kecenderungan dan kebiasaan dalam
melakukan proses belajar selanjutnya.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana caranya kita semasa melakukan
pelbagai usaha untuk membangun dan mengembangkan motivasi pelajar semasa
belajar? Para pakar Humanistik, misalnya Carl Rogers, seorang pakar psikologi

mengemukakan bahawa pada dasarnya di dalam diri setiap manusia ada keinginan
yang sangat kuat untuk belajar yang bersifat semulajadi. Jadi, di dalam diri pelajar
keinginan itu sudah ada. Guru hanya mengembangkan atau memupuk keinginan itu
sehingga keinginan belajar itu dapat direalisasikan dalam bentuk prestasi yang
maksimum. Para pakar Behavioristk pula, misalnya B.F. Skinner, seorang pakar
pendidikan mengemukakan bahawa motivasi pelajar sangat ditentukan oleh
persekitarannya. Pelajar akan termotivasi semasa belajar jika persekitaran belajar
dapat memberikan rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk belajar. Guru harus
mengatur persekitaran atau suasana belajar secara bijaksana sehingga pelajar
termotivasi untuk belajar.

Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan
dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan motivasi
pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya
secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta
menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan
meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip
dan teknik yang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalam
usaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik yang
paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk semua
situasi. Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza
keperibadian guru menuntut perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam
memotivasi pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar
dan keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan
teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar.

Di dalam kelas yang pelajar-pelajarnya terdiri dari kelompok yang memiliki


kemampuan yang sama namun berbeza keperibadian dan minat, variasi prinsipprinsip dan teknik-teknik yang dipakai akan lebih banyak. Di dalam kelas mungkin
kita akan menemui beberapa orang pelajar yang mampu memotivasi dirinya
sendiri. Pelajar-pelajar seperti ini tidak banyak memerlukan pertolongan dari guru
untuk merangsang minat mereka dalam belajar, kerana mereka mampu mendorong
diri mereka sendiri. Kebanyakan pelajar akan mempunyai motivasi belajar jika kita
menggunakan berbagai teknik untuk memotivasi mereka, namun ada pula sejumlah
pelajar yang baru akan termotivasi jika kita melakukan usaha-usaha khusus bagi
mereka. Oleh kerana itu kita sebagai guru hendaklah fleksibel dalam memakai
berbagai pendekatan dalam merangsang minat pelajar dalam belajar, serta mampu
menerapkan berbagai prinsip dan teknik yang berbeza sesuai dengan keperluan
masing-masing pelajar .

2. KONSEP-KONSEP DASAR TENTANG MOTIVASI

Motivasi merupakan jantung-nya proses belajar. Oleh kerana motivasi begitu


penting dalam proses pembelajaran, maka tugas guru yang pertama dan terpenting
adalah membangkitkan atau membangun motivasi pelajar terhadap apa yang akan
dipelajari oleh pelajar. Motivasi bukan sahaja menggerakkan tingkah laku, tetapi
juga mengarahkan dan memperkuat tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam
pembelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam
pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru.

Menurut para pakar motivasi terdapat dua jenis motivasi yang umum, iaitu motivasi
intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah keinginan bertindak yang
disebabkan oleh faktor pendorong yang murni berasal dari dalam diri individu, dan
tujuan tindakan itu terlibat di dalam tindakan itu sendiri, bukan di luar tindakan
tersebut. Berbeza dengan motivasi ekstrinsik, iaitu keinginan bertingkah laku
sebagai akibat dari adanya rangsangan dari luar atau kerana adanya kekuasaan dari
luar. Tujuan bertingkah laku pun tidak terlibat dalam tingkah laku itu sendiri, tetapi
berada di luar tindakan tersebut.

Di dalam proses belajar, motivasi intrinsik lebih berkesan mendorong pelajar dalam
belajar. Namun bukan bermakna bahawa motivasi ekstrinsik perlu dihindari sama
sekali. Motivasi ekstrinsik dapat memancing timbulnya motivasi intrinsik. Banyak
pelajar yang termotivasi secara ekstrinsik dapat berjaya dengan baik dalam belajar,
seperti halnya dengan pelajar-pelajar yang termotivasi secara intrinsik, asalkan guru
dapat membantu mereka dengan cara yang tepat sesuai dengan keperluan mereka.
Ada berbagai cara yang dapat dilakukan oleh guru dalam membangkitkan motivasi
pelajar dalam belajar melalui pengembangan motivasi ekstrinsik, seperti
memberikan penghargaan atau celaan, membangun persaingan, memberikan hadiah
atau hukuman, dan memberi tahu kemajuan yang dicapai oleh pelajar. Masingmasing cara mempunyai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahannya
sendiri. Guru harus menentukan cara yang paling tepat sehingga berbagai

kelemahan dapat dikurangi atau dihindarkan sama sekali, dan sebaliknya kekuatankekuatan yang ada dikembangkan dan dimanfaatkan sebesar-besarnya.

3. TEORI-TEORI TENTANG MOTIVASI

Menurut teori Keperluan, manusia termotivasi untuk bertingkah laku adalah kerana
ingin memenuhi bermacam-macam keperluan seperti berikut:

1. Keperluan fizikal, iaitu meliputi keperluan makan, minum, seks atau kenikmatan
dan keselamatan fizikal lainnya. Oleh kerana itu sekolah hendaknya menyediakan
persekitaran yang menimbulkan kenikmatan, keamanan secara fizikal bagi para
pelajar, sehingga mereka merasa senang dan nyaman dalam belajar.
2. Keperluan emosional, iaitu meliputi keperluan untuk mencapai prestasi dan
harga diri. Ini dijadikan dorongan yang memotivasi dalam belajar dengan cara
melibatkan pelajar dalam menentukan tujuan dan aktiviti untuk mencapai tujuan
belajar. Aktiviti belajar hendaklah benar-benar bermanfaat bagi pelajar. Tugas-tugas
belajar hendaklah cukup mencabar pelajar untuk berusaha secara maksimum, tidak
terlalu mudah dan tidak pula terlalu sukar. Urutan-urutan aktiviti belajar hendaklah
diatur sedemikian rupa sehingga pelajar benar-benar dapat berhasil dalam belajar,
sekalipun dia adalah pelajar yang lembab. Dalam hal ini guru memperlakukan
pelajar dengan penuh manusiawi dan menhormati serta menghargai mereka.
3. Keperluan kognitif, iaitu meliputi keperluan untuk berhasil menciptakan atau
memecahkan suatu suasana konflik atau hal-hal yang saling bertentangan dan
keperluan untuk mendapatkan rangsangan. Untuk itu guru perlu memberi tahu
pelajar tentang tujuan pelajaran sehingga mereka mengetahui keberhasilan yang
bagaimana yang diharapkan untuk mereka capai. Berbagai macam cara penyajian
dapat dilaksanakan, seperti melalui teka-teki, pertanyaan yang mengundang
perdebatan atau berbagai pendapat untuk menjawabnya, memunculkan pandanganpandangan yang berlawanan atau berbeza atau aneh sehingga pelajar-pelajar
terangsang untuk berfikir dan membahasnya. Menyediakan rangsangan dengan
memberikan maklumat baru dan berkualiti melalui ceramah, demonstrasi dan
perbincangan.

Abraham Maslow, seorang pakar motivasi terkenal dan pencipta teori keperluan
mengemukakan suatu hubungan hirarki di antara pelbagai keperluan. Menurutnya
jika keperluan pertama terpuaskan atau terpenuhi, maka keperluan kedua dirasakan
oleh individu sangat penting untuk dipuaskan. Demikian seterusnya sampai
keperluan yang paling tinggi, iaitu keperluan aktualisasi diri.

Para pakar Humanistik menitik-beratkan pentingnya motivasi dari dalam diri


sendiri (self-motivation). Mereka menganjurkan agar guru-guru mendorong
berkembangnya rasa ingin tahu dan minat semulajadi pelajar dalam belajar. Para
pakar Behavioristik pula menekankan pentingnya persekitaran dalam menciptakan
kondisi yang memotivasi pelajar. Mereka menganjurkan agar guru mengaitkan
belajar dengan rangsangan yang menimbulkan perasaan senang dan membentuk
tingkah laku pelajar melalui pemberian hadiah atau berbagai penguatan lainnya.

4. MOTIVASI DI DALAM KELAS

Dengan memahami teori-teori yang termasyhur tentang motivasi, maka guru dapat
mengembangkan lapan (8) jenis motivasi di dalam kelas, iaitu: (1) motivasi tugas;
(2) motivasi aspirasi; (3) motivasi persaingan; (4) motivasi afiliasi; (5) motivasi
kecemasan; (6) motivasi menghindar; (7) motivasi penguatan; dan (8) motivasi
yang diarahkan oleh diri sendiri.

Motivasi tugas adalah motivasi yang ditimbulkan oleh tugas-tugas yang ditetapkan
sama ada oleh guru, murid sendiri, mahupun yang dirancangkan oleh guru dan
murid secara bersama-sama. Pelajar yang memiliki motivasi tugas memperlihatkan
keterlibatan dan ketekunan yang tinggi dalam menyelesaikan tugas-tugas belajar.
Motivasi tugas hendaklah dibangun di dalam diri pelajar dan ini dapat dilakukan
oleh guru kalau dia mengetahui cara-caranya.

Motivasi aspirasi yang tinggi tumbuh dengan subur kalau pelajar memiliki perasaan
sukses. Perasaan gagal dapat menghancurkan aspirasi pelajar dalam belajar. Oleh
kerana itu guru jangan menjadikan pelajar selalu gagal, walaupun ini bukan
bermakna guru harus menjadikan pelajar sukses terus menerus. Suatu konsep yang
harus ditanam oleh guru kepada pelajar agar ia memiliki aspirasi yang tinggi adalah
bahawa kesuksesan atau kegagalan ditentukan oleh 'usaha', bukan oleh kemampuan
atau kecerdasan.

Persaingan yang sihat dapat menjadi motivasi yang kuat dalam belajar. Namun
memupuk rasa persaingan yang berlebih-lebihan, di kalangan pelajar dalam belajar
dapat menimbulkan persaingan yang tidak sihat, kerana pelajar bukan menjadi giat
belajar, tetapi dengan berbagai cara berusaha mengalahkan pelajar lain untuk
mendapatkan status. Membangun persaingan dengan diri sendiri pada setiap pelajar
akan menimbulkan motivasi persaingan yang sihat dan berkesan dalam belajar.

Motivasi afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan


sebaik-baiknya, kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain. Pelajar-pelajar
yang masih kecil berusaha meningkatkan usaha dan prestasi dalam belajar agar dia
dapat diterima dan diakui oleh orang dewasa, iaitu guru dan ibu bapanya. Namun
para remaja lebih terdorong belajar untuk mendapatkan penerimaan dan perakuan
dari rakan sebaya. Oleh kerana itu, guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar yang
masih kecil hendaknya memberikan perhatian dan penghargaan yang penuh
terhadap peningkatan usaha dan hasil belajar yang ditampilkan oleh pelajar. Bagi
pelajar remaja, guru hendaknya dapat memanfaatkan kelompok untuk
meningkatkan usaha dan prestasi belajar ahli kelompok.

Kecemasan dapat mendorong usaha dan hasil belajar. Tetapi kecemasan yang
berlebihan dapat menurunkan keghairahan dan hasil belajar. Pelajar yang telah
memiliki motivasi yang tinggi dalam belajar jika mengalami kecemasan dapat
menurunkan motivasinya itu. Demikian juga dengan pelajar-pelajar yang memiliki
kecerdasan (IQ) rendah kalau mengalami kecemasan menyebabkan usaha dan hasil
belajar mereka menjadi bertambah merosot. Tetapi kecemasan sangat berkesan
untuk meningkatkan usaha dan hasil belajar pelajar yang bermotivasi rendah dan
yang memiliki kecerdasan tinggi.

Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar murid,


memberikan komentar pada setiap kertas tugas, ujian dan peperiksaan pelajar dan

memberikan penghargaan. Guru hendaklah menjauhi pemahaman bahawa


pemberian angka sebagai sumber utama untuk menimbulkan motivasi penguatan,
kerana menitik-beratkan pemberian angka dalam memotivasi pelajar dapat
menimbulkan persaingan yang tidak sihat dan akan menimbulkan kecemasan di
dalam kelas.

Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan
motivasi pelajar dalam belajar. Pelajar-pelajar ini menunjukkan tingkah laku yang
mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang melatarbelakangi tingkah laku mereka itu. Pembentukan sistem nilai-nilai yang menjadi
tanggung jawab guru pada setiap pelajar, sehingga pelajar-pelajar memiliki
motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri adalah sangat penting. Bagi pelajarpelajar yang telah memiliki motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri, guru hanya
perlu memberikan pelayanan yang sesuai dengan tuntutan aktiviti belajar mereka.

5. MOTIVASI DAN ASPEK-ASPEK PENGAJARAN

Aspek-aspek yang terlibat dalam pengajaran yang meliputi sikap guru, kaedah
pengajaran, bahan pelajaran, media pengajaran dan penilaian hasil pengajaran
sangat mempengaruhi minat dan keghairahan pelajar dalam belajar.

Sikap atau tingkah laku guru dijadikan model oleh pelajar-pelajarnya. Pelajarpelajar meniru sikap atau tingkah laku guru, sama ada yang pantas mahupun yang
buruk. Gaya guru dalam memimpin kelas juga mempengaruhi suasana kelas dan
kegiatan pelajar dalam belajar. Guru yang memberi semangat kepada pelajar
dengan menekankan bahawa semua pelajar dapat berhasil dalam belajar, asal
berusaha keras, rajin, tekun dan tidak mengenal putus asa, akan menimbulkan
semangat pelajar untuk belajar. Mereka tidak takut untuk salah dalam belajar,
kerana mereka yakin jika salah, mereka boleh berusaha lagi untuk memperoleh
yang benar. Guru seperti ini mengembangkan standard (tingkat kualiti) kesuksesan
yang disebut "Multidimensional Classroom". Berbeza dengan gaya guru yang
mengembangkan standar kesuksesan "Unidimensional Classroom", yang

menekankan bahawa kesuksesan hanya dapat diraih oleh pelajar yang mempunyai
potensi inteligensi tinggi atau pelajar yang cerdas. Pelajar-pelajar yang dianggap
guru kurang berpotensi inteligensi tinggi atau kurang cerdas, tidak bersemangat
untuk belajar dan merasa diri mereka tidak mampu untuk menyelesaikan tugastugas belajar. Gaya guru dalam memimpin kelas seperti ini buruk pengaruhnya
terhadap suasana kelas dan motivasi pelajar.

Tingkah laku pelajar dalam belajar dapat pula mempengaruhi keberkesanan


pengajaran. Kalau tingkah laku pelajar positif maka guru-guru cenderung
menampilkan pengajaran yang berkesan, dan jika tingkah laku pelajar negatif maka
guru-guru cenderung untuk menampilkan pengajaran yang kurang berkesan. Ada di
antara guru-guru yang memberikan pelayanan yang tidak sama terhadap pelajarpelajar yang berbeza status sosial-ekonomi, berbeza jenis kelamin, berbeza
kebudayaan dan berbeza prestasi belajarnya. Tentu sahaja cara ini tidak sesuai
dengan idea pendidikan yang sebenarnya.

Kaedah mengajar yang dapat mengghairahkan dan meraih minat pelajar untuk
belajar adalah memungkinkan pelajar terlibat secara aktif dalam belajar. Berbagai
model mengajar yang dikembangkan oleh Bruce Joyce dan Marsha, memungkinkan
keterlibatan pelajar yang maksimum dalam belajar. Model-model kaedah mengajar
ini menuntut keaktifan pelajar sesuai dengan taraf perkembangan masing-masing
pelajar. Pada taraf perkembangan pelajar yang tertinggi diharapkan pelajar-pelajar
dapat belajar mandiri; melakukan kegiatan belajar tanpa tergantung banyak
terhadap guru.

Bahan pengajaran sangat penting peranannya dalam meningkatkan motivasi pelajar


dalam proses pembelajaran. Guru harus mengenal faktor-faktor yang harus
dikembangkan dalam memilih bahan pelajaran. Di samping itu guru juga harus
mahir dalam mengelola bahan pengajaran sehingga menarik dan memudahkan
pelajar untuk memahami bahan pengajaran tersebut.

Media pengajaran dapat berfungsi untuk mendorong murid belajar dengan minat
dan keghairahan yang tinggi apabila media pengajaran itu dipilih dengan
mempertimbangkan ciri-ciri pelajar, tujuan pengajaran, jenis bahan pengajaran itu
sendiri dan bentuk penilaian pengajaran yang akan dilaksanakan. Untuk memilih
media pengajaran yang baik maka guru perlu mengetahui langkah-langkah yang
harus ditempuhnya.

Aspek pengajaran lainnya yang dapat mempengaruhi motivasi pelajar dalam belajar
adalah pelaksanaan penilaian pengajaran. Penilaian pengajaran yang dapat
meningkatkan aktiviti murid dalam belajar, adalah penilaian yang dapat
memberitahu pelajar tentang kelemahan dan kekuatannya dalam belajar dan
penilaian itu dirasakan oleh pelajar sebagai penggambaran yang benar tentang taraf
penguasaannya dalam belajar. Penilaian hendaknya diikuti dengan tindak lanjut dari
guru, iaitu membantu pelajar untuk meningkatkan taraf penguasaan belajar yang
sempurna, sehingga pelajar dapat berprestasi lebih tinggi.

6. MOTIVASI DAN PERSEKITARAN

Persekitaran sekolah mahupun persekitaran rumah penting peranannya dalam


meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar. Guru mahupun ibu bapa hendaknya
dapat menciptakan persekitaran sekolah dan persekitaran rumah yang
memungkinkan keghairahan dan minat murid belajar menjadi meningkat.
Persekitaran fizikal sekolah, sama ada yang menyangkut pengaturan ruangan kelas
mahupun pengaturan jumlah pelajar dalam satu kelas, hendaknya
mempertimbangkan persyaratan fizikal mahupun psikologikal yang menunjang
keberkesanan pelajar dalam belajar.

Situasi sosial dalam kelas hendaknya dapat menjamin perasaan aman dan tingginya
kerjasama dikalangan pelajar dalam mencapai tujuan akademik.

Ibu bapa dapat menciptakan situasi fizikal mahupun psikologikal yang menyokong
minat dan keghairahan anaknya dalam belajar. Penyediaan kesempatan yang
diperlukan anak dalam belajar di rumah mahupun di luar sangat menunjang
kesuksesan anak dalam belajar. Membina hubungan akrab dengan anak dan
memberikan perhatian yang tinggi penting dan patut dilakukan oleh ibu bapa, kalau
mahu anaknya berjaya dalam belajar.

7. TEKNIK-TEKNIK MEMOTIVASI MURID DALAM BELAJAR

Banyak teknik yang dapat dipergunakan guru untuk meningkatkan motivasi murid
dalam belajar. Guru hendaknya selalu ingat betapa pentingnya memberikan alasanalasan kepada pelajar mengapa mereka harus belajar dengan sungguh-sungguh dan
berusaha untuk berprestasi sebaik-baiknya. Guru juga perlu menjelaskan kepada
pelajar-pelajar apa yang diharapkan dari mereka selama dan sesudah proses belajar
berlangsung. Lebih jauh, guru perlu mengusahakan agar pelajar-pelajar mengetahui
tujuan jangka pendek dari pelajaran yang sedang diikutinya. Ingatlah bahawa ada
cara-cara yang berkesan dan ada pula cara-cara yang tidak berkesan dalam
memberikan penghargaan untuk meningkatkan kegiatan belajar, sikap terhadap
belajar dan sikap terhadap diri sendiri murid, tetapi jangan lupa bahawa untuk
pelajar-pelajar tertentu mungkin dapat merosak motivasi belajar mereka. Oleh
kerana itu, anda sebagai guru harus berhati-hati dalam melaksanakan ujian dan
memberikan angka atau markah kepada pelajar.

Cubalah guru melakukan sesuatu yang menimbulkan kekaguman kepada pelajar


untuk merangsang perasaan ingin tahunya. Memang baik sekali untuk
menimbulkan minat belajar, jika sekali-sekala guru memberikan aktiviti dengan
memperkenalkan sesuatu yang baru bagi para pelajar. Berilah pelajar-pelajar
kesempatan untuk mendapatkan penghargaan. Jadikan jangka masa belajar awal
(permulaan) menjadi lebih mudah bagi pelajar dan usahakan agar semua pelajar
mendapat kesempatan untuk merasa sukses. Tingkatkan motivasi pelajar dengan
merangsang perasaan ingin tahu dengan cara memperkenalkan contoh-contoh yang
khas dalam menerapkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip. Doronglah pelajar
untuk mempergunakan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman yang telah
mereka pelajari dari bahan pelajaran sebelumnya untuk mempelajari bahan-bahan
yang baru. Cubalah masukan unsur permainan dalam proses belajar untuk menarik
minat dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap bahan yang dipelajari.
Doronglah pelajar anda untuk melaksanakan usaha-usaha penemuan atau berbagai
percubaan (penyelidikan) untuk menemukan sesuatu yang belum pernah ada.

Guru haruslah berusaha untuk sedapat mungkin mengurangi persaingan di antara


pelajar-pelajar dalam meningkatkan motivasi untuk mencapai prestasi akademik.
Jauhilah perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang dapat menimbulkan
keengganan murid untuk belajar, sama ada yang merupakan ketidak-selesaan secara
fizikal mahupun yang menyebabkan hilangnya harga diri pelajar. Jangan ada
keinginan guru untuk menghukum pelajar dengan maksud agar pelajar akan belajar,
tetapi sebaliknya berilah mereka penghargaan. Terakhir yang patut diperhatikan
oleh guru dalam meningkatkan motivasi pelajar adalah bahawa guru hendaknya
peka terhadap suasana atau iklim sosial sekolah dan benar-benar memahami
bagaimana pengaruh iklim sosial itu terhadap nilai-nilai yang dipegang oleh para
pelajar.

Guru hendaklah berhati-hati terhadap apa yang sedang berlangsung di dalam


kelasnya dan mencuba merasakan apabila mengajar sesuatu topik dengan cara
tertentu. Buatlah kumpulan pengalaman mengajar anda untuk dijadikan cermin
dalam mengadakan perbaikan-perbaikan. Janganlah takut melakukan berbagai
percubaan untuk menemukan cara yang terbaik dalam mengajar. Oleh kerana itu
anda harus yakin akan pentingnya belajar melalui pengalaman. Jika suatu cara yang
anda lakukan berjalan lancar, lakukan lagi; tetapi jika cara itu tidak atau sedikit
sekali memotivasi murid dalam belajar, tinggalkan cara itu. Mengajar adalah suatu
proses yang menuntut perbaikan secara cermat dan terus menerus.

Anda mungkin juga menyukai