Anda di halaman 1dari 19

INTERVENSI MENANGANI

TINGKAH LAKU
BERMASALAH
Teknik Modifikasi Tingkah Laku

 Salah satu intervensi dalam menangani masalah disiplin.


 Menggunakan prinsip peneguhan.
Teori peneguhan

 Tingkah laku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkah laku ditunjukkan.


 Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan berdasarkan akibat yg
diberikan.
 Teknik modifikasi tingkah laku bertindak berdasarkan tingkah laku yang diberi ganjaran akan
diulangi manakala yang tidak diberi dilupus.
 Akibat memainkan peranan penting dalam menguatkan atau melemahkan tingkah laku yang akan
ditunjukkan pada masa akan datang.
 Terdapat beberapa pilihan dalam teknik modifikasi tingkah laku:
  Meningkatkan tingkahlaku yang diingini.
  Mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
  Mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini dengan peneguhan positif. (prinsip Premack)
Hierarki peneguhan
Peringkat Peneguh Contoh
1 Bahan makanan Coklat,gula-gula
2 Barangan Permainan,pelekat
3 Token Markah, bintang
4 Aktiviti Aktiviti yang diminati murid
seperti bermain komputer
5 Keistimewaan Menjadi ketua kumpulan
rehat awal
6 Pengiktirafan rakan Diterima dan dipuji rakan
7 Perakuan guru Pujian dan perhatian ibu bapa
8 Kepuasan Kendiri Peneguh dalaman mendapat
kepuasan diri
 Peringkat peneguh paling rendah (peringkat 1-3), bersifat kebendaan.
 Peringkat yang melibatkan minat murid, (peringkat 4-5)
 Periktirafan sosial, (peringkat 6-7)
 (peringkat 8), murid melakukan tingkah laku yang diingini dan memuaskan diri murid.
 Peneguh bermula daripada luaran dan bersifat kebendaan, beralih kepada pengiktarafan
orang luar dam diakhiri dengan peneguh dalam yang bersifat lebih kekal dan berkesan.
Terdapat dua prinsip penggunaan hierarki
peneguhan:
 Guru dinasihatkan hanya menggunakan peneguh peringkat rendah untuk meneguhkan
tingkah laku yang baru hendak dibentuk atau untuk mengekalkan tingkah laku yang
diingini.
 Peneguhan perlu ada kesinambungan. Guru bermula dengan peringkat rendah dan perlu
beralih kepada peringkat yang lebih tinggi
Sintem Modifikasi Tingkah Laku Berstruktur

 Sistem kontrak tingkah laku


 Sistem token
Sistem Kontrak Tingkah Laku

 Satu kontrak yang berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang murid atau
kumpulan murid.
 Kontrak akan dibentuk setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak
terhadap tingkah laku yang diingini.
 Guru perlu menerangkan rasional dan langkah-langkah bagi memastikan kontrak tersebut
berkesan.
 Meminta bantuan daripada pihak-pihak lain seperti ibu bapa dan guru-guru lain bagi
memastikan murid mematuhi kontrak yang dipersetujui.
 Menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid dapat mengekalkan tingkah laku
yang diingini walaupun kontrak telah berakhir.
Sistem Token

 Token berfungsi seperti wang yang dapat ditukar dengan aktiviti yang menyeronokkan dan barangan
yang digemari.
 Biasanya digunakan di dalam kelas pemulihan atau pendidikan khan. Serta boleh digunakan untuk
kelas aliran perdana.
 Langkah- langkah membina sistem token:
  senaraikan tingkah laku yang spesifik yang akan diberikan token.
  pilih token yg senang dicari dan digunakan.
  tetapkan kekerapan memberikan token dan masa token akan diberikan.
 Tetapkan siapkan yang akan memberikan token.
 senaraikan peneguh atau ganjaran yang akan diterima melalui token yang dikutip
  tetapkan masa bilakah token dapat ditukar dangan ganjaran
Kemahiran Asas dan Bimbingan Kaunseling
Sekolah Rendah
 Bimbingan dan kaunseling
 Salah satu cara intervensi yang berkesan untuk membantu murid-murid dalam menghadapi
masalah.
 Bimbingan merupakan suatu proses yang berlanjutan dan berterusan.
 Cara ini dirancang dan digunakan untuk membantu murid-murid mengetahui dan
menyedari kebolehan dan kelemahan diri.
 Melalui bimbingan, potensi murid akan dikembangkan secara maksimum supaya murid
memperoleh keharmonian dalam kehidupannya.
 Bimbingan boleh dilakukan oleh mana-mana guru-guru di dalam kelas.
 Intervensi awal dalam bentuk bimbingan dalam bilik darjah akan membantu murid
daripada terjebak kedalam masalah atau salah laku yang lebih serius.
 Kauseling adalah satu bentuk perkhidmatan professional, dilakukan oleh guru kaunselor
yang bertauliah atau guru-guruyang telah menerima latihan khusus dalam khidmat
kaunseling.
 Kaunseling merupakan satu proses yang mana guru kaunselor membantu klien iaitu murid
memahami dirinya yang sebenar, mengenal kekuatan dan kelemahan dirinya.
MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUSELING

 Mengenal dan menyedari potensi murid


 Membina kemahiran dalam pengurusan kendiri
 Membina kemahiran menyelesaikan masalah
 Menguruskan tingkah laku dengan lebih baik
 Membina sikap untuk memajukan diri mempelajari cara menilai keupayaan diri dan
memperoleh corak pembelajaran yang sesuai.
PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN

 Bimbingan adalah untuk semua murid


 Murid yang dibimbing perlu secara sukarela
 Poses bimbing mestilah bersikap terbuka, tidak menghukum dan adil kepada murid-murid.
ETIKA BIMBINGAN

 Menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi


 Kerahsian murid
 Bertanggungjawab
KEMAHIRAN BIMBINGAN

 Kemahiran memberikan perhatian


 Kemahiran mendengar dengan aktif
 Kemahiran berempati
TERAPI BERMAIN
Pengenalan

 Main merupakan aktiviti yang bermotivasi instrinsik dan dilaksanakan semata-mata untuk
kepuasan
 Terapi bermain membantu kanak-kanak untuk menggambarkan sesuatu masalah yang
dihadapi bukan melalui bahasa verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka.
Terapi Bermain
 Terapi bermain adalah untuk mengurangkan masalh tingkah laku dan emosi yang
mengganggu cara kanak-kanak untuk berfungsi secara normal.
 Sigmund Freud (1968) memandang aktiviti bermain sebagai suatu cara untuk
mengurangkan emosi kebimbingan dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan
yang salah sewaktu dalam dunia khayalan.
 Maka, bermain membantu perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak
 Kanak-kanak yang menjalani terapi bermain menjadi lebih bertanggungjawab
 Main sosiodramatik merupakan aktiviti main pura-pura yang melibatkan banyak interaksi
kumpulan, di mana setiap ahlinya memainkan peranan yang berlainan.
 Kanak-kank yang bermain dalam kumpulan secara tidak langsung melibatkan kerjasama
dan komunikasi di antara satu sama lain
 Antara aktiviti main secara kumpulan ialah pembinaan rumah sengan blok-blok pelbagai
bentuk, perkongsian alatan membina dsb.
 Terapi ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri, berkongsi
dan berkebolehan memberi pendapat.
 Justeru, mereka dapat melupakan perasaan yang negatif atau masalah-masalah yang
mengganggu fikiran mereka mahupun tingkah laku yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai