c
cc
c
Tteknik Modifikasi Tingkah Laku adalah merupakan salah satu intervensi yang boleh
digunakan oleh guru dalam menguruskan disiplin di dalam bilik darjah. Teknik
Modifikasi Tingkah Laku menggunakan prinsip peneguhan. Di dalam teori peneguhan,
tingkha laku murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku
ditunjukkan. Tingkah laku ini akan dipelajari oleh murid berdasarkan akibat atau
peneguhan tersebut. Murid akan mempelajari tingkahlaku yang diterima atau tidak
diterima bedasarkan respon yang diperoleh daripada persekitaran. Oleh itu, akibat
memainkan peranan penting dalam menguatkan atau melemahkan tingkahlaku yang
akan ditunjukkan pada masa akan datang.
Terdapat pelbagai jenis peneguhan yang boleh digunakan dengan berkesan untuk
memodifikasikan tingkah laku yang diingini. Keberkesanan sesuatu peneguh
bergantung kepada ciri-ciri dan minat murid. Ciri-ciri dan minat murid sekolah rendah
adalah berbeza dengan pelajar sekolah menengah. Hal ini juga bergantung kepada
situasi di mana peneguhan itu digunakan dan bentuk tingkahlaku yang diingini. Faktor-
faktor murid seperti umur, latar belakang, tahap pembelajaran, tingkahlaku yang ingin
dibentuk, kesukaran aktiviti dan tahap kemahiran akan mempengaruhi keberkesanan
peneguhan. Menurut Larrive (2005), terdapat lapan peringkat peneguh seperti yang
ditunjukkan dalam jadual.
* Prinsip 1
Guru dinasihatkan hanya menggunakan peneguh peringkat rendah untuk
meneguhkan tingkah laku yang baru hendak dibentuk atau untuk mengekalkan
tingkah laku yang diingini.
* Prinsip 2
Peneguhan perlu ada kesinambunagn. Guru bermula dengan peringkat rendah
dan perlu beralih kepada peringkat peneguh yang lebih tinggi.
Peneguhan peringkat rendah biasanya hanya sesuai sekiranya guru ingin mula
membentuk/memodifikasi tingkah laku. Sekiranya ingin terus digunakan, murid akan
lebih berminat dengan ganjaran tersebut(motivasi ekstrinsik) dan hal ini akan
mengurangkan motivasi instrinsik murid. Selepas seketika, guru perlu beralih kepada
meneguh yang bukan berbentuk barangan, contohnya seperti peneguh yang
melibatkan minat murid. Peneguhan ini boleh bermula dengan token. Token yang
dikumpul boleh ditukarkan dengan sesuatu yang menarik minat murid tetapi dalam
bentuk yang bermanfaat seperti melayari internet, membaca buku pilihan, berpeluang
memilih tugasan dan sebagainya. Kemudian guru beralih kepada peneguh berbentuk
aktiviti/keistimewaan yang dapat menaikkan motivasi dalaman murid. Contohnya,
keistimewaan memilih kumpulan sendiri, keistimewaan menjadi ketua tugasan/
penolong guru dan sebagainya. Setrusnya, peneguhan ini boleh diikuti dengan
pengiktirafan. Guru boleh melatih murid-murid di dalam kelas untuk menghargai rakan-
rakan mereka yang berkelakuan baik.
Mereka perlu dilatih untuk tidak memandang negatif kepada rakan mereka yang
mendapat pengiktirafan. Sifat cemburu dan ejekan rakan boleh melemahkan
peneguhan berbentuk peneguhan berbentuk pengiktirafan. Guru harus menyedarkan
murid-murid yang lain dengan mengatakan sesiapa juga boleh mendapat pengiktirafan
sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang bermanfaat kepada diri dan rakan
sekelas. Akhir sekali, peneguhan yang bersifat dalaman adalah yang paling berkesan.
Murid sudah tidak memerlukan ganjaran kebendaan atau pengiktirafan sosial untuk
berkelakuan baik. Pengaruh merupakan kepuasan diri mereka sendiri. Guru
memperoleh murid-murid sebegini dianggap sudah mencapai hierarki tertinggi dalam
peneguhan.
ccccc
Kadangkala adalah perlu bagi guru untuk mengadakan suatu bentuk sistem modifikasi
tingkah laku yang formal dan berstruktur. Hal ini untuk memastikan tingkah laku yang
hendak dibentuk dicatatkan dengan jelas berserta dengan akibat atau peneguhan yang
akan diterima. Mengikut Larrivee (2005), terdapat dua sistem yang boleh digunakan
untuk memodifikasikan tingkah laku murid secara berstruktur dan sistematik iaitu:
!"!
Sistem ini merupakan satu kontrak berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang
murid atau dengan kumpulan murid. Kontrak akan dibentuk setelah mendapat
persetujuan daripada kedua-dua belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini. Untuk
memastikan keberkesanan kontrak tersebut, guru perlu:
!"
Token berfungsi seperti wang yang dapat ditukar seperti barangan yang digemari atau
aktiviti yang menyeronokkan. Sistem token selalu digunakan di dalam kelas-kelas
pemulihan atau pendidikan khas. Walaubagaimanapun, sistem ini juga boleh digunakan
di dalam kelas-kelas biasa. Langkah-langkah membina sistem token adalah:
Strategi-strategi berikut boleh digunakan untuk membantu guru memilih peneguh yang
sesuai. Antaranya ialah:
1. Perhatikan murid dan kenal pasi apakah aktiviti yang menyeronokkan murid atau
apakah kesukaan murid? Kesukaan murid akan menjadi peneguh yang
berkesan.
2. Tanya kepada murid dan bincang dengan murid bentuk peneguh yang disukai
oleh mereka? Guru juga boleh menyuruh murid menulis peneguh/ganjaran yang
disukai oleh mereka ataupun guru membuat senarai ganjaran dan meminta
mereka memilih daripada ganjaran yang tersenarai.
3. Kadangkala beri murid kejutan atau ganjaran misteri yang tidak dijangka oleh
murid. Kejutan akan membangkitkan elemen suspen dan menarik perhatian
murid.
4. Tukar ganti peneguh apabila sudah diguna pakai untuk jangka masa yang lama.
Peneguh yang sudah biasa akan membuatkan murid berasa bosan dan jemu.
Hal ini akan mengurangkan keberkesanan peneguh/ganjaran.
Pengurusan modifikasi tingkah laku murid merupakan suatu intervensi yang berkesan
untuk menguruskan tingkah laku murid di dalam bilik darja. Hal ini boleh dimulakan oleh
guru tetapi boleh ditingkatkan dengan pengurusan kendiri oleh murid. Dalam
pengurusan modifikasi tingkah laku, akibat dan peneguhan akan ditetapkan oleh murid
sendiri. Mereka bertanggungjawab atas tingkah lakuyang ditunjukkan oleh mereka.
Apabila mereka menunjukkan tingkah laku tertentu, mereka akan memberikan ganjaran
atau peneguhan yang tertentu yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri. Pada
peringkat permulaan, murid perlu dibimbing dan ditunjuk ajar untuk menguruskan
sendiri modifikasi tingkah laku mereka. Guru perlu memerhati dan mengawasi supaya
murid sedar perkara yang dilakukan, mengikut apa-apa yang ditetapkan dan melakukan
pengurusan kendiri dengan betul dan berkesan. Membantu murid membuat pengurusan
kendiri modifikasi tingkah laku memerlukan kerjasama yang baik antara guru dengan
murid. Guru dan murid perlu bekerja secara kolaboratif untuk memastikan usaha ini
berkesan.
Secara dasarnya, berikut merupakan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh guru
untuk membantu murid mempunyai pelan intervensi modifikasi tingkah laku sendiri.
Antara adalah: