Anda di halaman 1dari 7

Penggunaan Ganjaran Membawa Kesan Positif Dalam Mengatasi Masalah

Disiplin

1.0

Penggunaan Ganjaran
Kaedah Ganjaran merupakan sebuah kaedah yang diolah dari Teori

Pelaziman Operan Skinner. B. F. Skinner (1958) yang mempercayai bahawa sesuatu


tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau
dendaan. Dengan adanya ganjaran maka tingkah laku positif dapat dikekalkan
manakala tingkah laku yang negatif murid-murid akan diubah.
Menurut Skinner, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkahlangkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara
ganjaran diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya.
Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu.
Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan
betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana
ganjaran seperti ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan
berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus
dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Menurut Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya
sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu.
Dalam bilik darjah, peneguhan positif akan memberikan suatu bentuk motivasi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang
boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas
pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman,
menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang
diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah

laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah
ikhlas ketika memberi peneguhan.
Selain itu, guru yang ingin menggunakan kaedah ganjaran ini perlu
menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu
menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan
datang. Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu
sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut.
Menurut Charles (2008), pada tahun 1960an, banyak guru-guru sekolah
rendah mengaplikasikan Teori Operasi Operan dalam kawalan kelas mereka, iaitu
memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku baik dan
tidak menghiraukan mereka yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Ganjaran berfungsi sebagai sejenis peneguhan positif yang mendorong
individu mengulangi tingkah laku yang baik secara berulang-ulang. Peneguhan
positif ialah, proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan
motivasi, hadiah, ganjaran, sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat
membaiki atau mengubah tingkah laku murid-muridnya. Peneguhan positif ialah
stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun
perubahan kelakuan positif.
Terdapat dua ganjaran peneguhan positif iaitu, ganjaran primer (susu,
makanan, gula), ganjaran terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial
dan sentuhan, perkataan (lisan dan bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan
wajah guru (muka atau badan).
2.0

Kesan Positif Ganjaran

2.1

Meningkatkan Motivasi Murid


Salah satu punca timbulnya masalah disiplin dikalangan pelajar adalah

kerana pelajar tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat. Pelajar seperti ini
boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran.
Antaranya, mengenal pasti kebaikan dan kelebihan pelajar serta suburkanya dan
mereka pasti akan mengulangi kebaikan ini pada masa akan datang. Pelbagai
bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, markah bonus, dan
sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi

tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha
untuk menguasai pengetahuan dan maklumat tetapi juga bersaing antara satu sama
lain untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ganjaran luar yang
berkesan secara tidak langsung mampu menjana motivasi dalaman pelajar supaya
lebih berdisiplin dan bertatasusila.
Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan
soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa dirinya
dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan
yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara
tidak langsung, ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan
murid serta memupuk hubungan yang baik berasakan kerjasama.
Di sini, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai
dan merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru
boleh berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak
diingininya dan sebab akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan
akan fahami apakah yang menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia
berbuat demikian. Oleh yang demikian, lebih baik guru memberikan ganjaran sebaik
sahaja mereka menunjukkan tingkah laku yang baik supaya mereka dapat
bermotivasi secara intrinsik untuk mengukuhkan lagi tingkah laku positif itu. Dengan
sedemikian, wujudlah suasana bilik darjah yang positif dan menggalakkan.

2.2

Mewujudkan Tingkah laku Yang Positif


Selain itu, konsep ganjaran dapat mewujudkan kaitan yang seronok dengan

tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan tingkahlaku itu berulang.
Konsep ganjaran juga menggalakkan pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran
dan mengekalkan moral yang tinggi.
Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan mereka
menimbulkan masalah disiplin berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajarpelajar seperti manusia biasa. Layanan yang baik serta kata-kata pujian yang
diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang
rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah disiplin
di dalam bilik darjah.

2.3

Menambahkan Kebarangkalian Gerak Balas Murid.


Guru juga boleh memberi hadiah kepada murid yang berdisiplin di dalam

kelas. Selain itu, Anugerah Sahsiah Murid boleh diberi kepada murid yang
berkelakuan sopan pada setiap bulan. Contohnya, jika terdapat murid yang agresif
serta membuat bising dan menganggu pelajar lain sehingga menjejaskan proses
pembelajaran di dalam kelas. Hadiah dan anugerah sebegini secara tidak langsung
akan mendorong murid yang bermasalah disiplin untuk mengikut jejak langkah rakan
mereka bagi memantapkan disiplin agar mendapat hadiah yang sama seperti rakan
mereka itu. Anugerah itu juga akan bertindak sebagai

suatu bentuk peneguhan

positif untuk memastikan murid tersebut mengekalkan kelakuan sopannya pada


masa akan datang.
2.4

Meningkatkan Tingkah laku Yang Diingini


Guru juga boleh memberikan ganjaran secara bersiri sehingga masalah

tingkah laku ditangani. Misalnya, seseorang murid yang suka bercakap dengan kuat
dan kurang berminat untuk belajar. Dalam pengaplikasian prinsip ini, guru boleh
memberi ganjaran kepada murid tersebut apabila dia bercakap dengan perlahan
atau mengangkat tangan untuk menjawab soalan (Ragbir Kaur, 2012).
2.5

Memodifikasikan Tingkah laku


Guru

boleh

menggunakan

teknik ganjaran

token

economy untuk

memodifikasikan tingkah laku murid-murid. Token economy merupakan satu sistem


yang meneguhkan tingkah laku positif dengan memberikan token atau hadiah
kepada murid-murid yang mencapai tingkah laku yang diingini. Misalnya, guru
memberi bintang kepada murid-murid yang menumpukan perhatian ketika guru
mengajar dan mematuhi peraturan bilik darjah dengan baik. Setelah murid berjaya
mengumpulkan 10 bintang, dia boleh menukarkan hadiah seperti sekotak pensel
warna daripada gurunya.
Token yang diberi adalah dalam bentuk benda seperti bintang, gelang, kad,
duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau
ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan
tertentu (privileges). Kaedah ini didapati amat berkesan dalam membantu murid
yang menghadapi masalah perlakuan yang biasa atau perlakuan yang kompleks dan

juga sesuai untuk menghapuskan tingkah laku maladatif dan menukarkannya


kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian dengan kehendak persekitaran dan
masyarakat. Contoh penggunaan kaedah token adalah seperti gambar rajah di
bawah:

2.6

Mewujudkan Iklim Bilik Darjah yang Positif


Tingkah laku bermasalah negatif yang sering mengganggu kelancaran proses

pembelajaran pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif seperti
tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya
tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di
kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering
ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau
melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau
menyakitiseseorang yang lain.
Manakala tingkah laku distruptif pula bukan sahaja membahayakan diri
sahaja malah juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering
bertindak tanpa memikir akibatnya. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan

permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan
ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Murid yang
mempunyai tingkah laku desruptif sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran.
Dengan mengaplikasikan teknik ganjaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, ia akan dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi
sosial dan iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat
seiringan dengan murid lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah
tingkah laku kepada tingkahlaku terpuji dan seterusnya melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Tingkahlaku terpuji ini penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat sanggup
melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa
tingkahlaku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan
tanggungjawab diri sendiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding
melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan
kebaikan. Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan
kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila pelajar yang
bermasalah dari segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang
membuat bising dan mengganggu pelajar lain belajar. Dengan itu, ia akan menolong
menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada
tingkahlaku positif.

Rujukan

Charles .(2008). Building Classroom Dicipline, United States: Pearson


Education Inc.
Stone .(2007). The Effects of Token Economy System to Improve
social and academic

behavior with a primary aged child with disabilities.

International Journal of SpecialEducatuon, 6(2), 15-23


Woody, R.H .(1992). School psychology: A developmental and sosial
systems approach. Boston : Allyn & Bacon.

Anda mungkin juga menyukai