Anda di halaman 1dari 30

MENGURUSKAN EMOSI MURID:

PENDEKATAN BUDAYA
PROFESIONALISME PEMIMPIN SEKOLAH

SURADI SALIM
Jabatan Psikologi Pendidikan dan
Kaunseling
Universiti Malaya
Tel: 79675094
Fax: 79675010
Email:suradi@um.edu.my
EMOSI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA DIRI
KITA
Emosi memainkan peranan penting dalam
kehidupan dan menyumbang kepada
perkembangan peribadi dan sosial
seseorang individu.
Gangguan emosi yang berterusan
mempengaruhi dan mendatangkan kesan
kepada pertumbuhan dan perkembangan
seseorang individu dan boleh
menimbulkan masalah mental, fizikal
dan lain-lain masalah. Ia menghalang
atau mengganggu latihan intelektual.
EMOSI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA DIRI
KITA (Sambungan)
Individu yang setabil dari segi emosi
menjalani kehidupan yang sihat,
sejahtera, aman, dan tenteram. Dia
selesa dengan dirinya, dengan
persekitarannya dan dengan orang lain.
Oleh itu, perkembangan emosi adalah
amat penting untuk keharmonian
perkembangan personaliti seseorang
individu.
Emosi mempengaruhi semua aspek
personaliti seseorang.
EMOSI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA
DIRI KITA (Sambungan)

Latihan yang baik dan pendidikan


yang sempurna akan pergi jauh
untuk membolehkan anak-anak
muda mengawal emosi mereka dan
memperolehi imbangan dan
kesetabilan mental. Emosi adalah
penggerak kuasa pemikiran dan
tatalaku yang utama sekali, dan
pengawalannya adalah amat penting.
DEFINISI EMOSI

Untuk tujuan kita disini, kita akan definisikan


emosi sebagai perasaan, atau afek, yang
melibatkan gabungan pembangkitan fisiologi
(contohnya, jantung berdebar), pengalaman
yang disedari (contohnya, memikirkan
mengenai cinta pada seseorang), dan
tingkahlaku (contohnya, tersenyum dan
masam muka) (Halonen & Santrock, 1999)
CIRI-CIRI UTAMA EMOSI
1. Pengalaman emosi adalah berkaitan dengan naluri atau desakan biologi.
2. Emosi, pada umumnya, adalah produk atau hasil daripada persepsi
3. Teras sesuatu emosi adalah perasaan yang pada asasnya berkait dengan dorongan untuk bertindak.
Perbezaan antara perasaan dan emosi hanya pada darjahnya.
4. Setiap pengalaman emosi melibatkan beberapa perubahan fizikal dan psikologi dalam organisme.
Setengah daripada perubahan ini seperti aliran darah ke muka, aliran air mata, dan kecepatan denyutan
nadi, dan lain-lain adalah dengan mudah dapat dilihat. Ada juga terdapat perubahan fisiologikal
dalaman seperti pengaliran darah (circulation of blood), impak ke atas sistem penghazaman dan
perubahan dalam fungsi setengah urat saraf, dan lain-lain.
5. Emosi adalah kerap (frequent).
6. Emosi dinyatakan dalam hubungan dengan objek konkrit atau situasi.
7. Emosi adalah sementara.
8. Pernyataan emosi di peringkat awal kanak-kanak adalah kuat tidak kira berapa intensiti rangsangannya.
9. Kanak-kanak kecil tidak tahu atau gagal untuk menyembunyikan emosi mereka dan menyatakannya
secara semerta melalui pelbagai aktiviti seperti menangis, mengigit kuku, menghisap jari dan kesukaran
percakapan.
10. Emosi adalah merupakan sesuatu yang lazim (prevalent) dalam setiap organisme hidup.
11. Emosi terdapat di setiap peringkat perkembangan dan boleh dibangkitkan di kalangan kanak-kanak
kecil dan juga orang dewasa.
12. Emosi berbeza antara seorang dengan orang yang lain.
13. Setengah emosi boleh dibangkitkan oleh berbagai rangsangan – objek atau situasi.
14. Emosi timbul dengan tiba-tiba (abruptly) tetapi mati dengan perlahan-lahan.
15. Emosi adalah tertakluk kepada penggantian atau pemindahan (displacement). Kemarahan yang
dibangkitkan desebabkan oleh sesuatu rangsangan berpindah kepada lain situasi. Kemarahan yang
berpunca daripada amaran atau teguran yang diberikan oleh ketua jabatan kepada pekerjanya
dipindahkan kepada memarahi atau memukul anak-anak di rumah.
16. Sesuatu emosi boleh membawa kebangkitan beberapa emosi yang sama sepertinya.
Kesan Emosi Ke Atas
Individu Yang Sedang
Membesar Dan
Berkembang
1. Emosi memberikan
tenaga kepada individu
untuk menghadapi
sesuatu situasi.
2. Emosi bertugas
sebagai pemotivasi atau
penggerak tingkahlaku
kita
3. Emosi mempengaruhi
penyesuaian kita dalam
masyarakat
4. Keadaan emosi yang
tegang mengganggu
keseimbangan
(equilibrium) mental
seseorang individu
5. Keadaan emosi yang
tegang mengganggu
pentaakulan,
pertimbangan dan
pemikiran seseorang
individu.
JENIS-JENIS EMOSI
 Emosi pada umunya boleh dikategorikan
kepada dua jenis iaitu emosi positif dan
emosi negatif.
 Emosi seperti kasih atau sayang,
keseronokan, keinginan tahu, kegembiraan
dan kegirangan iaitu jenis emosi yang amat
penting kepada tingkahlaku normal adalah
diistilahkan sebagai emosi positif.
 Emosi tidak menyenangkan seperti marah,
takut dan cemburu, yang boleh membawa
kerosakkan atau mudarat kepada
perkembangan individu dinamakan emosi
negatif.
JENIS-JENIS EMOSI (sambungan)
 Walau bagaimanapun, kita tidak boleh
menganggap bahawa semua emosi positif
adalah sentiasa baik dan semua emosi
negatif adalah sentiasa tidak baik.
Berlebihan dalam apa-apa perkara adalah
tidak baik.
JENIS-JENIS EMOSI (sambungan)
Sama ada sesuatu emosi itu akan membawa
kabaikan atau bahaya kepada seseorang
individu adalah bergantung kepada:
 Kekerapan dan intensiti pengalaman emosi
itu.
 Situasi, waktu dan bentuk rangsangan
yang membangkitkan emosi itu.
 Jenis pengalaman emosi itu
Emosi yang terlalu tegang dan terlalu kerap
sama ada positif atau negatif akan
membawa kesan yang merosakkan.
SIMPTOM EMOSI YANG TIDAK MEMUASKAN
keengganan belajar,
masalah pecakapan,
berlebihan berangan-angan,
terlalu sensitif,
terlalu bergantung kepada rakan sebaya atau orang
dewasa,
enggan mematuhi peraturan,
menentang atau enggan mematuhi keperluan bilik
darjah atau kumpulan,
tunjuk laku, dan lain-lain.
Faktor-taktor Yang Mempengaruhi
Perkembangan Emosi
 Perkembangan kesihatan dan fizikal
seseorang individu
 Kecerdasan
 Persekitaran keluarga
 Persekitaran sekolah
 Perhubungan dengan kumpulan
rakan sebaya
 Persekitaran tempat tinggal,
persekitaran komuniti dan
masyarakat
MENOLONG MENGIMBANGKAN EMOSI
KANAK-KANAK
Hurlock (1956) menyatakan lima pengganggu
kesetabilan emosi kanak-kanak:
(a) Keletihan
(b) Keadaan kesihatan yang tidak baik
(c) Assosiasi dengan orang yang mudah
terpengaruh oleh perasaan (emotional)
(d) Keinginan/kehendak terhalang
(e) Keadaan tidak bersedia.
 Kanak-kanak perlu dibantu untuk
menyatakan emosi mereka dengan cara
yang tenang dan bersahaja (in a natural
way).
MENOLONG MENGIMBANGKAN EMOSI
KANAK-KANAK (sambungan)
 Kanak-kanak perlu dibantu mengembang-
kan kefahaman yang realistik mengenai
situasi yang membangkitkan situasi yang
tidak menyenangkan.
 Kanak-kanak perlu dibantu untuk
mempelajari bagaimana mengawal perasaan
mereka yang mungkin menyinggung atau
menghina orang lain.
 Kanak-kanak perlu secara beransur-ansur
ditunjuk ajar untuk mengenakan kawalan
dalaman dalam diri mereka.
 Kaunseling sesuai digunakan dalam kes
pelajar yang mengalami gangguan emosi.
PERANAN PENDIDIKAN DALAM
PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK
Tujuan utama pendidikan adalah untuk
mengubahsuai dan mengarahkan
tingkahlaku kanak-kanak supaya
mereka menjadi ahli masyarakat yang
berguna. Dalam tugas ini, naluri dan
emosi yang menyainginya perlu
diperhaluskan melalui latihan dan
pendidikan.
PERANAN PENDIDIKAN DALAM
PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK 2
 Setiap emosi adalah membebankan dan memenatkan
kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan ketegangan
dan tekanan kepada mental dan juga fizikal dan
membazirkan tenaga.
 Jika tekanan dan ketegangan itu berlaku berterusan untuk
jangka masa yang lama ia akan merosakkan kanak-kanak
dengan serious.
 Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan
bahawa kanak-kanak tidak memendam atau menyimpan
emosi yang merbahaya ini. Contohnya, marah adalah satu
emosi berang yang merbahaya kepada kesihatan mental
kanak-kanak dan juga kepada keamanan dan kesejahteraan
masyarakat. Kita perlu mengarahkannya kembali kepada
saluran yang berguna.
 Kebencian adalah juga trend yang merosakkan yang perlu
dijelwap atau disublimasikan.
PERANAN PENDIDIKAN DALAM
PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK 3
 Pembentukan sifat peribadi (character)
kanak-kanak adalah salah satu tugas utama
guru.
 Kita boleh berjaya dalam tujuan ini hanya
jika kita memanfaatkan (harness) berbagai
emosi dan mengsintesiskannya menjadi
sentimen dan sentimen utama (master
sentimen). Keinginan atau keazaman yang
teguh juga bergantung kepada sentisis
emosi.
Latihan dan Pengubahsuaian Emosi
Emosi boleh diubahsuai melalui:
 Pengarahan Semula (Redirection)
 Sublimasi (Sumlimation)
 Kartasis (Catharsis)
 Kawalan Diri (Inhibition)
 Pengisian Mental (Mental Occupation)
 Cadangan Positif (Positive Suggestions)
 Persekitaran Saling Sayang Menyayangi
 Memberi Contoh: Contoh Adalah Lebih Baik
Daripada Nasihat (Example is Better Than
Precept).
Faktor-Faktor Persekitaran Sekolah Yang
Mengganggu Perkembangan Emosi Kanak-Kanak
 Ketiadaan jaminan keselamatan emosi.
 Ketidaksamaan ekonomi
 Kaedah mengajar yang pincang (faulty method of teaching)
 Suasana menakutkan di sekolah
 Guru yang tidak stabil emosi
 Konsep disiplin cara lama (tradisional)
 Keadaan fizikil yang serba kekurangan di sekolah
 Mengabaikan (tidak memberi perhatian) kepada perbezaan
individu.
 Kekurangan aktiviti kokurrikular.
 Kelemahan sistem peperiksaan.
 Kelemahan kurikulum.
Peranan Sekolah dan Guru Dalam Pembangunan
Emosi Kanak-Kanak
 Sekolah sepatutnya memberikan persekitaran yang (kondusif) tidak tercemar
(purified environment) dan guru-guru memainkan peranan penting untuk
menyediakan persekitaran itu.
 Guru tidak sepatutnya hanya memberi khutbah akan kepentingan pengawalan
emosi tetapi juga patut mengajar pengawalan emosi melalui contoh peribadi.
 Guru perlu sabar dan sympathetic terhadap pernyataan emosi kanak-kanak.
 Guru tidak seharusnya kasar, kerana jika guru bertingkahlaku demikian
penahanan (represi) dan kesekatlakuan (inhbition) akan timbul dan selanjutnya
akan mambawa kepada timbulnya konflik yang boleh membawa kepada
kecelaruan neurotik dan psikotik dalam diri kanak-kanak.
 Guru perlu lebih baik mengsublimasikan emosi kanak-kanak dengan
menyediakan peluang dan situasi yang sesuai untuk pernyataan secara sihat
emosi itu.
 Kaedah mengajar yang saintifik dan penyediaan serta pengaturan aktiviti
kokurikular yang sesuai dan mencukupi akan memupuk perkembangan emosi
kanak-kanak ke arah yang betul
 Terlalu bergantung kepada kod etika, standard dan ideal masyarakat dan lain-
lain akan membawa kepada gangguan emosi dari segi jangka panjang,
terutama sekali jika mereka mendapati orang-orang dewasa melanggarinya.
Contoh adalah lebih baik daripada kata-kata nasihat (“Example is better than
precepts” ).
Cara berikut mungkin sesuai dijalankan
untuk perkembangan emosi kanak-kanak:
 Memberikan Jaminan Keselamatan Emosi
(Providing Emotional Security).
 Layanan Yang Sama Tanpa Mengira Kedudukan
(Equal Treatment Irrespective of Income).
 Kaedah Mengajar yang Dinamik. Peranan Kasih
Sayang Di Sekolah.
 Tingkahlaku emosi guru yang seimbang.
 Konsep disiplin yang kreatif dan Demokratik.
 Keadaan Fizikal yang Meyihatkan Di Sekolah.
 Memberi Perhatian Yang Wajar kepada Perbezaan
Individu.
 Penyediaan Aktiviti Kokurrikulum yang mencukupi
 Penilaian Berterusan.
 Kurikulum yang Kaya dan Pelbagai (Rich and
Varied Curriculum).
Sikap Guru
 Bagi pelajar, guru adalah ibubapa yang
kedua dan ibubapa adalah guru kedua.
Kesihatan mental guru, dalam hubungan
murid-guru atau pelajar-guru amat mudah
berjangkit. Seperti yang ditunjukkan dalam
psikologi bilazim, pola tingkahlaku individu
berkecenderungan untuk menjadi
bertambah-tambah rigid dan tidak fleksibel
semakin umur meningkat. Oleh itu adalah
lebih baik untuk mengambil langkah
prophylactic untuk mengelak daripada
mengembangkan kecelaruan daripada
menjalankan terapi penyembuh (curative
therapy) . Pencegahan adalah lebih baik
daripada pengubatan
Sikap Guru 2
 3 tujuan latihan guru, pengembangan pengetahuan yang
sesuai, pengembangan kemahiran yang sesuai, dan
pengembangan sikap yang sesuai.
 Pembinaan dan pengembangan sikap sering paling kurang
diberi perhatian, walaupun telah diketahui umum bahawa
kesihatan mental guru adalah berkaitan rapat dengan
pembinaan dan pengembangan sikap yang sesuai.
 Guru adalah diharapkan (expected) untuk menghormati dan
mengenali personaliti pelajar. Pelajar yang diabaikan dan
dilihat sebagai tidak penting atau dianggap sebagai ahli
kumpulan yang tidak efektif dan tidak memberi manfaat
kepada kumpulan akan mengembangkan perasaan diri tidak
berharga, tidak berguna dan perasaan rendah diri.
 Apabila kanak-kanak mula mengembangkan perasaan tidak
berguna, tidak berharga, tidak dikehendaki, rendah diri,
ketiadaan perasaan dipunyai dan persaan tidak terjamin,
batu asas atau putik kepada pertumbuhan nurosis, dilikuensi
atau kecelaruan yang serius telah diletakkan.
Sikap Guru 3
 Peranan guru adalah pada asasnya untuk
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan.
 Mengenali pelajar akan membuatkan pelajar
menjaga disiplin dan akan memberikannya
perasaan dipunyai, perasaan diri berharga dan
berorientasi ke arah pencapaian matlamat tertentu.
 Pelajar yang tidak diberi pengiktirapan dengan
sesuai akan berperasaan langsang (agresif).
 Jika pelajar itu kebetulan merupakan seorang yang
takut-takut (timid), kelangsangan (agresi) ini akan
diinternalisasikan dan menjadi psychoneurosis.
 Jika dia seorang yang adventurous dan outgoing,
kelansangan (agresi) ini akan diekternalisasikan
(externalized) kepada masyarakat melalui
perbuatan delinkuensi dan pelanggaran disiplin.
Rumusan
 Emosi pelajar adalah terlibat dalam kesemua aktivitinya di sekolah. Jika program sekolah adalah
sesuai dengannya, dia akan memperlolehi keseronokkan dari pencapaiannya dan melihat dengan
penuh gembira tugas merangsangkan yang ada dihadapannya. Sebaliknya, kejengkelan atau rasa
sakit hati (annoyance) dan kebencian (irritations) sudah tentu akan dirasakan, walaupun di sekolah
yang terbaik, dan setengah perkara dalam program sekolah akan berkemungkinan menimbulkan
ketakutan, terutama sekali jika ia mengancamnya dengan kegagalan atau mengancam akan
mendedahkan kelemahan dalam dirinya yang dia lebih suka sorokkan dari dirinya dan dari orang.
 Emosi sentiasa juga terlibat dalam perhubungan pelajar dan juga guru dengan orang-orang lain di
sekolah. Perasaan terhadap orang lain mungkin berlegar dari perasaan suka kepada perasaan
benci. Mungkin ada perasaan bimbang dan sakit hati yang terselindung dalam sikap pelajar
terhadap pelajar lain yang dia tandingi. Emosi berkisar dari suka kepada benci mungkin mencirikan
sikap pelajar terhadap guru
 Untuk melakukan tugas dengan baik, guru perlulah sensitif kepada emosi yang timbul dalam bilik
darjah, termasuk emosinya. Dia mestilah dapat menerima muridnya sebagai insan, seperti dirinya,
iaitu manusia yang berperasaan. Penerimaan in tidak bermakna bahawa dia mestilah tunduk
kepada setiap perasaan sakit hati yang ditunjukkan. Ia bermakna bahawa guru perlulah mencuba
menyesuaikan apa perasaan orang lain itu kepada dirinya, dan apakah keadaan perasaannya. Jika
seseorang murid merasa dirinya dianiaya dan telah dilayani dengan tidak adil, misalnya, ini adalah
kenyataan penting dalam kehidupannya, sama ada atau tidak, sejauh yang guru itu boleh lihat, ada
apa-apa alasan yang objektif kepada perasaannya itu. Jika seseorang kanak-kanak takut untuk
bercakap dalam kelas kerana dia takut membuat salah yang boleh menyebabkan dia kelihatan lucu
atau bodoh, itu juga adalah perasaan yang mempunyai makna penting kepada dirinya walaupun
orang lain dalam kelas mungkin sebenarnya simpathetik jika dia membuat kesilapan.
 Bagi guru, prihatin kepada arus emosi dalam bilik darjah adalah penting dalam hubungan dengan
pengajaran apa-apa mata pelajaran atau kemahiran. Ia adalah lebih penting lagi dalam hubungan
dengan objektif lebih luas pendidikan; untuk membantu setiap pelajar, seberapa yang mungkin,
untuk menyedari potensinya sebagai seorang insan, untuk membantunya menghadapi realiti,
menerima dirinya, hidup dengan selesa dengan pemikiran dan perasaannya dan bergaul baik dan
mesra dengan orang lain. Untuk mencapai matlamat yang lebih luas ini adalah penting bahawa
setiap pelajar dibantu, melalui pengalamannya di sekolah, untuk tumbuh dan berkembang dalam
memahimi emosinya sendiri dan emosi orang

Anda mungkin juga menyukai