Anda di halaman 1dari 2

Temu bual dengan guru disiplin Selamat pagi cikgu.

kami ingin menjalankan temu bual supaya dapat mengumpulkan maklumat mengenai sekolah ini dengan lebih lanjut. 1. Apakah tugasan utama guru disiplin? Menguruskan dan mengatasi masalah disiplin murid-murid dan menjaga keceriaan sekolah.

2. Bagaimanakah masalah disiplin sekolah ini? Disiplin di sekolah ini masih dalam kawalan. Jarang berlaku masalah disiplin yang serius.

3. Apakah masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah ini? Masalah disiplin yang sering berlaku ialah ponteng sekolah.

4. Bagaimana cara mengatasinya? Menghubungi pihak ibu bapa murid tersebut dan membincangkan hal tersebut dengan mereka.

5. Apakah tindakan yang akan diambil kepada murid-murid yang mengalami masalah disiplin? Jika menghadapi masalah disiplin yang serius, hukuman rotan akan dijalankan atas kebenaran guru besar.

6. Bagaimanakah cikgu mengawal masalah disiplin di sekolah ini agar tidak terus meningkat? Saya akan sentiasa memantau prestasi murid-murid dan memberi hukuman yang sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah disiplin.

7. Adakah cikgu pernah menerima aduan daripada ibu bapa terhadap tindakan yang diambil terhadap masalah disiplin murid-murid? Jika ya, bagaimana cara mengatasi? Tidak pernah menerima aduan daripada ibu bapa terhadap tindakan yang diambil terhadap masalah disiplin murid-murid.

8. Apakah kriteria yang perlu didapati pada seseorang guru disiplin? Guru disiplin yang sangat bertanggungjawab.

9. Apakah kelayakkan yang diperlu untuk menjadi seseorang guru disiplin? Perlu mempunyai pengalaman. Pihak sekolah yang menentukan siapa yang menjadi guru disiplin.

10. Adakah cikgu pernah mengalami masalah disiplin yang agak serius di sekolah ini? Jika ya, apakah pengalaman anda? Murid yang tahun 6 ponteng sekolah ke Cyber Cafe. Hal ini diberitahu oleh murid yang sama bus sekolah dengan murid yang ponteng tersebut. Saya terus menghubungi ibu bapa murid tersebut untuk menyelesaikan masalah ini.

Sekian sahaja perbincangan kami pada hari ini, kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang sangat berguna kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai