Anda di halaman 1dari 2

Dasar Pandang Ke Timur.

Dasar Pandang Ke Timur Dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982. Melalui dasai ini, Kerajaan akan membuat kajian , penelitian, dan pemilihan contoh dan teladan yang baik dari Jepun serta Korea Selatan , kemudian mengubahsuaikannya dengan keadaan di Malaysia. Oleh, Itu, adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrifkan sebagai mengambil apa-apa sahaja dari Jepun dan Korea Selatan untuk diPraktikkan di Malaysia dan mengetepikan teladan yang dapat dipelajari dari negara-negara Barat.

Rasional
Jepun Dan Korea Selatan merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun dan dalam beberapa bidang, negara-negara itu lebih maju daripada beberapa negara Barat. Kejayaan Jepun dan Korea Selatan boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan sektor swasta.

Objektif
Meninggikan prestasi pengurusan,pembangunan, dan produktiviti. Memupuk ciri-ciri kepimpinan ang boleh dijadikan contoh. Mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif (kerajinan dan disiplin kerja) untuk meninggikan kemajuan negara.

Strategi
Perubahan struktur melalui cara-cara yang berikut: Kad perakam waktu kerja. Penggunaan tanda nama. Penubuhan pasukan Meningkatkan Mutu Kerja. Konsep pejabat terbuka. Perkhidmatan kaunter atau Perkhidmatan pembayaran bil setempat. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja.

Perubahan sikap Melalui: Perkhidmatan cemerlang.

Konsep Bersih , Cekap dan Amanah. Kepimpinan melalui teladan.

Latihan dan Khusus: Latihan Perindustrian dan Teknikal o untuk melatih pekerja bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerapkan nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea Selatan. Program Pengajian Akedemik o Untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan. Program Pengajian Teknikal o Untuk menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan politeknik. Program Kemajuan Eksekutif o Untuk menyediakan latihan kepada para eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta dengan menempatkan mereka di beberapa firma dan agensi kerajaan di Jepun Dan Korea Selatan. Hubungan antara Institusi o Untuk menyalurkan pemohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada Institusi penngajian tinggi di Jepun dan Korea Selatan. Skim Latihan Pembangunan Usahawan o Dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri untuk memberi peluang dan pendedahan kepada usahawan bumiputera memperoleh idea baru dan teknologi luar untuk memajukan arus niaga mereka.

Anda mungkin juga menyukai