Anda di halaman 1dari 7

Sejarah Malaysia (LSM 2033)

!.0 Pengenalan
Pembukaan Singapura oleh Raffles pada tahun 1819 telah menonjolkan Singapura
sebagai sebuah pusat perdagangan bebas yang terkemuka di dunia. Walaupun sebelum
ini, Singapura hanya berfungsi sebagai persinggahan para pedagang sebelum meneruskan
pelayaran mereka. Singapura menjalankan kegiatan ekonomi yang meliputi kegiatan
perdagangan, perkapalan kewangan dan kegiatan pertanian. Ekonomi Singapura lebih
berfokuskan kepada kegiatan perdagangan. Perdagangan menjadi penggerak kepada
kemajuan dan perkembangan singapura pada abad ke-19. Pengambilan Singapura
daripada Belanda merupakan satu tindakan yang tepat untuk urus niaga perdagangan
dengan China.1 Pelabuhan Singapura menjadi pelabuhan terpenting British di bahagian
Kepulauan Melayu bagi menyekat perluasan kuasa Belanda di Timur. Kegiatan
perkapalan, kewangan dan percukaian serta pertanian menjadi ekonomi sampingan
Singapura. Kegiatan ekonomi ini secara tidak langsung mengelakkan pergantungan
sepenuhnya terhadap perdagangan.
2.0 Perdagangan Singapura
Singapura mencapai zaman kegemilangan sebagai sebuah pelabuhan entreport dalam
abad pertama selepas pelabuhan ini diwujudkan. Singapura telah menguasai pasaran yang
penting dan mengendalikan kegiatan perdagangan yang luas. Singapura menjadi pusat
pengumpul dan pembahagi di seluruh kepulauan Asia Tenggara termasuk China dan
Barat. Rafless dengan dasar perdagangan bebasnya menggalakkan perdagangan yang
berkesan dengan menggunakan sumber-sumber alam dan menghapuskan sekatan-sekatan
yang tidak sesuai.2 Setiap tahun beratus-ratus pedagang membanjiri pelabuhan Singapura
yang datang dari setiap tempat dari Kepulauan Sumatera hingga ke New Guine.
3.0 Peranan Singapura Dalam Perdagangan
Pada sepuluh tahun pertama, Singapura muncul sebagai perdagangan bebas tunggal di
kepulauan Melayu. British menjadikan Singapura sebagai pusat perdagangan bebas untuk
mencegah dan menghadkan monopoli Belanda yang menjadi pesaing kepada Britain di
Kepulauan Melayu.3 Nilai eksport dan import Singapura pada tahun 1824 hingga 1825
ialah £10 371 300 iaitu lebih dua kali ganda perdagangan Penang manakala menjelang
tahun 1860, jumlah dagangan meningkat kepada £13, 519 317.4 Walaupun terdapatnya
perdagangan bebas Belanda selepas itu, namun ianya tidak dapat menandingi pelabuhan
Singapura.5
Pusat perdagangan yang bebas daripada semua duti dan cukai pelabuhan menjadi
daya penggerak yang amat diperlukan bagi menarik minat para pedagang dari pelusuk
dunia. Sebagaimana yang dijangkakan oleh Raffles Singapura telah dikunjungi oleh
beratus-ratus pedagang, sehingga dalam masa lebih kurang setahun sahaja penduduknya
telah meningkat sehingga 5000 orang dan jumlah ini telah berganda pada bulan
Ogos,1820. Dalam masa yang sama perdagangannya telah berkembang dengan pesat

1
.Khoo Khey Kim,1992, Malaysia Warisan Dan Perkembangan: Negeri Melayu Dan Pekembangan
Pengaruh British 1786-1873, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm: 78.
2
. Rupert Emerson, 1974, Malaysia: Satu Pengajian Dalam Pemerintahan Secara Langsung Dan Tidak
Langsung, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm:105
3
. Baker Jim, 1999, Crossroads: A Popular History Malaysia Singapore, Kuala Lumpur: Times Books
International, hlm: 92.
4
. Mill L.A, 1997, British Malaya, 1824-1867, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm:230
5
. Frank Swettenham, 1955, British Malaya An account Of The Progress Of British Influence In
Malaya,London :Allen George & Unwin, hlm:82

1
Sejarah Malaysia (LSM 2033)

sekali. Pada bulan April 1820, perdagangan barang-barang pertukangan sahaja telah
meningkat sebanyak $4 juta dan terus berkembang dengan pesatnya.6

Singapura juga membangun dan kekal sebagai pusat pelabuhan entreport yang
terkemuka di Kepulauan Melayu. Pelabuhan entreport, Singapura mengendalikan
sejumlah barangan yang besar melalui pelabuhan itu. Selain itu juga, Singapura berfungsi
sebagai pusat membahagi barang-barang dari perjalanan antarabangsa ke semua kawasan.
Seterusnya, mengumpul hasil-hasil keluaran serantau yang diproses dan dieksport
semula. Selepas lima puluh tahun yang pertama, sejumlah 90% daripada barangan
keluaran Eropah dan India dipunggah turun di pelabuhan Singapura. Kemudiannya
barangan tersebut akan dihantar semula ke tempat-tempat lain di sebelah Timur. Bentuk
perdagangan demikian berterusan sehingga tahun 1870-an.7
4.0 Bentuk Perdagangan Singapura
Perdagangan antara Singapura dan China menjadi asas kepada kemakmuran dan
kemakmuran Singapura. Perhubungan perdagangan ini, adalah berdasarkan kepada
kedudukannya sebagai ibu pejabat dan persinggahan bagi semua kegiatan perdagangan
British dengan Canton. Barangan utama dalam perdagangan ini ialah hasil-hasil keluaran
selat dan candu dan perniagaan candu telah mengatasi semua dagangan lain. Walau
bagaimanapun, merosot selepas tahun 1830-an ekoran daripada pengenalan kapal-kapal
pengangkut candu yang lebih pantas.8
Perdagangan dengan China menjadi semakin meningkat apabila Singapura
menjadi cawangan perdagangannya. Pusat laluan candu telah berpindah ke Singapura
namun kuantitinya lebih kecil berbanding sutera, dan barangan lain. Semua barangan
diimport dan ditukarkan dengan barangan Negeri Selat. Barangan Negeri Selat yang
diperdagangkan ialah produk yang terdapat di Timur India dan Kepulauan Melayu seperti
lada hitam, kapas, gambir, timah, kapur barus, lilin, lebah, rotan, sarang burung dan kulit
kura-kura. Barang-barang ini tidak dihantar secara terus ke Britain dan India tetapi
dikumpulkan semula di Singapura.9
Pada awalnya jumlah perdagangan Singapura dengan benua Eropah dan Amerika
adalah kecil, namun tidak lama kemudian jumlah perdagangannya telah meningkat.
Import utamanya, ialah Wine, bijih timah, aloi dan barangan rincik. 10 Singapura juga
mengadakan perdagangan dengan Siam. Eksport yang paling penting ialah lada hitam dan
gula, yang mempunyai pasaran Barat di Singapura, kayu jati dan beras , manakala garam
diedarkan ke seluruh kepulauan ini. Pertukaran barangan dari tongkang-tongkang Thai
ialah barangan rincik buatan India dan Barat, pakaian, kaca dan candu.11
Perdagangan Singapura dengan negeri-negeri Indo-China tidak pernah mencapai
taraf atau jumlah dagangan yang sama pentingnya dengan perdagangan dengan siam. Hal
ini disebabkan oleh ancaman daripada lanun yang menghalang kegiatan perdagangan

6
.________, 1975, Malaysia,Singapura,dan Brunei, 1400-1965, Kuala Lumpur:Longman, hlm: 191
7
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti, hlm:173.
8
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm:178
9
. Mill L.A 1997, British Malaya, 1824-1867,hlm:228
10
. Mill L.A, 1997, British Malaya, 1824-1867, hlm:229.
11
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm:177.

2
Sejarah Malaysia (LSM 2033)

secara besar-besaran sehingga tahun 1850-an.12 Setiap tahun orang Bugis datang ke
Singapura untuk membeli barangan British seperti candu dan besi dengan menukarkan
barangan Selat yang telah mereka kumpulkan. Jumlah orang Bugis yang datang
berdaganag setiap tahun adalah kurang daripada 100 orang, tetepi meningkat kepada 200
orang pada tahun 1840. Namun selepas pengenalan kapal wap, bilangan mereka
semakiberkurangan.13 Pembukaan pelabuahan Makasar pada tahun 1846 sebagai
perdagangan bebas juga menyebabkan bilangan orang Bugis ke Singapura menjadi
sedikit.
5.0 Faktor Perkembangan Perdagangan Singapura
Perdagangan Singapura mula meningkat apabila pembukaan terusan Suez pada tahun
1869 dan penggunaan kapal wap. Ia telah menggalakkan perdagangan di Siam dan
Kepulauan Melayu. Keadaan ini seterusnya menggalakkan kemasukan imegran dari India
dan China.14Terusan Suez membawa peningkatan yang besar dalam jumlah perdagangan
melalui rantau ini. Ia dibuktikkan dengan penubuhan syarikat-syarikat Eropah yang
menjalankan kegiatan perniagaan di Singapura terutamanya Jerman.15 Di samping itu,
pembukaan terusan Suez turut mempercepatkan penggunaan kapal wap. Ini
membolehkan jarak perdagangan dapat dipendekkan dan barang-barang yang tidak tahan
lama, sempat sampai pada waktunya.16
Rahsiah kemakmuran perdagangan Singapura juga disebabkan oleh
kedudukannyanya yang berada di pintu masuk Selat Melaka. Kedudukan semulajadi ini
membolehkannya menjadi pusat perdagangan untuk Negeri-negeri Melayu, Sumatera dan
beberapa pulau di bahagian Timur. Kedudukan Singapura di Selat sesuai untuk
perdagangan China di barat dan Australia di Selatan dan menyebabkannya muncul
sebagai jalan perkapalan yang terpenting di dunia.17 Kedudukannya yang strategik ini
menyebabkan pedagang beralih dari pelabuhan Belanda ke pelabuhan Singapura.
Pelabuhan Singapura turut terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut danBarat
daya dan para pedagang akan meninggalkan pelabuhan Singapura apabila tiupan Monsun
reda.18
Menjelang tahun 1870 Singapura menjadi Pejabat Pos Besar bagi seluruh
rantau ini. Penggunaan telegraf memperhebatkan lagi kemudahan-kemudahan
perdagangan dan jumlah kegiatan Singapura.19 Kemudahan lain yang disediakan ialah
kemudahan untuk limbungan dan dermaga, pemunggahan dan pembaikan kapal serta
gedung penyimpanan barang dagangan. Singapura juga dijadikan kubu dan bentang
untuk melindungi Singapura daripada sebarang ancaman musuh.20
6.0 Sistem Percukaian dan Kewangan
Perdagangan Singapura bebas daripada sebarang duti dan peraturan pelabuhan. Raffles
menyedari bahawa bandar pelabuhan tanpa cukai dan peraturan pelabuhan akan
12
. Ibid, hlm:178
13
. Mill L.A, 1997, British Malaya, 1824-1867, hlm:234.
14
.Winstedt R.O, 1988, A History Of Malaya, Kuala Lumpur: Marican & Sons Sdn. Bhd, hlm: 212
15
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm:179.
16
. .________, 1975. Malaysia,Singapura,dan Brunei, 1400-1965, hlm: 191
17
.Ibid, hlm: 339
18
. Mill L.A, 1997, British Malaya, 1824-1867, hlm:233
19
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm:181.
20
. Charles Sydney, 1998, The Empire And The Century, London Roulfledge Press, hlm:829.

3
Sejarah Malaysia (LSM 2033)

berkembang dengan pesatnya. Kenyataan Raffles ini terbukti apabila ramai saudagar dan
pedagang datang berdagang ke Singapura dari pelbagai tempat. 21 2/3 daripada hasil
dagangannya diperolehi daripada cukai, sekitar £2600 cukai setem, dan cukai hutan serta
tanah.22 Perdagangan Singapura dibuka kepada semua kapal tanpa dikenakan sebarang
cukai secara adil kepada semua bangsa. Pada suku pertama abad ke-19, cukai perjalanan
diambil oleh lanun sehinggalah datangnya kapal wap menumpaskan lanun.23
Dalam rangkaian antarabangsa, bank kewangan dan insurans memainkan peranan
yang penting. Singapura telah menjadi pusat kewangan yang utama di Asia Tenggara
dengan menjadi badan kewangan yang pertama diwujudkan di singapura. Oriental Bank
corporation telah ditubuhkan pada 1846, dan fungsinya telah digantikan oleh Charter
Bank pada 1859. Negara Belanda dan Jerman turut terlibat dalam kewangan di Singapura
melalui perdagangan antarabangsa di Timur Jauh. Di Antaranya ialah Sime Darby, Henry
Waugh dan Guthrie yang menjadi orang tengah dalam urusan jual beli di pelabuhan
Singapura.24
7.0 Perkapalan
Beberapa dekad yang pertama, syarikat-syarikat perkapalan yang terdapat di Singapura
bukan merupakan suatu perkara penting. Ini disebabkan sebahagian besar perdagangan
antarabangsa dikendalikan oleh saudagar-saudagar British yang berpangkalan di India
ataupun oleh Syarikat Hindia Timur itu sendiri. Kegiatan mengangkut barangan dagangan
di Kepulauan itu adalah dijalankan oleh saudagar-saudagar persendirian, sama ada
berketurunan Cina ataupun Melayu. Walau bagaimanapun, keadaan ini berubah pada
tahun 1850-an berikutan dengan pengenalan kapal-kapal wap yang lebih besar apabila
terusan Suez dibuka pada 1869. Persaingan yang hebat di kalangan syarikat-syarikat
perkapalan penjajah akhirnya telah membuka jalinan kerjasama antara mereka.
8.0 Kegiatan Pertanian
Selain menjadi pusat perdagangan yang terkemuka di dunia pada abad ke-19, sumber
ekonomi Singapura juga bergantung kepada kegiatan pertanian.. Walau bagaimanapun,
kegiatan pertanian di Singapura diselebungi oleh kepesetan perdagangan entreport.25
Sesungguhnya kegiatan pertanian yang diusahakan sebelum tahun 1967 sangat
mengecewakan sebelum pengenalan tanaman getah di pulau tersebut.26Kegiatan pertanian
banyak dipelopori oleh orang Eropah, dan orang Cina. Mereka terlibat secara serius
dalam ekonomi pertanian berbanding dengan orang Melayu. Mereka membuka ladang
rempah, gambir, lada hitam, ubi kayu, kopi, kapas, teh, tembakau dan rempah namun
percubaan ini kurang memberangsangkan dan menguntungkan.27
8.1 Tanaman lada hitam dan Gambir

21
Ibid, hlm: 230
22
. Frank Swettenham,1955, British Malaya An account Of The Progress Of British Influence In Malaya,
hlm:83
23
. Richard O. Winstedt,1988, A History Of Malaya, hlm:211
24
.N.J Ryan, 1976, A History Of Malaysia And Singapura, London: Oxford University Press, hlm: 126.
25
D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm:196
26
. Mill L.A 1997, British Malaya, 1824-1867, hlm:219
27
. Barbara Watson Andaya & Leornard Y. Andaya 1983, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan
Publishers Sdn .Bhd, hlm: 157

4
Sejarah Malaysia (LSM 2033)

Lada hitam merupakan tanaman bermusim yang mengambil masa untuk masak yang
mana hasil keuntungannya boleh diperolehi setiap tahun. 28 Lada hitam dapat diusahakan
secara serentak dengan tanaman gambir yang ditanam oleh orang Melayu dan Cina,
apabila British mula bertapak di Singapura. Tanaman Lada hitam dan gambir
berkembang sebagai perusahaan pekebun kecil di kalangan orang-orang Cina dan
berkembang pesat hingga ke kawasan seberang Selat Johor.29
Di Singapura penanaman lada hitam dan gambir menghasilkan pulangan yang
besar kepada Singapura untuk tempoh beberapa tahun. Jumlah keseluruhan output
tahunan tanaman ini sehingga tahun 1812 ialah sekitar 400 000 pound. Pada tahun 1850,
penanaman lada hitam dan gambir mula menampakkan kemerosotan dengan hanya
memperoleh hasil pengeluaran sebanyak 266 600 pound.30 Kemerosotan ini disebabkan
oleh hakisan tanah, harga pasaran yang semakin menurun, dan undang-undang tanah
yang baru di Tanah Jajahan dan kekacauan kongsi gelap. Kejahilan pemilik dan pengurus
ladang dalam teknik penanaman gambir dengan kaedah yang betul turut menyumbang
kepada kemerosotan tanaman ini.31
8.2 Tanaman Rempah
Sejak penubuhan Negeri-Negeri Selat, Singapura dijangka menjadi sebuah negeri
pengeluar rempah yang baru iaitu mengeluarkan lada hitam, bunga cengkih dan buah
pala. Penanaman rempah telah diperkenalkan oleh Raffles pada tahun 1819 dan dalam
tempoh 35 tahun ianya telah menampakkan kejayaan seperti yang diharapkan oleh
Singapura.32 Oleh kerana terdapatnya keyakinan mengenai masa depan tanaman ini,
orang Eropah dan penduduk Asia menceburkan diri dalam penanaman rempah. Ladang-
ladang rempah dibahagikan kepada estet-estet yang luas iaitu yang dimiliki oleh orang
Eropah yang dikerjakan oleh kontrak-kontrak Cina. Penduduk –penduduk setinggan yang
mempunyai kebun kecil diberikan wang pendahuluan.33
Penanaman buah pala di Singapura menjadi pesat ekoran daripada kesan langsung
dari kejayaan penanaman buah pala di Pulau Pinang. Keadaan ini menimbulkan
‘keghairahan buah pala’ di kalangan orang Cina dan orang Eropah. Namun usaha ini
menghasilkan pengeluaran yang mengecewakan. Penubuhan argicultural society
(Persatuan Pertanian) pada tahun 1836 telah meningkatkan jumlah kawasan penanaman
buah pala sekitar tahun 1840.34 Perlaksanaan syarat-syarat yang mudah bagi mendapatkan
tanah pada tahun 1850 menyebabkan penanaman buah pala dan cengkih mengalami
kemerosotan.
Faktor utama yang membawa kepada kemerosotan buah pala dan cengkih adalah
disebabkan oleh sejenis kumbang kecil yang menyerang pokok-pokok sekitar tahun
1840-an.35 Kurangnya pengetahuan tentang cara-cara penanaman yang betul dan
28
. Ibid, hlm:157
29
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm:198
30
. Mill L.A 1997, British Malaya, 1824-1867, hlm:119.
31
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm:203
32
. Mill L.A 1997, British Malaya, 1824-1867, hlm:211
33
.D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial, hlm:
203
34
D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm: 201.
35
. Richard O. Winstedt,(1988).A History Of Malaya, Kuala Lumpur: Marican & Sons Sdn Bhd, hlm: 211

5
Sejarah Malaysia (LSM 2033)

kegagalan mengetahui sebab serangan menjadikannya semakin sukar untuk dibendung. 36


Selain daripada itu, timbul juga masalah mengenai tanah yang tidak memberi jaminan
kepada hak milik dan ini telah menghalang kedatangan pelabur. Tambahan pula para
peladang sukar untuk mendapatkan modal bagi meneruskan penanaman mereka.37
8.3 Tanaman Tebu
Tanaman jualan yang sangat menguntungkan di Negeri-negeri selat ialah tebu iaitu
sebelum tanaman getah diperkenalkan. Perintis kepada penanaman tebu ialah orang Cina.
Di Singapura tebu tidak berkembang maju sebagai mana yang berlaku di bahagian Utara.
Usaha-usaha memulakan penanaman secara besar-besaran di Singapura telah dijalankan
secara serentak seperti di Pulau Pinang. Perkembangan pesat dalam penanaman tebu telah
menggalakkan orang Barat menceburkan diri dalam penanaman tebu. Ekoran daripada
itu, mereka telah membuka estet pertama untuk tanaman tebu pada tahun 1840. Dalam
masa dua puluh tahun kemudiannya terdapat perkembangan yang amat mengalakkan
dalam penanaman tebu. Perkembangan ini disebabkan oleh kombinasi iklim yang baik
serta tanah yag sesuai, tambahan pula terdapat kemudahan perhubungan serta tenaga
buruh yang sentiasa mencukupi.38

8.4 Tanaman Lain


Penyusunan perusahaan ubi kayu di Singapura hampir menyerupai pola-pola lain
perusahaan pertanian yang dijalankan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat lain. Tenaga
buruh disediakan oleh kontraktor yang telah menerima wang pendahuluan daripada
saudagar-saudagar Cina yang kaya. Penanaman ubi kayu di singapura tidak pernah
mencapai kadar seperti yang dikeluarkan oleh Melaka.39 Beberapa percubaan telah
dilakukan untuk menanam kopi di Singapura pada tahun 1850, namun perkembangannya
amat lambat..40
9.0 Kesimpulan
Singapura pada abad ke-19 merupakan sebuah negara yang berkembang pesat dalam
kegiatan ekonomi terutamnya kegiatan perdagangan. Kemunculan Singapura ini telah
membuka mata dunia mengenai penglibatan singapura terhadap kegiatan perdagangan.
Maka tidak hairanlah jika dikatakan bahawa Singapura merupakan pusat perdagangan
yang terkemuka di dunia. Perkembangan ekonomi lain seperti perkapalan dan kewangan
adalah kesan daripada perkembangan dan kemajuan perdagangan Singapura. Kegiatan
pertanian pula kurang menghasilkan pulangan yang memberangsangkan kepada
Singapura pada abad ke-19. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian ini mula
menampakkan perkembangan selepas pengenalan tanaman getah. Walaupun kegiatan
pertanian ini kurang menggalakkan ia sedikit sebanyak memberikan kebaikan dan
kemajuan kepada ekonomi Singapura. Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Singapura
memberikan pelbagai kesan terhadap perkembangan Singapura. Antaranya ialah
pertambahan populasi penduduk akibat imegran dari china dan India dalam
mengusahakan kegiatan pertanian.
36
. Mill L.A 1997, British Malaya, 1824-1867, hlm:202
37
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm: 200.
38
. D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi dan Sosial,
hlm: 203.
39
.Ibid, hlm: 200
40
.Ibid, hlm: 204.

6
Sejarah Malaysia (LSM 2033)

Bibliografi
Baker Jim, 1999, Crossroads:A Popular History Malaysia Singapore, Kuala Lumpur:
Times Books International.

Barbara Watson Andaya & Leornard Y. Andaya,1983, Sejarah Malaysia, Petaling


Jaya:Macmillan Publisher Sdn. Bhd.

Goldsman C.S,1998, The Empire And The Century, London:Roulfledge Press.

D.J.M Tate, 1980, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-8 : Perubahan Ekonomi
Dan Sosial, Kuala Lumpur:Fajar Bakti.

Frank Swettenham, 1955, British Malaya An account Of The Progress Of British


Influence In Malaya, London:Allen George & Unwin.

Khoo Khey Kim,1992, Malaysia Warisan Dan Perkembangan: Negeri Melayu Dan
Perkembangan Pengaruh British 1786-1873, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mill L.A, 1997, British Malaya, 1824-1867, Kuala Lumpur:Oxford University Press,
N.J Ryan, 1976, A History Of Malaysia And Singapura, London:Oxford University
Press.

Rupert Emerson, 1974, Malaysia: Satu Pengajian Dalam Pemerintahan Secara


Langsung dan Tidak Langsung, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Winstedt R.O, 1988, A History Of Malaya, Kuala Lumpur:Marican & Sons Sdn. Bhd ,
1975, Malaysia, Singapura, Dan Brunei, 1400-1965, Kuala
Lumpur:Longman.

Anda mungkin juga menyukai