Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Pedagang negeri atau turut dikenali juga sebagai country traders merupakan

pedagang sendirian yang tidak bernaung lagi di bawah Syarikat Hindia Timur

Inggeris. Ini terjadi apabila England telah terlibat dalam Perang Saudara pada 1657

dimana piagam baru yang diberikan oleh Oliver Cromwell telah memaksa pedagang-

pedagangnya berundur dari Kepulauan Asia. Namun, arahan ini tidak diendahkan oleh

mereka dan terus berdagang di Kepulauan Asia. Tindakan mereka telah mendorong

Raja Charles II mengeluarkan arahan tegas kepada pedagang tersebut dan sesiapa

yang didapati melanggar arahan baginda, mereka akan ditangkap dan dibawa balik ke

England. Arahan baginda tidak berkesan dan pedagang-pedagang ini tetap berdagang

di Asia.1 Sejak England terlibat dalam peperangan tujuh tahun (1756-1763) dengan

beberapa negara Eropah, kegiatan perdaganagn England di Timur dan khususnya di

Negeri-Negeri Selat telah dijalankan oleh country traders. 2 Pada awalnya, mereka

bergiat di India, Kepulauan Melayu dan juga China. Namun, pada akhir tahun 17 dan

awal 18, country traders telah menumpukan perhatian di Kedah, Ujung Salang (Junk

Ceylon) dan Tenasserim dengan mengunakan Aceh sebagai pelabuhan perantaraan.

Selain itu, mereka juga turut menjalankan kegitan di pelabuhan utama Selat Melaka,

Pahang, Terengganu, Johor dan Selangor. Mulai pertengahan tahun 1760-an

peningktan country traders di Selat Melaka menjadi amat ketara.3 Dilaporkan pada

pertengahan abad pertama, jumlah country traders tidak lebih daripada 10 orang dan

telah meningkat kepada 26 orang menjelang tahun 1769. Hal ini demikian kerana,

berlakunya peningkatan perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan China.


1
Sivachandaralingam Sundara Raja, Sejarah Perdagangan Bebas, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
2005, hlm. 86.
2
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Ide Perdagangan Bebas Di England Dan Pengaruhnya Ke Atas
Dasar Perdagangan Bebas Dan Pelabuhan Bebas Di Negeri-Negeri Selat 1786-1826’, Latihan Ilmiah,
B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1992, hlm. 119.
3
Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Sejarah dan Perkembangannya,
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1997, hlm. 81.

1
Antara country traders yang terkenal ialah Francis Light, James Scott dan juga

Thomas Forest dimana mereka memainkan peranan yang penting dalam menjalinkan

hubungan dengan Negeri-Negeri Melayu. Bukan itu sahaja, beberapa kelebihan yang

terdapat pada pedagang negeri juga turut menjadi tarikan kepada pemerintah

tempatan. Antaranya ialah fasih berbahasa Melayu dan berani memasuki pedalaman

untuk mengutip hasil hutan. Kelebihan-kelebihan ini telah menyebabkan pemerintah

tempatan memberi kepercayaan yang tinggi kepada pedagang negeri untuk

menguruskan hasil negerinya.

2
Kedatangan pedagang negeri ke Tanah Melayu telah mengimbangi

perdagangan dengan China. Kejayaan pedagang negeri dalam mengumpulkan bijih

timah Tanah Melayu merupakan satu kejayaan dan sumbangan yang besar jika

dibandingkan dengan hasil yang diperoleh oleh Syarikat Hindia Timur British.

Dimana bijih timah ini telah membantu England dalam memperseimbangkan

perdagangannya dengan China dan ini telah diakui sendiri oleh James Scott.

Menurutnya:

In 1799 we [country traders] exportes from the

Straits of Malacca 40,000 pikuls of tin and 10,000

pikuls of pepper, four-fifths of which went to China,

along with gold dust, and birds nests, and it realized

about twenty lacs of rupees. The Eastern trade in the

only one which draws specie from China and there

are great benefits to be obtained by expanding this

trade.4

Bijih timah yang dibawa ke Canton juga turut meningkat dengan mendadak dalam

tempoh enam tahun. Dilaporkan sebanyak 19 360 pikul bijih timah dibawa oleh

pedagang negeri pada tahun 1774 berbanding 3310 pikul yang dibawa pada tahun

1768. Manakala bagi Francis Light pula, beliau sedar bahawa tindakannya yang

memajukan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas mampu mengimbangi

perdagangan dengan China. Oleh itu, beliau bertindak untuk mengumpul hasil

Kepulauan Melayu seperti timah, lada hitam, sarang burung dan juga rempah-ratus.

Barang-barang ini hanya akan dibawa oleh pedagang-pedagang Melayu ke

4
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Ide Perdagangan Bebas Di England Dan Pengaruhnya Ke Atas Dasar
Perdagangan Bebas Dan Pelabuhan Bebas Di Negeri-Negeri Selat 1786-1826’, hlm 107.

3
penempatan baru ini.5 Bagi menjayakan usaha pengumpulan hasil Kepulauan Melayu,

Francis Light telah bertindak untuk tidak mengenakan sebarang cukai terhdap

pedagang. Tambahan pula, jika cukai masih dikenakan, cukai ini tidak seimbang

dengan risiko yang ditanggung oleh pedagang-pedagang tempatan untuk mengunjungi

Pulau Pinang.6 Bukan itu sahaja, dasar perdagangan bebas juga turut menjamin

kemasukan pedagang-pedagang tempatan lain khususnya kaum Cina ke Negeri-negeri

Selat. Ternyata langkah-langkah yang dilakukan oleh Francis Light khususnya dalam

menguasai Pulau Pinang berjaya mengimbangi perdagangan dengan China. Ini turut

diakui sendiri oleh W. E. Philips, Pemangku Gabenor Presidensi Prince of Wales

Island.7

“In a commercial view, Port Cornwalls is an

entrepot for the Merchandize of the East and West

of India, it affords a ready and safe means for the

Barter of opium, piece goods and other commodities

of the continent of India, for the Tin, Rattans,

Bettelnut, Pepper of the Malayan countries, and

these again being sulted to the China Market, are

there bartered for teas insteads of our being enabled

to procure all such articles for specie alone as was

in a great measure, the base/case previous to our

occupation of the most convenient Post.”8

5
Sivachandaralingam Sundara Raja, Sejarah Perdagangan Bebas, hlm. 96.
6
Ibid hlm. 97.
7
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Ide Perdagangan Bebas Di England Dan Pengaruhnya Ke Atas
Dasar Perdagangan Bebas Dan Pelabuhan Bebas Di Negeri-Negeri Selat 1786-1826’. hlm. 108.
8
Ibid, hlm. 108, 109.

4
Bukan itu sahaja, pedagang negeri juga turut menjadi perisik di Tanah Melayu

dan bertindak menyalurkan maklumat tersebut kepada kerajaan India. Ini dapat

dilihat dalam beberapa laporan pedagang negeri antaranya Alexander Hamilton yang

telah melabuhkan kapalnya di Terengganu pada tahun 1719. Dalam laporan tersebut,

beliau menyatakan bahawa:

“Tragano …. There may be about one thousand

houses in it…. The is above half-peopled with

Chinese, who have a good trade for three or four

jonks yearly, besides some that trade to Siam,

Cambodia, Tunqueen and Sambas”.9

Daripada pernyataan tersebut, dilihat bahawa Terengganu merupakan pelabuhan yang

sangat pesat manakala bandarnya pula dikunjungi oleh pedagang yang terdiri daripada

pelbagai bangsa. Separuh daripada penghuni bandar berkenaan dikatakan adalah

orang China dan tiga atau empat jongkong mengunjunginya setiap tahun.10 Selain itu,

beliau juga menyatakan Terengganu telah mengadakan hubungan perdagangan

dengan beberapa negeri luar seperti Siam, Kemboja, Tunqueen dan juga Samba.

Hubungan ini turut dijayakan lagi dengan sikap pemerintah Terengganu yang amat

mesra dengan pedagang asing sehingga sanggup memenuhi keperluan para pedagang

bagi menjamin keselesaan mereka. Bukan itu sahaja, Kapten Joseph Jackson turut

mengunjungi Terengganu pada Jun 1764 bagi mengumpul hasil Kepulauan Melayu.

Beliau juga telah membuat laporan yang telah memberi gambaran jelas tentang

Terengganu malah, sebahagian besar laporannya juga turut menyebut tentang urusan

9
Morfologi Bandar Kuala Terengganu,
https://issuu.com/anwar_townplan/docs/morfologi_bandar_kuala_terengganu_final/20
10
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Sumbangan Pedagang Negeri’ dalam Mohamad Redzuan Othman
(ed.), Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur, 2001,
hlm. 86.

5
pembinaan pengkalan yang lebih tetap di Terengganu. Hal ini diteguhkan lagi dengan

perjanjian beliau dengan perjanjian beliau dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan

Mansur I untuk mendirikan penempatan di Terengganu. Atas maklumat-maklumat

inilah, Syarikat Hindi Timur Inggeris telah menghantar seorang pedagang negeri ke

Terengganu pada tahun 1766 bagi mengekalkan hubungannya dengan negeri

Terengganu. Bagi Francis Light pula, kegiatan perdagangan yang lama di rantau ini

telah membolehkan beliau mencari dan mendapatkan data mengenai kekayaan negeri-

negeri Melayu. Daripada surat yang dikirimkan kepada Gabenor Jeneral India, Lord

Cornwills bertarikh 7 Januari 1789, beliau telah memberi gambaran lengkap tentang

negeri-negeri Melayu yang terletak di sekitar Pulau Pinang dan hasil buminya. 11

Selain Pulau Pinang, Francis Light juga melaporkan mengenai Terengganu yang kaya

dengan lada, emas serta bijih timah malah, hasil eksport tahunan juga turut mencecah

30 ribu dollar Sepanyol. Pahang pula dikatakan sebuah pelabuhan yang menghasilkan

emas manakala Johor menghasilkan sagu.12 Negeri Kedah juga turut menghasilkan

beras, lilin, hasil ternakan, bijih timah, rotan dan damar. Manakala Perak pula

menghasilkan timah sebanyak lima ribu pikul setiap tahun dan Melaka pula

menjalinkan hubungan eksklusif dengan Siak dimana membekalkan sebahagian besar

emas, lilin dan sagu. Rakan Francis Light iaitu James Scott juga turut melaporkan

kekayaan Raja Riau iaitu Raja Haji semasa berdagang disana. Di penghujung selatan

Selat Melaka, di Riau, James Scott yang menoleh ke 1785, menganggarkan bahawa

Raja Haji, Yam Tuan Muda Bugis, menerima 100 000 dolar Sepanyol setiap tahun

daripada duti import dan eksport sebanyak lima peratus. 13 Di Terengganu, Jackson

juga menyatakan bahawa sebuah penempatan bernam Legore [sic] mempunyai tiga

11
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Sumbangan Pedagang Negeri’ dalam Mohamad Redzuan Othman
(ed.), Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim hlm. 86.
12
Ibid, hlm. 87.
13
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Perdagangan Bebas, hlm, 87.

6
buah lombong bijih timah dan menghasilkan sekurang-kurangnya 30 000 bahar

setahun.14 Segala laporan yang dihantar oleh pedagang negeri telah memberi

gambaran yang jelas mengenai Tanah Melayu sekaligus, memudahkan kerajaan

British mengatur strategi yang lebih baik bagi menguasai Tanah Melayu.

Selain itu, pedagang negeri juga turut bertindak untuk menjual senjata api

kepada Raja-Raja Melayu. Dimana senjata api ini telah menjadi satu barang larangan

bagi Belanda bagi mengelak penentangan penduduk Tanah Melayu terhadap kerajaan

Belanda. Oleh itu, pedagang negeri telah mengambil langkah untuk menjual senjata

api bagi memperoleh pendapatan yang tinggi sekaligus, dapat mengeratkan lagi

hubungan mereka dengan pemerintah tempatan. Kegiatan ini dilihat sangat menonjol

dalam kalangan pedagang negeri khususnya James Scott serta Francis Light dimana

mereka juga turut mengajar cara membuat ubat bedil kepada orang Melayu. Bukan

hanya tertumpu kepada orang Melayu sahaja, Francis Light juga turut membekalkan

5000 senapang jenis lama kepada orang Bugis. Kegiatan jual beli senapang antara

pedagang negeri dengan pemerintah tempatan khususnya Sultan Selangor iaitu Sultan

Ibrahim turut dibuktikan melalui surat yang disimpan oleh Francis Light sepanjang

beliau berada di Tanah Melayu. Pada tahun 1786-1787, Sultan Ibrahim telah

mengirim surat kepada Francis Light sebanyak lapan kali dimana lima daripadanya

terkandung urusan jual beli senjata, peluru, meriam dan juga barangan besi.

Kebanyakan barang yang dibeli oleh Sultan Ibrahim akan diletakkan di kubu-kubu

pertahanan untuk menentang penguasaan Belanda di Selangor. Dalam surat ketiga

yang bertarikh 25 Ogos 1786, Sultan Ibrahim telah memohon untuk membeli 60

pucuk senapang, 2000-3000 butir peluru senapang serta 1 peti barangan besi daripada

Francis Light. Manakala dalam surat keempat yang bertarikh 1 Oktober 1786 pula,

14
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Perdagangan Bebas, hlm hlm. 73.

7
baginda meminta untuk membeli sepasang atau dua pasang meriam besar bersama

pelurunya, 60 pucuk senapang dan juga 1000 butir peluru senapang. Baginda juga

seolah-olah bergantung dengan Francis Light dengan menyerahkan segala dagangan

utama di Selangor seperti timah, lada hitam dan rotan kepada Francis Light. 15 Surat

kelima yang bertarikh 22 November 1786, Sultan Ibrahim telah meminta urusan jual

beli senjata yang dahulu diuruskan dengan kadar segera. Tiga pikul barangan besi dan

meriam juga turut dipinta oleh baginda melalui pengiriman surat yang keenam pada 5

Januari 1787. Dalam surat tersebut juga, baginda memberitahu bahawa urusan jual

beli senjata sebelum ini akan dibayar dengan menggunakan timah. Justeru, baginda

meminta agar dimaklumkan segera apabila tibanya kapal dari Benggala yang

membawa senapang dan meriam tersebut agar boleh baginda mengumpul timah untuk

membayar harganya.16 Dalam suratnya yamg terakhir iaitu pada 21 Mei 1787, baginda

meminta untuk dimaklumkan keputusan jual beli senapang agar tidak tertunggu-

tunggu dengan barangan tersebut. Melalui surat-surat tersebut, jelaslah bahawa Sultan

Ibrahim amat terdesak dalam mencari bekalan senjata bagi mempertahankan

negerinya daripada penguasaan Belanda. Manakala di Terengganu pula, Sultan

Mansur I telah mengirim surat kepada nakhoda kapal Panther yang singgah di

Terengganu pada April 1764. Melalui surat ini, Sultan meminta bekalan senjata untuk

mengawasi musuh-musuh baginda.17 Dilihat bekalan senjata api di Tanah Melayu

hanyalah dimonopoli oleh pedagang negeri sahaja sekaligus, menjadi bukti bahawa

Belanda sememangnya menjadikan senjata sebagai barang larangan di Tanah Melayu.

15
A. Mohamed Amin, Warkah Suci Putih Hati daripada Sultan Ibrahim kepada Francis Light, hlm. 9,
https://www.academia.edu/9950641/Warkah_Suci_Putih_Hati_Daripada_Sultan_Ibrahim_Kepada_Fr
ancis_Light
16
Ibid
17
Sivachandralingam Sundara Raja, Dasar Perdagangan Bebas, hlm. 111,
http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3148/1/MDSS_1993_Bil.21_5.pdf

8
Tambahan pula, pedagang negeri khususnya Francis Light, James Scott dan

juga Thomas Forest turut menjalinkan hubungan mesra dengan Raja-Raja Melayu.

Dimana hubungan yang mesra ini dapat mendatangkan pelbagai faedah dan

kepentingan yang meliputi pemberian petempatan, hasil ekonomi dan juga anugerah

kepada pedagang negeri. Ini turut dinyatakan oleh Sivachandralingam Sundara Raja

dalam bukunya Sejarah Perdagangan Bebas, ‘Melalui hubungan mereka inilah

bekalan hasil Kepulauan Melayu dijamin, khususnya bijih timah untuk pasaran China

dan England.’18 Dimana hasil-hasil ini boleh mengimbangi perdagangan England

dengan China. Tambahan pula, timah yang didapati di Kepulauan Melayu lebih

mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat China berbanding dengan

timah England. Ini kerana mineral tersebut lebih mudah ditempa dan dititik menjadi

kertas timah yang baik untuk melapik tong bekas the dan untuk upacara keagamaan. 19

Hubungan yang terbentuk daripada perdagangan dan urusan jual beli senjata telah

menanam keyakinan dalam jati diri Raja-Raja Melayu terhadap pedagang negeri

sehingga sanggup menyerahkan beberapa hasil negeri kepada mereka. Ini jelas dilihat

antara Sultan Selangor, Sultan Ibrahim dengan Francis Light dimana segala hasil

negeri Selangor seperti timah, lilin, lada dan rotan telah diberikan kepada Gabenor

Jeneral sebagai tanda persahabatan. Ini dinyatakan dalam surat peribadi Sultan

Ibrahim kepada Francis Light yang bertarikh 7 Disember 1785, dimana baginda sultan

telah memohon bendera kompeni Inggeris sebagai tanda persahabatan antara kedua-

dua buah kerajaan.20 Baginda juga turut memohon pelantikan seorang Residen di

Selangor bagi membolehkannya berdagang dengan orang Bugis secara bebas.

18
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Perdagangan Bebas, hlm.70.
19
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Ide Perdagangan Bebas Di England Dan Pengaruhnya Ke Atas
Dasar Perdagangan Bebas Dan Pelabuhan Bebas Di Negeri-Negeri Selat 1786-1826’ , hlm. 98.
20
A. Mohamed Amin, Warkah Suci Putih Hati daripada Sultan Ibrahim kepada Francis Light, hlm. 8,
https://www.academia.edu/9950641/Warkah_Suci_Putih_Hati_Daripada_Sultan_Ibrahim_Kepada_Fr
ancis_Light

9
Manakala di Terengganu pula, Sultan Mansur I juga turut meminta bantuan senjata

daripada nakhoda kapal Panther yang singgah di Terengganu. Lantaran daripada itu,

sultan sanggup menghantar kapal untuk menjalinkan hubungan dengan Inggeris dan

juga negara-negara di Teluk Siam, Cochin-China, Cambodia dan juga Borneo. Hasil

daripada hubungan ini, kerajaan England telah mengutip bijih timah sebanyak 30 000

bahar setiap tahun pada kadar harga yang rendah. Hubungan ini diteruskan lagi

apabila Sultan Mansur telah meminta Kapten Glass untuk menjadi duta ke

Terengganu. Berdasarkan hubungan yang terjalin dengan dengan pembesar-pembesar

Melayu, Francis Light berjaya mempengaruhi Pemangku Gabenor Jeneral Benggala,

John Macpherson supaya menguasai Pulau Pinang dan memajukannya sebagai

pelabuhan bebas.21 Hubungan Francis Light yang rapat dengan Raja Siam iaitu Raja

Taksin telah membawa kepada penganugerahan Pya Raja Capitan pada tahun 1778.

Manakala, Thomas Forrest juga turut diberi anugerah Achinese Order of the Golden

Sword oleh Sultan Alauddin Mohamed Shah pada 16 Jun 1781.

Di samping itu, mereka juga turut berperanan dalam memberi bantuan

kewangan kepada penduduk tempatan dan juga pedagang negeri yang lain. Usaha ini

dijayakan melalui penubuhan institusi bank yang ditubuhkan oleh James Scott sendiri

iaitu Syarikat Scott. Syarikat Scott telah berperanan sebagai institusi bank dan

meminjam wang kepada komuniti Pulau Pinang dan menawarkan bantuan kewangan

dengan menerima cagaran.22 Dengan cara ini syarikat Scott berjaya mengumpul satu

juta rupi pada tahun 1796.23 Melalui kegiatan inilah, kerajaan Pulau Pinang dapat

mengaut keuntungan yang tinggi hasil daripada kutipan cukai daripada Syarikat Scott.

21
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Perdagangan Bebas, hlm. 73.
22
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Sumbangan Pedagang Negeri’ dalam Mohamad Redzuan Othman
(ed.), Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, hlm 92.
23
Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Sejarah dan
Perkembangannya, hlm. 108.

10
Syarikat Scott juga turut berperanan dalam membeli semua tanah yang telah

ditinggalkan oleh pemilik tanah. Dimana semua tanah ini telah dibeli dengan harga

yang sangat rendah. Hal ini demikian kerana, kadar kematian yang tinggi di Pulau

Pinang ekoran persekitaran yang tidak bersih dan tiada kemudahan perubatan telah

menyebabkan pemilik tanah nekad untuk meninggalkan penempatan mereka. Usaha-

usaha ini telah membantu memajukan Pulau Pinang dan membuka peluang kepada

para pedagang dan individu persendirian untuk memperolehi pinjaman dari Syarikat

Scott untuk terlibat dalam perniagaan di Negeri-Negeri Selat.24

Pedagang negeri juga turut berperanan dalam menjalankan dasar suai faedah

dengan Raja-Raja Melayu. Kini, Raja-Raja Melayu berpeluang untuk menjual hasil

negeri mereka kepada pedagang negeri yang sanggup menawarkan harga yang lebih

tinggi.25 Harga Belanda ialah 10 dolar Sepanyol sepikul sementara country traders

menawarkan 16-18 dolar Sepanyol.26 Sebelum kedatangan pedagang negeri ke Tanah

Melayu, Raja-Raja Melayu lebih terikat dengan dasar monopoli Belanda dimana

mereka terpaksa memeterai perjanjian untuk menjual hasil negeri kepada Belanda

dengan kadar yang lebih murah. Pada pendapat Wringht (1955), dasar monopoli yang

dijalankan oleh pihak Belanda bertujuan untuk menyingkirkan persaingan dan

mendirikan penempatan semata-mata untuk meluaskan perdagangan. Belanda juga

turut tidak menjaga kebajikan pedagang asing dan tempatan. Malah, terdapat

segelintir penduduk tempatan telah bertindak untuk menjadi lanun bagi membalas

dendam terhadap Belanda. Ini telah menyebabkan Raja-Raja Melayu terpaksa

menjalinkan hubungan serampang dua mata iaitu menjalinkan hubungan dengan

24
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Sumbangan Pedagang Negeri’ dalam Mohamad Redzuan Othman
(ed.), Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, hlm 92.
25
Ibid, hlm. 87.
26
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Ide Perdagangan Bebas Di England Dan Pengaruhnya Ke Atas
Dasar Perdagangan Bebas Dan Pelabuhan Bebas Di Negeri-Negeri Selat 1786-1826’, hlm 108.

11
Belanda dan British sekaligus bagi mendapatkan hasil yang lebih tinggi serta

menyelesaikan masalah di Tanah Melayu. Sebagai contoh, pada tahun 1787 Sultan

Terengganu telah menulis surat kepada Francis Light memaklumkan bahawa beliau

khuatir kerana Belanda telah memerhatikan kerajaannya dengan mata yang serong

dan mungkin tidak lama untuk menafikan perdagangan negerinya dengan kuasa

tersebut.27 Oleh itu, baginda meminta untuk dihantarkan seseorang untuk

menyelesaikan masalah tersebut sekaligus, mewujudkan perdagangan yang

menguntungkan dua pihak. Apabila menerima surat itu, Francis Light telah bertindak

dengan menghantar Kapten Glass dan juga Leftenan Blair dengan 200 guni beras

yang dijual pada harga 500 dolar kepada Sultan Terengganu. Sultan juga turut

menawarkan 5000 pikul lada untuk 200 peti candu setiap tahun. Pada tahun 1779

pula, dilihat hampir 30 000 pikul bijih timah dan 10 000 pikul lada yang datang dari

Riau sebagai pertukaran kepada candu dan tekstil oleh kapten-kapten British.

27
Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Sumbangan Pedagang Negeri’ dalam Mohamad Redzuan Othman
(ed.), Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, hlm. 88.

12
PENUTUP

Kesimpulannya, kedatangan pedagang negeri ke Kepulauan Melayu telah

meningkat khususnya pada tahun 1760-an ekoran perdagangan Syarikat Hindia Timur

Inggeris dengan China. Di Tanah Melayu, mereka giat melakukan berberapa kegiatan

antaranya menjalankan dasar suai faedah dengan pemerintah tempatan, menjual

senjata api dan memberi bantuan kewangan. Melalui kegiatan inilah, hubungan

pedagang negeri dengan pemerintah tempatan semakin rapat sehingga mereka diberi

kuasa untuk mengawal hasil negeri masing-masing. Ini telah menjadi sebagai batu

loncatan bagi Francis Light dalam mendapatkan Pulau Pinang dan menjadikannya

sebagi pelabuhan bebas sekaligus, dapat membantu Francis Light dalam mencapai

cita-citanya. Kedatangan pedagang negeri pada abad ke-18 telah menjadi titik

permulaan kepada evolusi ekonomi moden Malaysia.

13
BIBLIOGRAFI

A. Mohamed Amin, Warkah Suci Putih Hati daripada Sultan Ibrahim kepada Francis Light,

https://www.academia.edu/9950641/Warkah_Suci_Putih_Hati_Daripada_Sultan_Ibrahim_K

epada_Francis_Light ( tarikh diakses 6/10/2016).

Morfologi Bandar Kuala Terengganu,

https://issuu.com/anwar_townplan/docs/morfologi_bandar_kuala_terengganu_final/20

(tarikh diakses 20/11/2016)

Sivachandralingam Sundara Raja, Dasar Perdagangan Bebas,

http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3148/1/MDSS_1993_Bil.21_5.pdf

(tarikh diakses 20/11/2016)

Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Ide Perdagangan Bebas Di England Dan Pengaruhnya Ke

Atas Dasar Perdagangan Bebas Dan Pelabuhan Bebas Di Negeri-Negeri Selat 1786-1826’,

Latihan Ilmiah, B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1992.

Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Sejarah dan

Perkembangannya, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1997.

Sivachandaralingam Sundara Raja, Sejarah Perdagangan Bebas, Kuala Lumpur:

Universiti Malaya, 2005.

Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Sumbangan Pedagang Negeri’ dalam Mohamad

Redzuan Othman (ed.), Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’

Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur, 2001.

14

Anda mungkin juga menyukai