Anda di halaman 1dari 65

Kuliah 6 dan 7

PEMBANGUNAN
EKONOMI DAN
HUBUNGAN ETNIK
DALAM KONTEKS
NEGARA MALAYSIA
1
Pengenalan

 Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar


Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia
menunjangi pembangunan ekonomi
Malaysia dan hubungan kaum
sehingga 1990.
 Selepasnya kerajaan
memperkenalkan Rancangan
Wawasan.

2
Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam
Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai
Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdeka
 Pada abad ke-15 dengan kemunculan
Melaka sebagai pusat perdagangan
bebas, bahasa Melayu menjadi
bahasa lingua franca dan pedagang-
pedagang asing menerima hegemoni
perdagangan Melayu.

3
 Sifat berkongsi kekayaan ekonomi
Melaka di kalangan semua pedagang
yang mengunjungi Melaka dapat
diperhatikan dari sikap Sultan dan
pembesar Melayu.
 Mereka mengguna dan menggalakkan
penyertaan pedagang asing seperti
Gujarati, Chulia dan peminjam wang
India (Chettiars).
 Dasar ini juga mengelakkan kelahiran
Melayu kaya yang bakal menggugat
kestabilan pemerintah.
4
 Hubungan ekonomi di Melaka
mengikut peraturan ekonomi yang
ditetapkan oleh raja-raja Melayu
mengikut Hukum Kanun Melaka.
 Pedagang asing terpaksa menerima
syarat-syarat dalam hukum ini bila
menjalankan perdagangan di Melaka.

5
 Portugis yang menguasai Melaka pada
abad ke-16 telah melenyapkan budaya
perdagangan bebas untuk seketika.
 Menjalankan dasar monopoli dan
pelbagai sekatan perdagangan
dikenakan.
 Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka
untuk membayar cukai; 10% dikenakan
untuk barangan dari negara China dan
8% untuk barangan dari Teluk Benggal.

6
 Pedagang juga dimestikan
mendapatkan surat izin untuk
berdagang di Melaka.
 Pedagang tidak puas hati dan ramai
yang berpindah ke Aceh dan Pedir.

7
 Keadaan bertambah buruk apabila
Belanda menguasai Melaka pada 1641.
Pelbagai dasar monopoli diperkenalkan
 Belanda mengawal barangan utama yang
diimport dan dieksport dari Melaka dengan
tujuan untuk menetapkan harga jualan
barangan berkenaan.

8
 Belanda menguasai monopoli ke atas
barangan seperti lada hitam, rempah-
ratus, kayu cendana, timah dan
pelbagai jenis kain.
 Duti sebanyak 10% dikenakan ke atas
barangan yang diimport dan 5% ke
atas barangan eksport.

9
 Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka
untuk menjalankan urusniaga mereka;
 mengikat perjanjian ekslusif dengan
pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-
negeri Melayu untuk menjual hasil negeri
mereka,
 khususnya bijih timah kepada Belanda pada
harga yang ditetapkan dan menghadkan
urusan perdagangan dengan pedagang-
pedagang India.
10
 Senario ekonomi Tanah Melayu berubah
dengan penguasaan Pulau Pinang oleh
Francis Light pada 1786, Melaka pada
1795 dan Singapura pada 1819.
 Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan
sebagai pelabuhan bebas pada 1826
dan ia menarik pedagang asing,
termasuk pedagang Cina dan India.

11
 Ketiga-tiga kelompok pedagang ini
tinggal dalam penempatan yang
berasingan dengan kegiatan ekonomi
diidentifikasikan dengan kaum.
 tiada interaksi ekonomi antara ketiga
kaum utama ini (Melayu, Cina dan
India).

12
 Keadaan ini berubah pada abad ke-19
apabila lebih ramai buruh asing,
khususnya buruh Cina, India dan
Jawa dibawa masuk untuk
memajukan sektor perladangan
(getah dan kopi) dan perlombongan.

13
 Pada abad ke-20 pula British mula
menyingkirkan penguasaan orang Cina
dalam sektor perlombongan dan bidang
komersil lain yang menguntungkan.
 Buruh India dan Cina dibawa masuk
dalam bilangan yang besar untuk
memajukan sektor perladangan getah dan
bijih timah.
 Ia dengan sengaja membawa kepada
ekonomi duaan iaitu dua keadaan
ekonomi yang berjalan serentak dalam
satu waktu.
14
 Kawasan pantai barat maju dengan
tersedianya pelbagai kemudahan dan
pantai timur pula menumpukan kepada
tanaman sara diri.
 Bentuk ekonomi ini membawa faedah
kepada kebanyakan orang Cina yang
menetap di bandar.

15
 Orang Melayu terpinggir di luar bandar
dengan kegiatan ekonomi sara diri
(tanam padi dan buah-buahan).
 Ia disengajakan oleh British dengan
harapan orang Melayu akan hasilkan
tanaman untuk keperluan sendiri dan
British juga tidak perlu mengimport beras
dari luar.

16
Hubungan Etnik Pada Zaman
Melaka sehingga abad ke- 17

 Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia


muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di
sini wujud interaksi yang baik antara
pedagang Melayu, Cina dan India.
 Ini kerana kerajaan Melaka di bawah
pemerintah yang bijak menjalankan dasar
pentadbiran yang adil dan ia memberi
peluang kepada semua bangsa untuk
menikmati keuntungan perdagangan di
Melaka.
17
 Kejayaan hidup bersama antara
kesemua kaum ini dapat diperhatikan
daripada kewujudan penempatan
seperti Bukit Cina dan perkahwinan
orang tempatan dengan pedagang
asing yang melahirkan baba
peranakan India dan Cina.

18
 Hubungan ekonomi antara ketiga kaum
(Melayu, India dan Cina) terjejas dengan
kehadiran kuasa Portugis dan Belanda
yang mula mengawal pelabuhan-
pelabuhan utama Melayu seperti Melaka
dan Betawi. Kuasa asing ini juga
mengawal perdagangan antara pulau
dan jalan laut utama antara India dan
China.

 Usaha-usaha diambil untuk memaksa


kerajaan-kerajaan Melayu tunduk
kepada kuasa baru ini.

19
 Dasar monopoli yang diamalkan oleh
kuasa Barat ini memaksa pedagang
tempatan beralih ke pelabuhan-
pelabuhan lain yang mengamalkan
dasar perdagangan bebas.
 Keadaan ini juga memaksa pedagang
Melayu berpindah ke kawasan
pedalaman (hinterland) dan mereka
terpaksa bekerja mengusahakan tanah.
20
 Keadaan ini membawa kepada
kemunculan kelas petani atau komuniti
Melayu luar bandar yang mengusahakan
tanah.
 Kekosongan yang ditinggalkan oleh
orang Melayu di bandar kini diambil alih
oleh orang India dan kemudian pada
zaman British oleh orang Cina, Arab dan
Eropah.
21
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18

 Abad ke-18 adalah zaman pertapakan


kuasa Inggeris di Tanah Melayu dengan
penguasaan Pulau Pinang pada 1786.
 Ia menyaksikan perkembangan Pulau
Pinang sebagai sebuah pelabuhan bebas
dan kebanjiran ramai pedagang asing
termasuk dari India (pedagang Chulia) dan
Cina.
 Kemajuan Pulau Pinang pada abad ke-18
sebahagiannya disumbangkan oleh
pedagang Chulia

22
 Hampir kesemua kapitan Cina
menjalinkan hubungan yang baik
dengan British.
 Dasar British Ini sebenarnya
menjarakkan lagi status ekonomi
Cina.

23
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-19

 Penglibatan orang Cina dalam


ekonomi Negeri-negeri Melayu
membawa kepada kerjasama
ekonomi antara kaum Melayu dan
Cina.
 Ini dapat diperhatikan di negeri
Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

24
Kerjasama Orang Cina-Melayu
Di Selangor
 Kerjasama antara saudagar Cina dan
Melayu di Selangor bermula pada tahun
1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja
Jumaat (1840-1854).
 Saudagar Cina Melaka telah mendahulukan
modal untuk memajukan lombong di Lukut.
 Sebagai balasan saudagar Cina Melaka
mendapat sebahagian keuntungan yang
diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut.

25
Kerjasama Orang China –
Melayu Di Johor
 Kerjasama ini bermula apabila
Temenggong Johor, Temenggong
Ibrahim menggalakkan orang Cina
membuka tanah untuk mengusahakan
tanaman lada dan gambir.

26
Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan
di Johor, seorang ketua Cina yang dipanggil
Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk
mengawal setiap batang sungai di tempat
ladang-ladang terbuka.
Kangcu akan menerima surat kuasa dari
Temenggong untuk membuka ladang,
mengawasi tanaman dan memungut cukai

27
Kesan Dominasi Langsung Orang
Cina Dalam Perlombongan
 Selepas pedagang Cina dibenarkan
untuk terlibat secara langsung dalam
perkembangan ekonomi Negeri-negeri
Melayu, peranan elit pemerintah Melayu
hanya dihadkan kepada pengutipan
cukai eksport dan import dan urusan
memperuntukkan konsesi kepada
pelabur.
 Dengan bermulanya pentadbiran British,
peranan ini telah diambil alih oleh British
dan orang Cina kini boleh melangkaui
(bypass) pemerintah Melayu untuk
berurusan dengan pentadbir British
28
 Kaum Cina juga bekerja sebagai
kontraktor pembuat jalan, landasan
keretapi, sebagai peniaga runcit dan
pekedai. Mereka juga menjadi orang
tengah dalam perniagaan.

 Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang


berdikari dan mampu diri. Pada masa
itu, rata-rata tidak menganggap Tanah
Melayu sebagai negara mereka

29
Buruh India
 Abad ke-18 juga adalah zaman
kedatangan buruh India yang mula
menetap di Negeri-negeri Selat.
 Ada yang datang sebagai pegawai polis,
tentera dan pesalah yang dibawa dari
India untuk bekerja sebagai buruh dalam
Jabatan Kerja Raya.
 Ada juga pedagang India yang terlibat
dalam perniagaan di Negeri-negeri Selat.

30
 Selepas pengenalan sistem Residen di
Negeri-negeri Melayu pada 1874, ramai
orang India yang direkrut dalam sektor
keselamatan Negeri-negeri Melayu
(NNM) seperti Malay States Guides,
polis dan juga dalam pembinaan jalan
dan landasan keretapi.

 Bilangan buruh India ketika ini amat kecil


tetapi ia bertambah pada penghujung
abad ke- 19 dengan perkembangan
pesat sektor perladangan getah.
31
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan
Etnik Pada Abad Ke-20

 Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan


perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu
dan penglibatan bukan Melayu, khususnya
kaum Cina dalam ekonomi milik British.
 Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang
besar dalam sektor perladangan dan
sebilangan kecil dalam pentadbiran dan
sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan
dan perlombongan.
 Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar
bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja
makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.

32
 Pada awal abad ke-20 kaum Cina
menjadi pemilik utama lombong-
lombong utama dan hanya pada
1930-an dengan peningkatan
penggunaan teknologi, bangsa
Eropah mula mengambilalih dominasi
orang Cina dalam sektor ini

33
 Kedudukan ekonomi Cina telah cuba
dipulihkan pada zaman Darurat (1948-
1960) iaitu apabila berlaku ancaman
komunis.
 kerajaan telah mendirikan kawasan
penempatan baru yang dikenali sebagai
“kampung-kampung baru” (New
Villages) di bawah rancangan Briggs.

34
 Hubungan Orang Melayu dengan India
dari sudut ekonomi agak baik pada awal
abad ke-20. Ini adalah berasaskan
hubungan orang Melayu golongan
peminjam wang India (Chettiar).
 Hubungan ini menjadi renggang pada
1930-an apabila orang India membuat
tuntutan politik supaya mereka diberikan
lebih banyak keistimewaan.

35
 Kedudukan ekonomi buruh India amat
teruk pada zaman pendudukan
Jepun.
 Ramai yang telah dibawa ke
sempadan negeri Thai untuk
membina landasan keretapi maut.

36
 Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan
pekerja bertambah dan ramai buruh India telah
menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti
Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India
telah menuntut supaya mereka diberikan upah
yang sama dengan buruh Cina.
 Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang
selesa, bekalan kemudahan asas dan
perlantikan guru sekolah di estet.

37
 Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di
alami oleh ketiga-tiga kaum pada abad ke-
20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum
ini juga berbeza.

 Kaum Cina juga mewakili separuh dari


penduduk bandar semua negeri
Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu
dan Perlis.

38
 Orang Melayu pula tertumpu di kawasan
luar bandar yang berkait dengan
pertanian sebagai contoh di kawasan
pantai barat. Pada tahun 1947, hanya
14% orang Melayu menetap di bandar,
sedangkan Cina mewakili 54% dan India
39%.
 Kaum India sebahagian besar tinggal di
luar bandar dan mereka yang menetap
di bandar tertumpu di negeri Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan.

39
Selepas Merdeka
Latar Belakang Perkembangan Ekonomi
Malaysia dalam Kerangka
Perlembagaan Merdeka 1957 dan
Senario Selepas Merdeka
 Perlembagaan Merdeka menyaksikan
dominasi politik Melayu diinstitusikan.
Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO,
MCA dan MIC telah berkompromi
dibawah satu persetujuan (social
contract) yang dikenali sebagai
“persetujuan bersejarah” (historic
bargain).
40
 Melalui persetujuan ini orang Melayu
bersetuju kewarganegaraan akan diberikan
kepada orang bukan Melayu yang
berkelayakan dan sebagai balasan bukan
Melayu bersetuju mengakui hak-hak
istimewa orang Melayu, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan
kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja
berperlembagaan.

41
 Semua kompromi ini kemudiannya
dimaktubkan dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957.
 Walaupun semua kehendak dipersetujui
sewaktu perlembagaan diterima tetapi
selepasnya ia adalah satu senario yang
berbeza.
 Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-
parti pembangkang dalam pilihanraya 1963
dan 1969.

42
 Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan
tidak puas hati dan kemuncaknya ialah
Tragedi 13 Mei.
 Ia seterusnya membawa kepada
pemansuhan Parlimen, penubuhan Majlis
Gerakan Nasional (MAGERAN) dan
pengenalan prinsip Rukunegara bagi
mengukuhkan perpaduan negara.

43
 Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru
(DEB) diperkenalkan untuk menyusun
semula masyarakat dan membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum.
 Antara 1970-1990, DEB menunjangi
pembangunan negara dan ia berusaha
untuk membasmi dan menyusun semula
masyarakat tanpa mengira bangsa dan
agama.

44
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik
Dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-
1960) dan Kedua (1961-1965)

 Pembangunan ekonomi Malaya selepas


merdeka adalah berasaskan beberapa
rancangan pembangunan 5 tahun.
 Rancangan pembangunan negara boleh
dibahagikan kepada dua fasa, pertama
(1956-1970) dan kedua (1970-1990) yang
berasaskan Dasar Ekonomi Baru.

45
 Rancangan Malaya Pertama bertujuan
untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara dengan menumpukan kepada
sektor luar bandar;
 Mempelbagaikan keluaran pertanian
supaya negara tidak hanya bergantung
kepada pengeluaran getah
 Menambahkan peluang pekerjaan bagi
mengurangkan kadar kemiskinan.

46
 Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas
merdeka adalah untuk membawa kemajuan
ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu
 Pada waktu ini tidak banyak wang yang
diperuntukkan untuk perbelanjaan
pembangunan ekonomi.
 Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan
kepada pertahanan dan keselamatan dalam
negeri (bagi membendung ancaman komunis).

47
Status Ekonomi Melayu

 Untuk membantu orang Melayu di luar bandar


kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi;
 RIDA (Rural Industrial Development Authority)
berfungsi untuk memajukan masyarakat luar
bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi
dan infrastruktur.
 FELDA (Federal Land Development Authority)
pada 1956 untuk membuka dan memajukan
tanah baru secara besar-besaran bagi
pertanian dan penempatan

48
 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar pada 1959, satu Kementerian yang
secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar
ditubuhkan.
 FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority)
pada 1965.
 1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung
ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara
langsung dalam proses perancangan dan
pelaksanaan program pembangunan.

49
 Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965
dengan modal sebanyak RM20 juta
untuk berperanan sebagai institusi yang
boleh membekalkan kredit serta khidmat
nasihat kepada peniaga bumiputera.
 Amanah Saham MARA dilancarkan
pada 1967 untuk menggembling tabung
simpanan Melayu.
 Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu
ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia
bagi golongan kapitalis Melayu.

50
Status Ekonomi Cina
 Kedudukan ekonomi Cina amat teguh
selepas merdeka disebabkan
kemahiran orang Cina berdagang dan
juga sumbangan persatuan-persatuan
Cina untuk mengumpul modal.
 Konsep perniagaan ala kongsi telah
membantu kaum Cina mengumpul
modal dan mengukuhkan modal di
kalangan komuniti mereka.
 Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi
orang Cina di bandar yang telah
mendedahkan mereka dengan satu
51
sistem pendidikan yang baik.
Status Ekonomi India

 Kaum India adalah satu komuniti yang


tidak mempunyai suara politik dan
lemah dari segi ekonomi dan sering
ditindas oleh kerajaan British.

52
 Dasar kerajaan yang baru merdeka
untuk mengambilalih ladang-ladang
milik pengusaha asing mempunyai
kesan yang serius ke atas buruh eset.
 Pengusaha Barat mula menjual
ladang-ladang mereka dan
meninggalkan negara.

53
 MIC telah cuba menyelamatkan nasib
buruh-buruh India dengan membeli
ladang-ladang kecil dengan
menubuhkan National Land Finance-Co-
operative Society Lmtd (NLFCS) pada
1960.
 Antara 1961-1969, NLFCS telah
membeli 18 estet.
 MIC dan NLFCS telah mendesak
kerajaan menggubal undang-undang
untuk mengawal penjualan estet yang
luasnya melebihi 100 ekar.

54
Pembangunan Ekonomi dan
Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13
Mei 1969 Hingga 1990
 Tun Razak menyedari bagi membangunkan
ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan
perbalahan kaum.
 Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada
1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia
menyaksikan penyertaan lebih banyak parti
politik dan mengurangkan politiking.
 Tujuan utama rancangan ini adalah untuk
memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia
adalah strategi politik yang digelar sebagai
“ethnic corporatism”.

55
Status Ekonomi Melayu

 Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13


Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia
Pertama (RMP) (1966-1970).
 Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan
wujudkan integrasi antara Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.
 Ingin mengurangkan kadar pengangguran,
membangunkan ekonomi luar bandar dan
mempelbagaikan ekonomi supaya tidak
bergantung kepada getah dan bijih timah.

56
 Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan
timbulnya masalah perbalahan kaum adalah
disebabkan ketidakseimbangan dalam
pembangunan ekonomi antara kaum
 Pembahagian buruh seperti yang disaksikan
pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-
tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang
paling menganggur ialah orang Melayu dan ini
diikuti oleh orang India.

57
 Dalam sektor pelaburan didapati orang
Melayu hanya memiliki 1% pelaburan
dalam perniagaan berdaftar.
 Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang
lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula
diperkenalkan dan ia dikenali sebagai
Dasar Ekonomi Baru (DEB).

58
 DEB diharapkan dapat menyusun semula
masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan
ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum
seperti yang diperhatikan pada zaman
penjajahan.
 DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia
kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat
1981-1985 dan Kelima, 1986-1990.

59
Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan
Malaysia sehingga 1990 ialah
 untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
menerusi strategi membasmi kemiskinan dan
 menyusun semula masyarakat dari segi fungsi
ekonomi,
 memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan
mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera
dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
 Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-
tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif
adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor
swasta dalam pembangunan negara.

60
 Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia
menyedarkan orang Cina betapa perlunya
bekerjasama dengan orang Melayu untuk
mendapat faedah ekonomi.
 Kaum Cina mula mengubah strategi
perniagaan mereka daripada berniaga
sebagai individu kepada kumpulan.

61
 Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis
Perundingan Ekonomi Negara untuk
melahirkan rasa kebimbangannya dengan
nasib kaum India yang ketinggalan di bawah
DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi
merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh
1991-2000.
 Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan
mengambil tindakan untuk memajukan nasib
orang India dibawah Dasar Pembangunan
Nasional yang akan menggantikan DEB.

62
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik
Di bawah Dasar Pembangunan Nasional
(1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-
2010)

 Kerajaan telah menggubal Dasar


Pembangunan Nasional (DPN) selepas tamat
tempoh Rancangan Jangka Panjang Pertama
(RRJP 1) dan DEB pada 1990.
 DPN yang termasuk dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi
tempoh masa antara 1991-2000.

63
 DPN digubal berlandaskan wawasan 2020
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang 2020.
 Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran
yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia
untuk muncul sebagai negara berteknologi
tinggi menjelang abad ke-21

64
 Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba
mewujudkan landasan yang baik bagi
memajukan kesemua kaum di Malaysia.
Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB
memang mempunyai kelemahan.

 Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan


semua pihak bagi memastikan apa sahaja
dasar yang diperkenalkan membawa faedah
kepada semua lapisan masyarakat tanpa
meminggirkan mana-mana komuniti.

65

Anda mungkin juga menyukai