Anda di halaman 1dari 5

Sejarah perkembangan ekonomi negara boleh dibahagikan kepada empat tahap perkembangan iaitu era pra-penjajahan, era penjajahan,

era selepas penjajahan dan era selepas kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh penjajah yang membuat pelbagai langkah bagi memperbaiki dan mengembangkan ekonomi negara. Pihak penjajah hanya berminat hendak memajukan sektor ekonomi yang dapat memberi keuntungan secara langsung kepada mereka tetapi tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia. Bagi melihat dengan lebih mendalam berkenaan sejarah perkembangan ekonomi negara, kita bahagikan tahap perkembangan ini kepada empat bahagian iaitu era pra-penjajahan, era penjajahan, era selepas penjajahan dan era selepas kemerdekaan. Era prapenjajahan Pembukaan Melaka oleh Parameswara pada penghujung abad ke-14 menjadi titik permulaan Tanah Melayu terlibat dalam perdagangan. Melaka menjadi pelabuhan entrepot Timur-Barat. Kegiatan ekonomi di Kepulauan Melayu menjadi semakin bertambah penting dengan tertubuhnya beberapa kerajaan Melayu Tua yang mula menguasai pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan kapal-kapal dari China, India dan Asia Barat bagi menjalankan perniagaan mereka. Kemajuan yang dikecap oleh kerajaan Melaka ketika itu menimbulkan minat kepada negara barat bagi menguasai perdagangan sehingga akhirnya kerajaan Melaka dijajah oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.

Era penjajahan Penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun selama hampir 400 tahun banyak memberi kesan kepada ekonomi Tanah Melayu. Namun begitu penjajahan oleh Portugis dan Belanda yang mengambil masa selama 313

tahun itu tidak meninggalkan banyak kesan kepada ekonomi kerana mereka tidak mengeksploitasi sumber secara besar-besaran, selain tumpuan pada perdagangan rempah sahaja. Pada zaman pemerintahan Inggeris berlaku perubahan ke atas ekonomi negara apabila perlombongan dan penanaman getah mula diperkenalkan. Perlombongan menjadi penting apabila Inggeris membawa masuk imigran Cina supaya bekerja di lombong dan imigran India sebagai pekerja ladang getah. Era kemerdekaan Pada era ini kerajaan mula memperkenalkan rancangan pembangunan yang terancang dan teratur yang dipanggil Rancangan Pembangunan Ekonomi (RPE1) atau Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selain itu, pada era ini juga ditubuhkan rancangan pembangunan tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956 bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah serta membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kaum petani. Pada tahun 1961, Rancangan Pembangunan Ekonomi 2 (RPE2) pula dilancarkan. Kedua-dua RPE hanya memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu. Era baru kini Peristiwa hitam 13 Mei 1969 memberi kesan yang mendadak pada ekonomi Malaysia. Rusuhan kaum yang berlaku ketika itu dipercayai akibat daripada wujudnya ketidakseimbangan dalam banyak aspek terutamanya ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Akibat daripada itu beberapa dasar dilancarkan oleh kerajaan bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), dan kini Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi. Ciri-ciri Ekonomi Zaman Penjajah Kita sudah sedia maklum setiap penjajah yang datang ke Tanah Melayu mempunyai kepentingannya tersendiri. Mereka hendak memajukan kawasan yang mempunyai sumber kekayaan dan dapat

memberi keuntungan kepada mereka. Kawasan yang tidak mendatangkan hasil kepada mereka dibiarkan mundur. Keadaan yang sedemikian mewujudkan beberapa ciri ekonomi seperti kemajuan penanaman getah secara perladangan,

perkembangan perlombongan bijih timah, kepesatan infrastruktur, pengeluaran bahan mentah dan ekonomi dualisme. Kepesatan infrastruktur Penyediaan infrastruktur berkait rapat dengan aktiviti ekonomi negara. Pembinaan jalan kereta api adalah salah satu kemudahan yang dibina bagi memudahkan penghantaran barang-barang dengan teratur. Contohnya pembinaan jalan kereta api antara Taiping dan Port Weld, Kuala Lumpur dan Klang serta Seremban dan Port Dickson. Pembinaan jalan raya bukan sahaja bertujuan menghantar barang-barang, malah segala urusan lain juga dapat dijalankan dengan lebih mudah. Dengan adanya kemudahan ini ia memberi impak positif pada pertumbuhan sesebuah kawasan. Kawasan yang kecil menjadi bandar kecil dan kawasan bandar menjadi bandar besar. Kegiatan perlombongan Kegiatan perlombongan khususnya bijih timah bermula sebelum British menjajah Tanah Melayu. perlombongan ini adalah perusahaan tertua di Tanah Melayu. Perusahaan bijih timah adalah kegiatan yang dipelopori oleh orang Melayu sehingga tahun 1820 di mana ianya dikuasai oleh raja-raja dan pembesarpembesar Melayu seperti Long Jaafar iaitu Menteri Larut. Orang Cina mula melibatkan diri dalam perusahaan bijih timah mulai tahun 1820 kerana orang Melayu menganggap ia sebagai kerja sambilan dan lebih menumpukan kepada ekonomi sara diri. Dengan kemasukan orang Cina, mereka mula menggantikan kaedah melombong orang Melayu yang menggunakan cara tradisional. Mereka

memperkenalkan kaedah yang lebih moden iaitu melombong secara melombong dedah dan pam. Selepas itu, Sir Hugh Low memperkenalkan enjin stim pada tahun

1877 yang digunakan di lombong-lombong timah di Taiping dan Selangor. Perusahaan getah Pada peringkat permulaan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu adalah satu proses yang agak lambat dan memerlukan usaha yang gigih. Ini disebabkan tidak ramai yang mempunyai pengetahuan mengenai penanaman getah serta kaedah menoreh getah. Pelantikan Hendry N. Ridley sebagai pengarah Taman Bunga di Singapura pada 1888 mempengaruhi perkembangan perusahaan getah. Beliau memperkenalkan sistem torehan getah sebagai "Sistem Ibedem atau sistem Tulang Ikan Hering pada tahun 1897 dan digunakan pada tahun 1904. Pada awal abad ke 20, penanaman getah mula ditanam secara besar-besaran di Tanah Melayu. Harga getah di pasaran dunia meningkat empat kali ganda. Menjelang kemerdekaan, seluas 800,000 hektar tanah ditanam getah secara perladangan, sebahagian besar di kawasan Perak, Permatang, Selangor, Lembah Klang dan Johor. Penanaman secara kebun kecil pula berjumlah sebanyak 700,000 hektar. Pada ketika itu getah menyumbang sebanyak lebih daripada 50 peratus kepada eksport kasar negara. Ekonomi dualisme Ekonomi dualisme terdiri daripada dua ciri iaitu satu kawasan dibangunkan malah satu kawasan lagi dibiarkan begitu saja.Wilayah yang menyumbangkan hasil terus dijaga atau dibangunkan, manakala wilayah yang tidak mempunyai potensi untuk terus maju dan tidak mempunyai hasil dibiarkan tanpa pembangunan atau dipinggirkan. Ekonomi dualisme ini wujud dengan begitu meluas sekali. Contohnya, dalam sektor pertanian wujudnya dualisme iaitu antara sektor perladangan dan sektor pekebun kecil. Sektor perladangan mempunyai ciri-ciri pertumbuhan, berintensif modal, memiliki pekerja mahir, sistem pengurusan yang lebih teratur, serta produktiviti yang lebih tinggi. Manakala sektor pekebun kecil mempunyai ciri-ciri pertumbuhan yang lambat, produktiviti yang kurang, penggunaan teknologi tradisional, pekerja kurang

cekap serta wujudnya masalah infrastruktur dan lain-lain. Pengeluaran bahan mentah Bahan mentah atau komoditi utama seperti getah adalah sumber utama yang menguntungkan negara pada zaman penjajah. Britain adalah salah sebuah negara yang membeli bahan mentah dengan harga murah. Mereka kemudiannya memproses dan menjual barang-barang siap dengan harga yang lebih mahal.

https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:c1CsSKKBPngJ:www.pmo.gov.my/do kumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf+sosio+ekonomi+malaysia& hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESg3R8BOU6bhnMqqDCoutWRGuUV40HUZW4SLOsPAdqtOBRWt9nWlk1EG_NzwYvUnrXmxAdj5T4sz oio9w1tDS8PGvqJBW6SW0j2GHapKAbiMiWN6x__xsXYT07R_7XKNuur4Wk&sig=AHIEtbSdrJkah5Px9_w9lBORfDKz4UZkSQ

Anda mungkin juga menyukai