Anda di halaman 1dari 13

JKA513 / 4

  JKA513TG1
INDUSTRIALISASI DAN PERUBAHAN SOSIAL
INDUSTRIALISATION AND SOCIAL CHANGE
Academic Session 2019/2020
 
TUGASAN TG1
 
NOOR INTAN JUNAINA BINTI
Name
BAHAUDDIN 

Matric No. JK/10846/15  

I.C No. G/18176 

Regional G/18176
 KUALA LUMPUR
Centre.

 House :                           


 Phone No.
 H/P:012-4318176

Name FAHRUL NIZAM BIN AB. NASIR 

Matric No. JK/9326/13  

I.C No. I/16581 

Regional
 KUALA LUMPUR I/16581
Centre.

 House :                           


 Phone No.
 H/P:012-2161389

NOTE :
1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.
    AS : Please use blue colour cover
    LR : Please use yellow colour cover
2. Complete all details.
3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.

SENARAI PEMBAHAGIAN TUGAS

1
Pengenalan dan Definasi : Noor Intan Junaina Bahauddin (JK/10846/15)

Industrialisasi : Noor Intan Junaina Bahauddin (JK/10846/15)

Perbandaran : Noor Intan Junaina Bahauddin (JK/10846/15)

Fahrul Nizam B. Ab Nasir (JK/9326/13)

Migrasi : Fahrul Nizam B. Ab Nasir (JK/9326/13)

Kesimpulan : Noor Intan Junaina Bahauddin (JK/10846/15)

Fahrul Nizam B. Ab Nasir (JK/9326/13)

Foto-Foto, rajah, jadual : Fahrul Nizam B. Ab Nasir (JK/9326/13)

1. Pengenalan

2
Pengaruh industrialisasi terhadap perkembangan proses urbanisasi sering kali dapat dilihat
di negara-negara membangun. Negara-negara di Asia Tenggara juga tidak terlepas dari
pengaruh industrialisasi yang berlaku di kebanyakan negara-negara di rantau Asia
Tenggara. Proses industrialisasi berlaku disebabkan oleh beberapa aspek iaitu komposisi
industri, pemilihan lokasi dan prestasi serta perkembangan di dalam ekonomi. Antara
pengaruh lain di dalam industrialisasi yang membawa kepada perkembangan proses
urbanisasi adalah melibatkan aspek migrasi, strategi perdagangan dan perkembangan
teknologi yang merupakan kesinambungan dari bebrapa faktor primer.

2. Definisi Konsep
2.1 Industrialisasi
Industrialisasi merupakan perkataan yang berasal dari Industri dan jika diterjemahkan
membawa maksud sesatu perbuatan dimana ia melibatkan proses pembuatan dan
mengolah sesuatu barangan dengan melibatkan penggunaan prasarana yang
memiliki mesin-mesin yang berteknologi. Industrialisasi merupakan sesuatu
perubahan sistem melibatkan kehidupan masyarakat dimana kita sedia maklum
bahawa Industrialisasi adalah satu perubahan dari sistem agrokultur yang melibatkan
pertanian kepada masyarakat industri, di dalam proses Industrialisasi, masyarakat
lebih memfokuskan kepada pekerjaan yang beragam atau melalui pengkhususan
sesuatu bidang di dalam mendapatkan sumber ekonomi dengan memperolehi
sumber gaji dari pekerjaan yang dilakukan. Menurut Nor Aini et.al (1996),
industrialisasi merupakan salah satu permodenan dimana berlakunya perkembangan
ekonomi dan juga perubahan struktur sosial yang sangat berkait rapat dengan
kemajuan teknologi saban hari. Manakala menurut Chenery (1986), beliau
menyatakan bahawa proses industrialisasi boleh didefinisikan sebagai salah satu
proses perubahan struktur ekonomi di dalam masyarakat dimana menurut beliau lagi,
industrialisasi memperlihatkan sumbangan industri dimana berlakunya peningkatan
permintaan pengguna, kadar eksport yang tinggi dan juga peluang pekerjaan yang
ditawarkan. Selain itu industrialisasi juga boleh dilihat sebagai proses transformasi
ekonmi dimana ia merangkumi segala bentuk perubahan melibatkan sektor ekonomi
yang saling berkaitan.

2.2 Perbandaran

Perbandaran adalah salah satu proses perubahan yang melibatkan peningkatan


penduduk di sesebuah kawasan. Perbandaran juga merupakan perkembangan
sesebuah kawasan yang secara lazimnya kurang maju menjadi sebuah bandar yang
didiami ramai penduduk. Proses perbandaran ini melibatkan perpindahan dan
penghijrahan ke bandar-bandar besar dan berlakunya perubahan di dalam kegiatan
ekonomi masyarakat dimana pada sebelum ini yang hanya tertumpu kepada

3
ekonomi berbentuk pertanian. Selain itu perbandaran juga mengalami proses
peningkatan taburan penduduk yang lebih tinggi dimana berlakunya kepadatan
penduduk di sesebuah kawasan bandar dan sekaligus mempengaruhi masyarakat
menjalani kehidupan yang lebih moden. Kingsley (1972), yang merupakan pakar di
dalam bidang kependudukan turut mentakrifkan perbandaran dengan satu takrifan.
Menurut beliau, perbandaran boleh ditakrifkan sebagai proses penumpuan oleh
penduduk mendiami sesutau kawasan yang pesat atau lebih dikenali sebagai
bandar. Beliau juga turut membuat satu perbandingan dimana di dalam
perbandingan tersebut, Kingsley menyatakan bahawa terdapat perbezaan peratus
penduduk di kawasan bandar dan luar bandar melibatkan sesebuah daerah, negara
atau kawasan-kawasan yang terlibat.

2.3 Migrasi

Migrasi merupakan salah satu fenomena yang sering terjadi didalam mana-mana
negara didunia. Migrasi merupakan tingkah laku yang melibatkan tingkah laku
perubahan dari segi perpindahan atau penghijrahan sesebuah masyarakat ke
sebuah kawasan yang baru. Di dalam proses migrasi, pola dan kadar migrasi adalah
saling berkait rapat dengan proses urbanisasi di mana ia mempengaruhi tahap
urbanisasi di sesebuah negara (Mohd Fadzil, 2010). Migrasi jika dilihat dari sudut
perubahan, ia melibatkan proses perpindahan atau penghijrahan penduduk dari
sebuah kawasan ke kawasan yang baru dimana ia melibatkan perubahan yang
berkaitan dengan masa dan ruang. Migrasi juga dilihat sebagai salah satu langkah di
dalam menambah baik struktur ekonomi sesebuah masyarakat dimana dengan
perpindahan atau penghijrahan yang dilakukan penduduk ke kawasan yang lebih
banyak sumber ekonomi. Definisi migrasi adalah berbeza dengan maksud pelarian
dimana jika disoroti, pelarian adalah perpindahan yang dilakukan oleh sekelompok
manusia demi menjaga keselamatan dan perpindahan yang dilakukan adalah untuk
mencari kawasan yang selamat bagi melindungi mereka dari kancah perperangan
yang tercetus di tempat asal mereka. Oleh itu migarsi dan perlarian adalah satu
definisi yang berbeza walaupun mempunyai tingkah laku yang sama iaitu
perpindahan atau penghijrahan.

3. Sorotan Karya
Tinjauaan karya yang dilakukan adalah dengan memfokuskan kepada contoh-contoh
industrialisasi, perbandaran dan migarsi yang sering berlaku di negara-negara rantau Asia
Tenggara selain Malaysia.

4
3.1 Industrialisasi

Proses industrialisasi telah memberikan satu impak besar terhadap beberapa aspek
terutamanaya di dalam bidang ekonomi. Industrialisasi telah memberikan kesan
terhadap sektor ekonomi dimana dengan adanya perkembangan industrialisasi maka ia
telah meningkatkan peluang pekerjaan sekaligus telah menggalakan pertumbuhan
sumber ekonomi dan struktur sosial sesebuah masyarakat. Dengan adanya proses
industrialisasi sudah pasti akan memerlukan sumber tenaga kerja yang banyak bagi
memenuhi keperluan tenaga kerja di dalam perkembangan bidang industri di
kebanyakan negara-negara Asia Tenggara. Namun demikian, perubahan dari sudut
sosial juga harus diberikan perhatian ekoran dari perkembangan industrialisasi yang
berlaku di rantau Asia Tenggara. Perubahan yang drastik dapat dilihat di kebanyakan
negara di rantau ini dimana berlaku perubahan yang ketara dimana sebelum ini,
kebanyakan negara-negara tersebut dilihat menjalankan industri yang beraskan
pertanian dan berubah kepada negara yang mengamalkan perindustrian.

Perkara ini secara tidak langsung telah mengubah landskap ekonomi negara-negara
tersebut dan perubahan ini sekaligus menyediakan peluang pekerjaan yang besar
kepada penduduk negara tersebut di dalam bidang perindustrian. Pembangunan
sesebuah negara terutama melibatkan struktur ekonomi telah menyebakan berlakunya
perubahan kepada aktiviti ekonomi negara itu sendiri (Nor Aini et. al, 1996). Seperti yang
berlaku di Thailand, negara Gajah Putih tersebut telah mengalami perubahan yang pesat
terutama di dalam bidang perindustrian dimana berlakunya peningkatan pendapatan
negara yang mana Thailand telah mencatatkan lebih dari dua pertiga total gross
domestic product (GDP). Perkembangan ini boleh dilihat bahawa dengan adanya
pelaburan dari perusahaan multinasional di dalam sektor komponen dan pengeluaran
elektronik. Salah satu perusahaan multinasional yang menyumbang kepada
perkembangan ini adalah Western Digital (WD) dimana syarikat gergasi ini telah
mendirikan kilang-kilang pengeluaran miliknya di Thailand.

Seperti kebanyakan negara-negara membangun yang lain, Thailand juga mengalami


peningkatan dari segi penggunaan tenaga kerja dimana negara ini dahulunya lebih
dikenali sebagai salah sebuah negara pertanian telah mengalami perubahan yang
ketara terutama di dalam bidang perindustrian. Perubahan ini juga turut berkait rapat
dengan proses migrasi dimana di dalam konteks negara Thailand berlakunya migrasi
melibatkan penduduk atau pekerja asing dari luar. Mobiliti juga memainkan peranan
penting di dalam kesejahteraan pekerja dimana kebanyakan para pekerja melakukan
migrasi bagi membolehkan mereka mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Berdasrkan faktor ketidaktentuan dan juga pembangunan ekonomi di rantau Asia
Tenggara telah membuka peluang kepada para pekerja untuk mencari pekerjaan

5
dengan upah yang lebih memberangsangkan. Menurut Mauro (2017). Kebanyakan
pekerja tidak memanafaatkan peluang yang ada dimana mereka memilih untuk bertukar
kerja di dalam negara tanpa memperluaskan akses mereka bagi mendapatkan peluang
pekerjaan di negara-negara rantau Asia Tenggara yang lebih maju.

3.2 Perbandaran

Dalam abad ke-21 dunia telah mengalami perubahan suasana dimana berlakunya
perubahan suasana yang melibatkan perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar
ke kawasan bandar. Oleh yang demikian, abad ke-21 dilihat sebagai abad bandar
dimana kebanyakan penduduk di dunia pada ketika ini memilih kawasan bandar sebagai
pilihan dan bilangan penduduk bandar yang semakin meningkat telah menyebabkan
kepadatan penduduk di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Oleh yang
demikian kepentingan guna tanah pada hari ini merupakan sesuatu yang penting dan
menjadi keutamaan di dalam sesebuah perancangan demi mengekalkan kelestaraian.
Data-data yang empirikal dengan jelas menunjukan bahawa penduduk dunia pada masa
kini memilih untuk menetap di kawasan bandar dengan peratusan yang dicatatkan
adalah lebih dari 50 peratus (UN, 2010). Kawasan perbandaran pada hari ini dilihat
menjadi keutamaan untuk dijadikan tempat tinggal. Situasi ini berbeza dengan pada
awal abad ke-19, dimana pada ketika itu kebanyakan negara-negara di rantau Asia
Tenggara masih diliputi oleh kawasan hutan hujan Khatulistiwa yang memiliki
kepelbagaiaan bahan mineral disamping kekayaan flora dan fauna. Pada abad tersebut
juga penempatan tardisional yang berselang seli dengan kawasan hutan menjadi pilihan.
Selain itu, kawasan-kawasan kampung yang berada di kawasan muara lembangan
sungai-sungai utama mejadi pilihan untuk dijadikan tempat tinggal. Pada ketika itu
ekologi dan penempatan manusia dilihat seimbang dan berada di dalam keadaan yang
terkawal dan seimbang.

Namun, perubahan yang ketara mula berlaku secara perlahan-lahan dan meledak
secara besar-besaran empat dekad kebelakangan ini dimana ia berpunca daripada
peningkatan jumlah penduduk di dalam struktur sosio ekonomi. Satu usaha
pegemblengan bagi menggerakkan gabungan kegiatan telah terhasil dimana ia
bertujuan bagi memenuhi tuntutan menyediakan keperluan asas dan menyumbang
kepada kemajuan penduduk. Kesan yang dapat dilihat dari perubahan yang ketara ini
adalah berlakunya perubahan yang ketara dimana ekologi semakin berubah. Suatu
keadaan yang lebih asli dilihat berubah secara total dimana terdapat pembinaan
landskap-landskap baru melibatkan binaan dan menyebabkan asas kepada ekologi tabii
mula terhurai dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Urbanisasi atau perbandaran
merupakan suatu fenomena yang terhasil dari kepesatan pembangunan yang dilakukan
terutama di kawasan-kawan metropolitan. Perubahan boleh dilihat dengan berlakunya

6
limpahan perbandaran sekaligus meningkatkan penyelerakan aktiviti gunaan tanah yang
lebih aktif untuk menjadi bandar atau lebih dikenali dengan istilah urban overspill.
Keadan ini telah mempengaruhi kawasan-kawasan luar bandar sekaligus menyebabkan
kawasan-kawasn kampung yang berada di pinggir bandar mengalami perubahan yang
pesat. Situasi ini menyebakan sebahagian besar kawasan di pinggir bandar menjadi
kawasan bandar dimana pada sebelum ini kawasan ini dikenali sebagai zon peralihan
(transition zone). Perubahan ini juga berlaku di dalam aspek fizikal dan bukan fizikal
(Anuar, 1990). Menurut Anuar lagi, perubahan ketara yang terjadi kepada penduduk
kampung dengan perubahan kepada ciri-ciri bandar merangkumi tigas apek utama iaitu
berlakunya perubahan dari segi persekitaran fizikal kediaman, sosioekonomi dan
sosiobudaya penduduk (Anuar, 2006). Manakala Mc Gee (1971), telah mebahagikan
proses perbandaran yang berlaku di rantau Asia Tenggara kepada beberapa tahap iaitu
pembandaran kaum peribumi, pembandaran pada zaman penjajahan, pembandaran
selepas perang dan pembandaran selepas tahun 1970-an.

Menurut Mc Gee (1971), tahap perbandaran kaum peribumi telah wujud sekian lama
dimana terdapat beberapa pusat-pusat bandar di rantau Asia tenggara pada ketika itu.
Menurut beliau lagi, pada ketika itu bandar memainkan peranan sebagai pusat
perkembangan intelektual yang melibatkan agama, kebudayaan dan aktiviti
perdagangan. Situasi ini dapat dilihat di Angkor Theme, Indochina yang terkenal sebagai
pusat keagamaan pada ketika itu. Pada ketika itu, bandar tersebut mengamalkan sistem
ekonomi tertutup dimana ia hanya bergantung kepada ekonomi sara diri sebagai sumber
makanan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan ketika itu tidaklah dominan, ini adalah
kerana bandar tersebut lebih memfokuskan kepada aktiviti keagaamaan dan
kebudayaan semata-mata. Namun perubahan berlaku apabila para penduduk di bandar
tersebut tertumpu kepada kegiatan ekonomi. Negara Thailand berada di tengah
perubahan pesat di kebanyakan negara rantau ini dimana kebanyakan penduduk di
negara-negara rantau Asia Tenggara yang lain banyak rakyatnya tinggal di kawasan luar
bandar. Dalam tempoh masa 10 tahun, Thailand telah mengalami perubahan yang pesat
dimana pada sebelum ini Thailand hanya mencatatkan 35 peratus sahaja bilangan
bandar. Namun perubahan yang pesat telah meningkatkan bilangan bandar di Thailand
dimana peratusan yang dicatatkan meningkat sehingga mencapai 50 peratus. Situasi ini
menunjukan bahawa pada masa kini separuh dari penduduk di Thailand telah
mendiamai kawasan perbandaran. Walaupun kadar Urbanisai yang berlaku di Thailand
masih mencatatkan bilangan yang rendah berbanding negara-negara maju, tranformasi
yang berlaku masih penting kerana perkembangan ini kebanyakanya berlaku di kawasan
Krung Thep atau lebih dikenali sebagai Bangkok yang merupakan ibu kota di Thailand
dan merupakan bandar terbesar di Thailand. Rajah di bawah menunjukan
perkembangan tahap perbandaran yang berlaku di Thailand dari tahun 2007 hingga
2017.
7
Sumber: statista.com

Rajah 3.1 : Tahap Peningkatan Perbandaran Di Thailand dari 2007 hingga 2017.

3.3 Migrasi
Migrasi merupakan sebuah proses yang melibatkan perpindahan sekelompok manusia
dari satu kawasan ke kawasan yang baru. Di dalam konteks perbandaran, kelompok
manusia yang dimaksudkan adalah kumpulan penduduk atau masyarakat. Fenomena
migrasi ini telah berlaku sejak sekian lama dan kebanyakan proses migrasi dilakuan
secara kekal setelah mendapat kawasan yang lebih stabil dari segi sumber ekonomi.
Migarsi berlaku disebabkan berlakunya perubahan struktur sosio-ekonomi di sesebuah
kawasan atau tempat dimana ia dipengaruhi oleh keperluan makanan yang semakin
meningkat, kekurangan keperluan asas di kawasan asal, pertambahan penduduk dan
sebagainya. Proses migrasi juga turut menyumbang kepada kerancakkan proses
Urbanisasi di sesebuah kawasan dimana ia memainkan peranan penting di dalam
sesebuah proses pembangunan sesebuah wilayah (Dzulzalani, 2019).
Jika disoroti, negara-negara yang maju dan pesat membangun seperti Jepun, Australia,
New Zealand dan Singapura telah mencapai lebih dari 80 peratus kadar urbanisasi di
negara mereka dimana di kebanyakan negara-negara tersebut mencatatkan kadar dan
pola migrasi yang lebih stabil berbanding negara-negara sedang membangun. Situasi ini
boleh dilihat dari kadar purata penduduk yang dicatatkan dimana purata pertumbuhan
8
penduduk adalah rendah berikutan tiada hubungan yang signifikan dari sumbangan
migrasi. Namun situasi ini berbeza dengan negara-negara sedang membangun seperti
Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand dan tidak terkecuali Malaysia dimana kadar purata
pertumbuhan penduduk yang direkodkan adalah tinggi iaitu dicatatkan melebihi 2
peratus. Perkara ini menunjukan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dari proses
migrasi yang berlaku terutama melibatkan proses migrasi luar bandar ke bandar dan
bandar ke bandar (Mohd Fadzil, 2010). Kawasan rantau Asia Tenggara merupakan
sebuah kawasan yang menonjol di peringkat global kerana aktiviti perpindahan
penduduk melintasi sempadan negara yang berlaku.
Di dalam negara-negara anggota ASEAN, peningkatan angka migrasi terus dicatatkan
walaupun berlakunya penurunan yang ketara melibatkan peratusan perpindahan intra-
regional di kebanyakan kawasan. Perkara ini boleh dilihat apabila para pekerja migran
terutamanya dari Laos, Kemboja dan Myanmar berhijarh ke Thailand bagi mendapatkan
kerja. Antara sektor yang menjadi pilihan para pekerja migrasi ini adalah di dalam sektor
pertanian, pembinaan, perkilangan dan pekerjaan rumah tangga.

Sumber: United Nation, 2015

Rajah 3.2 : Perubahan Peratusan Migrasi Intra – Regional, 1995 - 2015

9
Sumber: United Nation, 2015

Rajah 3.3 : Inventarisasi Migrasi Intra-ASEAN 2015

Negara di dalam ASEAN hanya menampung 4 peratus pekerja migran, namun migrasi
yang melibatkan intra-regional telah mengalami perkembangan yang pesat. Negara-
negara ASEAN merupakan salah satu kawasan di peringkat global dimana di rantau ini
mencatatkan kadar pertusan migrasi yang tinggi dimana ia berlaku di antara tahun 1995
sehingga tahun 2015 (Rajah 3.2 ). Situasi ini menjadikan negara Malaysia Thailand dan
Singapura sebagai pusat atau hub migrasi regional (Rajah 3.3). ketiga-tiga negara
tersebut kini menampung 96 perataus atau lebih kurang 6 sehingga 5 juta pekerja
migran ASEAN. Indonesia, Kemboja, Laos dan Myanmar merupakan negara pengirim
yang mengirimkan pekerja di regional utama (Mauro, 2017). Migrasi adalah merupakan
pergerakan atau penghijrahan sekelompok penduduk dari satu kawasan ke kawasan
yang lain sama ada ia melibatkan penghijrahan di dalam negara mahupun merentasi
sempadan negara (Usman & Tarmizi, 2010).
Migrasi yang berlaku kebiasaanya terjadi secara sukarela tanpa ada sebarang paksaan,
ini adalah kerana kebanyakan penduduk yang ingin berhijrah telah merencanakan
kelebihan dan kekurangan sebelum sesuatu kuputusan untuk berhijrah dilakukan
( Prijono, 2000). Manakala, Etzo (2008) menyatakan bahawa pengaliran migrasi bermula
apabila sesetengah individu mengandaikan untuk mendapatkan utiliti yang maksimum
sebelum mereka membuat keputusan untuk melakukan migrasi atau penghijrahan.

10
Penghijrahan penduduk pada masa kini merupaka salah satu elemen penting dimana ia
mempengaruhi perkembangan proses urbanisasi dan pembangunan sesebuah negara
yang menerima migrasi. Tingkahlaku penghijrahan penduduk bukanlah sesuatu yang
asing, ini adalah kerana proses ini telah berlangsung sejak sekian lama sejak
ketamadunan manusia bermula terutama bagi meraih kegemilangan sesebuah tamadun
dan seterusnya membentuk sebuah perbandaran yang dapat menyumbang kepada
kejayaan sebuah tamadun.
Menurut Appleyard, (1992), Jabatan Perangkaan Malaysia (2010), Rodzli dan Seng
(2012), migrasi secara umumnya terbahagi kepada dua jenis dimana ia melibatkan
migrasi secara dalaman dan migrasi antarabangsa. Isu-isu berkaitan migrasi terutama
masalah rentas sempadan yang melibatkan pendatang asing merupakan satu isu global
yang sering di mesyuaratkan oleh kepimpinan negara. Perkara yang sama turut berlaku
di kalangan negara-negara yang sedang membangun. Perkara seumpama ini terjadi
disebabkan faktor penarik seperti peluang pekerjaan, ekonomi, kestabilan politik dan
pelbagai lagi yang tidak terdapat di negara asal mereka (Amarjit Kaur, 2014). Situasi ini
boleh dilihat dari peristiwa yang berlaku terhadap penduduk Rohingnya dimana hampir
200,000 orang Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran tindakan kejam
tentera dari kerajaan junta tentera Myanmar. Setelah berada di Bangladesh hampir 16
bulan, masyarakat Rohingya telah dipaksa pulang ke Myanmar kesan daripada
perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar.
Ketika di dalam konflik tersebut hampir 10,000 orang masyarakat Rohingya telah mati
dan majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan
dan penyakit berjangkit. Gelombang pelarian Rohingya kedua berlaku pada pertengahan
tahun 1991 dimana dianggarkan 250,000 orang masyarakat Rohingya telah melarikan
diri bagi mendapatkan perlindungan di Bangladesh. Perkara ini berlaku disebabkan
kegagalan Myanmar untuk mematuhi undang-undang sekaligus memperlihatkan
kekejaman kerajaan Myanmar dan pencabulan hak asasi oleh kerajaan Myanmar
terhadap masyarakat Rohingya. Selain itu, undang-undang di Myanmar telah
menjadikan masyarakat Rohingya menjadi pendatang haram di negara sendiri apabila
Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 yang digubal dikatakan telah
mengugat asas-asas dalam prinsip undang-undang antarabangsa yang menjadikan
sesebuah bangsa berada dalam situasi tidak mempunyai kerakyatan dalam sebuah
negara.

4. Kesimpulan
Proses industrialisasi telah memberikan kesan kepada situasi sesebuah negara.
Perkembangan pesat industri telah menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara
terutama melibatkan struktur masyarakat dan struktur sosial sesebuah negara. Proses
industrialisasi telah memberikan satu impak besar terhadap beberapa aspek terutamanaya

11
di dalam bidang ekonomi. Industrialisasi telah memberikan kesan terhadap sektor ekonomi
dimana dengan adanya perkembangan industrialisasi maka ia telah meningkatkan peluang
pekerjaan sekaligus telah menggalakan pertumbuhan sumber ekonomi dan struktur sosial
sesebuah masyarakat. Dengan adanya proses industrialisasi sudah pasti akan memerlukan
sumber tenaga kerja yang banyak bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di dalam
perkembangan bidang industri di kebanyakan negara-negara Asia Tenggara.
Secara kesimpulanya, perubahan yang ketara mula berlaku secara perlahan-lahan dan
meledak secara besar-besaran dimana ia berpunca daripada peningkatan jumlah penduduk
di dalam struktur sosio ekonomi. Satu usaha pengemblengan bagi menggerakan gabungan
kegiatan telah terhasil dimana ia bertujuan bagi memenuhi tuntutan menyediakan keperluan
asas dan menyumbang kepada kemajuan penduduk. Kesan yang dapat dilihat dari proses
industrialisasi ini adalah berlakunya perubahan yang ketara dimana ekologi semakin
berubah. Suatu keadaan yang lebih asli dilihat berubah secara total dimana terdapat
pembinaan landskap-landskap baru melibatkan binaan dan menyebabkan asas kepada
ekologi tabii mula terhurai dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Perkembangan
industrialisasi telah memberikan kesan kepada proses urbanisasi atau perbandaran
merupakan suatu fenomena yang terhasil dari kepesatan pembangunan yang dilakukan
terutama di kawasan-kawan metropolitan. Keadan ini telah mempengaruhi kawasan-
kawasan luar bandar sekaligus menyebabkan kawasan-kawasan kampung yang berada di
pinggir bandar mengalami perubahan yang pesat.

Rujukan
Amarjit Kaur. 2014. Managing Labour Migration in Malaysia: Guest Worker Programs and the
Regularisation of Irregular Labour Migrants as a Policy Instrument. Asian Studies Review.
38(3) 345:366

Anuar Bin Amir (2006). Impak Limpahan Pembandaran Ke Atas Kampung Pinggir Bandar Di
Wilayah Metropolitan Tesis ijazah Doktor Falsafah Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi
Malaysia. Skudai.

Appleyard, R. (1992) ‘International Migration and Development—An Unresolved Relationship’,


International Migration Vol.30 (3&4):251–266.

Dunamis Organizations Services (2015). Leadership Talking Points, Bencana & Ujian, June 2015.
http://www.dunamis.co.id/file/Dunamis Newsletter Bencana dan Ujian June2015.pdf

Dzulzalani Eden, Awang Ideris Awang Daud, Farida Abdul Halim, Nur Fatihah Abdullah Bandar &
Nornasreen Bakri (2019). Migrasi Luar Bandar ke Bandar, Strategi Kelangsungan Hidup dan
Kesejahteraan Ekonomi : Kalangan Belia Minoriti (B40) Sarawak. Malaysian Journal of
Youth Studies: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
12
Ezto, I. (2008). Internal Migration: A Review Of The Literature. MPRA Paper No.8783

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Laporan Tahunan Migrasi Dalaman Tahun 2010. Jabatan
Perangkaan Malaysia; Putrajaya

Maung Maung (1961). Burma’s Constitution. Second edition. The Hague: Martinus Nijhoff

Mauro Testaverde, Harry Moroz, Claire H. Hollweg, dan Achim Schmillen (2017). Migrasi untuk
Mencari Peluang Mengatasi Rintangan terhadap Mobilitas Tenaga Kerja di Asia Tenggara.
International Bank for Reconstruction and Development, World Bank Publications:
Washington D.C.

McGee, T.G. (1983). Proletarianization, Industrialization, and Urbanization in Asia: A Case Study of
Malaysia. London: G. Bell and Sons.

McGee, T.G. (1971). The Urbanization Process in the Third World: Explorations in Search of a
Theory. London: G. Bell and Sons.

Mohd Fadzil Abdul Rashid, Suharto Teriman, Wan Rabiah Wan Omar, Mohd Roswodi Mat Zin
(2016). Migrasi bandar-bandar di Malaysia: Kajian kes Wilayah Koridor Ekonomi Pantai
Timur.Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 4 (131 - 146)

Nor Aini Haji Idris, Madeline Berma, Faridah Shahadan (1996). Wanita Malaysia dalam era
pembangunan industri. Penerbit Universiti Kebangsaan: Bangi

Prijono Tjiptoherinjanto. (2000). Mobilitas Penduduk dan Pembangunan Ekonomi. Naskah No.20

Rodzli Hashim & Seng, K. S. (2012). Teks STPM Geografi: Penggal 1. Oxford Fajar; Selangor.

UN (United Nations) (2010). World Urbanization Prospects, The 2009 Revision. United Nations
Department of Economic and Social Affairs/Population Division.

Usman Hj Yaakob & Tarmiji Masron (2010). Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia.
Universiti Sains Malaysia

13

Anda mungkin juga menyukai