Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Dasar Amerika Syarikat di Asia Tenggara sebelum perang Vietnam berakhir


Didalam melihat kepada permulaan pengaruh Amerika Syarikat di Asia tenggara secara
signifikan, waktu yang paling sesuai adalah pada sekitar awal 1940-an iaitu ketika Amerika
berada dibawah pimpinan presiden Franklin D. Roosevalt dan diteruskan oleh presiden
Truman selepas itu. Perancangan perluasan pengaruh Amerika Syarikat di Asia tenggara
secara tiba-tiba ini dapat dilihat berpunca dari perubahan pemikiran kepimpinan pasca perang
dunia kedua iaitu pada tahun 1945. Amerika Syarikat pada ketika itu mahu membina Aturan
Dunia Baru (New World Order) yang berpaksikan kepada kebergantungan atas Amerika
Syarikat. Satu dunia baru yang berorientasikan ekonomi bebas dengan berkiblatkan kepada
demokrasi. Didalam menjayakan hal ini, wilayah asia tenggara dilihat mempunyai
kepentingan untuk dijadikan sebagai pusat kawalan ketenteraan Amerika bagi mengawal
sebahagian wilayah Pasifik. Tambahan lagi, Amerika juga memerlukan hak kawalan keatas
wilayah asia tenggara bagi mendapatkan kepentingan dalam aspek ekonomi terutamnya
ekonomi komoditi seperti getah, timah dan minyak.
Selain itu, Amerika Syarikat juga mahu memastikan wilayah asia tenggara bebas dari
ancaman komunis. Hal ini disebabkan oleh suasana politik dunia ketika itu yang terbahagi
kepada dua blok utama iaitu blok komunis diketuai Rusia dan juga blok demokrasi yang
diketuai oleh Amerika Syarikat sendiri. Ketua perancang dasar amerika syarikat pada ketika
itu, Paul H. Nitze juga ada menyatakan bahawa sekiranya wilayah asia tenggara ini jatuh
kepada blok komunis, ia akan memberikan ancaman yang besar kepada Amerika Syarikat dan
berkemungkinan besar Amerika akan kalah dalam perang dingin. Bagi menjayakan matlamat
Amerika Syarikat di asia tenggara ini, beberapa buah dasar ke asia tenggara yang mana dasar
ini dilihat sebagai prospek jangka panjang yang akan menguntungkan Amerika Syarikat.
1.1 Dasar Pemberian hak otonomi pemerintahan sendiri
Dasar pertama yang dapat dilihat digunakan oleh Amerika Syarikat di asia tenggara
pada ketika itu adalah dasar pemberian hak otonomi pemerintahan sendiri. Dasar ini
diperkenalkan

oleh

presiden

Amerika

Syarikat

yang

ke-32

iaitu

Presiden

Franklin.D.Roosevalt dan dapat dilihat dalam isi kandungan Memorendum negara yang
dikeluarkan pada September 1944.1 Dasar ini dirangka dengan perancangan mengurangkan
pengaruh politik kuasa asing di wilayah asia tenggara dan diserahkan kepada kuasa
1 Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia,
Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 47.

pemerintahan nasionalis tempatan. Hal ini kerana Amerika percaya, hanya melalui dasar ini,
maka wilayah Asia tenggara dapat bergerak menjadi sebuah kawasan yang aman, stabil dan
membangun dimasa hadapan.
1.2 Dasar Pembendungan (Containment Policy)
Dasar seterusnya yang diperkenalkan dan diaplikasikan oleh Amerika diwilayah asia
tenggara adalah dasar pembendungan. Dasar pembendungan atau Containment policy ini
diperkenalkan susulan permulaan perang dingin pada tahun 1947. Dasar Pembendungan ini
dilaksanakan selari dengan objektif awal dasar yang diperkenalkan oleh presiden Roosevalt
iaitu menjadikan wilayah asia tenggara ini sebagai sebuah wilayah yang aman dan stabil.
Walaubagaimanapun, erti kata wilayah yang aman dan stabil ini haruslah berpandukan
kepada acuan Amerika Syarikat iaitu pengamalan system demokrasi dan kapitalis. Apabila
perang dingin berlaku, muncul ancaman yang akan menggugat pengaruh acuan yang dibawa
oleh Amerika Syarikat ini iaitu acuan komunis yang diketuai oleh Kesatuan Soviet. Diatas
dasar inilah maka, dasar pembendungan atau Containment policy ini diperkenalkan oleh
presiden Amerika yang ke-35 iaitu Harry Truman pada tahun 1947.2
Menurut Rorabaugh, Perang Dingin adalah pertembungan di antara kebaikan dan
kejahatan, kebebasan dan penindasan, demokrasi dan totalitarianisme dan di antara Kristianiti
dan komunisme yang tidak bertuhan. Selain itu, dari sudut politik, Perang Dingin adalah
pertandingan antara dua buah negara ini yang bersaing untuk menjadi adikuasa dunia pasca
Perang Dunia ke-2.3 Sejak tahun 1917, komunis telah menyebarkan idea-idea revolusi
proletariat sehingga ke peringkat global yang pada akhirnya telah menjatuhkan banyak
negara-negara kapitalis. Fenomena yang berlaku pada ketika itu telah menggugat negaranegara demokrasi-kapitalis yang sedia termasuklah AS sendiri.

2 Paterson, T.G. The Origins of Cold War, Massachusetts: D.C.Heath and Company. 1974,
Hlm. 42.

3 Rorabaugh, W. J. Kennedy And The Promise Of The Sixties. United Kingdom:


Cambridge University Press.2002, Hlm. 21

2.0 Praktikaliti kepada dasar Amerika Syarikat di Asia Tenggara sebelum tamat perang
Vietnam.
Didalam melihat kepada praktikaliti dasar-dasar Amerika Syarikat di asia tenggara
sebelum perang Vietnam berakhir ini, beberapa strategi telah dilaksanakan seperti
campurtangan dalam aspek politik, pemberian bantuan ekonomi dan juga penglibatan dalam
aspek keselamatan dan peperangan.
2.1 Campurtangan dalam aspek Politik
Dalam melaksanakan dasar Pemberian hak otonomi pemerintahan sendiri ini, salah
satu cara yang digunakan adalah melalui campur tangan dalam aspek politik. Campur tangan
Amerika dalam aspek politik ini dapat dilihat bermula di Vietnam hasil dari kebimbangan
presiden F.D.Roosevalt terhadap pemerintahan Kolonial Perancis di Vietnam. Pemerintahan
Perancis yang lemah telah menyebabkan Vietnam pada ketika itu berada dibawah Jepun, dan
Amerika pula pada ketika itu baru sahaja menghadapi serangan dari Jepun di pelabuhan Pearl
Halrbournya.4 Amerika merasakan bahawa campur tangan politik harus dilaksanakan di
Vietnam pada ketika itu dengan menyingkirkan pengaruh Jepun samada dengan memberikan
pemerintahan Vietnam kembali kepada Perancis ataupun memberikan hak pemerintahan
penuh kepada nasionalis tempatan. Jepun pada ketika itu dilihat telah menggunakan Vietnam
sebagai kubu pusat dan tapak mula untuk mereka untuk menguasai wilayah asia tenggara.5
Dalam merealisasikan prakarsa tersebut, Presiden F.D.Roosevalt telah melantangkan
suaranya didalam kabinet bagi mendapatkan sokongan kongres. Beliau memberikan alasan
bahawa Perancis adalah contoh yang buruk dalam cara penjajahannya dan ini dapat dilihat
dalam diskriminasi yang melampau yang berlaku di Vietnam. Selain itu, pemerintahan
Perancis juga telah gagal dalam mempertahankan wilayah Vietnam ini dari dirampas oleh
Jepun. Oleh yang demikian, Sebagai kuasa besar, Amerika Syarikat haruslah membantu
4 Mark Philip Bradley, Franklin D. Roosevalt, Trusteeship, and U.S.Exceptionalism, dlam
The Transformation of Southeast Asia, edt Marc Frey, Ronald Pruessen, Tan Tai Yong,
Singapore University Press, hlm.197.

5 Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia,
Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 47.

membebaskan 35 juta orang rakyat Vietnam pada ketika itu dari terus diancam kuasa luar.
Susulan daripada hal ini, pada persidangan di Kairo dan Teheran pada bulan Disember 1943
dan Januari 1944, Presiden F.D.Roosevalt menekankan lagi mengenai perancangan ini.
Perkara ini mendapat reaksi positif dari Stalin dan Chiang Kai Shek tetapi mendapat
tentangan dari Winston Churchill, perdana Menteri Britain. Usaha pertama amerika untuk
melaksanakan dasar mereka di Vietnam telah gagal akibat beberapa sebab seperti wilayah
Vietnam itu sendiri yang tidak berada dilandasan yang sesuai untuk diberikan kemerdekaan
secara langsung, pendudukan Jepun yang kukuh disitu, dan ketiadaan wakil politik proamerika yang kuat. Hal ini telah menyebabkan penguasaan Vietnam kekal di Tangan Jepun
hinggalah kekalahan Jepun pada perang dunia kedua yang kemudiannya meletakkan Vietnam
berada dibawah pimpinan Viet Minh, sebuah kumpulan tentera fahaman komunis yang
diketuai oleh Ho chi Minh
Dasar Amerika Syarikat yang mahu memberikan pengurangan pengaruh politik penjajah
terhadap negara-negara diAsia tenggara disamping mencipta wilayah asia tenggara yang baru
yang lebih aman dan stabil diteruskan oleh presiden selepas itu, iaitu Harry Truman.
Beberapa usaha jelas dilakukan oleh Amerika syarikat dalam melaksanakan dasar ini pada era
Truman melalui campur tangan politik seperti melalui pemberian kemerdekaan kepada
Filipina pada Julai 1946 dan usaha melakukan perbincangan dalam mencari resolusi
penyelesaian konflik di Indonesia dan Vietnam. Amerika mahu menjadikan Filipina sebagai
negara contoh bagi negara asia tenggara yang lain demi menunjukkan bahawa system
demokrasi dan kapitalis itu adalah bagus. Kesemua usaha yang dilakukan ini adalah untuk
membina wilayah asia tenggara yang lebih aman dari konflik dan stabil. Kerajaan dibawah
pimpinan Truman ini juga dilihat berusaha meyakinkan kongres di Amerika agar
membenarkan penglibatan yang lebih aktif Amerika dalam politik di Asia Tenggara.
Pengaruh Amerika syarikat diasia tenggara melalui campurtangan politik juga dapat
dilihat di Kemboja. Diawal tempoh kemerdekaan Kemboja, cabaran terbesar yang dihadapi
adalah menghadapi tekanan daripada dua buah negara jirannya yang mempunyai pengaruh
yang kuat iaitu Thailand dan Vietnam. Kedua-dua buah negara ini sering mengancam wilayah
Kemboja dengan mengambil beberapa wilayah yang dirasakan milik mereka seperti kuil
Ankor Wat. Amerika Syarikat telah memainkan peranan bagi meredakan persengketaan
diantara Kemboja, Thailand dan juga Vietnam melalui siri perbincangan diantara wakil
ketiga-tiga negara. Walaupun penyelasaian secara menyeluruh tidak dapat dicapai, tetapi
sekurang-kurangnya ianya dapat mengelakkan dari berlaku persengketaan yang lebih buruk.

Selain itu, Amerika juga telah membina jalan raya daripada ibu kota Kemboja ke laut yang
mana satu-satunya laluan untuk ke laut tersebut sebelum ini adalah melalui Sungai Mekong,
tetapi penggunaan Sungai ini bagi orang Kemboja telah disekat oleh kerajaan Vietnam.
Selain itu, penglibatan Amerika Syarikat di Asia tenggara juga dapat dilihat dalam
konflik di Laos. Konflik ini berpunca dari Senario politik di Laos yang pada ketika itu
terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan politik pro-komunis yang digelar Pathet Lao,
yang disokong kuat oleh pihak Soviet, kumpulan politik neutralist dibawa pimpinan putera
Souvanna Phouma dan kumpulan politik konservatif yang pro-Amerika. Percanggahan
fahaman telah menyebabkan berlakunya krisis diantara kumpulan politik konservatif proAmerika dengan kumpulan politik komunis dan neutralist malah membawa kepada perang
sivil. Didalam melihat penglibatan Amerika dalam menyelesaikan konflik ini, ianya terbahagi
kepada dua iaitu melalui campur tangan politik dan melalui kempen ketenteraan. Campur
tangan politik yang lebih mementingkan diplomasi dapat dilihat diaplikasikan pada era
presiden J.F.Kennedy. Krisis Laos ini merupakan krisis dasar luar pertama beliau sejak
mengambil alih pemerintahan. Kennedy diberi dua pilihan iaitu penyelesaian campur tangan
ketenteraan yang bersifat unilateral oleh kerajaan AS atau menyesuaikan strategi baru dalam
dasar luar AS yakni melaksanakan gencatan senjata ataupun neutralisasi terhadap kerajaan
Laos.6 Sebagai seorang pemimpin transformasi, beliau mengadakan sidang media dan
membuat keputusan untuk memanjangkan lagi perbincangan mengenai krisis tersebut serta
menggesa kedua-dua pihak untuk menamatkan peperangan. Beliau mencampuri urusan
politik Laos ini dengan cara perbincangan bukan sahaja diantara kumpulan politik dalaman
ini, tetapi juga dengan pihak Soviet. Akhirnya, menerusi proses rundingan dengan Khruchev,
kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju untuk menjadikan Laos sebagai sebuah negara
neutral.7

2.2 Pengenalan Program Suntikan Bantuan Ekonomi

6 U.S Department of State Office of the Historian. 2013. The Laos Crisis, 19601963.
https://history.state.gov/milestones/1961-1968/laos-crisis

7 Blight, J. G. & Lang, J. M. 2013. Black Swans/ White House: Why JFK Matters A
Half Century After. The Centre for International Governance Innovation. 20
November.

Satu lagi langkah yang dilakukan oleh Amerika dalam melaksanakan dasar mereka di asia
tenggara adalah melalui pengenalan program suntikan bantuan ekonomi. Program suntikan
bantuan ekonomi Amerika ini dapat dilihat diberikan dinegara-negara di wilayah asia
tenggara yang kurang menghadapi ancaman komunis yang serius. Hal ini kerana, selain mahu
memastikan pengaruh komunis ini tidak merebak disana, Amerika juga mahu negara-negara
lain di Asia tenggara ini menggunakan system politik acuan Amerika syarikat iaitu
Demokrasi dan Kapitalis selain mahu menimbulkan kebergantungan ekonomi dan
keselamatan kepada Amerika. Seperti di Burma, Amerika ketika dibawah presiden Harry
Truman telah melancarkan program bantuan ekonomi dan teknikal sederhana dimana
dibawah program ini, suntikan ekonomi 10 juta ringgit telah diberikan setahun kepada
Burma. Sasaran program ini adalah untuk membantu Burma dari segi aspek pendidikan,
pengangkutan, kesihaan, dan pertanian. Walaupun hubungan Burma-Amerika Syarikat
selepas itu terputus akibat dari masalah politik dalaman, tetapi pada tahun 1957, dibawah
presiden J.F.Kennedy, hubungan ini terjalin semula dengan Amerika menyambung kembali
suntikan ekonominya kepada Burma dan ditambah kepada 25 juta setahun.
Strategi yang sama turut digunapakai di Indonesia dimana intervensi Amerika
Syarikat dilakukan melalui bantuan ekonomi dan teknikal. Intervensi berupa suntikan
ekonomi ini bermula pada tahun 1950 dimana jumlah awal yang diberikan adalah sebanyak
22 juta. Peruntukan yang diberikan ini terus meningkat hingga pada tahun 1961 jumlah
keseluruhan peruntukan yang diberikan oleh Amerika kepada Indonesia adalah mencecah 468
juta.8 Didalam tempoh masa ini juga dilihat banyak syarikat Amerika masuk ke Indonesia
seperti Syarikat Minyak Amerika. Hal yang sama juga berlaku di Kemboja. Amerika syarikat
juga telah memberikan bantuan kewangan kepada Kemboja bermula pada tahun 1956 dimana
bantuan ini dikhususkan untuk pembangunan infrastruktur di Kemboja.
Selain itu, Strategi pemberian bantuan ekonomi di asia tenggara ini juga dapat dilihat dalam
program perluasan fungsi Economic Commision on Asia and the Far East(ECAFE) dibawah
Economic and Social Council dibawah PBB. Projek yang diketuai oleh Amerika Syarikat ini
dilihat bertujuan untuk memajukan ekonomi wilayah di Asia tenggara. Antara projek yang
berjaya dilaksanakan adalah seperti projek Lembah sungai Mekong, Projek hasil koloborasi
Amerika, ECAFE dan Asian Development Bank(ADB). Selain itu, penglibatan Amerika
8 Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia,
Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 88.

dalam pembangunan ekonomi di asia tenggara juga dapat dilihat dalam Rancangan Colombo.
Rancangan Colombo ini ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan memberi bantuan teknik
oleh negara-negara Komanwel yang maju kepada negara-negara Komanwel yang
membangun dan mundur seperti negara-negara di asia tenggara.9

2.3 Dasar Campurtangan ketenteraan.


Strategi Amerika Syarikat seterusnya dalam melaksanakan dasar Pembendungan di Asia
tenggara adalah melalui campur tangan ketenteraan. Campur tangan ketenteraan dalam hal
keselamatan ini dapat dilihat jelas dalam penglibatan Amerika dalam perang Vietnam.
Perang Vietnam merupakan peristiwa penting apabila menggambarkan Perang Dingin. Bagi
rakyat AS dan Vietnam terutamanya, perang tersebut merupakan sejarah perang yang penuh
dengan tragedi pada abad ke-20. Ianya telah meninggalkan kesan panjang terhadap politik,
hubungan diplomasi, ekonomi, sosial dan perkhidmatan ketenteraan AS. Penglibatan Amerika
dalam perang Vietnam ini adalah cukup penting kerana:

Vietnam represents the cornerstone of the Free World in Southeast Asia, the
keystone to the arch, the finger in the dikeHer economy is essential to the
economy of all Southeast Asia; and her political liberty is an inspiration to those
seeking to obtain or maintain their liberty in all parts of Asiaand indeed the
world 10
Ancaman komunis ini dilihat mula mengancam di Asia tenggara dibahagian Vietnam.
Kekalahan Jepun dalam perang dunia disusuli dengan tindakannya membawa keluar kesemua
pengaruh ketenteraannya di Asia Tenggara. Hal ini termasuklah dengan wilayah Vietnam
yang kemudiannya diperintah oleh pemimpin tempatan iaitu Ho Chi Minh dibawah kumpulan
Viet minh.11 Pengaruh komunis mula dapat dilihat menyusup masuk di Vietnam pada tahun
1949 iaitu apabila komunis dibawah Mao Zedong berjaya menguasai tanah besar China, yang
9 Melvin Gurtov, Southeast Asia Tomorrow: Problem and Prospects for US Policy,
London: The John Hopkins Press, hlm.84-87.
10 LaFeber, Walter. America Russia and the Cold War 1945-1990. New York: Mc Graw-Hill,
Inc.1991, hlm. 13

11 Ellen Hammer, The Struggle for IndoChina, Stanford University Press, 1958. Hlm. 155.

juga terletak diutara Vietnam. Pengaruh komunis ini kemudiannya mula masuk dalam
pemerintahan Ho Chi Minh terutamanya selepas Beijing mengabsahkan pemerintahan Ho Chi
Minh di Vietnam. Perancis dilihat telah gagal membendung kemasukan pengaruh komunis ini
di Vietnam dan menyebabkan mereka dikecam oleh Amerika dan cabinet di Perancis sendiri.
Perkembangan komunisme di Vietnam ini bukan sahaja mengancam negara tersebut, tetapi
seluruh negara di rantau Asia Tenggara.12
Sebagai sebuah negara yang mempercayai teori Domino, Amerika bimbang kejatuhan
Vietnam ke tangan komunis akan memberi kesan domino kepada negara-negara jiran
Vietnam dimana negara-negara tersebut juga akan dikuasai oleh komunis.13 Ketika ini
Vietnam dilihat terbahagi kepada dua iaitu Vietnam Utara yang diketuai oleh Ho Chi Minh
yang berpaksikan pada fahaman komunis dan Vietnam Selatan pula diketuai oleh maharaja
Bao Dai yang lebih condong kepada pengaruh Amerika dan Perancis.
Bertindak terhadap ancaman ini dan atas dasar pelaksanaan dasar pembendungan tersebut,
Amerika telah menghantar bantuan ketenteraan yang agak besar kepada Perancis dan
kerajaan Bao Dai di Vietnam Selatan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk digunakan bagi
mengekalkan keamanan di Vietnam dari ancaman komunis.14 Dasar Pembendungan Amerika
di Asia Tenggara diperhebatkan skalanya dibawah presiden Amerika Syarikat yang ke 34
iaitu Dwight D. Eisenhower. Melalui Eisenhower, bantuan ketenteraan yang diberikan kepada
Perancis bagi memerangi pengaruh komunis meningkat kepada 500 juta setahun. Pada masa
yang sama juga, Eisenhower telah membina perancangan bersama-sama Jeneral Perancis
untuk merekrut rakyat Vietnam menjadi askar pengawal pertahanan dan keselamatan
dalaman, manakala askar Perancis akan bertanggungjawab dalam urusan serangan terhadap
pengaruh komunis ini.
Dalam pemerintahan J.F.Kennedy pula, beliau telah meningkatkan penglibatan ketenteraan
AS dalam perang ini. Walau bagaimanapun, kelainan dibawa oleh Kennedy dimana beliau
12 Melvin Gurtov, The First Vetnam Crisis: Chinese Communist Strategy and United
States Involvement, 1953-1954, New York: Colombia University Press, 1967, hlm 7

13 Melvin Gurtov, Southeast Asia Tomorrow: Problem and Prospects for US Policy, London:
The John Hopkins Press, 1970, hlm 1

14 Oliver E. Clubb Jr, The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia,
Washington: The Brookings Institution, 1962, hlm. 53.

juga menghantar sekeumpulan tentera Amerika sebanyak 400 orang pasukan khas untuk
tujuan melatih dan menasihati tentera-tentera tempatan bagi melawan komunis dan
menghalang penyebaran ideologi komunisme dan jumlah tentera tersebut meningkat kepada
1600 selepas itu.15 Selain itu, Kennedy juga telah menubuhkan tentera Green Berets untuk
tujuan ketenteraan yang menekankan taktik gerila. Penglibatan Amerika dalam perang
Vietnam ini berterusan hinggalah kepada kekalahan mereka ditangan Vietnam Utara yang
didokong oleh Kesatuan Soviet.

Penglibatan Amerika dalam hal ketenteraan bertambah giat setelah Harry Truman
memperkenalkan satu memorendum dasar luarnya yang diberi nama NSC-68. NSC-68 adalah
adalah satu memorendum sulit setebal 58 helai yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan
Amerika Syarikat pada 14 April 1950. Memorendum ini merupakan antara panduan bagi
Amerika dalam melancarkan strategi terhadap perkembangan pengaruh komunis oleh Soviet
ketika perang dingin berlaku. Menerusi memorandum ini juga, jumlah peruntukan bagi
ketenteraan ditingkatkan berkaliganda dan ini termasuklah untuk pembinaan senjata nukleur
dan bom Hydrogen.16 NSC-68 ini turut memberi kesan kepada wilayah asia tenggara
terutamanya di Vietnam iaitu ketika perang Vietnam sedang berjalan dimana jumlah tentera
Amerika ditingkatkan disana pada tahun 1964 dengan menggunakan memorandum NSC-68
ini sebagai asasnya.17

Selain di Vietnam, pengaruh Amerika melalui aspek ketenteraan juga dapat dilihat dalam
penubuhan Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) pada 8 September 1954.18 SEATO
ini merupakan sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang dibina bagi
15 Westad, O.A. 2007. The Global Cold War. United Kingdom: Cambridge University Press.
Hlm. 37.

16 William R. Haycraft, Unraveling Vietnam: How American Arms and Diplomacy Failed in
Southeast Asia, North Carolina: McFarland company, 2005, hlm. 43.

17 W.Scott Thompson & Donaldson D. Frizzell, The lesson of Vietnam, New York: Crane,
Russak & Company, 1977, hlm. 163.

18SEATO merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh lapan buah


negara iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, perancis, Australia, New Zealand,
Pakistan, Filipina dan Thailand.

menjaga keamanan rantau asia tenggara ini terutamanya dari serangan komunis. Didalam
SEATO ini juga ditubuhkan satu peruntukan khas untuk memberi keutamaan kepada tiga
buah negara di Asia tenggara yang dilihat merupakan ancaman terbesar dalam penyebaran
fahaman komunis iaitu Vietnam, Kemboja dan Laos. Pengaruh SEATO ini dapat dilihat
digunakan dalam perang sivil di Laos dimana dua buah kapal terbang perang dan maritime
Amerika telah dihantar bagi menyelesaikan konflik ini.

RUJUKAN
Blight, J. G. & Lang, J. M. 2013. Black Swans/ White House: Why JFK Matters A Half
Century After. The Centre for International Governance Innovation. 20 November.
Ellen Hammer.1958. The Struggle for IndoChina, Stanford University Press
LaFeber, Walter. 1991. America Russia and the Cold War 1945-1990. New York: Mc GrawHill, Inc
Melvin Gurtov, Southeast Asia Tomorrow: Problem and Prospects for US Policy, London:
The John Hopkins Press

Melvin Gurtov. The First Vietnam Crisis: Chinese Communist Strategy and United States
Involvement, 1953-1954. New York: Colombia University Press
Mark Philip Bradley, Franklin D. Roosevalt, Trusteeship, and U.S.Exceptionalism, dlam The
Transformation of Southeast Asia, edt Marc Frey, Ronald Pruessen, Tan Tai Yong, Singapore
University Press

Oliver E. Clubb Jr. 1962. The United States and the Sino-Soviet Bloc in Southeast Asia,
Washington: The Brookings Institution,
Paterson, T.G. 1974. The Origins of Cold War. Massachusetts: D.C.Heath and Company.
Rorabaugh, W. J. 2002. Kennedy And The Promise Of The Sixties. United Kingdom:
Cambridge University Press
U.S Department of State Office of the Historian. 2013. The Laos Crisis, 19601963.
https://history.state.gov/milestones/1961-1968/laos-crisis

Westad, O.A. 2007. The Global Cold War. United Kingdom: Cambridge University Press
William R. Haycraft.2005. Unraveling Vietnam: How American Arms and Diplomacy Failed
in Southeast Asia. North Carolina: McFarland company.
W.Scott Thompson & Donaldson D. Frizzell. 1977. The lesson of Vietnam. New York: Crane,
Russak & Company

Anda mungkin juga menyukai