Anda di halaman 1dari 44

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 1

(1957-1990)

Pengenalan

Menelusuri tulisan Ahmad Atony Hussain (1998), dalam bukunya yang bertajuk Dari Berantakan
Menuju Pembangunan Politik Melayu mengemukakan konsep Demokrasi Ala- Malaysia atau
Model Demokrasi Malaysia. Konsep ini dikira menarik untuk direnungi misalnya, kebebasan
menurut modul demokrasi Malaysia yang mana dalam perlembagaan Malaysia terdapat
beberapa fasa yang menyebut bahawa semua warga negara adalah bebas bercakap,
berbahasa, berpersatuan, bebas mengamalkan agama, menulis, mengeluarkan akhbar,
menggunakan bahasa dan bebas menjalankan apa sahaja aktiviti masyarakat. kebebasan ini
tidaklah sama di negara barat dengan negara kita dan sering kali dinyatakan oleh
pembangkang sebagai menyekat kebebasan. Namun jika diberikan kebebasan mutlak seperti di
barat pastinya api perkauman akan merebak. Ini kerana bukan semua rakyat memahami erti
kebebasan dan demokrasi.

Satu lagi konsep politik Malaysia yang popular ialah Politik lalang atau Politik Pragmatik.
Di kalangan orang kampung ada yang menggelarkan ”kura-kura”. Gaya politik ini dianggap
lumrah diamalkan oleh ahli-ahli UMNO. Kebanyakan ahli-ahli UMNO dan masyarakat melayu
amnya mengamalkan budaya ”biduk lalu kiambang bertaut” atau ”carek-carek bulu ayam, lama-
lama bercantum juga”, ”air ditetak takkan putus”, ” kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek”,
”pantang Melayu menderhaka” dan ”siapa kuat dia iradat”.

Dengan kata lain, dalam amalan seharian orang Melayu, apa sahaja kata pemimpin
utama (lazimnya Perdana Menteri), maka iitulah yang rakyat ikut. Barangsiapa tidak mematuhi
kata-katanya, ia dianggap orang serpihan dan tidak dikehendaki. Unsur-unsur ”keketuaan” itu
penting. Siapa yang ditunjuk atau disinis atau diberi isyarat awal oleh Ketua (Perdana Menteri),
maka ahli-ahli UMNO akan memberi sokongan walaupun sebelum itu mereka pernah tidak
memberi sokongan. Beberapa contoh boleh kita ambil iktibar iaitu pada tahun 19970, Tunku
Abdul Rahman menunjukkan Tun Razak sebagai penggantinya, ahli-ahli UMNO mematuhi
keputusan itu. Pada tahun 1973, Tun Razak pernah menunjukkan Tengku Razaleigh sebagai
pemengku Naib Presiden UMNO apabila Tun Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana
Menteri dan secara tidak langsung dilantik memegang jawata pemangku Timbalan Presiden,
dan sekaligus pula jawatan yang disandang iaitu naib presiden menjadi kosong. Pada hal,
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 2
(1957-1990)

dalam masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah ahli Majlis Tertinggi yang paling popular dan
mendapat undi terbanyak sekali daripada ahli-ahli UMNO. Ahli-ahli UMNO akur sahaja pilihan
Tun Razak tanpa bantahan. Begitu juga pada tahun 1977, apabila Tun Hussein Onn memberi
lampu hijau supaya Datuk Hraun Idris, Ketua Pemuda UMNO didakwa atas tuduhan rasuah,
walaupun terdapat bantahan dari sesetengah pemuda UMNO, tetapi keputusan Perdana Menteri
itu tetap dipatuhi. Begitu juga, semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana
Menteri, terdapat beberapa contoh betapa ahli-ahli UMNO mematuhi segala arahannya.

Konsep Politik yang diamalkan di Malaysia dari dulu hingga kini banyak memberi kesan
kepada perkembangan politik negara ini samada memberi kesan positif ataupun kesan negatif.
Kita boleh lihat semenjak dari zaman sebelum merdeka sehingga kini, ia membentuk sistem
masyarakat kita pada hari ini. Dengan ini juga pelbagai peristiwa sejarah yang boleh
dibanggakan dan juga tidak kurang mendukacitakan.

Melihat Perkembangan politik Sabah 1978

Semasa pemerintah Tunku Abdul Rahman, hubungan antara kerajaan negeri Sabah dengan
kerejaan Persekutuan amatlah baik. Namun apabila Tun Mustapha menjadi terlalu kuat dan
terlalu berkuasa, maka hubungan yang rapat dan erat itu mula regang. Tindak tanduk Tun
Mustapha semakin sukar dikawal dan banyak bercanggah dengan kerajaan pusat pimpinan Tun
Abd Razak. Pembaziran wang, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa
memburukan lagi keadaan (Hairi Abdullah et al, 1986).

Pada tahun 1971, berlaku pergeseran serius antara Tun Mustapha dengan kerajaan
pusat terutamanya berkaitan dengan isu pengurusan ekonomi (hasil balak dan minyak) dan
autonomi Sabah. Bagi meredakan ketegangan, kerajaan pusat menawarkan jawatan Menteri
Pertahanan peringkat pusat kepada Tun Mustapha (Hairi Abdullah et al, 1986). Namun tawaran
tersebut telah ditolak oleh Tun Mustapha. Hal ini telah menyebabkan kerajaan Persekutuan
semakin memusuhi Tun Mustapha.

Hasil galakan daripada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, naib presiden USNO iaitu
Harris Salleh dan Tun Fuad telah menubuhkan parti Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 3
(1957-1990)

(BERJAYA) pada 15 Julai 1975 (Hairi Abdullah et al, 1986). Pada peringkat awal parti ini
dipimpin oleh Datuk Harris Mohd Salleh yang dibantu oleh Timbalan Presiden Datuk Ganie
Gilong, Yeo Pao Tzu dan Haji Ampong Puyun. Tuan Haji Mohd Noor Mansur sebagai Setiausaha
Agung, Joseph Pairin Kitingan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk Peter Mojuntin
sebagai Bendahari.

Wujudnya sokongan daripada kerajaan Persekutuan terhadap parti BERJAYA


menyebabkan Tun Mustapha tidak dapat membunuh kemunculan parti ini. Sepertimana yang
beliau lakukan terhadap parti-parti lain. Selain daripada ahli-ahli politik tempatan, penubuhan
BERJAYA juga mendapat sokongan daripada ahli politik Persekutuan dan Sarawak. Antaranya
ialah Abd Gapar Baba, Abd Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun
Fuad. Objektif penubuhan BERJAYA ialah:
1. Untuk mengekalkan dan menjamin integrasi, kemerdekaan dan status
demokrasi Malaysia serta perinsip-perinsip Rukun Negara.
2. Untuk menjaga dan menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dalam Malaysia
3. Untuk meningkatkan, memajukan dan menjamin sebuah kerajaan rakyat dan
untuk rakyat yang asli, progresif dan demokrasi.
4. Untuk mengagihkan kekayaan dan peluang-peluang dengan lebih seimbang
daripada yang terdapat dalam sistem Sabah pada masa tersebut
5. Untuk menjamin dan memajukan kedudukan istemewa penduduk tempaan serta
hak-hak perlembagaan dan keistemewaan setiap warganegara di Sabah yang
berbilang bangsa, budaya dan agama

Kemunculan BERJAYA mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk


tempatan. Hal ini terbukti semasa pilihanraya negeri bulan April 1976. Daripada 48 kerusi yang
dipertandingkan, BERJAYA telah memenangi 28 kerusi (Hairi Abdullah et al, 1986). Manakala
USNO hanya mampu memenangi 20 kerusi yang kebanyakannya dimenangi di kawasan
penduduk beragama Islam. Sebaliknya, BERJAYA hanya mampu menawan tiga buah kawasan
penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang. Kemenangan BERJAYA sebenarnya
terletak pada undian yang diperolei daripada orang KadazanDusun dan Cina. Kekalahan USNO
adalah disebabkan oleh penyelewengan kerajaan USNO serta kebangkitan semangat
nasionalisme penduduk tempatan.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 4
(1957-1990)

Pentadbiran kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata (BERJAYA) 1976-1985

Kemenangan BERJAYA telah memberikan kesempatan kepada masyarakat KadazanDusun untuk


membina semula kuasa politik mereka yang tertekan dan terancam. Kemenangan ini juga
memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin KadazanDusun memegang jawatan-jawatan
penting dalam kabinet Sabah. Tun Fuad Stephens telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan
Datuk Haris Salleh sebagai Timbalan Ketua Menteri. Antara pemimpin-pemimpin KadazanDusun
yang menganggotai parlimen ialah Peter Mojuntin, James Ongkili, Joseph Pairin Kitingan, Darius
Binion, Clarence Mansul dan Fred Sinidol (Hairi Abdullah et al, 1986).

Walau bagaimanapun tragedi yang menimpa Tun Fuad Stephens, Peter Mojuntin, Salleh
Sulong, Darius Binion, Chang Thian Vun dan 6 orang yang lain dalam nahas pada 6 Jun 1976,
telah menjejaskan sedikit harapan masyarakat KadazanDusun (Emin bin Madi, 1995). Namun
demikian mereka masih mempunyai pemimpin-pemimpin lain yang berkebolahan dan berkaliber
seperti Datuk James Ongkili, Datuk Clarence Mansul dan Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Kematian Tun Fuad Stephens telah memberi ruang kepada Datuk Harris menjadi Ketua Menteri
Sabah (Mohd Fauzi Patel, 2004).

Keadaan politik Sabah di bawah pentadbiran Datuk Harris

Semasa pentadbiran Datuk Harris, beliau telah memberi saluran baru kepada masyarakat
KadazanDusun untuk bersuara dan aktif dalam kegiatan-kegiatan politik dan sosial. Sebagai
Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh turut memberi kebebasan kepada orang
KadazanDusun dan Kristian bergerak untuk bergerak persatuan-persatuan agama Kristian (Hairi
Abdullah et al, 1986). Malahan beliau juga telah mempertimbangkan peruntukan bagi membina
beberapa buah gereja seperti Sacred Heard Cathedral. Datuk Harris membuat dasar sedemikian
kerana beliau sedar bahawa kepentingan sokongan kuat masyarakat KadazanDusun bagi
menjamin keutuhan dan kemantapan parti BERJAYA. Selain menilai apa yang telah berlaku
terhadap parti USNO.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 5
(1957-1990)

Pembangunan agama Islam tidak dilupakan, kerajaan negeri telah memperuntukan RM


12 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melaksanakan projek-projek yang akan
memberi faedah kepada umat dan agama Islam. Bagi menjaga perpaduan orang Islam di
Sabah, Datuk Harris telah membiarkan United Sabah Islamic Association (USIA) dipimpin oleh
individu yang kebanyakannya adalah merupakan penyokong parti USNO (Mohd Fauzi Patel,
2004). Beliau juga telah menggalakkan MUIS menjalankan kegiatan dakwah secara lebih
sistematik. Beberapa buah masjid telah dibina di Keningau, Sandakan, Labuan dan Beaufort.
Kemuncak kepada pelaksanaan dasar ini ialah pembinaan ibu pejabat MUIS yang menelan
belanja RM 150 juta. Di mana RM 50 juta adalah sumbangan parti BERJAYA. Bangunan MUIS
telah siap dibina pada tahun 1986.

Bagi mewujudkan integrasi kaum, kerajaan BERJAYA telah menubuhkan Kementerian


Kebajikan dan Perpaduan Negara (Hairi Abdullah et al, 1986). Tujuan penubuhan Kementerian
Kebajikan dan Perpaduan Negara ialah untuk menggalakan dan memperbaiki kesejahteraan
rakyat dan untuk mencapai perpaduan selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pemuda-pemuda daripada parti BERJAYA dijadikan agen perpaduan. Tugas mereka ialah
memberi penerangan kepada masyarakat mengenai keadaan negeri serta dasar dan
perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BERJAYA.

Perkembangan aspek ekonomi turut menjadi fokus kepada agenda pentadbiran parti
BERJAYA. Sebagai langkah awal, kerajaan BERJAYA telah merancang beberapa projek
pembangunan secara menyeluruh kepada semua kaum bumiputra di Sabah. Parti BERJAYA
berpendapat unsur penyatuan boleh digerakkan menerusi pembangunan yang setara. Antara
projek pembangunan yang diadakan ialah penubuhan Koperasi Pembangunan (KPD), Koperasi
Serbaguna Nelayan (Ko-Nelayan) dan Koperasi Serbaguna Rakyat Jelata (KOJASA).

Dasar pemerintahan yang diamalkan oleh BERJAYA telah membawa kepada peningkatan
sokongan kepada parti BERJAYA. Perkara ini terbukti semasa pilihanraya Umum Sabah yang
diadakan pada 23 Mac 1981. Apabila parti BERJAYA mendapat kemenangan mudah dengan
memenangi 44 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Musuh tradisinya iaitu parti
USNO hanya mampu memenangi 3 kerusi daripada 29 kerusi yang ditandingi (Hairi Abdullah et
al, 1986). Kelemahan parti USNO amat jelas semasa pilihanraya ini apabila gagal menandingi
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 6
(1957-1990)

populariti BERJAYA yang kian meningkat di Sabah. Kemenangan ini telah memberi ruang
kepada parti BERJAYA memerintah Sabah bagi penggal kedua selepas memenangi pilihanraya
pada tahun 1976.

Keputusan pilihanraya umum Sabah (1981)

Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah 48.


Parti Kerusi ditandingi Kerusi dimenangi
Bersatu Rakyat Jelata Sabah 48 44
(BERJAYA)
United Sabah National 29 3
Organisation (USNO)
Pertubuhan Kebangsaan Pasok 27 -
Nunukragang Bersatu (PASOK)
Parti Paerhimpunan Sosial Bersatu 9 -
(PUSAKA)
Sabah Chinese Consolidation Party 7 1
(SCCP)
Parti Tindakan Rakyat (DAP) 3 -
United Sabah People Organisation 1 -
(USPO)

(Sumber: Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi dan Zulkifly Hj Mustapha, 1986. Sabah
perubahan dalam pembangunan. Yayasan Sabah)

Kejatuhan pemerintahan BERJAYA di Sabah

Dasar pembangunan yang dijalankan oleh BERJAYA adalah selaras dengan DEB. Oleh itu,
segala usaha pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan BERJAYA dipersetujui dan disokong
oleh kerajaan Persekutuan. Hal ini menyebabkan segala perancangan yang dilaksanankan
berjalan dengan licin dan pesat. Di samping itu, BERJAYA turut berjaya membina kemudahan
infrastruktur kepada rakyat Sabah. Namun pembangunan dari segi kebendaan masih tidak
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 7
(1957-1990)

mencukupi bagi memuaskan hati semua pihak. Misalnya parti USNO dan parti Sabah Chienes
Association (SCA) masih berasa tidak puas hati terhadap BERJAYA, terutamanya isu berkaitan
dengan pengagihan harta kekayaan negeri.

Dasar ekonomi yang diamalkan oleh BERJAYA dianggap mementingkan faedah ahli-ahli
parti BERJAYA dan sekutu mereka tanpa menghiraukan golongan-golongan lain. Agensi
kerajaan seperti KOJASA, KOSAN, KPD dan KO-Nelayan dikatakan dikuasai olehi penyokong
parti BERJAYA sahaja (Hairi Abdullah et al, 1986). Selain itu, kebanyakan program
pembangunan yang dijalankan adalah tertumpu di kawasan bandar telah menyebabkan
penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar terpinggir daripada kemajuan. Dasar BERJAYA
ini ternyata banyak menimbulkan masalah yang membawa kepada halangan wujudnya
perpaduan antara kaum di Sabah.

Semasa menguasai pentadbiran negeri, BERJAYA telah bertindak membalas dendam


dengan parti USNO. Ramai penyokong-penyokong parti USNO menjadi mangsa apabila lesen
perniagaan dan pembalakan mereka dirampas serta ada juga di kalangan mereka yang dibuang
kerja (Hairi Abdullah et al, 1986). Keadaan ini telah menambahkan lagi api permusuhan di
antara parti BERJAYA dengan parti USNO. Hal ini sedikit sebanyak telah mengurangkan
sokongan rakyat terhadap parti BERJAYA.

Penduduk bumiputra yang beragama Islam juga mula membandingkan dasar parti
BERJAYA dengan parti USNO. Semasa pentadbiran USNO, kepentingan masyarakat Islam di
Sabah amat diambil berat. Misalnya Tun Mustapha telah menubuhkan United Sabah Islamic
Association (USIA) pada bulan Ogos 1969 bagi memperkembangan dakwah Islamiah dan
menambah bilangan penganut agama Islam di Sabah (Abdul Hadi Harman shah et al, 2003).
Selain itu bantuan kewangan turut diberi kepada golongan yang baru memeluk agama Islam.
Hal ini adalah berbeza semasa parti BERJAYA apabila parti ini dilihat lebih mementingkan orang
KadazanDusun dan Cina.

Sikap Ketua Menteri yang dikatakan berperwatakan ”kuku besi” sama seperti watak
Ketua Menteri terdahulu menjadi penyebab utama kejatuhan kerajaan BERJAYA di Sabah.
Datuk Harris dikatakan begitu berkuasa dan berpengaruh sehinggakan segala keputusan adalah
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 8
(1957-1990)

terletak dalam tangan beliau. Keputusan yang dibuat tidak boleh dicabar kerana beliau tidak
suka ditegur dan dikritik. Disebabkan oleh sikap beliau, ramai tokoh-tokoh politik sama ada dari
kalangan parti BERJAYA sendiri atau parti pembangkang sudah tidak sanggup berdiam diri
melihat ketidakadilan yang dilakukan oleh beliau. Misalnya, Pengiran Othman Rauf, Datuk
Yahya Lampong dan Datuk Joseph Pairin Kitingan telah bertindak keluar daripada parti
BERJAYA (Hairi Abdullah et al, 1986). Perkembangan ini telah membawa keretakan dalam
kepimpinan parti yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan kelemahan parti BERJAYA.

Selain daripada masalah dalaman parti, wujud juga perasaan tidak puas hati di kalangan
pemimpin-pemimpin Kristian terhadap parti BERJAYA. Terutamanya tindak tanduk Datuk Harris
berkaitan dengan hal-hal bersangkutan dengan soal agama dan kaum mereka. Antaranya ialah
isu pengislaman parti BERJAYA yang dianggap serupa dengan apa yang dilakukan oleh parti
USNO suatu masa dahulu (Hairi Abdullah et al, 1986). Perkara ini menyebabkan ramai
penyokong Kadazan Dusun bertindak keluar daripada parti BERJAYA.

Isu pelarian tanpa izin kebanyakannya beragama Islam yang berasal daripada Filipina
dan Indonesia telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang Kadazan Dusun dan
Cina. Mereka berpendapat bahawa kedatangan pendatang asing ini akan mengancam imbangan
kaum serta berupaya mengugat kedudukan sosioekonomi mereka. Sikap Datuk Harris yang
terlalu memandang mudah isu ini secara langsung menjejaskan sokongan masyarakat Kadazan
Dusun dan Cina terhadap parti BERJAYA. Tambahan pula apabila Datuk Harris cuba merujuk
istilah ”peribumi” kepada semua kaum di Sabah berserta dengan penduduk-penduduk yang
berasal daripada Filipina dan Indonesia (Hairi Abdullah et al, 1986).

Pada masa yang sama berlaku persengketaan di antara Datuk Harris dengan pemimpin-
pemimpin Kadazan. Persengketaan ini berlaku apabila Datuk Harris cuba menjadikan Pesta
Menuai sebagai Pesta Rakyat Sabah. Perubahan ini sebenarnya bertujuan menjadikan Pesta
Menuai sebagi alat membentuk perpaduan di kalangan rakyat Sabah. Namun tindakan beliau
mendapat tentangan daripada para pemimpin Kadazan Dusun. Mereka beranggapan bahawa
penukaran tersebut akan menjejaskan “the goodness of the festival”. Tentangan masyarakat
Kadazan Dusun diketuai oleh Datuk Pairin Kitingan. Beliau beranggapan bahawa pindaan
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 9
(1957-1990)

tersebut sengaja dilakukan bagi memusnahkan budaya orang Kadazan (Hairi Abdullah et al,
1986).

Pergeseran mengenai isu ini berterusan apabila kerajaan BERJAYA mengadakan Pesta
Menuai di Keningau pada tahun 1984 kerana mengambil sempena kedatangan Duli Yang Maha
Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail (DYMM ke lapan). Namun, Datuk
Pairin tidak bersetuju dengan keputusan tersebut lalu mengadakan Pesta Menuai di daerah
Tambunan. Hal ini disebabkan tuan rumah bagi mengadakan Pesta Menuai pada tahun tersebut
adalah daerah Tambunan bukannya daerah Keningau sepertimana yang telah ditetapkan
(Richard A. Lind, 2003). Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak kerajaan terpaksa
mengambil jalan tengah dengan mengadakan Pesta Menuai sebanyak dua kali pada tahun 1984
iaitu di daerah Tambunan dan daerah Keningau.

Pertelagahan di antara Datuk Harris dan Datuk Pairin berlarutan sehingga akhirnya
membawa kepada pemecatan Datuk Pairin. Perkara ini adalah berpunca daripada percanggahan
ideologi politik dan pendirian antara kedua-dua pemimpin. Antaranya termasuklah peristiwa
perletakan jawatan Datuk Pairin sebagai Menteri dalam kabinet Kerajaan Negeri pada 21 Jun
1982. Namun tindakan Datuk Harris menghalau Datuk Pairin semasa Kongres BERJAYA pada 26
September 1984 telah meninggalkan kesan yang mendalam yang sukar diterima (Khusairie
Talib, 1991). Oleh sebab itu, Datuk Pairin telah bertindak keluar daripada parti BERJAYA pada
16 Ogos 1984, parti yang sama-sama diasaskan pada tahun 1975.

Setelah pemecatan Datuk Pairin, Datuk Harris masih tidak berpuas hati dan menaruh
dendam terhadap Datuk Pairin. Hal ini kerana kewujudan Datuk Pairin sebagai ADUN bebas
dalam Dewan Undangan Negeri. Pada 29 Ogos 1984, Datuk Harris telah bertindak
mengemukakan surat pengosongan kerusi tidak bertarikh kepada Speaker Dewan Undangan
Negeri bagi melucutkan jawatan Datuk Pairin sebagai wakil rakyat Tambunan (Khusairie Talib,
1991). Pada hari yang sama juga, writ pilihanraya kecil bagi DUN Tambunan dikeluarkan.

Pilihanraya kecil Tambunan telah diadakan pada 29 Disember 1984 telah memberi
pengajaran kepada Datuk Harris bahawa kuasa yang dipegangnya tidak cukup untuk
meruntuhkan sokongan rakyat berjuang membebaskan diri daripada cengkaman regim diktator.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 10
(1957-1990)

Semasa pilihanraya tersebut, Datuk Pairin telah mendapat majoriti undi sebanyak 3685 undi
berbanding dengan calon BERJAYA yang diwakili oleh adik kepada Datuk James Ongkili iaitu
Roger Ongkili yang hanya mendapat 367 undi (Khusairie Talib, 1991).

Kemenangan yang diperolehi oleh Datuk Pairin telah menyebabkan kerajaan BERJAYA
bertindak memansuhkan taraf daerah bagi Tambunan dan meletakan Tambunan di bawah
pentadbiran daerah Keningau. Perintah ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1985. Datuk Harris
memberi alasan perubahan ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan dan memperkukuhkan
lagi pentadbiran di kawasan berkenaan. Tindakan Datuk Harris ini dianggap kejam dan tidak
demokratik (Hairi Abdullah et al, 1986). Disebabkan ia menafikan hak-hak penduduk Tambunan
dan tidak memahami kepekaan orang tempatan . Peristiwa-peristiwa ini akhirnya menjadi faktor
pencepat kejatuhan parti BERJAYA.

Penubuhan Parti Bersatu Sabah (PBS)

Parti Bersatu Sabah telah diasaskan oleh Datuk Pairin Kitingan yang merupakan seorang
peguam pertama daripada suku Kadazan Dusun yang berasal daripada daerah Tambunan. Parti
Bersatu Sabah (PBS) telah didaftarkan secara rasminya pada 5 Mac 1985. Kemunculan PBS
adalah atas kehendak dan aspirasi rakyat yang inginkan perubahan dalam kerajaan BERJAYA.
Bukannya atas galakan pihak lain sepertimana penubuhan BERJAYA yang dipengaruhi oleh
kerajaan Persekutuan bagi menjatuhkan USNO (Khusairie Talib, 1991). Namun kelahiran PBS
bermula akibat kezaliman, kediktatoran, penyelewengan, pengadaian hak, rasuah dan sekatan
kebebasan rakyat yang dilakukan oleh parti BERJAYA. Perinsip dan perlembagaan yang tidak
mengira kaum dan agama menjadi teras perjuangan parti PBS dalam memperjaungkan hak
rakyat.

Kemunculan PBS tidak dapat disekat oleh parti BERJAYA sepertimana yang pernah
dilakukan oleh USNO pada suatu masa dahulu. Disebabkan suasana politik yang tidak
mengizinkan. Hal ini adalah berbeza semasa pentadbiran Tun Mustapha, di mana beliau
mempunyai kuasa politik yang sangat kuat. Sehinggakan berkuasa untuk menggunakan ISA
(Akta Hasutan Dalam Negeri) bagi menahan sesiapa sahaja yang dikehendaki tanpa bicara
(Khusairie Talib, 1990). Tambahan pula pada masa tersebut tidak wujud lagi pertubuhan politik
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 11
(1957-1990)

yang dapat menandingi USNO. Justeru, parti politik baru yang baru mahu memulakan langkah
mudah sekali dipatahkan semangatnya. Misalnya penubuhan Union of Sabah People (USAP)
pimpinan Datuk Peter Majuntin telah gagal didaftarakan. Hal ini terjadi apabila penyokong-
penyokong USAP diancam akan ditahan sekiranya berdegil. Selain itu, sesetengah pemimpin
mudah disogok dengan wang di antara RM 5,000 hingga RM 10,000 (Khusairie Talib, 1991).

Semasa pentadbiran BERJAYA, rakyat Sabah telah sedar dan kebanyakannya telah
matang berpolitik. Mereka boleh menilai dan memilih pemimpin parti yang benar-benar jujur
dan memperjuangkan nasib mereka. Pada masa yang sama, corak parti yang bercirikan
demokrasi dan berbilang kaum tidak dapat diselaraskan dengan aspirasi para pemimpin yang
semakin meninggalkan konsep ”multi-racialisme”. Kebanyakan pemimpin-pemimpin sudah
memfokuskan kepada perjuangan bagi kaum masing-masing. Kemunculan PBS menjelang
pilihanraya Negeri pada bulan April 1985 telah mengubah senario politik Sabah pada ketika itu.
Pucuk pimpinan BERJAYA yang selama ini terlalu yakin dan angkuh akhirnya terpaksa tunduk
kepada keputusan pilihanraya 1985 dan memberi kemenangan kepada PBS.

Pilihan raya 1985

Kira-kira dua minggu setelah penubuhan PBS, Datuk Harris telah membubarkan Dewan
Undangan Negeri Sabah dengan tujuan mendapatkan mandat baru bagi parti BERJAYA dan
bagi menguji pengaruh parti PBS. Tarikh 2 April 1985 diambil sebagai hari penamaan calon
manakala 20 dan 21 April sebagai hari pembuangan undi. Semasa pilihanraya ini, PBS telah
meletakkan 46 orang calon daripada 48 kawasan yang dipertandingkan. Namun pencalonan
Datuk Clarense Bongkos Malakun di Moyog, Penampang telah ditolak pada saat akhir kerana
kesilapan teknikal (Hairi Abdullah et al, 1986).

Biarpun berhadapan dengan jentera pilihanraya parti BERJAYA yang kuat, lengkap
dengan bantuan kewangan, media massa dan sebagainya, namun parti tersebuat tidak berjaya
memenangi hati rakyat. PBS hanya berbekalkan semangat rakyat, PBS telah memenangi 25
kerusi, cukup untuk membentu kerajaan baru. Malahan pada pilihanraya tersebut, Datuk Harris
Salleh telah tewas kepada Datuk Kadoh Agondong di DUN Tenom. Manakala USNO berjaya
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 12
(1957-1990)

menambah kerusi kepada 16, BERJAYA 6 kerusi manakala PASOK menang 1 kerusi di Moyog
melalui Ignatius Malanjun yang kemudiaannya menyertai PBS (Hairi Abdullah et al, 1986).

Keputusan pilihanraya umum Sabah (1985)

Parti Kerusi ditandingi Kerusi dimenangi


Parti Bersatu Sabah (PBS) 45 25
Bersatu Rakyat Jelata Sabah 48 6
(BERJAYA)/ BN
United Sabah National 43 16
Organisation (USNO)
Pertubuhan Kebangsaan Pasok 9 1
Nunukragang Bersatu (PASOK)
Parti Paerhimpunan Sosial Bersatu 9 -
(PUSAKA)
Parti Tindakan Rakyat (DAP) 3 -

(Sumber: Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi dan Zulkifly Hj Mustapha, 1986. Sabah
perubahan dalam pembangunan. Yayasan Sabah)
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 13
(1957-1990)

Peristiwa hitam di Istana

Pada subuh 22 April 1985, satu sejarah politik hitam Sabah telah berlaku di Istana Negeri
apabila Tun Mustapha telah merampas jawatan Ketua Menteri dan secara paksa mengangkat
sumpah di hadapan yang Dipertuan Negeri Sabah, Tun Haji Adnan Robert. Pihak yang
bertanggungjawab menyokong Tun Mustapha ialah Datuk Harris, Datuk Yahya Lampong dan
Datuk Majid Khan. Punca kepada kejadian ini ialah disebabkan oleh sikap tamakkan kuasa
(Khusairie Talib, 1991). Mereka ini telah digelar sebagai ”Geng Empat” oleh Datuk Pairin kerana
menafikan haknya menjadi Ketua menteri Sabah hasil daripada mandat yang diberikan rakyat
kepada kerajaan PBS.

Kuasa rakyat sememangnya terbukti lebih berkuasa daripada kuasa yang dimiliki oleh
pemimpin. Usaha rampasan kuasa di Istana gagal dan Datuk Pairin dilantik menjadi Ketua
Menteri Sabah yang sah pada 23 April 1985 dan membentuk parlimen sehari kemudiannya.
Sebaik sahaja PBS berkuasa, Datuk Pairin telah mengumumkan bahawa parti PBS memohon
untuk menyertai Barisan Nasional. Pada 28 April 1985, Datuk Pairin secara rasmi menghantar
surat permohonan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, Datuk seri Dr Mahathir Mohamad
(Khusairie Talib, 1991). Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur enggan memberi jawapan segera
terhadap permohonan PBS. Permohanan seterusnya dibuat pada 1 Mei 1990, bagi meyakinkan
Kuala Lumpur bahawa PBS akan cuba mengikuti semangat dalam Barisan Nasional.

Ranjau setelah berkuasa

Mandat pilihanraya yang diperolehi oleh PBS adalah tidak kukuh. Pihak pembangkang cuba
untuk memancing wakil-wakil rakyat PBS untuk berpaling tadah dengan tujuan menjatuhkan
kerajaan Negeri di bawah pentadbiran PBS. Majoriti 2/3 adalah kurang selamat untuk mengubal
undang-undang. Parti-parti utama seperti USNO dan BERJAYA terus berusaha keras
melumpuhkan kerajaan baru PBS (Hairi Abdullah et al, 1986). Oleh itu, PBS tetap dengan
pendirianya ingin mendapatkan mandat baru daripada pilihanraya. Selang dua hari selepas
penolakan tersebut, PBS telah menarik balik penyertaannya
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 14
(1957-1990)

Selain itu, tindakan Tun Mustapha menfailkan kes di Mahkamah Tinggi bagi mencabar
kesahihan jawatan Ketua Menteri yang dipegang oleh Datuk Pairin turut mengganggu
pentadbiran PBS. Hal ini berlaku kerana Tun Mustapha mengatakan bahawa beliaulah yang
layak menjadi Ketua Menteri Sabah kerana terlebih dahulu mengangkat sumpah di hadapan
Yang Di Pertua Negeri.

Masalah dalaman PBS mula muncul apabila terdapat segelintir ahli Dewan Undangan
Negeri yang mewakili PBS mula berpaling tadah. Antaranya ialah ADUN Moyog, Ignatius
Malanjun, ADUN Kawang, Wences Lajingah dan ADUN Bingkor, Thomas Anggang yang keluar
daripada PBS dan menyertai PASOK. ADUN Sembulan, Francis Leong pula ingin membentuk
Parti Cina Sabah (PSC). Manakala ADUN Merotai telah keluar dari PBS dan menyertai semula
USNO (Hairi Abdullah et al, 1986).

Melihat kepada keadaan tersebut, Datuk Pairin telah mengadakan perjumpaan dengan
para sahabatnya bagi membincangkan mengenai situasi yang sedang berlaku. Hasil daripada
perjumpaan tersebut mereka telah bersetuju untuk membubarkan dewan bagi mendapatkan
mandat baru daripada rakyat serta membentuk kerajaan yang lebih kuat. Pada 26 Februari
1986, Datuk Pairin telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh parti PBS amat mengejutkan USNO
dan BERJAYA, yang merasa bahawa pengaruh dan kekuatan mereka semakin lemah selepas
pilihanraya. Bagi menghalang pembubaran Dewan Undangan Negeri, USNO dan BERJAYA telah
mengambil tindakan undang-undang. Namun proses menghalang pembubaran melalui proses
mahkamah tidak berjaya.

Peristiwa Bom 1986

Setelah gagal menyekat pembubaran Dewan Undangan Negeri menerusi proses mahkamah,
USNO telah bertindak mewujudkan suasana huru-hara yang lebih dikenali sebagai ”Peristiwa
Bom” yang meletus pada 12 Mac 1986 (Khusairie Talib, 1991). Pergerakan rusuhan ini didalangi
oleh pendatang tanpa izin. Dengan mewujudakan suasana huru hara, pembubaran Dewan
Undangan Negeri tidak akan dapat dilaksanakan.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 15
(1957-1990)

Pada masa yang sama terdapat pihak yang mendakwa beberapa pemimpin kanan
rusuhan telah menyembur cat di tembok Masjid Negeri dengan lambang salib. Tindakan ini
adalah bertujuan bagi menaikan api kemarahan penduduk beragama Islam dengan menuduh
perbuatan tersebut dilakukan oleh penduduk beragama Kristian. Tindakan tersebut juga
bertujuan bagi melemahkan sokongan penduduk beragama Islam terhadap parti PBS.

Tun Mustapha dan Datuk Harris turut mendalangi pergerakan tersebut. Mereka telah
mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mengistiharkan darurat dan membentuk MEGERAN di
Sabah. Semasa rusuhan berlaku beberapa nyawa telah terkorban dan banyak harta benda
awam musnah (Khusairie Talib, 1991). Bagi mengawal keadaan bandar Kota Kinabalu dan
Penampang telah dikenakan perintah berkurung.

Formula Sabah

Pengistiharan darurat di Sabah tidak kesampaian sepertimana yang diharapkan oleh USNO dan
BERJAYA. Hal ini berikutan dengan penyataan Datuk Seri Dr. Mahathir yang mengatakan
bahawa keadaan di Sabah masih boleh dikawal dan pengistiharan darurat adalah tidak perlu
dilakukan (Khusairie Talib, 1991). Namun beberapa pemimpin UMNO menuduh keengganan
PBS berkongsi kuasa sebagai punca meletusnya rusuhan di Sabah. Dari peristiwa tersebut maka
timbullah ”Formula Sabah” ciptaan Dr Mahathir pada 24 Mac 1986. Antara kandungan Formula
Sabah ialah:
1. Parti PBS, USNO dan BERJAYA hendaklah berkongsi kuasa.
2. Parti PBS dan USNO akan diterima sebagai anggota Barisan Nasional
3. Datuk Pairin kekal sebagi Ketua Menteri Sabah dan menjadi pengerusi BN di
Sabah
4. Penarikan semula tuntutan terhadap Datuk Pairin dan PBS di mahkamah
5. Pembentukan sebuah kerajaan campuran antara kaum di Sabah
6. Pembubaran Dewan Undanga Negaeri di Sabah dibatalkan oleh Datuk Pairin

Bagi membuat penelitian yang lebih jelas, Datuk Pairin telah meminta pandangan ahli
Majlis Tertinggi PBS mengenai formula tersebut. Terdapat beberapa orang pemimpin kanan
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 16
(1957-1990)

parti PBS yang menolak cadangan tersebut dengan keras. Antaranya ialah ketua Pergerakan
Pemuda PBS, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing. Namun wujud juga pemimpin PBS yang tertarik
dengan formula tersebut seperti Datuk Mark Koding (Khusairie Talib, 1991).

Konsep pembentukan kerajaan campuran tidak dapat diterima oleh kerajaan PBS
disebabkan parti tersebut beranggapan bahawa ia telah mewakili rakyat yang berbilang kaum.
Selain itu, PBS berpendapat bahawa rakyat Sabah hanya memerlukan kerajaaan pakatan kaum
bukannya pakatan parti-parti politik. Konsep multirasial PBS akan lenyap sekiranya kerajaan
campuran dilaksanakan(Hairi Abdullah et al, 1986). Keputusan rakyat memberi kemenangan
kepada PBS jelas menunjukkan bahawa rakyat inginkan perubahan dalam pentedbiran negeri.

Pilihanraya 1986

”Formula Sabah” yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Dr Mahathir telah ditolak oleh PBS pada 7
April 1986 walau pun Kabinet Persekutuan telah meluluskan formula tersebut. Selang dua hari
selepas penolakan tersebut, PBS telah menarik balik permohonannya menyertai Barisan
Nasional. Pada masa yang sama, Datuk Pairin telah berjanji bahawa sekiranya PBS gagal
mendapatkan majoriti 2/3 dalam pilihanraya tersebut, beliau akan menerima pembentukan
kerajaan campuran (Khusairie Talib, 1991).

Pilihanraya yang diadakan pada 6 dan 7 Mei 1986 telah membuktikan bahawa rakyat
Sabah menolak kerajaan campuran, sebaliknya menyokong kerajaan pakatan kaum. PBS yang
berbilang kaum ini telah memenangi 35 daripada 48 kerusi yang ditandingi. Sementara USNO
memenangi 11 kerusi manakala BERJAYA dan SCCP masing-masing memenangi 1 kerusi sahaja
(Khusairie Talib, 1991).

Kini Datuk Pairin mempunyai mandat yang lebih kuat dan terjamin dalam membentuk
kerajaan di Sabah. Pilihanraya ini juga telah menunjukkan bahawa rakyat telah membuat
pilihan yang tepat bagi menjamin keharmonian negeri ini. Hal ini telah menjadi titik tolak
kepada perkembangan PBS menjadi sebuah yang benar-benar memperjuangkan konsep
berbilang kaum. Permohonan kemasukan rakyat Sabah yang beragama Islam ke dalam parti
PBS telah meningkat. Selain itu, terdapat juga segelintir pemimpin USNO yang menyertai PBS
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 17
(1957-1990)

antaranya ialah Encik Zaki @ Zakaria Haji Gusmiah (N22, Sukau) dan Datuk Haji Jawawi Haji
Isa (N38, Sipitang).

Selepas pilihanraya tamat, PBS telah sekali lagi memperbaharui permohonan bagi
menyertai Barisan Nasioanal. Memandangkan rakyat Sabah ingin menjadikan PBS sebagai
wakil mereka di peringkat Persekutuan, Kuala Lumpur tidak mempunyai pilihan lain selain
menerima PBS sebagai parti komponen BN. Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Encik
Ghafar Baba telah ditugaskan melaksanakan proses kemasukan PBS ke dalam BN. Akhirnya
pada 5 Jun 1986, PBS bersama-sama dengan USNO telah diterima secara rasmi sebagai parti
komponen BN (Khusairie Talib, 1991). Namun pada 19 Julai 1986, BERJAYA telah bertindak
keluar daripada BN kerana kecewa dengan pembahagian kerusi dalam pilihanraya Parlimen di
mana parti itu hanya diberi 1 kerusi berbanding dengan PBS mendapat 14 kerusi sementara
lima kerusi bagi USNO. Maka bermula peranan PBS dalam menyuarakan kehendak-kehendak
rakyat Sabah dengan lebih tegas di peringkat Persekutuan.

ISU PERKARA 20

Kontroversi 20 Perkara merupakan isu yang telah lama dipersoalkan bukan sahaja pada
zaman pemerintahan PBS tetapi isu ini telah dibangkitkan sewaktu Singapura disingkirkan dari
Malaysia pada tahun 1965. Selain itu, pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Donald Stephens
dan Tun Mustapha juga telah mempersoalkan isu ini. Isu ini adalah isu yang menarik untuk
dibincangkan kerana isu ini adalah satu tuntutan yang dibuat sewaktu Parti Bersatu Sabah
(PBS) memerintah negeri Sabah yang mana meminta kerajaan Pusat untuk mematuhi syarat-
syarat penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada 1963. Perkara ini terkandung dalam laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan mengenai 20 perkara yang banyak menyentuh soal-soal hak dan
kepentingan rakyat negeri Sabah. Parti Bersatu Sabah menyuarakan tuntutan ini kerana
berpendapat pihak Persekutuan banyak mencemari perjanjian yang telah dibuat,
penyelewengan sewaktu pemerintahan USNO dan BERJAYA serta berbagai perubahan yang
dibuat mungkin atas arahan dan pujukan Kuala Lumpur dengan menjanjikan pengekalan kuasa
terutamanya kepada pemimpin-pemimpin sewaktu era pemerintahan USNO dan BERJAYA.
Selain itu, dikatakan juga bahawa Dr. Mahathir dan pemimpin Kerajaan Persekutuan pada masa
itu tidak memperdulikan rayuan-rayuan oleh Kerajaan Sabah bagi membetulkan “Perkara 20”
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 18
(1957-1990)

sudah tentulah Kerajaan Negeri Sabah atau Kerajaan Negeri tidak berpuas hati dengan tindakan
Kerajaan Persekutuan yang tidak wajar tersebut. Peneraju Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk
Pairin Kitingan pada masa itu juga merupakan penyokong kuat kepada Dr Mahathir yang mana
Datuk Pairin pernah memberi sokongan kepadanya selepas UMNO (lama) diistiharkan haram
oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 1987. Malah bagi Datuk Pairin dan Kerajaan
Negeri terus berikrar untuk terus menyokong Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri dan
menerajui tampuk pemerintahan. Sebelum itu juga meskipun PBS mengetahui yang Kerajaan
Persekutuan tidak menyukai Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PBS namun Datuk Pairin tetap
mahu terus berada di dalam Barisan Nasional. Sungguhpun sokongan yang kuat ditunjukkan
oleh Datuk Pairin serta pemimpin-pemimpin lain kepada Dr Mahathir namun tuntutan-tuntutan
yang diutarakan oleh pemimpin-pemimpin di Sabah masih lagi diketepikan sedangkan tuntutan
PBS tersebut adalah untuk rakyat Sabah yang mempunyai hak ke atas perkara-perkara 20 dan
bukannya atas kepentingan parti ataupun orang perseorangan. Antara tuntutan PBS ialah:
1. Mengembalikan Labuan kepada Sabah
2. Menaikkan peratus royaliti minyak
3. Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan untuk menyasat pemberian
kad pengenalan biru kepada rakyat asing dan pelarian
4. Melantik lebih banyak senator dari negeri Sabah
5. Menambah peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah
6. Menambah bilangan hospital dan sekolah
7. Membetulkan penyelewengan dalam ”20 Perkara”
8. Mendirikan sebuah stesen Radio dan Televisyen di Sabah
9. Memberikan keutamaan kepada anak watan Sabah
menerajui perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah (Borneonisasi)
10. Menambah bilangan anggota kabinet kerajaan sabah
11. Menambah bilangan angghota kabinet Persekutuan dari Sabah.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 19
(1957-1990)

Tuntutan Ke Atas Labuan

Labuan merupakan satu pulau yang pada asalnya dimiliki oleh negeri Sabah sehinggalah
sewaktu pemerintahan Datuk Harris yang mana telah menyerahkan pulau tersebut kepada
Kerajaan Persekutuan. PBS menuntut kembali Pulau Labuan daripada Kerajaan Persekutuan
kerana mengangap penyerahan tersebut adalah tidak adil kerana sewaktu penyerahan Pulau
tersebut negeri Sabah tidak mendapat pampasan. Selain itu, penyerahan tersebut juga
dilakukan tanpa meminta pendapat daripada rakyat serta mengangap pampasan bagi
penyerahan tersebut telah diberikan kepada orang perseorangan. Menurut Khusairie Talib
(1991), penyerahan Pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan berlaku tanpa ada pampasan
dan tanpa meninjau pendapat dari rakyat negeri Sabah sedangkan jika dilihat negeri Selangor
mendapat berbilion-bilion ringgit kerana menyerahkan Kuala Lumpur untuk dijadikan Wilayah
Persekutuan. Oleh kerana penyerahan Pulau Labuan kepada kerajaan persekutuan tanpa ada
pampasan yang diberikan kepada kerajaan negeri Sabah. Ini sudah tentu tidak adil dan
merugikan negeri Sabah yang mana jika diberikan pampasan tersebut boleh digunakan untuk
membangunkan negeri ini yang mana sehingga kini masih jauh ketingalan berbanding negeri-
negeri yang lain. Bukan itu sahaja, pekara lain yang membuatkan PBS menuntut Labuan adalah
kerana beranggapan pampasan ke atas penyerahan Pulau Labuan itu telah dipampaskan
kepada orang perseorangan yang menjadi dalang di sebalik penyerahan tersebut.

Royalti Minyak dan Pembangunan

Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan PBS merupakan sebuah kerajaan yang


berorientasikan kepada pembangunan khususnya bagi membangunkan negeri Sabah. Namun
apa gunanya segala perancangan ke arah pembangunan jika tidak ada peruntukan yang
mencukupi bagi membangunkan negeri ini. Walaupun sebenarnya negeri Sabah antara negeri
yang terbesar di negara Malaysia dan mempunyai banyak sumber alam namun Sabah juga
merupakan antara negeri yang mundur di negara ini. Ini adalah sangat tidak masuk akal tetapi
jika diteliti daripada sejarah kebanyakkan sumber alam tersebut berkurangan sewaktu
pemerintahan sabah oleh USNO dan BERJAYA dan kekurangan itu tidak diikuti dengan
kemajuan atau pembangunan negeri Sabah.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 20
(1957-1990)

Oleh kerana kekurangan peruntukan bagi membangunkan negeri sabah maka PBS
memohon supaya peratus Kerajaan Royalti Minyak kepada Sabah dikaji semula supaya royalti
minyak yang asal iaitu 5 peratus dinaikkan atau ditambah sebanyak 5 peratus lagi disamping
peruntukan pembangunan bagi Sabah ditambah. Dengan itu, peruntukan pembangunan
kerajaan negeri akan lebih stabil bagi melaksanakan segala projek pembangunan di bandar dan
luar bandar. Dalam lima tahun akan datang, banyak rancangan pembangunan telah dirangka
menerusi ”Sabah Action Blue Print” untuk membawa Sabah dan rakyatnya kepada era baru
memasuki abad 2000.(Khushairie Talib, 1995) .

Sungguhpun tuntutan kerajaan negeri bermatlamat untuk membangunkan negeri Sabah


namun Kerajaan Persekutuan berangapan tuntutan itu sebagai ganjil malahan ada yang
menuduh kononnya tindakan PBS memohon tambahan roiyaliti minyak itu kerana segala
kekayaan hasil balak Sabah sudah dibolot oleh pada pemimpin kanan PBS (Khushairie Talib,
1991). Tetapi jikja ditinjau daripada segi sejarah, kekayaan balak di Sabah sebenarnya wujud
dalam zaman kerajaan USNO dan BERJAYA. Jika adapun saki-baki hasil balak PBS telah
menyalurkannya untuk pembangunan di luar-luar bandar yang telah diabaikan oleh Kerajaan
USNO dan BERJAYA. Contohnya peruntukan pembangunan setiap tahun bagi setiap kawasan
zaman PBS bermula daripada $250,000 pada 1986 dan meningkat kepada lebih $1 juta pada
1990.

Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin

20 Perkara juga memuatkan masalah pendatang asing sebagai satu isu yang tidak boleh
dipandang ringan. Masalah ini memberikan kebimbangan kepada Parti Bersatu Sabah kerana
pada masa itu hampir 800,000 pendatang asing telah berhijrah ke Sabah. Bilangan ini adalah
lebih separuh daripada jumlah keseluruhan rakyat warganegara Malaysia yang menetap di
Sabah iaitu berjumlah kira-kira 1.4 juta. Perkara yang amat membimbangkan ialah pendatang
asing ini boleh mempengaruhi sistem politik di Sabah pada masa yang akan datang, mengubah
dominasi struktur politik dan kependudukan negeri ini. Pemimpin PBS terutamanya Datuk Yong
Teck Lee dan En James Ligunjang pernah mendakwa ramai dikalangan pendatang itu memiliki
kad pengenalan biru dan berdaftar pula sebagai pengundi di seluruh negeri. Pada April 1990
Kerajaan Persekutuan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi membenteras operasi
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 21
(1957-1990)

mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing tanpa izin yang didalangi oleh
sebuah parti politik pembangkang terbesar di Sabah.

Kebanjiran pendatang asing ke negara ini telah bermula sewaktu pemerintahan USNO
dan BERJAYA lagi dan satu isu yang harus dibendung. Dengan itu, pihak PBS telah menawarkan
kerjasama bagi membolehkan perancangan yang lebih teratur tetapi apa yang sangat
mengecewakan adalah Kerajaan Persekutuan tidak menunjukkan minat yang mendalam bagi
mengatasi masalah ini. Terdapat pemimpin Kerajaan Persekutuan pada masa itu yang
menyokong tetapi sokongan itu adalah kata-kata kosong sahaja tanpa berbuat apa-apa
tindakan. Dr Mahathir sendiri pernah berkata ”semua pendatang haram di sabah akan dihantar
balik ke negra asal mereka” (Khusairie Talib, 1991). Bagi memperlihatkan keiinginan Kerajaan
negeri untuk berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan maka Kerajaan Negeri telah
menyediakan beberapa formula bagi menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin ini antaranya
memberi satu tapak Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) di Sandakan bagi membendung
masalah kedatangan pendatang tanpa izin ini. Tetapi apa yang berlaku tidak terdapat usaha
yang dilakukan bagi membenteras masalah ini. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah
melancarkan ”program pengampunan” kepada pekerja haram dari Indonesia pada pertengahan
1988. Dalam program ini, para pekerja yang terlibat dibenarkan pulang ke negara asal mereka
tanpa ditahan bagi membolehkan mereka mendapatkan dokumen yang sah seperti pasport
sebelum datang kembali untuk bekerja di negeri ini.

Hasil daripada program ini kira-kira 65,000 pekerja asing tanpa izin telah melaporkan
diri dengan pihak berkuasa dan diberikan dokumen yang sah bagi membolehkan mereka
bekerja di negeri ini. Sungguhpun begitu program ini tidak dapat dilakukan bagi pendatang
haram dari Filipina kerana mereka tidak mempunyai konsulnya di Sabah bagin menguruskan
perkara itu. Sungguhpun begitu, Kerajaan Persekutuan pula telah menubuhkan sebuah Pasukan
Petugas Khas untuk menyelesaikan masalah ini. Antara tugas yang dilakukan oleh pasukan ini
ialah memnbuat gerakan pendaftaran para pendatang asing tanpa izin dan mereka yang
mendapat status pelarian sekjak 1960-an.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 22
(1957-1990)

Senator dan Kouta Menteri

Kerajaan negeri Sabah pada masa itu telah meminta kepada Kerajaan Persekutuan
untuk menambah senator dari Sabah daripada dua orang yang ada pada masa itu. Begitu juga
dengan wakil Sabah di dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan. Menurut Khusairie Talib (1991),
Datuk Pairin telah berkali-kali merayu supaya dapat dilakukan pertambahan khususnya
daripada PBS. Sebaliknya permohonan itu bukan sahaja tidak dilayan malah PBS kehilangan
satu kerusi Timbalan Menteri apabila bekas Ahli Parlimen kawasan Tuaran Kalakou Untol keluar
dari PBS dan menubuhkan AKAR. Dr Mahathir pernah berkata ”perlantikan dan pemecatan
Menteri Kabinet Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa saya selaku Perdana Menteri”
(Khusairie Talib, 1991). Maka hanya tinggal seorang sahaja wakilk PBS di dalam kabinet iaitu
Datuk Kasitah Gaddam. Namun beliau gagal memainkan peranan berkesan sebagai jambatan
perhubungan anbtara rakyat Malaysia di Sabah dengan Semenanjung biarpun beliau adalah
seorang menteri penuh. Satu lagi permohonan yang dibuat oleh PBS adalah memohon supaya
bilangan ahli kabinet dalam kerajaan negeri ditambah. Tujuan PBS memohon demikian kerana
bilangan sembilan menteri penuh seperti yang ada sekarang sukar diagih-agihkan mengikut
bilangan suku kaum. Niat hati PBS ingin membentuk sebuah kabinet yang adil mengikut suku
kaum tetapi Kerajaan Persekutuan mengagalkannya dan menuduh Kerajaan Negeri hanya
mementingkan satu kaum sahaja.

Universiti Di Sabah

20 Perkara juga ada memuatkan tuntutan berkenaan mempertingkatkan kemudahan


pendidikan di Sabah yang mana kerajaan negeri Sabah telah meminta untuk mendirikan sebuah
universiti di negeri ini. Tujuan permohonan ini dibuat adalah kerana ramai rakyat yang tidak
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di dalam dan luar negeri,
kerajaan negeri dapat menjimatkan perbelanjaan jika pelajar memasuki universiti di negeri ini
daripada menghantar mereka ke luar Sabah, para bijak pandai dari Sabah juga dapat
mengemukakan buah fikiran dan perkhidmatan demi kepentingan anak-anak Sabah dan
menggalakkan integrasi nasional kerana pelajar dari Semenanjung dan Sarawak juga akan
memasuki universiti tersebut. Namun hasrat Kerjaan Negeri tidak kesampaian kerana Kerajaan
Persekutuan memandang dingin hasrat tersebut. Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Datuk
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 23
(1957-1990)

Sri Anwar Ibrahim ada berkata ”keperluan yang utama di Sabah ialah sekolah menengh dan
bukannya universiti” (Khusairie Talib,1991). Jika dilihat kepada kenyataan yang dikeluarkan
tersebut seolah-oleh Kerajaan Persekutuan mengambil berat mengenai pembinaan sekolah
menengah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Taraf sekolah menengah di Sabah masih
terlalu daif dan tidak membantu proses pengembangan mental pelajar. Selain itu, para guru
yang mengajar di kawasan luar bandar merungut kerana kekurangan bahan-bahan rujukan dan
sudah ketingalan zaman serta tempat tinggal para guru yang amat daif sehingga diibaratkan
sebagai Kandang Kambing.

Stesen Radio dan Televisyen di Sabah

Permintaan bagi membina Stesen Radio dan Televisyen juga merupakan permintaan
yang harus diluluskan bagi negeri Sabah. Terdapat beberapa sebab mengapa negeri Sabah
meminta supaya Stesen Radio dan Televisyen ditubuhkan antaranya ialah bagi membolehkan
Kerajaan Negeri menyampai dan melaksanakan dasar-dasarnya kepada rakyat kerana
rancangan televisyen dan radio yang ada pada masa itu dimonopoli oleh berita-berita dari
semenanjung sahaja dan memperuntukan masa yang sedikit sahaja untuk Sabah. Selain itu,
iklan Sabah juga menjadi mangsa yang mana kurang iklan bagi memperkenalkan kepada rakyat
di negeri-negeri lain terhadap sistem budaya rakyat Sabah dan bagi menggalakkan industri
pelancongan di Negeri Sabah Di Bawah Bayu ini. Disamping itu, permintaan ini adalah wajar
kerana jalan raya masih mundur di Sabah maka televisyen merupakan media utama untuk
menyampaikan maklumat dengan cepat kepada rakyat Sabah. Peranan yang dibawa oleh
akhbar pula adalah terhad kepada golongan yang celik huruf dan mereka yang tinggal
berdekatan dengan pekan atau bandar.

DASAR BORNEONISASI

Tujuan PBS menuntut dasar ini bertujuan bagi memberi peluang anak-anak watan
Sabah diberi peluang untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam jabatan-jabatan dan
agensi-agensi Persekutuan di Sabah seperti Imigresen, Perkhidmatan Perubatan, Pendidikan,
KEMAS, FAMA dan lain-lain. Dasar ini memberi peluang kepada anak watan negeri Sabah
adalah kerana Ketua-ketua jabatan dan Agensi-asensi Persekutuan di negeri ini tidak dapat
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 24
(1957-1990)

tidak dimonopoli juga oleh orang-orang dari semenanjung yang kurang mengetahui aspirasi
rakyat di negeri ini. Adalah tidak wajar dan adil jika negeri Sabah diperintah oleh orang-orang
daripada luar kerana rakyat Sabah juga memiliki golongan cerdik pandai yang pernah menuntut
di Universiti dalam negeri dan luar negeri serta pentadbiran atau pemerintahan di negeri ini
akan berjalan dengan lancar jika diperintah oleh rakyat Sabah sendiri kerana mereka lebih
mengetahui kebudayaan rakyat negeri ini dan dasar-dasar kerajaan PBS. Sungguhpun begitu,
kebolehan anak-anak watan Sabah sering di rendah-rendahkan serta kebanyakkan anak negeri
didakwa menjadi pengintip” Kerajaan Persekutuan untuk meracuni fikiran para pemimpin politik
di Kuala Lumpur. Tuduhan seperti ini tidak seharusnya wujud kerana Sabah pada masa itu telah
memasuki pembentukan Malaysia dan rakyat seharusnya lebih kearah berkerjasama dan bukan
berpecah-belah. Oleh yang demikian, adalah wajar anak-anak watan Sabah diberi peluang
untuk bekerja dalam Kerajaan Persekutuan kerana mereka ini lebih mengetahui keadaan
tempatan dan tiada sebab kenapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh melantik mereka
memegang jawatan-jawatan berkenaan kerana negeri Sabah merupakan negeri merupakan
milik rakyat Sabah dan patutlah ditadbir sendiri oleh orang Sabah.

Sejarah Politik Sarawak Dari Tahun 1978-1987

Dalam perkembangan politik negeri sarawak sering terjadi perpecahan. Perpecahan


kaum sememangnya telah wujud sebelum merdeka lagi kerana penduduk hidup terpisah antara
satu sama lain. Keadaan ini telah menggalakkan sesuatu kaum itu cenderung membela nasib
kaum masing-masing. Dalam keadaan demikian wujudlah parti politik yang berdiri atas
sokongan sesuatu akum masing-masing. Perpecahan juga berlaku dalam sesuatu kaum yang
tertentu apbila wujudnya dua buah parti yang mewakili satu kaum atau perpecahan dalam satu
parti induk sesuatu kaum.

Akibat daripada tiada parti politik pelbagai kaum yang mendapat sokongan yang benar-
benar meluas dan tiada kaum betul-betul dapat bersatu dibawah satu pertubuhan tunggal maka
setiap kaum menyokong parti yang mewakili kaum mereka. Sebagai contoh, pada tahun 1963
hingga 1966, penubuhan parti polotik berlandaskan etnik yang tertentu. Kecenderungan ini
disebabkan oleh semangat keetnikan yang mahu memperjuangkan kepentingan etnik masing-
masing. Keadaan ini telah berlaku semenjak sebelum merdeka lagi. Pada masa yang sama juga,
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 25
(1957-1990)

berlaku perpecahan dalam sesuatu etnik yang disebabkan oleh perbezaan ideologi. Keadaan
tersebut membawa kepada penubuhan dua buah parti bagi tiga kelompok etnik terbesar di
Sarawak. Perbezaan ideologi dan perjuangan juga boleh dilihat apabila dua buah parti yang
didominasi oleh kaum yang sama berada pihak kerajaan dan juga pembangkang. Sebagai
contoh, Sarawak United people’s Party (SUPP) dan Sarawak Chinese Association (SCA)
didominasi oleh orang cina, tetapi SUPP berada pada pihak pembangkang dan SCA di pihak
kerajaan. Begitu juga dengan parti politik kaum bumiputera Islam, Barisan Rakyat Jati Sarawak
(BARJASA) di pihak kerajaan dan Parti Negara Sarawak (PANAS) di pihak pembangkang. (Zainal
Abidin Abdul Wahid et al ,1996).

Namun bergitu, pada tahun 1966 hingga 1970 perubahan telah berlaku sama ada di
barisan pembangkang ataupun kerajaan perikatan. Di barisan pembangkang masih wujud dua
buah parti, tetapi berubah dari segi komponen Sarawak National Party (SNAP) yang pernah
membentuk kerajaan dengan SUPP telah menjadi pembangkang. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh krisis tahun 1965 hingga 1966 yang membawa kepada pemecatan Stephen
Kalong Ningkan. Di pihak kerajaan pula, berlaku penyatuan BARJASA dan PANAS yang
membentuk parti bumiputera. Sebelum ini PANAS pernah menjadi pembangkang.

Manakala pada tahun 1970 hingga 1974 telah wujud kerajaan campuran pertama di
Sarawak apabila SUPP sanggup menyertai pada tahun 1970 dan dengan itu, terdapat empat
buah parti dalam kerajaan campuran dan tinggal SNAP sebagai pembangkang tunggal. Pada
tahap ini juga SNAP memperluaskan lagi konsep keahlian berbilang kaumnya dan memperoleh
banyak kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1974. SNAP menambahkan kerusi dariapda 12
kerusi (1970) kepada 18 kerusi pada tahun 1974 dalam Dewan undangan negeri.(Abdul
Rahman Haji Ismail, 2007)

Melihat perkembangan ini, Abdul Rahman Yaakub berusaha untuk menarik SNAP ke
dalam Barisan Nasional bagi memperkukuhkan lagi kedudukan beliau. Justeru itu, selepas
pilihan raya pada tahun 1974, beberapa berjumpaan telah diadakan oleh Abdul Rahman Yaakub
dengan pemimpin SNAP bagi membincangkan penyertaan SNAP ke dalam Barisan Nasional.
Dalam perjumpaan yang diadakan antara Abdul Rahman Yaakub dengan pemimpin SNAP
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 26
(1957-1990)

Stephen Kalong Ningkan, beberapa persetujuan dari segi prinsip tentang penyertaan SNAP ke
dalam Barisan Nasional telah tercapai. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2007).

Namun, timbul masalah dalam Persidangan Perwakilan SNAP pada Julai 1975, apabila
presiden SNAP yang telah lama memegang jawatan iaitu Stephen Kalong Ningkan dikalahkan
oleh Dunstan Endawie. Sementara Leo Moggie pula telah menang tanpa pertanding sebagai
Setiausaha Agung SNAP. Kebuntuan perundingan tentang penyertaan SNAP ke dalam Barisan
Nasional dapat diatasi apabila James Wong, Timbalan Presiden SNAP dibebaskan daripada
tahanan ISA. Tidak lama kemudiaan, Abdul Taib Mahmud sebagai Menteri Persekutuan dan
Presiden PBB mengumumkan SNAP mungkin menyertai Barisan Nasional. Pada 22 Mac
1976,Leo Moggie sebagai setiausaha Agung SNAP memberitahu pihak akhbar bahawa dari segi
prisip satu persetujuan telah dicapai dan SNAP akan menjadi sebuah komponen Barisan
Nasional peringkat persekutuan dan negeri. Oleh itu, pada 21 Jun 1976 selepas Majlis Tertinggi
Barisan Nasional mengadakan mesyuarat, pengumuman dibuat bahawa SNAP telah diterima
secara rasmi sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional. Sekali gus tuntutan yang
bersifat keaerahan dan kenegerian yang khusus bagi sarawak dapat dikurangkan. (Ahmad
Nidzammudin Sulaiman et al, 1994).

Politik Sarawak pada tahun 1978

Politik di Sarawak mula goyang apabila berlaku perpecahan beberapa buah parti. Dalam
situasi yang agak tegang ini, bekas Timbalan pesuruhanjaya Polis Sarawak, Haji Kawi telah
menubuhkan Parti Rakyat Jati Sarawak (PAJAR) pada bulan Februari 1978 dan dengan ini
wujud sebuah parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub. Sebagai persediaan
menghadapi pilihan raya pada tahun 1979, PAJAR mendedahkan isu rasuah, pilih kasih dalam
perkhidmatan awam dan program pembangunan yang tidak berkesan di Sarawak. Adbul
Rahman Yaakub beranggapan bahawa perjuangan PAJAR hanya untuk memenangi satu atau
dua kerusi bagi mencabar keupayaan beliau dalam membentuk kerajaan. Walau bagaimanpun,
menurut Ali Kawi penubuhan parti PAJAR adalah atas sebab kekecewaan masyarakat Melayu di
bawah pemerintahan Abdul Rahman Yaakub. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 27
(1957-1990)

Tidak lama selepas penubuhan PAJAR, sebuah lagi parti baru iaitu SAPO (Sarawak
People’s Organization) pula ditubuhkan oleh golongan yang tidak puas hati dengan perjuangan
SNAP yang telah menyertai Barisan Nasional pada tahun 1976. SAPO yang mewakili orang cina,
dipimpin oleh Raymond Szetu yang melandaskan perjuangan parti tersebut dengan slogan
“Sarawak untuk Sarawak”. Isu ini sering ditengahkan oleh SAPO adalah tentang ketidakadilan
kerajaan pusat kepada negeri Sarawak, khususnya dalam hal pembahagian hasil minyak.
Menurut Raymond Szetu:

“we see our production sharing agreement between Sarawak


and Petronas and we can immediately realise who control our
state. Sarawak recieves only 5% from our oil produced whereas
in the days of the British colonialist, we recieves 10%”.

Walau bagaiamanapun, keputusan pilihan raya pada tahun 1979 telah menunjukkan
bahawa parti PBB di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub masih lagi teguh. Dalam pilihan
raya Persekutuan , Barisan Nasional memenangi 23 kerusi dan calon bebas 1 kerusi. Dalam
pilihan raya Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada 1979, anggoto Barisan Nasional-
PBB,SUPP dan SNAP masing-masing memenangi 18,11, dan 16 kerusi. Bagi parti PAJAR
mendapat kekalahan teruk dan tujuh daripada calonnya hilang wang pertaruhan. Manakala
SAPO menang satu kerusi parlimen yang dahulunya dipegang oleh calon SUPP.

Krisis Politik Dayak Tahun 1983

Krisis politik masyarakat Dayak di Sarawak tahap kemuncaknya pada tahun 1983. Terdapat
beberapa perubahan yang perlu diperhatikan. Antara perubahan ialah:
1. Pertama, didapati SNAP yang sebelum ini telah dilanda krisis akhirnya berpecah.
2. Kedua, penubuhan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebagai sebuah
parti perkauman Dayak.
3. Ketiga ialah semangat perkauman Dayak yang dibangkitkan oleh PBDS.

Krisis SNAP yang sebenarnya telah mula lebih awal dari tahun 1983. Ramai pemimpin Dayak
keluar secara berramai-ramai dari SNAP. Mereka yang keluar dari SNAP menubuhkan PBDS.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 28
(1957-1990)

Sebelum ini SNAP telah dianggap sebagai parti memperjuangkan nasib orang Dayak. Orang
Dayak dari SNAP melihat bahawa PBB ialah perkauman Melayu dan SUPP untuk orang cina.
(Zainal Abidin Abdul Wahid et al ,1996)

Namun, pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, sokongan kaum Dayak terhadap SNAP
mula goyang, berbelah bahagi dan pudar kerana wujud semangat berpuak dalam parti itu
sendiri. Hal ini telah melahirkan krisis dalaman parti yang lebih merupakan krisis kepimpinan.
Pada masa yang sama, isu perkauman Dayak telah digunakan untuk mendapatkan sokongan.
Semangat berpuak-puak ini telah mengancam perpaduan SNAP sebagaisebuah parti berbilang
kaum. Pada tahap ini juga menjadi titik tolak kepada perkembangan politik perkaum Dayak
yang lebih melampau dalam erti kata bahawa sesetengah menolak konsep berbilang kaumSNAP
dan menganggap diri mereka sebagai memperjuangkan semangat Dayak yang tulen. (Ahmad
Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Perbezaan pokok dalam perjuangan SNAP dan PBDS ialah isu berbilang kaum (SNAP)
atau perkauman Dayak (PBDS). Kebanyakan pemimpin PBDS ialah kaum DAYAK danbergitu
juga dengan pengikutnya. PBDS sebenarnya ingin mengikuti jejak parti perkauman yang lain
seperti UMNO (untuk orang Melayu), MIC (untuk orang India) dan MCA (untuk orang cina).

Persoalan timbul iaitu apakah kehadiran PBDS dapat memenuhi aspirasi politik orang
Dayak? Apakah kebangkitan semangat perkauman Dayak akan melenyapkan pengaruh SNAP
terhadap orang Dayak? Perubahan ini akan dianalisis dengan lebih mendalam memandangkan
kedua-dua buah parti ini ingin mendapatkan sokongan daripada kaum yang sama, iaitu Dayak.

Dua kumpulan yang wujud dalam SNAP iala kumpulan Leo Moggie dan James Wong.
Kumpulan James Wong golongan yang memperjuangkan konsep berbilang kaum parti
manakala kumuplan Leo Moggie ialah mereka yang lebih condong kepada perkauman dan
menuntut supaya SNAP terus dipimpin oleh kaum Dayak. Mengikut kelompok Leo Moggie,
sekiranya kamu yang memimpin SNAP sedangkan terdapat pemimpin Dayak yang layak, maka
sudah tentu tidak akan direstui oleh penyokong mereka. Sebaliknya, bagi golongan Dayak yang
menekan konsep berbilang kaum berpendapat, sesiapa sahaja boleh menjadi presiden parti dan
tidak semestinya orang Dayak. Pada tahun 1981, James Wong telah menjadi presiden SNAP
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 29
(1957-1990)

selepas menewaskan Leo Moggie dalam permilihan presiden parti pada tahun itu. Bagi
meredakan krisis dalam SNAP, maka James Wong telah melantik Leo Maggie dan Daniel Tajem
menjadi Naib Presiden. Lantikan ini, bermakna mereka masih lagi menjadi ahli jawatankuasa
pusat. Namun demikian, tindakan ini tidak dapat meredahkan pergolahan dalam parti kerana
kumpulan yang menyokong Leo Moggie didapati tidak puas hati dengan konsesi yang diberikan.
(Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Kekalahan kumpulan Leo Moggie juga telah menimbul perasaan tidak puas hati pada
kalangan SNAP pada peringkat bawahan, terutama sekali mereka yang ingin parti terus
dipimpin oleh kaum Dayak. Mereka sangat mengharapkan intelek Iban seperti Leo Maggie,
Daniel Tajem, Gramong Juna dan Dr. Jawie Masing dapat memimpin SNAP dan sekaligus dapat
memperjuangkan nasib kaum mereka.

Berbalahan dalam SNAP tidak berhenti bergitu saja, malah semakin regang apabila
berikutan dengan sokongan Daniel Tajem terhadap calon bebas untuk menentang calon SNAP
dalam pilihan raya pada peringkat nasional pada tahun 1982, sehingga James Wong mendesak
Daniel Tajem untuk meletakkan jawatan. Bagaimana pun, Daniel Tajem menafikan dakwaan
tersebut. Oleh itu, pada 19 Jun 1983 Jawatankuasa Pusat SNAP telah memutuskan bahawa
Daniel Tajem mesti disingkirkan dari parti. Namun, keputusan ini telah mendapat bantahan
hebat oleh rakan-rakan Daniel Tajem. Pada masa yang sama, James Wong mencabar mereka
yang tidak bersetuju kepada keputusan ini agar meletakkan jawatan dan meninggal SNAP. Bagi
kelompok yang anti-James Wong membantah pemecatan ini secara terbuka. Menurut Patrick
Anek mendakwa pemecatan ini didalangi oleh James Wong sendiri. Manakala Leo Moggie pula
telah menyifatkan pemecatan itu sebagai satu usaha untuk menghalang kelahiran pemimpin
Dayak. (Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1993)

Pilihan raya peringkat nasional pada 1982 telah memperlihatkan ramai wakil rakyat
Dayak dalam SNAP yang berasa diri mereka dipermainkan. Ada antara mereka yang tidak
disenaraikan sebagai calon, walaupun telah mewakili kawasan tertentu buah beberapa penggal.
Antara wakil yang tidak dicalonkan ialah Edwin Tangkun di Sri Aman, Patrick Anek di Bau dan
Edmund Lanngu di Saratok. Akhirnya, ketiga-tiga tokoh tersebut telah keluar dari SNAP
menjelang pilihan raya dan bertanding sebagai calon bebas menentang calon SNAP.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 30
(1957-1990)

Keputusannya, Edwin Tangkun berjaya mengalahkan Rusuk Nanang, Edmund Langgu


menewaskan Dunstan Endawie dan Patrick Anek menewaskan Dr. Patau Rubis. (Abdul Rahman
Haji Ismail, 2007)

Bagi menyelesaikan krisis politik dalam SNAP, maka parti PBB yang diketuai oleh Abdul
Rahman Yaakub telah campur tangan bagi cuba menyelesaikan masalah dalam SNAP. Namun
begitu, bagi pemimpin Dayak yang berpecah dari SNAP berpendapat tindakan yang diambil oleh
PBB adalah takut jika perpecahan dalam SNAP terus berterusan makan akan mengganggu
kestabilan kerajaan Barisan Nasional pada peringkat Negeri. selain itu, tindakan PBB untuk
mengurangkan pengaruh parti tersebut kerana pada masas itu, SNAP merupakan parti yang
mempunyai kerusi terbanyak jika dibandingkan dengan parti lain. (Zainal Abidin Abdul Wahid et
al ,1996)

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pemimpin tertentu telah memainkan peranan dalam
perpecahan dalam SNAP. Campur tangan pihak luar memang wujud, tetapi campur tangan itu
bukanlah punca utama perpecahan. Akhirnya, akibat krisis perpecahan dalam SNAP tidak
diselesaikan maka tertubuhnya Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada 16 September 1983.

Krisis Politik antara SNAP dan PBDS

Penubuhan PBDS bermula dengan tindakan tiga orang parlimen dan sembilan orang Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) SNAP keluar dari parti pada bulan Julai 1983. Mereka ialah
Thomas Salang (Majlis Persekutuan-Julau), Justine Jinggut (MP-Rajang), Adrew Janggie (MP-
Lubuk Antu), Gramong Juna (ADUN-Machan), Mamal Samuel (ADUN-Tatau), Dr. Jawie Masing
(ADUN-Pakan), Jonathan Sabai (ADUN-Palagus), David Jemut (ADUN-Batang Air), Sandah
(ADUN-Dudong), Joseph Kudi (ADUN-Ngemah), Jonathan Nawin (ADUN-Engkelili) dan Ambrose
Gramong Jelian (ADUN-Meluan). Tindakan mereka ini diikuti oleh Leo Moggie (MP-Kanowit).
Kemudian tiga orang calon bebas turut menyertai kumpulan ini iaitu Edmund Langgu (MP-
Kalaka), Edwin Tangkun (MP-Lingga) dan Patrick Anek (MP-Tasik Biru). (Ahmad Nidzammudin
Sulaiman et al, 1994)
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 31
(1957-1990)

Tindakan keluar dari parti beramai-ramai ini diterima dengan perasaan kesal oleh
presiden parti, James Wong yang telah mendesak supaya mereka mengosongkan kerusi
masing-masing. Kumpulan yang keluar dari parti telah memenangi kerusi mereka di atas tiket
SNAP, tetapi sekarang dianggap pembangkang dan bukan lagi sebagai wakil Barisan Nasional.
Namun demikian, Timbalan Presiden SNAP, Edward Jeli telah menyifatkan penubuhan parti baru
ini (PBDS) tidak jujur dan bertujuan untuk melemahkan SNAP kerana kehilangan hampir
separuh daripada kekuatan mereka. PBDS mendapat sambutan hebat daripada kaum Dayak
yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan SNAP. Tambahan pula mereka yang
menubuhkan PBDS terdiri daripada wakil rakyat Dayak yang berpengalaman dan berpengaruh.
(Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

PBDS ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1983. parti ini kemudian diterima
menjadi komponen Barisan Nasional pada 8 Januari 1984, iaitu kira-kira seminggu selepas
pilihan raya Dewan Undangan Negeri selesai dijalankan. Seperti yang telah dijelaskan, PBDS
ialah sebuah parti yang khaskan orang Dayak sahaja. Mengikut Leo Moggie, “PBDS is a
communal based party, as UMNO, MCA, MIC and others. There is no need to be apologetic
about this”. Seperti parti politik yang lain, PBDS mempuyai falsafah perjuangan yang tersendiri
untuk masyarakat Dayak. Antara objektif perjuangan PBDS ialah untuk memajukan orang
Dayak dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan juga pelajaran. Penubuhan PBDS juga
bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara orang Dayak dan kaum lain bagi memastikan
keadaan harmoni dan aman. (Abdul Rauf Mohd. Napis & Ramlah Muhamad, 1992)

Secara umumnya, kedua-dua parti ini tidak ada isu yang khusus yang digunakan untuk
mendapatkan sokongan daripada orang Dayak. Isu yang digunakan lebih kepada maki-hamun
termasuklah isu kepepimpinan SNAP dan semangat perkauman yang diperjuangkan oleh PBDS.
Mengikut penyokong SNAP dan PBDS berpecah kerana dipimpin oleh kaum lain. Golongan yang
merestui kepemimpinan SNAP secara tidak langsung ingin melihat perpecahan kaum Dayak.
Penubuhan PBDS dirasakan tepat pada masanya apabila kaum Dayak harus menubuhkan parti
kaum sendiri seperti kaum lain. Sebaliknya, penyakong SNAP telah mendakwa bahawa PBDS
ditubuhkan oleh mereka yang tidak sabar untuk memegang pucuk kepemimpinan parti dan
tamak kuasa. Kehadiran PBDS tidak perlu ditubuh kerana SNAP telah eujud sebagai sebuah
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 32
(1957-1990)

parti untuk kaum Dayak. Segala usaha untuk menubuhkan parti baru adalah untuk merosakan
perpaduan kaum. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Krisis SNAP amat mencabar kepemimpinan Abdul Taib Mahmud selaku ketua menteri
pada masa itu. Usaha awal yang diambil oleh beliau dalam menghadapi krisis ini adalah
membawa kedua-dua kumpulan yang bertelingkah ke meja perundungian. Usaha ini gagal
apabila kedua-dua pihak enggan berkompromi. Kegagalan ini menyebabkan SNAP dan PBDS
dibenarakan bertanding dengan menggunakan simbol parti masing-masing untuk memuaskan
hati kedua-dua pihak supaya pertandingan bebas diadakan. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al
,1996)

Pilihan Raya Pada Tahun 1983

Pada pilihan raya 1983, dalam keputusan pilihan raya ini ialah kejayaan PBDS iaitu parti
yang baru ditubuhkan selama tiga bulan. Terdapat beberapa faktor yang perlu dikaitkan dengan
kejayaan PBDS dan kemerosotan SNAP dalam pilihan raya 1983. Sokongan yang diberikan oleh
pemimpin Barisan Nasional negeri terhadap PBDS memainkan peranan penting. Begitu juga
dengan langkah mewujudkan kerajaan Barisan Nasional Plus untuk menghidupkan PBDS dan
sokongan moral yang diberikan terhadap parti itu. Abdul Taib Mahmud pernah mengatakan
akan membawa masuk PBDS ke Barisan Nasional selepas tamat pilihan raya. (Abdul Rahman
Haji Ismail, 2007)

Faktor kedua ialah imej SNAP sebagai sebuah parti untuk orang Dayak di bawah
kepemimpinan James Wong telah tergugat. Sejarah menunjukkan bahawa parti ini tidak pernah
dipimpin oleh kaum lain dan keadaan ini menyukarkan mereka menerima kepemimpinan James
Wong. Kritikan dan selaran yang dibuat oleh parti lain terhadap SNAP telah menjejaskan imej
parti ini sebagai sebuah parti yang kuat. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Faktor ketiga ialah faktor perkauman dan semangat perjuangan kaum Dayak pada masa
itu. Hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah parti yang khas untuk kaum mereka kian
terserlah apabila mereka mula meniru perjuangan kaum lain melalui politik perkauman.
Kesimpulannya, dari sudut lain, pilihan raya tahun 1983 telah menimbulkan kesan yang lebih
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 33
(1957-1990)

mendalam terhadap masyarakat Dayak di Sarawak kerana tidaka dapat menyelesaikan masalah
pokok yang dihadapi oleh kaum Dayak. Pilihan raya tersebut hanya digunakan sebagai cara
untuk mengesahkan bahawa kedua-dua pihak itu mendapat sokongan daripada kaum Dayak.
Dengan demikian pilihan raya ini bukannya cara yang baik untuk menyelesaikan masalah kaum
Dayak, malah memperhebatkan lagi sengketa pada kalangan masyrakat itu.

Sejarah Politik Semenanjung Malaysia Dalam Tahun 1978 – 1987.

Di dalam sejarah politik semenanjung dalam tahun 1978 – 1987 akan membincangkan
pergolakan politik UMNO dalam zaman pemerintahan Dato’ Hussein Onn dan dalam era
pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad. 2 orang tokoh ini telah mewarnai arena politik negara
Malaysia dengan agenda mereka yang tersendiri sekitar tahun 1978 – 1987 yang akan di
bincangkan. Sepanjang tempoh pemerintahan 2 orang tokoh politik ini, banyak masalah yang
timbul yang telah menjadi sejarah politik negara Malaysia. Perbincangan ini akan di bahagikan
kepada 2 bahagian iaitu kita akan melihat pergolakan UMNO semasa Dato’ Hussein Onn dan
UMNO semasa era Dr. Mahathir Mohamad.

Pergolakan UMNO Semasa Dato’ Hussein Onn

Kita lihat latar belakang Dato’ Hussein Onn secara sepintas lalu, beliau merupakan anak
kepada Onn Ja’afar. Beliau menjadi Perdana Menteri yang ke-3 pada bulan Januari 1976
selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976. Ketika beliau hendak melantik
Timbalan Perdana Menteri, beliau ada bercadang hendak melantik Ghazali Shafei tetapi Tengku
Razaleigh memberikan pendapat yang positif terhadap Dr. Mahathir. Tengku Razaleigh berbuat
demikian dengan harapan semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir akan
melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menterinya. Dengan usaha Tengku Razaleigh ini, Dr.
Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Dato’
Hussein Onn. (Ahmad Atory Hussain,1993). Semasa Dato’ Hussein Onn menjadi Presiden UMNO
dan Perdana Menteri Malaysia, bibit perpecahan telah berlaku semasa beliau memegang
jawatan tersebut.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 34
(1957-1990)

Antara masalah yang timbul semasa pemerintahan Dato’ Hussein Onn ialah keraguan di
kalangan ahli kanan parti terhadap kepimpinan beliau. Masalah ini timbul akibat daripada isu
Harun Idris yang di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Masalah ini menjadi semakin
serius apabila pengikut Harun Idris mendesak beliau campur tangan menyelamatkan Harun
Idris dan hal ini telah menyebabkan keadaan politik UMNO berada dalam meruncingkan. Tetapi
Dato’ Hussein Onn tetap tidak mahu campur tangan dalam urusan mahkamah. Hal ini kerana,
beliau menghormati kewibawaan mahkamah dan bagi beliau undang-undang tetap undang-
undang. Akibatnya Harun Idris didapati bersalah dam menjalani hukuman penjara Pudu. Di
katakan Dr. Mahathir telah membantu beliau meringankan hukuman penjara dan seterusnya
kembali aktif dalam arena politik UMNO sehingga menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO
dalam tahun 1981-1984. (Ahmad Atory Hussain,1993)

Persoalan yang timbul ekoran daripada masalah ini ialah, kenapa tokoh lain pada masa
sama yang mengamalkan rasuah tidak diambil tindakan yang sama. Mengikut pengkaji politik,
mereka berpendapat bahawa pada masa itu, Harun Idris merupakan seorang pemimpin Melayu
yang sangat berpengaruh yang jika tidak dilibatkan dalam kes mahkamah Harun Idris ini akan
mengugat kedudukan politik Dato’ Hussein Onn pada masa itu.

Ekoran daripada isu ini, timbul pula masalah perebutan jawatan Presiden UMNO.
Masalah ini wujud apabila Sulaiman Palestin, bekas Speaker Pulau Pinang telah mencabar Dato’
Hussein Onn merebut jawatan Presiden pada bulan September 1978. Tindakan Sulaiman
Palestin merebut jawatan tersebut adalah untuk menguji sejauh mana pengaruh Hussein Onn
ekoran daripada cara beliau menyelesaikan kes Harun Idris. Bolehkah seorang ahli bertanding
merebut jawatan presiden?. Perlembangan UMNO memang tidak menyekat sesorang ahli
daripada merebut Semarang jawatan dalam parti hatta presiden sekalipun kerana UMNO
mengamalkan demokrasi. (Ahmad Atory Hussain,1993)

Ketika krisis ini sedang hangat berlaku, Timbalan Perdana Menteri pada masa ini, Dr.
Mahathir tidak mengambil sebarang tindakan seperti menasihati Sulaiman Palestin supaya tidak
mencabar Dato’ Hussein Onn, tetapi Dr. Mahathir tidak berbuat demikian. Dr. Mahathir juga di
katakan bersikap dingin terhadap pertandingan tersebut. Diramalkan bahawa dengan adanya
pertandingan tersebut, Dato’ Hussein Onn berkemungkinan akan bersara, walaupun beliau
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 35
(1957-1990)

menang atau kalah. Perkara sebegini memang menjadi tabiat orang Melayu khasnya dalam
parti UMNO, biasanya Presiden akan meletakkan jawatan jika ditentang kerana berasa
maruahnya telah tercabar.

Perhimpunan Agung kali ke-29 pada tahun 1978 merupakan peristiwa yang amat
mendebarkan. Hal ini kerana, pada Perhimpunan Agung pada kali ini akan memperlihatkan
perebutan jawatan Presiden di antara Dato’ Hussein Onn dengan Sulaiman Palestin. Selepas
melihat keputusannya, jelas memperlihatkan pengaruh Hussein Onn masih kuat dalam parti
UMNO dengan memenangi undian sebanyak 898 undi manakala Sulaiman Palestin hanya
mendapat 250 undi sahaja. Meskipun Hussein Onn menang dalam pertandingan ini, ini tidak
bermakna beliau akan terus memegang jawatan sebagai Presiden UMNO. Bagi beliau yang jelas
semasa pertandingan tersebut terdapat 20 bahagian dalam UMNO menentang kepimpinan
beliau. Akibatnya Hussein Onn berasa yang beliau tidak lagi dikehendaki oleh sebilangan rakyat.
Walaupun dalam demokrasi, kemenangan dengan satu undi pun membolehkan seseorang
memegang jawatan Presiden, tetapi bagi Hussein Onn demokrasi harus diukur dari segi moral
serta maruah dan tidak hanya dari sudut angka sahaja. (Ahmad Atory Hussain,1993)

Biarpun terdapat beberapa isu yang berlaku semasa era Hussein Onn, namun orang
Melayu masih terus mencapai kemajuan yang menggalakkan. Terdapat pendapat yang
mengatakan, zaman Hussein Onn merupakan zaman yang mewah. Harga barang komoditi
meningkat dan gaji kakitangan kerajaan juga meningkat dalam semua kategori sebanyak 25
peratus. Jika pada zaman Tun Abdul Razak, gaji siswazah bermula dengan RM750 sebulan,
maka pada zaman Hussein Onn gaji mereka dinaikkkan kepada RM1000 sebulan. Manakala gaji
menteri daripada RM5000 kepada RM9000 sebulan. Jumlah ini tidak termasuk elaun yang
mereka peroleh. Insentif seperti inilah merupakan faktor utama menggalakkan ahli bergiat
dalam parti yang akhirnya membawa unsur kejengkilan dalam politik. Ringkasnya pencapaian
kemajuan ekonomi begitu menggalakkan sekali semasa era Hussein Onn.

Di sini timbul persoalan mengapa Hussein Onn perlu ditentang oleh Sulaiman Palestin
padahal dalam pada ketika itu Harun Idris yang sedang menjalani hukuman penjara
menasihatkan Sulaiman Palestin agar jangan menentang Hussein Onn dan mengapa Hussein
Onn perlu meletakkan jawatan. (Ahmad Atory Hussain,1993) Beliau juga pernah menahan
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 36
(1957-1990)

beberapa orang yang disyaki menjadi tali barut komunis yang bergerak sejak dari zaman Tun
Abdul Razak lagi seperti Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Samad Ismail. Maka di sini boleh
dilihat terdapat satu pakatan yang dirancang secara halus supaya Hussein Onn mengundurkan
diri dengan memperalatkan Sulaiman Palestin menentang beliau pada tahun 1978.

Semasa Hussein Onn hendak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau
telah memanggil Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh untuk memilih siapakah yang layak
menjadi Perdana Menteri. Dikatakan Tengku Razaleigh telah mencadangkan Dr. Mahathir
mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri dengan harapan Dr. Mahathir akan memilih
beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1981 Dato’ Hussein Onn telah
meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan rasmi.

UMNO Semasa Era Dr. Mahathir Mohamad

Sebelum membincangkan perpecahan UMNO semasa pemerintahan Dr. Mahathir lebih


elok kita lihat latar belakang Dr. Mahathir secara sepintas lalu. Dr. Mahathir merupakan seorang
aktivis politik yang di segani pada masa kini. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah.
Anak daripada keturunan Wan Saman di sebelah ibunya iaitu pembina Empangan Wan Mat
Samad. Manakala di sebelah bapanya pula berketurunan india. Beliau mula bergiat dalam arena
politik pada tahun 1946 lagi semasa Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.
(http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=101&ttl_id=5)
Dr. Mahathir juga pernah di gugurkan dari arena politik. Hal ini berlaku semasa era
pemerintahan Tunku Abdul Rahman di mana Dr. Mahathir lantang menentang pucuk pimpinan
Tunku melalui surat terbukanya yang bertarikh 17 Jun 1969. Akibatnya, beliau telah digugurkan
daripada menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969. kemudian beliau dipecat dari
UMNO pada 22 september 1969. (Ahmad Atory Hussain, 1993) Selama 21 bulan beliau tidak
menyertai mana-mana parti telah mematangkan beliau tentang falsafah kepimpinan politik,
UMNO dan pemodenan bangsa Melayu. Pada 6 Februari 1972 Dr. Mahathir telah diterima
memasuki semula UMNO berdasarkan surat beliau yang dihantar kepada Tun Abdul Razak.
(Ahmad Atory Hussain,1993)
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 37
(1957-1990)

Dr. Mahathir mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO
pada bulan Julai tahun 1981. Apabila Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, beliau
telah melaksanakan beberapa dasar yang drastik. Beliau telah melakar sejarah apabila beliau
telah menukar waktu Greenwich kepada waktu tempatan dengan melewatkan satu jam untuk
menyamakan waktu Sabah dan Sarawak. Perubahan waktu ini telah diikuti oleh negara
Singapura. Selain itu, beliau telah melancarkan beberapa dasar antaranya Bersih, Cekap dan
Amanah, dan Dasar Pandang ke Timur.

Bersih, Cekap dan Amanah

Dasar ini telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir pada bulan April 1982 untuk menjadi
amalan pegawai kerajaan. Dasar ini dibuat bagi meningkatkan mutu kerja dan produktivii.
Objektif utama dasar ini ialah untuk mewujudkan satu etika kerja dan sikap baru bagi rakyat
Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti dan mutu kerja. Beliau
rasa amalan rasuah telah menular dalam segelintir kakitangan kerajaan dan merupakan punca
kelemahan jentera kerajaan. Bagi Dr. Mahathir pembangunan dan kejayaan sesebuah negara
bergantung kepada nilai-nilai hidup dan kerja yang bermutu di kalangan pekerja. Oleh yang
demikian, nilai seperti bersih,cekap, dan amanah amat penting untuk ditaman ke dalam jiwa
setiap kakitangan kerajaan khususnya dan di kalangan rakyat amnya.

Dasar Pandang ke Timur

Dasar Pandang ke Timur telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir
pada 8 Februari 1982. negara Jepun dan korea merupakan dua buah negara yang pesat
membangun. Mereka adalah lebih maju dari negara-negara Barat sendiri. Kejayaan-kejayaan
negara ini telah dijadikan contoh dan teladan oleh Malaysia bagi mencapai matlamat
pembangunan negara dengan mempertingkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan
sektor awam.

Perkara-perkara yang telah ditumpukan oleh kerajaan Malaysia melalui dasar ini ialah
kerajinan dan disiplin berkerja, kesetiaan pada negara dan perusahaan, keutamaan kepada
kumpulan, tekanan terhadap produktiviti dan mutu yang tinggi, peningkatan kecekapan,
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 38
(1957-1990)

pengurangan perbezaan antara eksekutif dan pekerja am dan sistem pengurusan yang
menitikberatkan kejayaan jangka panjang. Sebagai sebuah negara yang membangun, nilai-nilai
etika kerja tersebut amat penting untuk diamalkan kerana ia dapat membantu ke arah kejayaan
pembangunan negara.

Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha yang positif dan cemerlang oleh
kerajaan Malaysia bagi meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara kita.
Dasar ini telah memberi kesan yang besar ke atas usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan
produktiviti negara di samping mewujudkan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

Bibit Perpecahan Dalam Umno

Bibit perpecahan dalam UMNO bermula apabila Dr. Mahathir tidak bertindak cepat untuk
melantik Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.
Tetapi sebaliknya, beliau menunggu selesai pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden
UMNO antara Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Dengan membuka gelanggang bagi
perebutan jawatan Timbalan Presiden tersebut ahli UMNO mula berkempen untuk mencalonkan
Musa Hitam atau Tengku Razaleigh Hamzah. Kalau dikaji jika Dr. Mahathir melantik Timbalan
Perdana Menteri dengan lebih awal perkara sebegini tidak akan berlaku. Hal ini kerana, jika Dr.
Mahathir melantik salah seorang di antara Musa Hitam atau Tengku Razaleigh Hamzah ahli-ahli
UMNO akan terima saja keputusan beliau, tetapi beliau silap kerana tidak melantik salah
seorang daripada mereka dengan lebih awal. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al ,1996)

Dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden itu, Musa Hitam telah
memenangi pertandingan tersebut. Seterusnya Dr. Mahathir telah secara automatik melantik
Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada zaman pemerintahan beliau.
Perlantikan ini telah meninggalkan banyak kesan pahit kepada Tengku Razaleigh Hamzah
kerana Musa Hitam berkedudukan nombor tiga dalam barisan Naib Presiden. Oleh yang
demikian wujudlah puak-puak dalam politik UMNO yang terbahagi kepada puak Dr. Mahathir
dan Musa Hitam dengan puak Tengku Razaleigh Hamzah.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 39
(1957-1990)

Dalam buku berjudul Dimensi Politik Melayu, 1991 pertelingkahan dalam UMNO yang
melibatkan Team A dan Team B. Di seksyen ini memadai dengan menyentuh tentang budaya
klik atau puak ini begitu memeuncak berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO pada 24 April
1987 yang lalu, klik yang dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohamad dipanggil Team A manakala klik
yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah digelar sebagai Team B. Tengku Razaleigh
sebelum itu menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan di bawah kabinet Dr.
Mahathir Mohamad telah bertindak menentang pucuk pimpinan UMNO. Sebelum itu, budaya klik
di klangan UMNO peeringkat tertinggi tidaklah ketara walaupun diakui memang wujud tetapi
tidaklah sampai menjadi porak peranda sehingga UMNO boleh diharamkan dan ahli UMNO
berpecah dua. Misalnya, dalam masa Tunku Abdul Rahman, wujud klik yang dipanggil order
baru dan order lama. Tetapi Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan
Perdana Menteri, klik-klik yang tidak puas hati bersatu kembali dan patuh kepada pucuk
pimpinan. Begitu juga, dalam masa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, memeng wujud
klik yang dipimpin oleh Datuk Harun Idris yang tidak puas hati dengan kepimpinan Hussein
Onn. Tetapi apabila tindakan mahkamah di ambil ke atas Datuk Idris atas dakwaan rasuah,
maka pengikut-pengikut klik Datuk Harun akur dan seterusnya memberi kerjasama terhadap
kepimpinan Hussein Onn. Keadaan UMNO kembali kukuh, hingga Tun Hussein di gelar ”Bapa
Perpaduan”. (Ho Khai Leong & James Chin, 2001)

Politik klik mula bangkit semula semasa Dr. Mahathir Mohamad mengambil jawatan
Perdana Menteri. Sebelum Tengku Razaleigh bangkit menentang Dr. Mahathir, beliau telah
bertarung merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO bersama-sama dengan Datuk Musa Hitam
pada tahun 1981. Tetapi Tengku Razaleigh kecundang. Pada tahun 1984, sekali lagi Tengku
Razaleigh dan kliknya menentang Datuk Musa Hitam bagi merebut jawatan Timbalan Presiden
UMNO, tetapi tewas lagi. Tengku Razaleigh tidak berhenti atau habis di situ sahaja, tetapi
bertekad menentang Dr. Mahathir pula pada 24 April 1987. Kali beliau berganding dengan
Datuk Musa Hitam untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Beliau bertanding merebut jawatan
Presiden melawan Encik Ghafar Baba. Sekali lagi budaya klik begitu hebat di mana puak atau
Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh kalah dengan undi yang sedikit iaitu 43 undi
menentang Dr. Mahathir dengan Team A.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 40
(1957-1990)

Kali ini satu dimensi baru berlaku di mana klik atau Team B tidak mahu mengaku kalah
dan tidak mengakui kemenangan Dr. Mahathir dan kliknya. Walaupun berbagai argumen dan
alasan dihamburkan oleh Team B bagi menjustifikasikan mengapa pimpinan Dr. Mahathir mesti
ditentang, dan juga kewajarannya akan sesetengah hujah iitu, namun bagi kebanyakkan ahli
UMNO tidak bersetuju dan Team Tengku Razaleigh meneruskan tentangan mereka terhadap
Perdana Menteri namun tidak mendapat sokongan kerana bagi oarang Melayu, menentang
Presiden UMNO itu memeng boleh, dan tradisinya, tetapi hendak menang memenag susah,
belum pernah terjadi pun yang Presiden UMNO menerima kekalahan di hadapan mata kepala
mereka di dalam dewan persidangan UMNO itu. Jadi, pada perkiraan ahli-ahli UMNO, bila tamat
pertandingan, Team yang kalah menyerahkan segala taat setia mereka kepada Team yang
menang dan teruskanlah perjuangan bangsa, agama dan negara. Tetapi, hal ini tidak berlaku.

Dengan sebab itulah, banyak usaha dilakukan untuk mengamankan keadaan UMNO dan
sehingga pada tahun 1990 yang lalu barulah UMNO dan sehingga pada tahun 1990 yang lalu
barulah UMNO berjaya memulihkan perpaduan dan kekuatan mereka. Dimensi kepimpinan dan
stail UMNO terus berlaku sehingga ke hari ini.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 41
(1957-1990)

Penilaian Politik di Semenjung Malaysia 1978-1987

Ribut Taufan yang melanda UMNO sehingga pengharaman UMNO disebabkan oleh
factor terdahulu yang semakin hari semakin mengarah kepada perpecahan. Ibarat pantai yang
dihakis oleh arus yang menggila, jika tidak ditahan dengan benteng pantai akan rebah. Begitu
juga dengan perpaduan UMNO. Bermula dengan krisis demi krisis sejak era Hussein Onn telah
berlarutan kepada pertandingan antara Tengku Razaleigh dan Musa Hitam merebut jawatan
Timbalan Presiden pada 26 Jun 1981, hingga ke pertandingan pada tahun 1984 pula. Tiada
usaha dibuat untuk membendung supaya pertandingan ini tidak diadakan. Usaha kearah
kompromi gagal diketengahkan sama ada oleh Dr. Mahathir sendiri atau kedua-dua pihak yang
bertelagah. Selepas pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1984, keadaan politik Malaysia
semakin bergolak. Sesungguhnya telah wujud pelbagai krisis semenjak pertandingan yang lalu.
Peristiwa yang dahulunya manis dan indah telah menjadi sesuatu yang pahit. Pihak yang
dahulunya manis dan indah telah menjadi sesuatu yang pahit. Pihak yang dulu bersetuju kini
menggeleng kepala masing-masing. Mereka berada di persimpangan kerana berasa bersalah
jika mempersetujuinya dan kalau tidak bersetuju periuk nasi mereka akan terancam. Hal ini
dapat diibaratkan seperti kejadian pada zaman kesultanan Melaka dahulu. Pelbagai perkara
timbul sebelum berlaku peristiwa kemuncak .

Hal inilah yang menyebabkan UMNO ditubuhkan dengan manifestasi daripada


penentangan terhadap Malayan Union sehingga mendapat kemerdekaan Tanah Melayu telah
diharamkan pada 14 Februari 1988 bertitik tolak daripada wujudnya ketidakpuasan hati di
kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dengan tebaran rasuah dan tuduh menuduh sehingga
porak-perandanya terkesan kepada rakyat jelata. Pengharaman UMNO menjadi titik hitam
dalam dimensi politik oaring Melayu, Tanah Melayu , Bangsa Malaysia dan Negara Malaysia itu
sendiri sehingga terpaksa tubuhkan UMNO (Baru). Sejarah perjuangan UMNO bermula dengan
semangat yang menyala pada tahun 1946, Jika ditoleh ke belakang apabila Onn Ja’afar
memimpin parti itu dan seterusnya berjaya menumbangkan Malayan Union, perjuangan UMNO
sangat gemilang. UMNO ketika diambang permulaan, perjuangannya kental dengan prinsip
untuk memperjuangkan hak orang melayu, ahlinya kaya dengan prinsip dan miskin dengan
kebendaan tapi kini UMNO dikatakan telah berjaya melahirkan segolongan orang melayu yang
senang hidupnya, mengutamakan prinsip ganjaran.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 42
(1957-1990)

Kesimpulan

Kesimpulannya, isu politik yang berlaku di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
adalah berbeza walaupun berlaku dalam tempoh yang sama iaitu dari tahun 1978 hingga 1987.
melihat kepada perkembangan politik di Sabah, parti PBS merupakan sebuah parti yang sangat
berpengaruh. Usaha yang dilakukan oleh PBS adalah untuk mempertahankan hak rakyat Sabah.
PBS telah menyuarakan suara hati rakyat Sabah dengan membangkitkan Isu Perkara 20 selepas
Singapura keluar dari Tanah Melayu.

Manakala politik di Sawarak pula lebih bersifat perkauman. Kewujudan dua buah parti
politik yang berpengaruh, iaitu SNAP dan PBDS. SNAP lebih bersifat berbilang kaum manakala
PBDS lebih cenderung kepada kaum Dayak sahaja. Dari sudut lain, pilihan raya tahun 1983
telah menimbulkan kesan yang lebih mendalam terhadap masyarakat Dayak di Sarawak kerana
tidak dapat menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi oleh kaum Dayak. Pilihan raya
tersebut hanya digunakan sebagai cara untuk mengesahkan bahawa kedua-dua pihak itu
mendapat sokongan daripada kaum Dayak. Dengan demikian pilihan raya ini bukannya cara
yang baik untuk menyelesaikan masalah kaum Dayak, malah memperhebatkan lagi sengketa
pada kalangan masyrakat itu.

Jika memerhatikan politik di semenanjung Malaysia, boleh dikesan bahawa sejarah


perjuangan UMNO bermula dengan semangat yang menyala pada tahun 1946, Jika ditoleh ke
belakang apabila Onn Ja’afar memimpin parti itu dan seterusnya berjaya menumbangkan
Malayan Union, perjuangan UMNO sangat gemilang. UMNO ketika diambang permulaan,
perjuangannya kental dengan prinsip untuk memperjuangkan hak orang melayu, ahlinya kaya
dengan prinsip dan miskin dengan kebendaan tapi kini UMNO dikatakan telah berjaya
melahirkan segolongan orang melayu yang senang hidupnya, mengutamakan prinsip ganjaran.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 43
(1957-1990)

Bibliografi
Buku
Abdul Hadi Harman shah, Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail, Nor Azizan Idris
dan Zahra Yaacob, 2003. Tun Mustapha dan pembangunan Sabah. Kota Kinabalu:
Yayasan Sabah.

Abdul Rahman Haji Ismail, 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Putaka.

Ahmad Atony Hussain, 1998, Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu 1990-
2000. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Ahmad Nidzammudin Sulaiman er al. 1994. Politik Sarawak. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Putaka,

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1993. A History of Malaysia. Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: The Sultan Abdul Samad Building.

Dimensi Politik Melayu 1980-1990. ahmad atory hussain. 1993. Selangor: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Emin bin Madi, 1995. Tataba yang hilang. Penerbit Emin bin Madi.

Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi dan Zulkifly Hj Mustapha, 1986. Sabah perubahan dalam
pembangunan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kota Kinabalu: Yayasan Sabah.

Khusairie Talib.1991. PBS Keluar Membela Maruah. Kota Kinabalu:Golden Corporation


Sdn Bhd

Khusairie Talib.1995. Kontroversi 20 Perkara Sabah VS Sabahan Kota Kinabalu: Golden


Corporation Sdn Bhd.
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK 44
(1957-1990)

K.L. Ho & J. Chin, 2001. Pentadbiran Mahathir: Preatasi dan Krisis dalam Pemerintahan:
Tines Books International, Kuala Lumpur, Singapura.

Mohd Fauzi Patel, 2004. The Harris vision for Sabah. Gaya House Sdn. Bhd.

Nidzam Sulaiman.1996. Perkara 20 Sabah-Sarawak.Kota Kinabalu: Perpustakaan


Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens:Dewan Budaya.

Richard A. Lind, 2003. My Sabah: Reminiscences of a former state secretary. Natural


History Publications (Borneo).

R.S. Milne & Diane K. Mauzy. Penterjemah Abdul Rauf Mohd. Napis & Rahman Muhamad.
1992. Politik Dan Kerajaan di Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Putaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Edisi Kedua.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Putaka.

Rujukan Internet

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=101&ttl_id=5

Anda mungkin juga menyukai