Anda di halaman 1dari 10

KRISIS MINYAK DUNIA 1973 (middle east)

Kajian Literatur

Melihat kepada isu Krisis Minyak Dunia yang berlaku akibat sekatan minyak di negara Timur
Tengah ini, ada beberapa kajian dan bahan akhbar yang membincangkan isu ini pada tahun
1973. Penulisan ini memperincikan serba sedikit mengenai isu krisis minyak dunia
berpandukan sumber yang diperoleh dari kajian lepas yang merupakan kajian dari luar
negara. Antaranya ialah Oil and Class Struggle1, Oil and Economic Development2, Two
Crises: Latin America and Asia 1929-38 and 1973-19833 dan Oil and the Middle East War:
Europe in the Energy Crisis. Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan misalnya
bahan akhbar dan jurnal ekonomi dunia yang menceritakan serba sedikit mengenai krisis
minya dunia 1973.

Penulisan ini menjurus kepada bahan sumber mentah iaitu minyak yang dilihat sumber
berharga bagi perekonomian moden yang dilihat kepada bidang perindustrian. Hal ini
demikian, minyak merupakan bahan bakar yang paling efisien bagi menggerakkan
perindustrian. Di dalam buku Oil and The Middle East War: Europe in the Energy Crisis
bahawa krisis tenaga yang berlaku kepada Eropah telah diterukkan lagi dengan isu Oktober
1973 melalui Perang Timur Tengah yang dilihat sebagai satu siri perang yang teruk kepada
perkembangan politik dan ekonomi kerana kelemahan akibat kebergantungan yang ketara
terhadap minyak Arab.4 Intipati buku bagi kajian Robert J. Lieber ini mengkaji latar belakang
krisis ini berlaku dan bagaimana usaha Eropah dalam membentuk koheren kepada polisi
tenaga yang berlaku pada perang oktober tersebut.

Kesemua bahan kajian yang digunakan ini menceritakan bahawa berlakunya


kemunculan krisis sekatan minyak yang menjejaskan ekonomi dunia. Seperti kajian Two
Crises: Latin America and Asia 1929-38 and 1973-1983 Two Crises: Latin America and Asia
1929-38 and 1973-1983 ini, penulisannya mengenai kesan ekonomi yang berlaku di Asia dan
Amerika Latin di mana adanya isu-isu permasalahan yang melibatkan kedua benua tersebut
dalam masalah ekonomi antarabangsa. Seterusnya, buku yang digunakan seperti Oil and the
Middle East War: Europe in the Energy Crisis ini menjurus kepada masalah ekonomi minyak
yang berlaku di beberapa negara. Ada yang melibatkan negara Brunie, Malaysia, Iran, China,
Kanada, Norway, Indonesia dan juga Nigeria. Penulis buku ini iaitu Sorab Sadri menyertakan
beberapa data akan perkembangan ekonomi negara yang terlibat melalui sumbangan syarikat

1
Petter Nore, Terisa. (1980). Turner Oil and Class Struggle. Caledonian Road: London.
2
Sorab Sadri. (1991). Oil and Economic Development. Forum Publications: Kuala Lumpur.
3
Angus Maddison. (1985). Two Crises: Latin America and Asia 1929-38 and 1973-1983. OECD: Paris
4
Robert J. Lieber. (1976). Oil and The Middle East War: Europe in the Energy Crisis. Harvard University, United
States of America. hlm 1
minyak masing-masing. Akhir sekali, buku Oil and Class Struggle ini mengetengahkan isu
krisis minyak di Timur Tengah iaitu di Iraq yang menyentuh bagaimana perkembangan
ekonomi pada waktu berkenaan.

Meskipun perbincangan ini melibatkan perkembangan ekonomi dunia namun ianya


sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada negara di Asia Tenggara di mana kesemua
negara yang menjadi Dunia Ketiga yang bersifat berkecuali ini telah mengalami tempiasnya.
Buku-buku tersebut sedikit sebanyak telah merungkai secara umum akan apa yang berlaku
di dunia dan kesannya kepada negara di Asia Tenggara secara tidak langsung.

Analisis Krisis Minyak Dunia 1973

Minyak merupakan sumber bahan utama yang penting bagi perkembangan ekonomi dunia.
Hal ini kerana, minyak merupakan sumber yang sangat berkesan dalam penumbuhan
ekonomi perindustrian. Oleh sebab itulah, setiap negara akan berlumba-lumba untuk
mendapatkan minyak banyak demi meningkatkan ekonomi masing-masing. Namun, tidak
semua negara memiliki minyak di negara masing-masing dan dari situlah munculnya negara
yang menjadi pengeluaran minyak dan negara yang menjadi pembeli minyak berkenaan.
Pada tarikh 10 sehingga 14 September 1960, lima negara pengeluaran minyak terbesar di
dunia, iaitu Iraq, Iran, Arab Saudi, Venezuela, dan Kuwait, telah bersatu dalam Baghdad
Conference bagi bersama-sama membentuk suatu organisasi antrabangsa yang
kemudiannya dikenali dengan nama Organization of the Petroleum Exporting Countries
(OPEC).

Organisasi ini dibentuk bertujuan untuk menjaga kestabilan harga minyak dunia.
Antara bidang tugas OPEC ialah dengan menjaga negara anggotanya yang melibatkan
urusan perdagangan minyak dunia. Organisasi OPEC dibentuk selepas jatuhnya harga
minyak di pasaran dunia. Keadaan ini terjadi akibat dari perusahaan minyak besar seperti
British Petroleum (BP), Shell, Exxon Mobil, Texaco, Socal dan Gulf yang menurunkan harga
minyak dunia sehingga meningkatkan hasil minyak di negara-negara pembeli. Pada waktu
inilah harga minyak tidak lagi ditentukan oleh negara-negara lain melainkan yang ditetapkan
oleh negara pengeluar sahaja. Hal ini lah yang membuat harga minyak dunia jatuh pada pasar
minyak dunia sebelum terbentuknya organisasi OPEC.

Walaupun sekatan minyak dikenakan terhadap Amerika Syarikat dan di negara


sekutunya sebagai tindak balas balas terhadap sokongan AS ke atas Israel dalam Perang
Yom Kippur5. Peperangan ini secara langsung melibat di beberapa negara di Dunia Ketiga6
yang juga menerima tempias terutama Asia Tenggara yang menggunakan minyak sebagai
smber utama dalam perkembangan ekonomi negara. Ini menunjukkan bahawa tahap
pergantungan yang tinggi di negara-negara dalam ekonomi antarabangsa yang menyebabkan
masalah dunia di negara Timur Tengah yang menjadi saling berkaitan dengan semua negara.
Krisis minyak ini merupakan titik perubahan dalam pembangunan ekonomi dunia yang telah
memberi impak yang teruk. Namun begitu, ia tidak boleh menjadi satu-satunya sebab kepada
perubahan utama bagi negara yang terlibat ini. Hal ini kerana terdapat faktor lain yang juga
menyumbang kepada krisis ekonomi dunia. Tambahan pula, krisis minyak mempunyai kesan
yang berbeza di setiap negara terutama negara yang berada di Asia Tenggara.

Pada tahun 1973, Mesir dan Syria menyerang Israel pada bulan Oktober 1973 dan
dalam masa yang sama organisasi negara-negara Pengeksport Petroleum Arab membuat
sekatan ke atas aktiviti penghantaran minyak ke Amerika Syarikat dan syarikat perindustrian
yang lain. Krisis minyak 1973 bermula pada bulan Oktober 1973, apabila ahli-ahli Pertubuhan
Arab Petroleum Mengeksport Countryor yang OAPEC (yang terdiri daripada ahli Arab OPEC,
ditambah Mesir danSyria) mengisytiharkan embargo minyak "sebagai tindak balas kepada US
untuk membekalkan semula Tentera Israel "semasa perang Yom Kippur; ia berlangsung
sehingga Mac 1974. Setelah melihat AS gigih membantu Israel menentang Mesir dan Syria,
Kolonel Muammar Gadafi, Presiden Libya telah memberhentikan sepenuhnya eksport minyak
kepada AS pada 19 Oktober 1973. Sehari berikutnya Arab Saudi di bawah naungan Raja
Faisal, Kuwait, Qatar, Bahrain dan beberapa negara Arab lain turut mengikut jejak langkah
Libya. Ketika itu mereka bersatu menentang musuh yang sama.

Menurut Edgar O' Ballance, seorang pengkaji pertahanan warganegara United


Kingdom, ketika PAI 73, Israel hampir-hampir tidak mendapat sebarang bekalan minyak
daripada laut akibat disekat oleh Tentera Laut Mesir. Sekatan minyak dari laut ini benar-benar
mengajar Israel tentang perlunya penguasaan bekalan minyak untuk jangka masa panjang.
Ia juga ada kaitannya dengan harga minyak dunia kini.7 Namun secara senyap-senyap Iran
di bawah pemerintahan Mohammad Reza Shah Pahlavi tetap menjual minyak kepada Israel
sejak sebelum PAI 73 lagi. AS dan kuasa-kuasa besar dunia lain telah mengambil pengajaran
atas apa yang berlaku selepas PAI 73 untuk menguasai dan mengawal pasaran minyak dunia.
Negara-negara pengeluar minyak utama seperti Iraq menjadi tumpuan untuk dikuasai secara
halus atau melalui peperangan. Pada tahun 1975, Negara Arab dikhabarkan melakukan
diskriminasi ke atas bank yang menerima modal dari Yahudi di Perancis dan Britain pula

5
http://www.jewishvirtuallibrary.org/background-and-overview-yom-kippur-war
6
Tomlinson, B.R. (2003). "What was the Third World", Journal of Contemporary History, 38(2): hlm 307–321.
7
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131020/re_17/Menilai-tragedi-di-tanah-Arab
mencetuskan sentimen anti-boikot di Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah.
Sementara itu, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat memerlukan pengeksport bagi
melaporkan mengenai kepatuhan kepada arahan boikot kerana sebelumnya, laporan
mengenai boikot tersebut hanya dilakukan jika diperlukan sahaja. Tidak hanya berdiam diri,
Israel merangka semula pejabat anti-boikot sebelum ini di bawah nama “Authority Against
Economic Warfare”

Pada tahun 1976, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan kes terhadap
Bechtel Corp. atas dakwaan pelanggaran undang-undang “antirust” disebabkan diskriminasi.
(Kes kemudiannya diselesaikan dengan persetujuan bersama). Dalam masa yang sama,
kongres mengesahkan bahawa Akta Pembaharuan Cukai 1976 menyediakan kredit cukai
asing. Penundaan cukai terhadap Amerika Syarikat telah dinafikan. Isu boikot menjadi isu
utama dalam kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Setahun selepas itu, pindaan ke
atas Pentadbiran Eksport 1977 telah dilakukan iaitu larangan mematuhi kempen boikot asing
terutama yang melibatkan pengendalian kredit oleh bank-bank Amerika Syarikat. Penalti
dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang tersebut. Sekitar tahun 1976-
1979, Kanada yang merupakan ahli Komuniti Ekonomi Eropah (Europe Economic
Community) dan juga negara Eropah yang lain mengambil langkah untuk tidak menggalakkan
penyertaan firma dalam boikot itu. Pada tahun 1979, Mesir mendatangani perjanjian
perdamaian dengan Israel dan tidak turut serta dalam kempen boikot yang dilakukan. Maka,
Liga Arab menjalankan sekatan ekonomi ke atas Mesir dan dalam masa yang sama, Akta
Pentadbiran Eksport 1979 digubal bagi memperluaskan wilayah boikot.

Isu krisis minyak ini tidak berhenti setakat situ sahaja, malah negara seperti Asia
Tenggara menerima kesan yang hebat dari krisis sekatan minyak di Iraq ini.

Brunei

Peranan Brunei Shell dalam isu ini juga tidak boleh dinafikan dalam penglibatannya
mempengaruhi rundingan ini demi untuk menjaga kepentingannya di Brunei. Mereka
merasakan tindakan untuk meninggalkan Brunei adalah terlalu awal memandangkan
permintaan dan harga minyak semakin tinggi. Minyak merupakan komoditi utama Brunei.
Hampir keseluruhan pendapatan negara tersebut bergantung kepada pengeluaran minyak
yang menyumbang 97 % pendapatan negara tersebut. Ini bermakna masa depan dan
keseluruhan aktiviti ekonomi Brunei bergantung kepada pengeluaran bahan tersebut kerana
99% dieksport cuma 1 % penggunaan dalam negeri.
Sebelum krisis bahan tersebut berlaku pada 1973 iaitu apabila Negara-Negara
Pengeluar Minyak (OPEC) yang diketuai oleh Arab Saudi menaikkan harga minyak, keraguan
terhadap keupayaan ekonomi Brunei untuk membina masa depannya mula dirasa oleh
British. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh keadaan ekonomi Brunei apabila pengeluaran
minyak mula merosot dan diikuti pula tahun-tahun kemelesetan iaitu apabila jumlah
perbelanjaan lebih besar dari jumlah pendapatan dialami oleh Brunei. Sebagai contoh, pada
1960, jumlah pengeluaran 92.9 ribu tong sehari menjadi 80.4 tong sehari pada 1965.8
Perbelanjaan pula lebih besar dari pendapatan. Pada 1966 jumlah pendapatan sebanyak
B$122.42 juta sedangkan perbelanjaan berjumlah B$150.80 juta dan pada 1967 jumlah
pendapatan $B14224 juta dan perbelanjaan sebanyak B$154.19 juta dan sekali lagi pada
1970.9 Keadaan ini mungkin telah mempengaruhi dasar British untuk melepaskan
tanggungjawabnya ke atas Brunei kerana cuba mengelak bebanan yang mungkin akan
ditanggung oleh kerajaan British.

Cara British menangani isu ini dengan mencadangkan supaya Brunei memasuki
Persekutuan Malaysia boleh dijadikan bukti minyak mempunyai pengaruh yang besar ke atas
tindak tanduk British. Contohnya, ketika peristiwa perundingan pada 1963 di antara kerajaan
Brunei dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berhubung dengan cadangan Brunei
untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Sebelum Sultan Omar Ali Saifuddien Ill membuat
keputusan, Brunei Shell telah menghantar telegrarn kepada Sultan Omar Ali Saifuddien Ill
menyatakan hasil penemuan telaga baru di Southeast Ampa. Berita ini mempengaruhi Sultan
Omar Ali Saifuddien Ill mengubah pendirian baginda untuk tidak menyertai Persekutuan
Malaysia. Peristiwa penarikan ini setentunya British memainkan peranan penting disebalik
keputusan tersebut dengan memperalat Brunei Shell Petroleum Company mempengaruhi
Sultan OmarAli Saifuddien Ill supaya menarik diri dari menyertai Persekutuan Malaysia
dengan menjanjikan peratus royalti minyak kepada Brunei akan dinaikkan.

Kemudian Isu untuk melepaskan tanggungjawab ke atas Brunei muncul sekali lagi
pada 1965 apabila pengeluaran minyak merosot dan pendapatan Brunei mengalami tahun-
tahun kemelesetan tetapi menjelang akhir 60-an sikap ini mula berubah apabila British
mempelawa Brunei untuk mengadakan rundingan semula dan akhirnya bersetuju satu
perjanjian baru ditanda tangani pada 1971 untuk terus melindungi Brunei. Dua faktor penting
yang boleh dikaitkan kenapa British terus membisu terhadap desakan PBB untuk memberi

8
Hong Kong Tse dan Nicholas Fernandes, "Oil and Economic Development in the Sultanate of Brunei", Sorab
Sadri (ed.), Qil and Economic Development, Kuala Lumpur: Forum, 1991, hlm. 127.
9
Brunei Parussalam Statistical Yearbook, Brunei: Unit Perancang Ekonomi, 1970. Hlm 226
kemerdekaan kepada Brunei. Pertama, penemuan telaga-telaga baru di "Fairley Field" dan
"Champion Field” Kedua, kenaikan harga minyak dipasaran dunia.

Pada 1969, penerokaan terhadap telaga baru di "Fairley Field" telah dimulakan dan
dipercayai akan mengeluarkan minyak pada 1977 berjumlah 28,500 tong sehari dan pada
1970, "Champion Field" dijangkan mengeluarkan minyak 20,000 tong sehari pada 1972 dan
1977 dianggarkan menambahkan pengeluaran minyak berjumlah 71 ,600 tong sehari.10
Semantara itu Brunei LNG Limited telah ditubuhkan untuk penerokaan gas asli. Syarikat ini
dimiliki bersama oleh "Mitsubishi Corporation of Japan dengan Kerajaan Brunei dan Syarikat
Minyak Shell Brunei Berhad" yang dijangkakan dapat mengeluarkan hasil pada 1973. Pada
masa yang sama satu perjanjian telah diadakan untuk pembekalan selama 20 tahun kepada
Jepun. Pada 1973, Brunei telah mengeluarkan gas asli sebanyak 2,000 juta cubic kaki dan
pada 1977 meningkat kepada 7.5 juta cubic kaki gas ke Jepun.11

12
Pada 1970, harga minyak mula meningkat dari US$1,80 setong kepada US$2.39
setong pada 1971 dan US$2.87 setong pada 1972. Apabila krisis tenaga berlaku pada 1973,
harga minyak semakin tinggi dipasaran dunia apabila OPEC menaikkan harga bahan tersebut
kepada US$4.00 setong dan pada 1974 meningkat sehingga empat kali ganda menjadi
US$11,93 setong. Pada 1977 harga bahan tersebut terus meningkat dari US$27.95 kepada
kadar yang paling tinggi menjadi US$36.57 setong pada 1980. Pada masa yang sama
keluaran minyak juga meningkat dari 130,000 tong sehari pada 1970 kepada 200,000 tong
sehari pada 1974 dan 240,000 tong sehari pada 1978 kepada 261,000 tong sehari pada 1979.

Dengan penghasilan minyak dan gas hasil pendapatan Brunei telah meningkat dari
B$186.77 juta pada 1970 kepada B$368.86 juta 1972 dan B$1027.42 juta pada 1974 kepada
$2135.94 juta pada 1976. Pendapatan Brunei terus meningkat dari B$626.34 juta 1980
kepada kadar yang paling tinggi B$8454.33 juta pada 1981. Hasil dari pendapatan sumber
minyak ini membolehkan Brunei mempunyai lebihan pendapatan dan menjadikan simpanan
luarnya berjumlah terus meningkat dari B$3 billion pada 1975 kepada B$24 billion pada 1982
dan pada 1983 meningkat menjadi B$28 billion.50 Dengan jumlah penduduk 212,840 orang
menjadikan per kapita Brunei tertinggi di Asia.13

10
Hamzah, "The Political Economy of Oil in Brunei", Ph.D. Thesis, Tufts University, Medford, Massachusetts,
1980, hal.133.
11
Ibid hlm 138
12
Hong Kong Tse dan Nicholas Fernandes, "Oil and Economic Development in the Sultanate of
Brunei", hlm. 128.
13
Asia Year Book-(1998) Hong Kong: Far Eastern Economic Review, 1981, hlm. 113
Berdasarkan kepada kenyataan tersebut dapatlah diambil kesimpulan bahawa "politik
minyak " memainkan peranan penting mempengaruhi dasar British ke atas Brunei. Kekayaan
ini juga telah menangguhkan kemerdekaan Brunei dan mendorong British untuk terus kekal
melindungi sistem monarki walaupun PBB mendesak British supaya memberikan
kemerdekaan dan mengadakan sebuah sistem pemerintahan demokrasi di Brunei. British
juga melihat Brunei perlukan kekuasan British untuk melindunginya kerana itu tidak ada sebab
British terus memutuskan hubungannya dengan Brunei.

Malaysia

Malaysia diklasifikasikan sebagai negara yang berkembang terutama pada tahun 1970-1988
yang merupakan era kepada pengembangan pesat pengeluaran petroleum dan eksport.
Mengikut sejarah perkembangan minyak di Malaysia, minyak pertama yang dijumpai ialah
Baram berdekatan Miri Sarawak pada Julai 1882. Sebelum tahun 1950, kebanyakan
penerokaan minyak telah dilaksanakan di kawasan luar pesisir Semenanjung Malaysia dan
penemuan ladang minyak Seria di luar pantai Brunei. Pada tahun 1962, minyak ditemui di luar
pesisir Sarawak. Hampir semua penerokaan minyak telah berada di kawasan luar pesisir.

Tahun 1973 bukan sahaja pengeluar minyak utama kerana pengeluaran minyak dan
gas Malaysia. Malaysia menyedari bahawa lebih banyak kawalan dan perancangan dalam
eksploitasi sumber tenaga minyak berasaskan minyaknya diperlukan. Oleh itu, pada
pertengahan tahun 1974, kerajaan menggubal Akta Pembangunan Petroleum. Tema utama
Akta ini ialah penubuhan sebuah perbadanan kerajaan untuk memiliki dan mentadbir semua
sumber petroleum di negara ini. Perbadanan ini dinamakan 'Petroleum Nasional Corporation'
atau PETRONAS untuk jangka pendek. Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh
PETRONAS ialah penukaran sistem Konsesi yang diberikan kepada MNOC kepada Kontrak
Perkongsian Pengeluaran di antara PETRONAS dan MNOCs.

Menjelang tahun 1976, kontrak-kontrak ini telah ditandatangani dengan Sabah Shell,
Shell Shell dan Esso. Pada tahun 1978, PEPIRONAS telah menubuhkan anak syarikat milik
penuh untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan pengeluaran. Illis bertujuan untuk
mewujudkan persaingan lebih lanjut antara MNOCs dan relatif untuk teknologi pengeluaran
dan mengetahui semata-mata pada MNOCs. Ini diikuti oleh konskrucuon penapisan. Pada
tahun 1979, anak syarikat lain ditubuhkan untuk pemasaran petroleum dalam negeri.
Indonesia

Indonesia memperlihatkan betapa meluasnya dan konsistennya pengeksportan pelbagai


produk utama. Antara produk utamanya ialah bahan minyak petroleum yakni 50 peratus
daripada eksport pada tahun 1973 dan meningkat kepada 64 peratus pada tahun 1983. Harga
OPEC meningkat pada tahun 1973-74 dan 1979-80 dan ini adalah antara perisitiwa yang
berlaku kietika sekatan minyak di Timur Tengah yang menganggu harga minyak dunia.
Namun ianya berbeza kepada negara Asia Tenggara seperti di Indonesia di mana jumlah
eksport minyak meningkat sebanyak 58 peratus dari tahun 1973 hingga 1978.14 Dengan
rangsangan yang diberikan oleh pendapatan minyak yang dimilik tersebut, Indonesia telah
berjaya berkembang pesat dan telah peningkatan perdagangan, pertumbuhan yang lebih
pesat dalam pendapatan sebenar.

Kebanyakan hasil minyak terus meningkat bagi meningkatkan pendapatan kerajaan.


Kejadian OPEC yang pertama terjadi apabila berlakunya peningkatan inflasi dengan kenaikan
harga 40 peratus pada tahun 1974, dan krisis kewangan di Pertamina, yang merupakan
pengeluar syarikat minyak negara, yang telah membelanjakan perbelanjaan pelaburan. Ini
membawa kepada krisis dan masalah dalam hutang pada bulan Mac 1975. Kerajaan
menyelesaikannya dengan membuat pinjaman jangka sederhana bagi memusing balik
hutang,

Pada tahun 1978, terdapat penurunan nilai apabila pasaran minyak semakin perlahan.
Beberapa langkah juga diambil bagi mengelakkan "penyakit Belanda", iaitu ketidakpedulian
eksport bukan minyak kerana kadar pertukaran yang tinggi. Ini termasuk dasar bantuan
tertentu untuk diperdagangkan. Sebagai contoh, subsidi input untuk pertanian. Dasar ini
digalakkan oleh bank-bank tradisional, dan ianya bertentangan dengan keadaan Mexico di
mana eksport minyak lebih kurang kompetitif melalui kesan kadar pertukarannya.

14
Angus Maddison. (1985). Two Crises: Latin America and Asia 1929-38 and 1973-83. Paris. Hlm 72
Ringkasan penulisan

Pembentukan OPEC ini merupakan tindak balas kepada monopoli oleh syarikat minyak
multinasional mengenai perdagangan minyak dunia. Monopoli ini sebenarnya telah
mengakibatkan eksploitasi teruk yang dirasakan oleh negara-negara Timur Tengah sebagai
pengeluar minyak terbesar di dunia. Terdapat beberapa kesan melalui kejadian krisis minyak
ini yang berlaku pada tahun 1970-an yang berkaitan dengan aspek geopolitik dan geo-
ekonomi di dunia dan ianya memberi kesan sedikit sebanyak kepada negara di Asia
Tenggara. Melalui peristiwa sekatan krisis minyak dunia 1973 ini, dapatlah disimpulkan
bahawa minyak telah menjadi sebahagian satu alat politik oleh negara-negara penghasil
minyak, contohnya, sekatan minyak Saudi terhadap Israel dan negara-negara penyokongnya
yang boleh menjadi salah satu taktik geo-ekonomi. Ianya merupakan satu tindakan balas jika
kedua-dua negara pengeluar dan pengguna tidak mengubah arah dasar mereka, maka
mungkin berlakunya persaingan antara negara disebabkan oleh keterbatasan sumber minyak.
Kesan besar yang paling dirasai ialah pergantungan AS dan negara-negara Barat atas
bekalan minyak dari Timur Tengah sebenarnya dapat membahayakan ekonomi negara-
negara pengimport tersebut kerana ianya akan melambatkan pertumbuhan ekonomi negara
sedikit sebanyak hutang yang mereka miliki boleh mengancam sistem ekonomi antarabangsa.
Apabila ekonomi negara berkembang ini hancur, maka kesan jangka panjangnya mampu
menjejaskan kestabilan ekonomi antarabangsa.
Rujukan

Robert J. Lieber. (1976). Oil and The Middle East War: Europe in the Energy Crisis. Harvard
University, United States of America

Petter Nore, Terisa. (1980). Turner Oil and Class Struggle. Caledonian Road: London.

Sorab Sadri. (1991). Oil and Economic Development. Forum Publications: Kuala Lumpur.

Angus Maddison. (1985). Two Crises: Latin America and Asia 1929-38 and 1973-1983.
OECD: Paris

http://www.jewishvirtuallibrary.org/background-and-overview-yom-kippur-war

Tomlinson, B.R. (2003). "What was the Third World", Journal of Contemporary History, 38(2):

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131020/re_17/Menilai-tragedi-di-tanah-Arab

Hong Kong Tse dan Nicholas Fernandes, (1991) "Oil and Economic Development in the
Sultanate of Brunei", Sorab Sadri (ed.), Qil and Economic Development, Kuala Lumpur:
Forum,

Brunei Parussalam Statistical Yearbook, Brunei: (1997) Unit Perancang Ekonomi

Hamzah, (1980) "The Political Economy of Oil in Brunei", Ph.D. Thesis, Tufts University,
Medford, Massachusetts

Hong Kong Tse dan Nicholas Fernandes, "Oil and Economic Development in the Sultanate of

Brunei"

Asia Year Book-(1998) Hong Kong: Far Eastern Economic Review, 1981,

Angus Maddison. (1985). Two Crises: Latin America and Asia 1929-38 and 1973-83. Paris.

Anda mungkin juga menyukai