Anda di halaman 1dari 21

PD

Fil
l PD
F Ed
ito
rw
ith
Fr
ee
W
rit
er
an
d To
ols
PENJAGAAN FLORA DAN FAUNA MENURUT HADITH:
HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN MANUSIA


Mohd Farhan bin Md Ariffin1 & Khadher Ahmad2

Abstrak: Pada masa kini, pembangunan merupakan aspek penting dalam mengukur
kemajuan sesebuah negara. Namun, di sebalik pembangunan yang pesat hasil kerakusan
manusia, terdapat berbagai krisis alam yang timbul dan semakin meruncing yang boleh
mengganggu gugat kesejahteraan hidup manusia. Oleh itu, penjagaan alam sekitar khasnya
berkaitan tumbuh-tumbuhan dan kelangsungan spesies haiwan amat penting dan perlu

ols
diambil kira. Ianya saling berhubung kait dengan kesejahteraan manusia dan merupakan

To
tuntutan Islam. Kertas kerja ini dilakukan bagi memberi pendedahan awal kepada

d
masyarakat Islam, khususnya di Malaysia mengenai kepekaan Rasullullah S.A.W berkaitan
an
isu alam sekitar berkaitan flora dan fauna dalam mengekalkan ekosistem alam sekitar.
er
Metode utama yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis hadith-hadith berkaitan
rit

dengan penjagaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan sahaja. Kajian ini telah menemui
W

berbagai signifikan berguna daripada saranan Rasulullah S.A.W berupa fakta-fakta sains
ee

yang turut membuktikan kebenaran hadith Rasullullah S.A.W yang agung.


Fr

Kata Kunci: Penjagaan, Flora, Fauna, Hadith, Sains, Kesejahteraan Manusia.


ith
rw
ito

PENDAHULUAN
Ed

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses


DF

pembangunan yang pesat. Pada abad ke-21 ini, banyak laporan menunjukkan betapa
lP

keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar.3 Pencemaran itu
Fil

berlaku di segenap pelosok dunia sama ada di negara membangun apatah lagi di
PD

negara maju. Krisis tersebut telah memberi impak negatif terhadap seluruh
komponen kehidupan dalam alam sekitar.
Arus pemodenan dan pembangunan sudah menghanyutkan dan melalaikan
manusia sehingga sewenang-wenangnya menodai sumber alam tanpa memikirkan
akibatnya. Jika dilihat kepada rakyat Malaysia masa kini, mereka semakin
mengabaikan dan memandang enteng terhadap kepentingan menjaga
keseimbangan ekosistem alam sekitar.4

1
Pelajar Pascasiswazah (Sarjana), Jabatan al-Quran & Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya
2
Pensyarah di Jabatan al-Quran & Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
3
Sakitiyono (2006), IPA Biologi SMP dan MTs, Jakarta: Esis, jld. 1, hal. 148.
4
Mohd Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors, hal. 147.
723
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

Alam sekitar merupakan satu aset terpenting bagi manusia dalam menjalani
kehidupan seharian. Alam sekitar terdiri daripada banyak gabungan, iaitu komponen
air, udara, tanah, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Alam sekitar mempunyai
hubungan yang rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain dengan manusia
kerana manusia hidup di dalam lingkungan alam sekitar.5 Alam sekitar banyak
menyumbang jasa kepada kehidupan manusia dari sudut udara, air, makanan dan
lain-lain. Setiap detik, manusia menghidu oksigen untuk bernafas dan mengeluarkan
karbon dioksida. Tumbuh-tumbuhan pula akan membekalkan oksigen dan akan
mengambil karbon dioksida bagi proses respirasi. Haiwan pula sebagai sumber
makanan.6 Bagaimana mungkin manusia meneruskan kehidupan jika alam sekitar
musnah, sedangkan manusia sangat bergantung kepada alam sekitar dan
komponen-komponen di dalamnya.
Islam telah mengajar penganutnya dari semua segi sama ada ibadah, pakaian,
bersuci, makanan, minuman termasuklah penjagaan alam sekitar. Islam amat
menitikberatkan umatnya supaya menjaga hubungan manusia dengan Tuhan,
hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan makhluk

ols
yang lain. Sebagai seorang muslim, hendaklah berpegang kepada dua perkara untuk

To
memimpin ke jalan yang diredhai Allah s.w.t, iaitu al-Quran dan al-Hadith. Perkara ini

d
telah dinyatakan Allah s.w.t di dalam al-Quran, surah al-Nisa’: ayat 58:
er
an
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul
rit

(Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu.


W

Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka


ee
Fr

kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika


ith

kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu,
rw

lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”7


ito

Jadi, artikel pendek yang membahaskan tentang penjagaan tumbuh-tumbuhan


Ed

dan haiwan (flora dan fauna) menurut perspektif hadith Rasullullah s.a.w ini diharap
DF

akan menimbulkan kesedaran kepada seluruh anggota masyarakat untuk berkekalan


lP

(konsisten) menjaga ekosistem alam sekitar untuk kesejahteraan manusia sejagat.


Fil
PD

RASULLULLAH SAW DAN ALAM SEKITAR


Di dalam al-Quran, Allah s.w.t telah menyatakan lebih kurang 750 ayat daripada
lebih 6000 ayat al-Quran iaitu 12.28% yang menyentuh mengenai alam sekitar secara
eksplisit atau implisit. Bahkan 14 daripada 114 jumlah surah al-Quran ialah nama
fenomena alam sekitar seperti matahari, malam, lembu, gempa bumi dan gajah.8

5
Ahmad Fauzi (2004), Ekonomi Sumber Daya Alam & Lingkungan: Teori Dan Aplikasi, Jakarta: Gramedia
Pustaka Utama, hal. 1.
6
Ariffin dan Nor`aini (1987), Pendidikan Alam Sekitar: Perspektif Persekitaran, Selangor: Fajar Bakti Sdn.
Bhd, hal. 203.
7
Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan,
Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 87.
8
Abdurrahman Haqqi, Ulul Albab: Fikah Alam Sekitar Patut Diajar Di Sekolah, Berita Harian, Ahad, 7
Febuari 2010, hal. 16.
723
Begitu juga di dalam hadith Rasulullah s.a.w, terdapat banyak hadith yang
menerangkan kaedah-kaedah dan kepentingan-kepentingan menjaga alam sekitar.9
Alam sekitar adalah salah satu unsur tabi`i ciptaan Allah s.w.t. Alam sekitar juga
adalah buku pengetahuan bermanfaat kepada manusia. Menerusi alam sekitar juga,
manusia boleh mengetahui dan mempergunakan disiplin-disiplin ilmu zoologi, botani,
mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, hidraulik dan sebagainya. Alam sekitar juga
anugerah Allah s.w.t bagi memudahkan umat manusia hidup sebagai khalifah.10
Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang sangat penyayang terhadap semua
unsur alam sekitar. Baginda s.a.w telah mengingatkan umatnya bahawa rahmat Allah
s.w.t boleh diperolehi dengan menanam sifat penyayang kepada sesama makhluk.11
Ini dapat dilihat dari hadith yang diriwayatkan oleh `Abd Allah, dari Rasulullah s.a.w
bersabda:12

" ‫الس َم ياء‬


َّ ‫ك َم ْن يِف‬ ‫" ْار َح ْم َم ْن يِف األ َْر ي‬
َ َْ‫ يَْرَح‬، ‫ض‬
“Kasihanilah makhluk di bumi, nescaya kamu dikasihi makhluk

ols
(malaikat) di langit”.

To
Sebagai utusan Allah s.w.t dalam membimbing manusia menguruskan alam,
d
an
sudah pastinya baginda SAW paling arif mengenai alam ini. Ini dapat dilihat daripada
er
rit
W

9
Sayangnya, terdapat juga umat Islam yang tidak menganggap perbincangan berhubung dengan
ee

penjagaan alam sekitar sebahagian daripada tuntutan Islam. Mereka tidak terbayang bahawa itu
Fr

termasuk dalam dakwah Islam dan perjuangan menjaga alam sekitar adalah termasuk dalam amalan
ith

ibadah. Sedangkan, jika dikaji hadith-hadith baginda s.a.w dengan teliti, umat Islam akan dapati di
rw

sebaliknya mutiara-mutiara ilmu yang sangat bernilai dan berharga. Yang lebih bertambah malangnya,
ito

ada juga segelintir umat Islam yang tidak tahu mengenai hadith-hadith yang berkaitan dengan alam
sekitar serta tidak pernah mendengar hadith yang berkenaan alam sekitar. Mohd Asri Zainul Abidin
Ed

(2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hal.
DF

145-147.
10
lP

Islam telah menggariskan beberapa etika dalam bermuamalah dengan alam sekitar. Alam mempunyai
sifatnya tersendiri menurut perspektif Islam, dan manusia haruslah memelihara dan memulihara sifat
Fil

alam bagi kelangsungan hidup di muka bumi. Terdapat enam sifat bagi alam berdasarkan perspektif
PD

Islam: Pertama: Tawazun, yang bermaksud kesimbangan. Kesimbangan yang wujud akan
mengahasilkan keharmonian alam. Dengan adanya peraturan Allah s.w.t, gangguan keseimbangan alam
dapat dihalang daripada tercetus. Kedua: Nasim, yang bermaksud segar. Sifat kesegaran alam turut
digambarkan di dalam al-Quran melalui penjelasan kesuburan tumbuh-tumbuhan yang berbagai jenis
dan sifat. Ketiga: Jamal, yang bermaksud indah. Keindahan alam akan membuatkan jiwa manusia berasa
tenang. Keempat: Qanaah, yang bermaksud sikap meredhai segala kurniaan yang dikecapi dari Allah
demi keperluan hidup. sifat ini akan menghindari manusia daripada sifat tamak, serta akan menanamkan
sifat bersyukur dalam diri manusia. Kelima: Muhabbah, yang bermaksud kasih sayang manusia dengan
makhluk lain. manusia dituntut supaya memupuk perasaan kasih sayang terhadap sesama manusia dan
juga makhluk lain. Keenam: Ihsan, yang bermaksud berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan
kerana merasakan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Dalam konteks penjagaan alam sekitar,
sifat seperti amat diperlukan bagi memastikan manusia tidak melakukan kerosakan alam. Ketujuh:
Ta`awun, yang bermaksud tolong-menolong antara anggota masyarakat bagi meperoleh kebaikan serta
menghindari keburukan. Sifat seperti perlu bagi mewujudkan masyarakat yang mampan. Mardzelah
binti Makhsin (2007), Sains Pemikiran Dan Etika, Kuala Lumpur: PTS Professional, hal. 256.
11
Abdul Hayei Abdul Sukor (2008), Islam Dalam Sabda: Manusia Dan Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, cet. 1, hal. 320.
12
Sulaiman bin Dawud bin al-Jarud, Musnad Abi Dawud al-Tayalisi, Mesir: Hajr, bahagian ( ‫ما أسند عبد اهلل بن مسعود‬
‫)رضي اهلل عنه‬, jld. 1, hal. 262, no. 333.

723
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

hadith yang diriwayatkan oleh `Uqbah bin `Amir bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w
keluar dan menyolatkan para sahabat yang gugur di dalam perang Uhud, lalu
baginda menuju mimbar dan bersabda:13
‫ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
ُ ‫ َوإي يِّن قَ ْد أ ُْعط‬،‫ َوإي يِّن َواللَّه َألَنْظُُر إي ََل َح ْوضي ْاْل َن‬،‫ َوأَنَا َش يهي ٌد َعلَْي ُك ْم‬،‫" إي يِّن فَ َرطُ ُك ْم‬
‫يت‬
‫ي‬ ‫ي‬ ‫يح َخَزائي ين ْاأل َْر ي‬ ‫ي‬
‫اف َعلَْي ُك ْم أَ ْن تُ ْش يرُكوا‬ َ ‫ َوإي يِّن َواللَّه َما أ‬،‫ض‬
ُ ‫َخ‬ ‫يح ْاأل َْر ي‬ َ ‫ض أ َْو َم َفات‬ َ ‫َم َفات‬
" ‫اف َعلَْي ُك ْم أَ ْن تَنَافَ ُسوا في َيها‬ ُ ‫َخ‬ ‫ي‬
َ ‫ َولَك يِّن أ‬،‫بَ ْعدي‬
‫ي‬
“Aku lebih dahulu wafat daripada kalian dan aku menjadi saksi ke atas
kalian, dan demi Allah, sungguh telah melihat telagaku sekarang, dan
aku diberi kunci-kunci perbendaharaan bumi atau kunci-kunci bumi.
Demi Allah, aku tidak khuatir kalian melakukan perbuatan syirik
sepeninggalanku, namun yang aku khuatirkan ke atas kalian adalah
kalian bersaing dalam (segenap unsur) kekayaan bumi”.
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w risau akan persaingan di

ols
kalangan manusia dalam merebut kekayaan bumi. Perebutan yang dimaksudkan di

To
dalam hadith ini adalah sifat keinginan dan kecintaan dalam diri manusia terhadap

d
kekayaan bumi (hidupan dan galian di dalamnya).14 Daripada perebutan ini akan
mendatangkan akibat yang buruk dan fitnah yang sepatutnya ditakuti manusia.15Ini
an
er
rit

merupakan salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w16 kerana perkara sebagaimana


W

baginda sabdakan ini benar-benar berlaku pada masa kini.


ee
Fr

Pada masa kini, manusia berlumba-lumba untuk menjadi kaya dengan segera
ith

sehingga sanggup menodai sumber alam tanpa memikirkan akibatnya ke atas


ekosistem di bumi.17 Akibat daripada perebutan manusia, ia mengundang kepada
rw

berlakunya pencemaran dan kemusnahan flora dan fauna sepertimana yang telah
ito

berlaku pada masa kini.18 Justeru itu, Rasulullah s.a.w telah menggariskan beberapa
Ed

panduan kepada umatnya untuk menjaga flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna


DF

(haiwan) demi kesejahteraan manusia seluruhnya.


lP
Fil
PD

13
Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith
Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Riqaq, bab ( ‫ما حيذر من‬
‫ والتنافس فيها‬،‫)زهرة الدنيا‬, jld. 4, hal. 177, no. 6426.
14
Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi
`Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, ktab al-
Riqaq, bab (‫ والتناقس فيها‬،‫)ما حيذر من زهرة الدنيل‬, jld. 11, hal. 249, no. 6201.
15
Abi al-Husain `Ali bin Khalf bin `Abd al-Malik, Sharah Sahih al-Bukhari li Ibn Batal, Riyadh: Maktabah al-
Rashid, kitab al-Riqaq, bab (‫)ما حيذر من زهرة الدنيا والتنافس فيها‬, jld. 10, hal. 155.
16
Al-Imam al-`Alamah Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad al-`Aini (2001), `Umdah al-Qari
Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Riqaq, bab (‫)ما حيذر من زهرة الدنيا والتنافس فيها‬, jld.
23, hal. 60, no. 5426.
17
Wan Sabri Wan Hussin (2004), Etika Dan Amalan Perniagaan, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, cet. 1, hal. 117.
18
Mohd. Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors, hal. 147.
773
PENJAGAAN HAIWAN MENURUT HADITH
Haiwan merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk
melengkapkan kehidupan manusia. selain menjadi sumber makanan, ia juga
digunakan sebagai kenderaan, pengawal dan sahabat manusia. Oleh itu, Islam telah
menggariskan adab-adab yang perlu dijaga dalam hubungan manusia dengan
haiwan. Keharmonian interaksi yang dipelihara ini akan melahirkan kehidupan yang
lebih sempurna, beradab serta bermoral.19

i. Penyayang Terhadap Haiwan


Islam mengajar umatnya supaya menyayangi haiwan kerana haiwan juga
mempunyai perasaan seperti manusia.20 Banyak kisah-kisah yang diceritakan oleh
Rasulullah s.a.w mengenai kasih sayang terhadap haiwan. Di dalam kisah-kisah
tersebut, banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Antara hadith-hadith yang

ols
mengisahkan kasih sayang kepada haiwan adalah kisah seorang pelacur yang

To
memberi minum kepada seekor anjing yang haus. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu

d
Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:21
an
‫ش‬ ُ ‫ب َعلَى َرأْ يس َركي ٍّي يَْل َه‬ ٍ ْ‫ت بي َكل‬ ٍ ‫ي ي ٍ ي‬
ُ َ‫ َك َاد يَ ْقتُلُهُ الْ َعط‬: ‫ال‬
َ َ‫ ق‬،‫ث‬ ْ ‫" ُغفَر ِل ْمَرأَة ُموم َسة َمَّر‬
er
rit

‫ي‬ ‫ي ي‬
َ ‫ت لَهُ يم َن الْ َماء فَفُفَر ََهَا بي َذل‬ ‫يي‬
W

"‫ك‬ ْ ‫َّها فَأ َْوثَ َقْتهُ ب َما يرَها فَنَ َز َع‬


َ ‫ت ُخف‬
ْ ‫فَنَ َز َع‬
ee
Fr

“Diampunkan seorang pelacur (wanita) yang bertemu dengan anjing


ith

terjelir lidahnya di hadapan perigi, baginda bersabda: anjing tersebut


rw

hampir-hampir mati kerana kehausan, maka dia menanggalkan


ito

kasutnya, lalu mengikat dengan tudungnya dan memberi anjing


Ed

tersebut minum, maka diampunkan dosanya disebabkan itu.”


DF

Menurut Doktor Umar Sulaiman, pelacur tersebut merupakan salah seorang


lP

pelacur Bani Israil yang tegar.22 Jika dilihat pada hadith ini, walaupun betapa
Fil

besarnya dosa yang pelacur itu telah lakukan, tetapi atas dasar kasih sayang
PD

terhadap makhluk lain dengan menyelamatkan seekor anjing, maka Allah s.w.t
berikan keampunan kepadanya. Ini juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t amat
menyukai orang yang menyayangi dan membantu makhluk lain.

19
Asmawati Suhid (2009), Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam: Konsep Dan Amalan, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors, hal. 109.
20
Mohd. Fakhruradzi (2007), Tafsir Cinta, Kuala Lumpur: PTS Millenia, cet. 1, hal. 71.
21
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama, Abi `Abd Allah
Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa
Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab Bada` al-Khalq, bab ( ‫إذا وقع الذباب ِف شراب أحدكم‬
‫)فليفمسه فإن ِف أحد جناحيه داء وِف اْلخر شفاء‬, jld. 2, hal. 448, no. 3321. Kedua al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj
al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Salam, bab ( ‫فضل ساقي البهائم‬
‫)احملتمة وإطعمامها‬, jld. 4, hal. 1761, no. 2245.
22
Al-Duktur `Umr Sulaiman `Abd Allah al-Ashqar, Sahih al-Qasas al-Nabawi, Dar al-Nafais, hal. 225.
773
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

ii. Larangan Membunuh Haiwan Tanpa Sebab Munasabah


Islam merupakan agama yang bersifat penyayang kepada semua makhluk. Oleh
itu, Islam melarang umatnya membunuh binatang tanpa sebab-sebab yang
munasabah. Rasulullah s.a.w ada menceritakan mengenai kisah seorang Nabi yang
membakar sarung semut. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:23

‫ ُثَّ أ ََمَر‬،‫يج يم ْن ََْتتي َها‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫" نَزَل نَي ي‬


ْ ‫ت َش َجَرةٍ فَلَ َد َغْتهُ َنَْلَةٌ فَأ ََمَر ِبَ َها يزهي فَأ‬
َ ‫ُخر‬ َ ‫ِب م َن ْاألَنْبييَاء ََْت‬ ٌّ َ
‫ي‬ ‫ي‬
" ‫ُح ير َق بيالنَّا ير فَأ َْو َحى اللَّهُ إيلَْيه فَ َه ََّّل َنَْلَةً َواح َد ًة‬ ‫ي‬
ْ ‫بيبَ ْيت َها فَأ‬
“Seorang nabi daripada nabi-nabi telah duduk dibawah sebatang
pokok, dan seekor semut betina menggigitnya, maka baginda telah
memerintahkan pengikutnya supaya keluar dari (kawasan) bawah

ols
pokok tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya membakar

To
sarang semut tersebut dengan api, maka mewahyukan kepadanya:

d
Adakah hanya kerana seekor semut betina?”. an
er
Qadi `Iyadh berpendapat bahawa hadith ini menunjukkan harus dibunuh haiwan
rit

yang menyakiti atau menyerang kita.24 Tetapi jika difahami dari zahir hadith ini,
W
ee

kelihatan hadith ini bertentangan dengan syariat Islam. Menurut Islam, membakar
Fr

haiwan adalah dilarang. Ini sudah bercanggah dengan sifat agama Islam itu sendiri
ith

yang penyayang kepada semua makhluk.


rw

Menurut Imam Nawawi, bahawa para ulama menyatakan di dalam kisah ini
ito

diharuskan membunuh semut tersebut dan membakarnya mengikut syariat Nabi


Ed

yang disebutkan di dalam hadith ini. Walaubagaimanapun terdapat tambahan di


DF

dalam hadith ini iaitu teguran Allah s.w.t (ً‫ )فَهَ اَّل نَ ْملَةً َوا ِح َدة‬yang menunjukkan tidak
lP

harus, yang merujuk kepada syariat kita. Di dalam syariat kita, tidak diharuskan untuk
Fil

membakar haiwan dengan api kerana hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh mengazab
PD

haiwan dengan api dan tidak harus membunuh haiwan kecuali haiwan tersebut
menyakiti kita.25

23
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Dawud dan Imam Nasa`i, iaitu pertama
Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah
s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab Bada` al-Khalq, bab ( ‫إذا وقع الذباب ِف‬
‫) شراب أحدكم فليفمسه فإن ِف أحد جناحيه داء وِف اْلخر شفاء ومخس من الدواب فواسق يقتلن ِف احلرم‬, jld 2, hal. 447, no. 3319. Kedua, al-
Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-
`Ilmiyyah, kitab al-Salam, bab (‫)النهى عن قتل النمل‬, jld. 4, hal. 1759, no. 2241. Ketiga, Abi Dawud Sulaiman bin al-
Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Adab, bab (‫)ِف قتل الذر‬,
hal. 951, no. 5265. Keempat, al-Imam Abi `Abd al-Rahman Ahmad bin Shu`aib al-Nasa`i (2001), Kitab al-
Sunan al-Kubra, Beirut: Muasasah al-Risalah, kitab al-Siyar, bab (‫)النهى عن إحراق احليوان‬, jld. 8, hal. 23, no. 8561.
24
Al-`Alamah al-Muhaddith al-Kabir al-Syaikh Khalil Ahmad al-Sahar Nafauri, Bazal al-Majhud fi Hal Abi
Dawud, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Adab, bab(‫)ِف قتل الذر‬, jld. 20, hal. 206.
25
Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah, kitab
al-Salam, bab (‫)النهى عن قتل النمل‬, jld. 14, hal. 239.

772
Berdasarkan hadith di atas, dapat simpulkan bahawa kesemua haiwan yang
hidup tidak boleh dibakar dan dibunuh kecuali haiwan tersebut menyakiti atau
menyerangi manusia terlebih dahulu. Walaubagaimana pun, terdapat juga hadith
yang di mana Rasulullah s.a.w menyuruh menyuruh untuk membunuh haiwan
tertentu. Hadith ini diriwayatkan oleh Sa`d r.a, beliau berkata:26

"‫َِّب صلى اهلل عليه وسلم أ ََمَر بيَقْت يل الْ َوَزيغ َو ََسَّاهُ فُ َويْ يس ًقا‬
َّ ‫"أَ ّن الني‬
“Sesungguhnya Nabi s.a.w menyuruh supaya membunuh cicak dan
menamakannya sebagai haiwan perosak”
Pengarang kitab `Aun al-Ma`bud menyatakan bahawa haiwan perosak itu terdiri
daripada lima haiwan iaitu tikus, kala jengking, burung gagak, burung helang dan
anjing liar. Haiwan-haiwan perosak ini boleh dibunuh sama ada di tanah halal mahu
pun di tanah haram.27

ols
iii. Penyalahgunaan Haiwan

To
Sebelum teknologi menguasai dunia, haiwan memainkan peranan penting dalam

d
kehidupan manusia bagi memudahkan kerja manusia. Sebagai contoh, pada zaman
dahulu, lembu digunakan untuk membajak tanah. Tetapi pada zaman sekarang,
an
er
rit

terdapat mesin yang dicipta khas untuk membajak tanah. Tidak dinafikan, terdapat
W

lagi penggunaan haiwan dalam pekerjaan manusia pada masa kini. Sebagai contoh,
ee

segelintir pengusaha santan kelapa pada masa kini, masih lagi yang menggunakan
Fr

perkhidmatan monyet untuk mengambil buah kelapa.


ith
rw

Walaubagaimana pun, terdapat juga manusia yang menyalahgunakan fungsi


haiwan di dalam kehidupan manusia. Rasulullah s.a.w ada menceritakan mengenai
ito
Ed

kisah lembu yang bercakap dengan penunggangnya dalam bahasa manusia. Hadith
ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w solat subuh
DF

kemudian baginda berjumpa orang ramai, maka baginda bersabda:28


lP

‫ إينَّا ََل ُُنْلَق يَه َذا إيََّنَا خلي ْقنَا ليْلحر ي‬: ‫ فَ َقالَت‬،‫وق ب َقرةً إي ْذ ركيب ها فَضرب ها‬
Fil

،‫ث‬ َْ ُ َ ْ ْ ْ َ ََ َ َ َ َ َ َ ُ ‫"بَْي نَا َر ُج ٌل يَ ُس‬


PD

‫ُوم ُن يِبَ َذا أَنَا َوأَبُو بَ ْك ٍر َو ُع َمُر َوَما‬


‫ فَيإ يِّن أ ي‬: ‫ال‬
َ ‫ فَ َق‬،‫َّاس ُسْب َحا َن اللَّ يه بَ َقَرةٌ تَ َكلَّ ُم‬
ُ ‫ الن‬: ‫ال‬ َ ‫فَ َق‬
"َّ‫ُُهَا َث‬

26
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Abu Dawud iaitu pertama al-Imam Abi al-Husain
Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Salam,
bab (‫)استحباب قتل الوزغ‬, jld. 4, hal. 1758, no. 2238. Kedua, Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani
(1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Adb, bab (‫)ِف قتل األوزاع‬, hal. 950, no. 5262.
27
Al-`Alamah Abi al-Taib Muhammad Sham al-Haq al-`Azim Abadi (1969), `Aun al-Ma`bud Sharh Sunan Abi
Dawud, Madinah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Adb, bab (‫)ِف قتل األوزاع‬, jld. 14, hal. 173, no. 5240.
28
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama, Abi `Abd Allah
Muhammad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa
Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Anbiya`, bab (‫)حديث الفار‬, jld. 2, hal. 498,
no. 3471. Kedua, al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut:
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab Fadhail al-Sahabah Radhi Allah `Anhum, bab (‫)من فضائل أيب بكر الصديق رضي اهلل عنه‬,
jld. 4, hal. 1857, no. 2388.
777
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

“Ketika mana seorang lelaki menunggang seekor lembu, jika dia


menaikinya maka dipukulnya (lembu tersebut), maka berkata (lembu
tersebut): “Sesungguhnya kami tidak diciptakan untuk ini, tetapi kami
diciptakan untuk membajak”. Maka berkata orang ramai: “Maha Suci
Allah, lembu tersebut berbicara, maka baginda bersabda:
“Sesungguhnya aku, Abu Bakar, `Umar dan lainnya beriman dengan
kisah ini”.
Hadith ini menunjukkan larangan menzalimi haiwan. Menurut Ibnu Hajar, haiwan
tidak boleh digunakan melainkan apa yang kebiasaannya ia lakukan. Tujuan haiwan
diciptakan adalah untuk disembelih dan dimakan.29 Di dalam hadith ini juga,
Rasulullah s.a.w ada menyebut nama Abu Bakar dan `Umar, sedangkan pada ketika
itu mereka berdua tidak ada di situ. Para ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w
tahu akan kebenaran iman mereka, kekuatan keyakinan mereka, pengetahuan
mereka mengenai kekuasaan Allah s.w.t.30

ols
iv. Menunaikan Hak-Hak Haiwan

To
Haiwan juga boleh menjadi penghibur di dalam kehidupan manusia.31 Sebagai
d
contoh, ketika hujung minggu apabila bosan dan tidak mempunyai aktiviti yang an
er
menarik, kita boleh bermain dengan haiwan peliharaan di rumah. Tidak hairanlah jika
rit

kita melihat di rumah-rumah di Malaysia, rata-ratanya mempunyai haiwan peliharaan


W

di rumah.32 Memelihara haiwan di rumah amatlah digalakkan, tetapi kita hendaklah


ee
Fr

memastikan hak-hak haiwan peliharaan ditunaikan. Rasulullah s.a.w ada


ith

menceritakan mengenai kisah seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka


rw

kerana seekor kucing. Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn `Umar r.a, bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:33
ito

‫ َوَِل‬،‫َّار َِل يه َي أَطْ َع َمْت َها‬ ‫ت امرأَةٌ يِف يهَّرةٍ سجنْت ها ح ََّّت ماتَت فَدخلَ ي‬
Ed

‫ي ي‬
َ ‫ت ف َيها الن‬ ْ َ َ ْ َ َ َ ََ َ َ ْ َ‫" ُعذب‬
DF

"‫ض‬ ‫ َوَِل يهي تَرَكْت َها تَأْ ُكل يم ْن َخ َش ي‬،‫َس َقْت َها إي ْذ َحبَ َسْت َها‬
‫اش ْاأل َْر ي‬
lP

ُ َ َ
Fil
PD

“Seorang wanita diseksa dengan sebab seekor kucing yang ditahannya


sehingga mati kelaparan, maka dia dimasukkan ke neraka kerana dia
tidak memberinya makan dan minum ketika menahannya, dan dia

29
Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi
`Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab
Fadhail Ashab al-Nabi s.a.w, bab (‫ لو كنت متخذا خليَّل‬:‫)قول النِب صلى اهلل عليه وسلم‬, jld. 7, hal. 32, no. 3538.
30
Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah, cet. 1,
kitab Fadhail al-Sahabah, bab (‫)فضائل أيب بكر الصديق رضي اهلل تعاَل عنه‬, jld. 15, hal. 156.
31
M. Z. Azmie (2008), Sopan Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, hal. 109.
32
Mohd Taib Dora & Hamdan Abd Kadir (2006), Mengurus Stres, Selangor: PTS Professional Publishing
Sdn Bhd, cet. 1, hal. 117.
33
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama, Abi `Abd Allah
Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa
Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Anbiya`, bab (‫)حديث الفار‬, jld. 2, hal. 555,
no. 2883. Kedua, Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut:
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Salam, bab (‫)َترمي قتل اَهرة‬, jld. 4, hal. 1760, no. 2242.

773
tidak pula melepaskannya hingga ia dapat memakan binatang di muka
bumi”.
Menurut Ibn al-Munayyir, hadith ini menerangkan mengenai haramnya
membunuh apa yang tidak diperintahkan untuk dibunuh dengan cara membuatnya
kehausan, walaupun ianya seekor kucing. Memberinya minum tidak dikurniakan
pahala kepadanya, tetapi menyelamatkannya cukup dikira sebagai suatu kebaikan.34

HUBUNGAN PENJAGAAN HAIWAN MENURUT PERSPEKTIF SAINS


Haiwan diciptakan oleh Allah sw.t demi kepentingan dan kesejahteraan hidup
manusia. Oleh yang demikian, manusia hendaklah menjaga haiwan daripada
terancam dan pupus.35 Suruhan ini telah pun diterangkan oleh Allah s.w.t
sepertimana firman-Nya di dalam surah al-Baqarah, ayat 204-207:
“Dan di antara manusia ada yang pembicaraannya tentang kehidupan
dunia mengagumkan engkau (Muhammad), dan dia bersaksi kepada

ols
Allah mengenai isi hatinya, padahal di adalah penentang yang paling

To
keras (204) dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk

d
berbuat kerosakan di bumi, serta merosak tanam-tanaman dan
ternakan, sedang Allah tidak menyukai kerosakan (205)36 an
er
rit

Haiwan merupakan salah satu sumber makanan bagi manusia. Pada masa silam,
W

manusia hidup dengan berburu binatang buas. Di dalam Islam, terdapat syarat yang
ee

perlu dipatuhi untuk haiwan yang hendak diburu iaitu haiwan buruan harus sihat dan
Fr

memberi manfaat untuk manusia baik daging, gigi, bulu mahu pun kulitnya.37 Di
ith

samping itu, pemburu tersebut hendaklah berniat berburu untuk dimakan bukannya
rw

sekadar bermain-main atau tidak mempunyai tujuan yang munasabah.38 Dalam


ito

konteks haiwan sebagai sumber makanan, ia hendaklah dimatikan terlebih dahulu


Ed

dengan melalui kaedah penyembelihan mengikut syara`.39


DF
lP

Jelas di sini menunjukkan bahawa membunuh haiwan dibenarkan di dalam Islam


Fil

tetapi dengan sebab yang munasabah seperti untuk dimakan. Akan tetapi,
PD

perbuatan membunuh haiwan tanpa sebab yang munasabah adalah dilarang di


dalam Islam. Larangan ini merupakan hikmah besar kepada umat Islam. Ini kerana,

34
Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi
`Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab Bada`
al-Khalq, bab (‫) إذا وقع الذباب ِف شراب أحدكم فليفمسه فإن ِف أحد جناحيه داء وِف اْلخر شفاء ومخس من الدواب فواسق يقتلن ِف احلرم‬, jld. 6, hal.
412, no. 3206.
35
Ahmad Fauzi (2004), Ekonomi Sumber Daya Alam & Lingkungan: Teori Dan Aplikasi, Jakarta: Gramedia
Pustaka Utama, hal. 1.
36
Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan,
Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 32.
37
Dr. Muhammad Bakar Ismail (2008), al-Fiqh al-Wadhih (Fiqh Lengkap), Selangor: Berlian Publication
Sdn Bhd, cet. 1, jld. 2, hal. 573.
38
Syekh Yusuf Qardhawi (1984), Halal Dan Haram Dalam Islam, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, cet.
4, hal. 83.
39
Dr. Muhammad Bakar Ismail (2008), al-Fiqh al-Wadhih (Fiqh Lengkap), Selangor: Berlian Publication
Sdn Bhd, cet. 1, jld. 2, hal. 577.
773
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

larangan ini bertujuan untuk memelihara spesies haiwan daripada pupus di muka
bumi.
Pada masa kini, haiwan buruan utama di kalangan pemburu ialah kijang, ayam
hutan dan kancil untuk dijadikan sebagai makanan. Haiwan juga diburu untuk
dijadikan barang hiasan yang berharga seperti harimau dan buaya diburu bagi
mendapatkan kulitnya, gajah untuk gadingnya dan rusa untuk tanduknya.40 Tujuan
memburu untuk menjadikan haiwan sebagai barang perhiasan merupakan sebab
yang tidak munasabah untuk digunakan untuk berburu kerana perbuatan beginilah
yang menjadi salah satu faktor kepupusan spesies haiwan di Malaysia.
Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya
dengan pelbagai spesies tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Tambahan suhunya
yang tinggi, iaitu 27°C dan hujan yang turun sepanjang tahun menjadikan Malaysia
sebuah negara yamg sesuai untuk pertumbuhan pelbagai spesies tumbuhan dan juga
pembiakan pelbagai spesies haiwan.41 Namun harus diingat, bahawa haiwan juga
boleh terpupus dengan disebabkan faktor penerokaan dan penebangan hutan.42

ols
Penerokaan sumber hutan menyebabkan flora dan fauna terancam kerana

To
kehilangan habitat untuk membiak dan kekurangan sumber makanan. Keadaan ini

d
boleh menyebabkan beberapa spesies tumbuhan dan haiwan pupus. Hal ini dapat
an
dibuktikan apabila beberapa spesies mamalia seperti badak Sumatera, harimau dan
er
rit

orang utan di Malaysia yang diancam kepupusan.43


W

Sekiranya haiwan-haiwan di Malaysia pupus, manusia akan mengalami masalah


ee
Fr

untuk mendapatkan sumber makanan seperti daging haiwan. Daging haiwan


ith

merupakan sumber makanan yang penting kepada kesihatan manusia. Hakikatnya,


rw

daging haiwan merupakan sumber vitamin B12 yang dapat dihadamkan dan ia amat
sesuai bagi manusia.44 Kekurangan bahan ini boleh menyebabkan penyakit kurang
ito
Ed

hemoglobin pernicious anaemia pada seseorang. Ia juga dapat membawa maut di


samping mendatangkan kerosakan yang teruk pada sistem saraf dan
DF

penghadaman.45
lP
Fil

Di samping itu, haiwan juga membekalkan sumber protein kepada manusia.


PD

Protein haiwan diperlukan oleh badan manusia adalah untuk pertumbuhan sel-sel
baru dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Protein haiwan juga mengandungi semua

40
Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks & Rujukan
Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd, cet. 1, hal. 419.
41
Wan Noor Azmi Wan Mohd Nor, Rusidah Mohd Akil & Hazlina Mansor (2008), Teks & Rujukan Lengkap
Geografi PMR, Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd, hal. 126.
42
Tapir merupakan haiwan yang hidup di hutan hujan khatulistiwa. Pada tahun 1996, tapir dikelaskan
sebagai haiwan terancam. Punca utama ancaman kepupusan tapir adalah kerana habitatnya musnah
berikutan aktiviti penebangan pokok dan penerokaan hutan hujan khatulistiwa bagi tujuan
pertanian.Siti Haslina Binti Che Hasan, Rakan Sains 111, Kuala Lumpur: Sasmumi Bakti Sdn Bhd, hal. 28.
43
Op. cit, hal. 159.
44
Dr. Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik: Meneroka Kecermelangan Quran daripada Teropong
Sains, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd, cet. 3, hal. 212.
45
Ibid., hal. 211.
773
asid amino penting. Asid amino penting tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan
hanya diperolehi daripada makanan yang kita makan.46
PENJAGAAN TUMBUH-TUMBUHAN MENURUT HADITH
Tumbuh-tumbuhan merupakan lambang kekuasaan Allah s.w.t dan ia yang harus
diteliti oleh manusia agar manusia mengingati bahawa Allah s.w.t yang menciptakan
alam ini dan lebih menghargai alam semulajadi yang indah ini.47 Allah s.w.t berfirman
di dalam al-Quran, surah al-An`am, ayat 99:
“Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan
dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan
dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan
dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang
kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun
anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan
yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan
menjadi masak. Sungguh pada yang demikian itu ada tanda-tanda

ols
(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman”.48

To
Tumbuh-tumbuhan merupakan makhluk Allah s.w.t yang unik kerana ia
d
an
mempunyai satu ekosistemnya tersendiri. Sehingga ke hari ini, para penyelidik masih
er
mengkaji dan mempelajari mengenai dunia tumbuhan (dunia flora) dengan
rit

membahagi-bahagikan atau mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan mengikut jenis


W

berdasarkan sifatnya, cara pembiakan dan ekosistemnya.49


ee
Fr
ith

i. Galakkan Menanam Pokok


rw
ito

Tumbuh-tumbuhan sangat penting di dalam kehidupan manusia kerana ia


Ed

membekalkan oksigen kepada manusia untuk manusia bernafas.50 Jika tumbuh-


DF

tumbuhan di bumi semakin terancam dan akhirnya pupus, bagaimana pula manusia
lP

mendapatkan bekalan oksigen bagi bernafas? Ini kerana manusia bernafas kira-kira
Fil
PD

46
Masalah kepupusan haiwan ini mendapat tumpuan utama di mata masyarakat dunia. Oleh itu,
tertubuhlah Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Foundition) pada tahun 1961 bagi menangani
masalah ini. Pertubuhan ini telah memberi perhatian kepada kepupusan harimau, panda dan badak
sumbu. M. Z. Azmie (2008), Sopan Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, hal. 109.
46
Andrew Solway (2011), Teknologi Alam Sekitar, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad, cet. 1, hal. 36.Loh Suet Ling & Audrey M.A.L (2007), Complete Text & Guide Bilingual Science
Form 2, Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd, hal. 100.
47
Afzalur Rahman (2007), Ensiklopediana Ilmu Dalam al-Quran, Bandung: PT Mizan Pustaka, cet 2, hal.
189.
48
Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan,
Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 140.
49
Yusuf al-Hajj Ahmad (2012), Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al-Quran & Sunnah, Selangor: al-
Hidayah Publication, cet, 3, hal. 242.
50
Andi Hakim Nasoetion & Amini Nasoetion (1995), Matahari, Manusia Dan Makanan, Jakarta: Balai
Pustaka, hal. 76.
773
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

23000 kali dalam tempoh 24 jam.51 Oleh itu, Islam amat mengalakkan umatnya untuk
bercucuk tanam. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a:52

ُ‫يمةٌ إيَِّل َكا َن لَه‬


‫ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
َ ‫ع َزْر ًعا فَيَأْ ُك ُل مْنهُ طَْي ٌر أ َْو إنْ َسا ٌن أ َْو َِب‬
ُ ‫س َغْر ًسا أ َْو يَْزَر‬ ‫يٍ ي‬ ‫ي‬
ُ ‫َما م ْن ُم ْسلم يَ ْفر‬
ٌ‫ص َدقَة‬ ‫يي‬
َ ‫به‬
“Tidak ada seorang Muslim yang menanam tanaman atau menyemai
semaian lalu burung atau insan atau binatang berkaki empat
memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”.
Imam Ibnu Hajar53 dan Imam Nawawi54 berpendapat bahawa hadith ini
menunjukkan kelebihan bercucuk tanam dan bertani. Ibnu Hajar menyatakan
bahawa hadith ini juga menunjukkan kepada suruhan mengimarahkan bumi dengan
menanam tumbuh-tumbuhan. Si penanam mendapat pahala selagi mana
tanamannya dimakan walaupun si penanam tersebut telah meniggal dunia atau pun
tanaman tersebut telah dipindah milik kepada orang lain.55

ols
Tambahan dari Imam Nawawi, bahawa pahala dan ganjaran yang disebutkan di

To
dalam hadith ini dikhususkan kepada orang Islam. Menurutnya lagi, manusia

d
diberikan pahala ke atas apa yang telah dicuri dairpada hartanya atau apa yang
dimakan daripada tanamannya oleh haiwan, burung dan lain-lain haiwan.56Kesan an
er
daripada amalan ini, dapat memupuk sikap ihsan di dalam hati manusia terhadap
rit
W

makhluk lain serta dapat mengajar hati manusia supaya redha dengan dengan
ee

ketentuan Ilahi.
Fr
ith
rw

ii. Larangan Memusnahkan Tumbuh-Tumbuhan


ito

Di dalam kehidupan seharian, manusia amat bergantung kepada tumbuh-


Ed

tumbuhan sebagai sumber vitamin melalui pemakanan. Islam mengajar umatnya


DF

supaya mensyukuri nikmat tumbuhan dengan memeliharanya daripada diancam atau


lP

dimusnahkan.57 Allah s.w.t melarang manusia daripada merosakkan atau


Fil
PD

51
Abdul Aziz Salim Basyarahil (2005), Hikmah Dalam Humor Kisah Dan Pepatah: Jilid 1-6, Jakarta: Gema
Insani, cet. 1, hal. 180.
52
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tirmidhi iaitu pertama, Abi `Abd
Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa
Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Muzara`ah, bab (‫)فضل الزرع و الفرس إذا أُكل منه‬,
cet. 1, jld. 2, hal. 152, no. 2320. Kedua al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur,
Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Masafah, bab (‫)فضل الفرس والزرع‬, jld. 3, hal. 1189, no.
1553. Ketiga, al-Imam al-Hafiz Muhammad bin `Isa bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Riyadh:
Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Ahkam, bab (‫)ما جاء ِف فضل الفرس‬, hal. 327, no. 1382.
53
Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi
`Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab fi al-
Harth, bab (‫)فضل الزرع و الفرس إذا أُكل منه‬, jld. 5, hal. 5, no. 2320.
54
Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah, cet. 1,
Kitab al-Masafah wa al-Muzara`ah, bab (‫)فضل الفرس والزرع‬, jld. 10, hal. 213.
55
Op. cit.
56
Op. cit.
57
Norhibah binti Hasan Zawawi (1999), Konsep Islam Terhadap Pemuliharaan Alam Sekitar, Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, cet. 1, hal. 72.
773
memusnahkan tumbuh-tumbuhan, ini sepertimana firmanNya di dalam surah al-
Baqarah, ayat 205:
“Dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat
kerosakan di bumi, serta merosak tanam-tanaman dan ternakan,
sedang Allah tidak menyukai kerosakan”.58
Di dalam hadith Rasulullah s.a.w juga, terdapat larangan baginda s.a.w kepada
umatnya daripada merosakkan atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Hadith
tersebut mengisahkan bahawa Rasulullah s.a.w yang melarang umatnya daripada
memotong pokok bidara. Hadith ini diriwayatkan oleh `Abd Allah bin Hubshi r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda:59

‫ب اللَّهُ َرأْ َسهُ يِف النَّا ير‬ ‫ي‬


َ ‫ص َّو‬
َ ‫َم ْن قَطَ َع س ْد َرًة‬
“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah s.w.t akan
rendahkan kepalanya di dalam neraka”.

ols
Imam Abu Dawud di dalam Sunannya apabila ditanya mengenai maksud hadith

To
ini, beliau menyatakan:

d
“Hadith ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok
an
bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat
er
rit

berteduh orang bermusafir dan haiwan, maka Allah s.w.t rendahkan kepalanya di
W

dalam neraka.”60
ee
Fr

Pengarang kitab al-Nihayah menyatakan, ada yang berpendapat bahawa


ith

memotong pokok di tanah haram Mekah adalah haram, dan memotong pokok di
Madinah adalah dilarang kerana ia merupakan tempat berteduhnya manusia.61Hadith
rw

ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w memberi amaran kepada kita dan berdoa
ito
Ed

kepada Allah s.w.t supaya mengambil tindakan kepada si pemotong pokok bidara
kerana pokok merupakan tempat manusia dan haiwan berteduh. Perbuatan ini
DF

merupakan satu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan maka balasannya


lP

adalah neraka.62
Fil
PD

iii. Dibenarkan Memotong Pokok Atas Sebab Tertentu


Dalam konteks larangan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, umat Islam dilarang
menebangkan pokok terutama pokok yang berbuah yang memberikan manfaat
kepada manusia tanpa sebab yang munasabah kecuali di dalam waktu peperangan.

58
Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan,
Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 32.
59
Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif,
Kitab al-Adb, bab (‫)ِف قطع السدر‬, cet. 1, hal. 947, no. 5239.
60
Al-`Alamah al-Muhaddith al-Kabir al-Syaikh Khalil Ahmad al-Sahar Nafauri, Bazal al-Majhud fi Hal Abi
Dawud, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, kitab al-Adab, bab (‫)ِف قطع السدر‬, jld. 20, hal. 181, no. 5239.
61
Al-`Alamah Abi al-Taib Muhammad Sham al-Haq al-`Azim Abadi (1969), `Aun al-Ma`bud Sharh Sunan Abi
Dawud, Madinah: al-Maktabah al-Salafiyyah, bab al-Adab, bab (‫)ِف قطع السدر‬, cet.2, jld. 14, hal. 153, no. 5217.
62
Mohd. Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors, hal. 145.
773
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

Di dalam peperangan, kita dibolehkan memotong pokok-pokok yang terdapat di


ladang musuh.63 Dalam hal ini, Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Hashr, ayat 5:
“Apa yang kamu tebang di antara pohon kurma (milik orang-orang
kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya,
maka (itu terjadi) dengan izin Allah, dan kerana Dia hendak
memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik”.64
Ayat ini menunjukkan bahawa harus dipertimbangkan manfaat pokok kurma
yang berbuah sekiranya hendak memotongnya. Jika pokok-pokok yang dipotong itu
boleh dapat melemahkan musuh, maka hendaklah dipotong pokok tersebut. Tetapi
sekiranya ia tidak mendatangkan sebarang manfaat, maka tidak harus dipotong
pokok tersebut.65
Terdapat juga di dalam hadith Rasulullah s.a.w yang menunjukkan dibolehkan
memotong pokok. Antara hadith yang menunjukkan dibolehkan memotong pokok
sepertimana yang diriwayatkan oleh `Abd Allah r.a, beliau berkata:66

، " ُ‫ َوقَطَ َع َويه َي الْبُ َويْ َرة‬، ‫َّض يري‬ ‫ع ين النيَِّب صلى اهلل عليه وسلم " أَنَّه حَّر َق َُنْل ب يِّن الن ي‬

ols
ََ َ ُ ‫ي‬ َ

To
"‫ " ََها َن َعلَى َسَراةي بَيِّن لَُؤي َح يريق بيالبُ َويْ َرةي ُم ْستَ يط ُري‬:‫ول َح َّسا ُن‬
ُ ‫َوََهَا يَ ُق‬
d
an
er
Daripada Nabi s.a.w bahawa baginda menebang dan membakar pohon
rit

kurma milik bani Nadhir, iaitu kebun di daerah Buwairah. Hassan


W

berkata: Sungguh hina kaum keluarga bani Lu`ay kerana kebakaran di


ee

Buwairah merebak.
Fr
ith

Hadith di atas menunjukkan bahawa boleh dipotong atau ditebang pokok


rw

sekiranya terdapat keperluan dan kemaslahatan padanya. Hadith di atas adalah


ito

merujuk kepada bani Nadhir ketika berperang. Sekiranya dengan memotong pokok
Ed

tersebut dapat mengalahkan musuh, maka ia boleh dipotong. Tetapi di dalam hal ini,
DF

ulama` berselisih pendapat kerana mereka mengatakan bahawa yang dibolehkan


memotong pokok adalah pokok yang tidak berbuah dan semasa berperang.67
lP
Fil

Bersama hadith di atas, Imam Bukhari membawakan satu lagi hadith di dalam
PD

kitabnya. Menurut Ibnu Hajar, hadith ini merujuk kepada pembinaan masjid Nabawi,
iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a:68

63
Abdullah Salim (1988), Akhak Islam Membina Rumahtangga Dan Masyarakat, Selangor: Thinker`s
Library Sdn. Bhd, hal. 127.
64
Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan,
Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 546.
65
Dr. Lathifah Ibrahim Khadhar (2005), Ketika Barat Memfitnah Islam, Jakarta: Gema Insani, cet. 1, hal.
188.
66
Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith
Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Harth wa al-
Muzara`ah, bab (‫)قطع الشجر والنخل‬, jld. 2, hal. 154, no. 2326.
67
Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Imam Abi
`Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah, kitab fi al-
Harth, bab (‫)قطع الشجر والنخل‬, jld. 5, hal. 12, no. 2259.
68
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu pertama Abi `Abd Allah
Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa
733
‫ فَ ُق يط َع‬،‫َّخ يل‬ ‫أَمر رس ُ ي‬
ْ ‫ول اللَّه صلى اهلل عليه وسلم بيالن‬ ُ َ ََ
“Rasulullah s.a.w memerintahkan pokok kurma agar ditebang”.
Kesimpulan daripada kedua-dua hadith ini membuktikan bahawa dibolehkan
memotong atau menebang pokok kurma sekiranya terdapat keperluan padanya atau
untuk mengalahkan musuh di medan perang.69

HUBUNGAN PENJAGAAN TUMBUH-TUMBUHAN DARI PERSPEKTIF SAINS


Tumbuh-tumbuhan diciptakan oleh Allah sw.t demi kepentingan dan
kesejahteraan hidup manusia. Oleh yang demikian, manusia hendaklah menjaga
tumbuh-tumbuhan daripada terancam dan pupus bukan hanya sekadar kepentingan
manusia hari ini tetapi juga untuk generasi manusia masa depan.70 Allah s.w.t telah
pun memberi peringatan kepada manusia sepertimana firman-Nya di dalam surah al-
Mulk, ayat 16:

ols
“Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit akan

To
membuat kamu ditelan bumi ketika ia tergoncang”.71

d
an
Bagi melaksanakan perintah Allah s.w.t dalam menjaga tumbuh-tumbuhan
er
daripada terancam dan pupus, Rasulullah s.a.w telah menggariskan beberapa
rit

panduan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan daripada terancam dan pupus.


W
ee

1. Rasulullah s.a.w menggalakkan kita untuk menanam pokok.72


Fr

2. Rasulullah s.a.w melarang kita daripada merosakkan atau memusnahkan


ith

tumbuh-tumbuhan.73
rw
ito

3. Rasulullah s.a.w yang menunjukkan dibolehkan memotong pokok atas sebab


Ed

tertentu.74
DF
lP
Fil
PD

Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Harth wa al-Muzara`ah, bab ( ‫قطع الشجر‬
‫)والنخل‬, jld. 2, hal. 154. Kedua, Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih
Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,kitab al-Masajid wa Mawadhi` al-Solat, bab ( ‫ابتناء مسجد النِب صلى اهلل عليه‬
‫)وسلم‬, jld. 1, hal. 373, no. 524.
69
Op. cit.
70
Fachruddin M. Mangunjaya, Husain Heriyanto & Reza Gholami (2007), Menanam Sebelum Kiamat:
Islam, Ekologi Dan Gerakan Lingkungan Hidup, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, ed. 1, hal. 7.
71
Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan,
Selangor: Masar Enterprise, cet. 1, hal. 563.
72
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmidhi iaitu pertama, Abi `Abd Allah
Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith Raulullah s.a.w wa
Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Muzara`ah, bab (‫)فضل الزرع و الفرس إذا أُكل منه‬,
cet. 1, jld. 2, hal. 152, no. 2320. Kedua Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur,
Sahih Muslim, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, jld. 3, Kitab al-Masafah, bab (‫)فضل الفرس والزرع‬, hal. 1189, no.
1553. Ketiga, al-Imam al-Hafiz Muhammad bin `Isa bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Riyadh:
Maktabah al-Ma`arif, kitab al-Ahkam, bab (‫)ما جاء ِف فضل الفرس‬, hal. 327, no. 1382.
73
Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif,
Kitab al-Adb, bab (‫)ِف قطع السدر‬, cet. 1, hal. 947, no. 5239.

733
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

Kesemua larangan ini merujuk kepada penjagaan tumbuh-tumbuhan. Terdapat


hikmah di sebalik semua larangan ini dan ianya telah pun dibuktikan dengan satu
tragedi yang menggemparkan dan pertama kali terjadi dalam sejarah Malaysia iaitu
sebuah kondominium 12 tingkat yang berusia 14 tahun, Highland Towers, di Taman
Hillview, Ulu Kelang, yang terletak di lereng bukit telah tumbang pada hari sabtu, 11
November 1993, pada jam 1.35 tengah hari. Dalam tragedi yang menghayat hati ini,
hanya dua orang mangsa yang terselamat manakala yang lainnya mati. Dari tragedi
inilah masyarakat Malaysia baru sedar betapa pentingnya kehadiran tumbuh-
tumbuhan di bumi ini. 75
Timbul persoalan di sini, apakah kaitannya larangan Rasulullah s.a.w dengan
tragedi ini? Jawapan ini telah pun dirungkai oleh kajian sains. Tragedi keruntuhan
kondominium Highland Towers ini adalah berpunca daripada kejadian tanah runtuh
di lereng bukit tersebut.76
Kejadian tanah runtuh atau dikenali dengan runtuhan batu atau tanah secara
tiba-tiba merupakan fenomena semula jadi yang berlaku di kawasan tanah tinggi

ols
yang berkecerunan curam melebihi 450° terutamanya dikala hujan turun dengan

To
lebat. Akibat daripada pembangunan yang kian pesat membangun menyebabkan
kawasan ini turut dibangunkan untuk tujuan pembinaan lebuh raya, jalan raya,
d
petempatan dan juga tempat peranginan. Keadaan ini menyebabkan banyak an
er
tumbuh-tumbuhan ditebang dan tanah diratakan. Kesannya, kawasan tadahan air
rit

terganggu dan larian air permukaan menjadi semakin laju. Ketidakmampuan tanah
W

menyimpan dan menyerap air hujan yang berlebihan menyebabkan berlakunya tanah
ee

runtuh.77 Proses ini dikenali sebagai kesotan tanah.


Fr
ith

Kesotan (gelinciran) tanah (landslides) merupakan pergerakan tanih yang


rw

menuruni cerun secara perlahan disebabkan oleh kecerunan kawasan bukit yang
ito

semakin landai iaitu 2° sehingga 4°. Ini akan menyebabkan daya tarikan graviti
Ed

menjadi lemah. Kehadiran air hujan pula yang turun tanpa henti untuk tempoh yang
DF

lama akan menyebabkan air meresap ke permukaan tanih sehingga mencapai tahap
lP

tepu dan seterusnya melonggarkan lapisan tanih. Kandungan air yang tepu bertindak
Fil

sebagai bahan pelincir. Isipadu beban bergantung kepada sama ada proses luluhawa
PD

yang berlaku adalah pesat atau tidak di kawasan berkenaan.78


Penebangan hutan juga akan mendedahkan permukaan tanah kepada tindakan
hakisan air larian permukaan. Ketiadaan cengkaman akar tumbuh-tumbuhan dan
litupan pokok akan melemahkan struktur tanah. Cerun bukit yang terdedah, mudah

74
Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith
Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah, kitab al-Harth wa al-
Muzara`ah, bab (‫)قطع الشجر والنخل‬, jld. 2, hal. 154, no. 2326.
75
Antara tragedi lain yang pernah berlaku di Malaysia ialah kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
(15 Mei 1999 dan 6 Disember 2008), Hulu Langat (21 Mei 2011), kejadian banjir kilat, banjir lumpur dan
banyak lagi. Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn Bhd, cet. 1, hal. 137.
76
Ibid., hal. 138.
77
Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks & Rujukan
Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd, cet. 1, hal. 334.
78
Ibid., hal. 105.
732
mengalami hakisan tanah, kesotan tanah dan tanah runtuh semasa hujan lebat.79 Di
sinilah peranan tumbuh-tumbuhan amat penting bagi menguatkan struktur tanah.
Salah satu daripada fungsi tumbuh-tumbuhan adalah penyerap air dan mineral.
Air dari tanih akan masuk ke tumbuhan melalui hujung akar dan rerambut akar.
Dengan adanya rerambut akar menyebabkan kawasan penyerapan air menjadi luas.
Air yang diserap oleh rerambut akar akan menuju ke pembuluh kayu (xilem).
Pengangkutan air yang larut tersebut mengalir dari sel ke sel dengan horinzontal,
iaitu dari sel epidermis sehingga ke korteks dan endodermis sehingga ke pembuluh
kayu. Air yang sampai di pembuluh kayu akan disalurkan ke daun untuk dijadikan
bahan fotosintesis. Proses ini dinamakan osmosis.80
Di samping itu juga, pembinaan petempatan di cerun memerlukan penanaman
batang konkrit bagi mengukuhkan kestabilan bangunan. Dalam keadaan ini, batang
konkrit yang ditanam akan menyebabkan air meresap ke dalam tanih dengan lebih
mudah. Keadaan ini akan melemahkan struktur tanih apabila terlalu banyak digenang
air. Berat beban bangunan mungkin tidak mampu ditampung oleh tanih cerun yang

ols
akhirnya akan menyebabkan tanih mengalami kesotan secara perlahan-perlahan atau
runtuh secara tiba-tiba.81

To
d
Tanah runtuh ini juga memberikan kesan dan impak yang negatif kepada masa
an
akan datang kerana pokok-pokok baru menghadapi kesukaran untuk tumbuh di
er
rit

permukaan lapisan tanah yang tinggal serta haiwan akan kehilangan habitatnya.82
W

Daripada tragedi yang dahsyat ini telah membuka mata rakyat Malaysia
ee
Fr

mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Berbagai pendapat yang diberikan


ith

daripada tragedi ini yang menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sudah mulai
rw

sedar akan kepentingan alam sekitar. Dato` Ishak Hj Baharom, Mufti Selangor
berkata, “Bukit-Bukau dan gunung-ganang adalah pasak kepada bumi ini. Seboleh-
ito
Ed

bolehnya bukit dan gunung jangan diusik kerana apabila pasak diusik, kekuatannya
sudah tidak ada lagi.”83
DF
lP

Ketua Pengarang Berita Harian, A. Nazri Abdullah menulis dalam ruangan


Fil

komentarnya, “Kehidupan manusia diikat oleh tiga perhubungan iaitu hubungan


PD

dengan Allah, manusia dan alam. Seringkali manusia hanya mengutamakan aspek
manusia dalam projek pembangunan. Manusia mahu selesa dan bahagia untuk mereka,
sedangkan dalam proses ini mereka sebenarnya mengubah selesa dan bahagia
alam”.84Manakala Presiden FOMCA, Hamdan Adnan, semasa temuramah di TC3

79
Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, et. all (2009), Focus Ace PMR 2009: Geografi, Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn Bhd, hal. 396.
80
Saktiyono (2004), IPA Biologi SMP dan MTs Jilid 2, Indonesia: Penerbit Erlangga, hal. 144.
81
Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks & Rujukan
Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd, cet. 1, hal. 110-111.
82
David Moollcombe (1996), Misi Penyelamat Planet Bumi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, cet. 1,
Hal. 14.
83
Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd,
cet. 1, hal. 139.
84
Ibid.
737
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

memberitahu dengan tegas, “Kita mencederakan alam sekitar, sekarang alam sekitar
mencederakan kita kembali”.85
Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya untuk menanam pokok dan melarang
dengan keras umatnya daripada memotong pokok tanpa sebab yang munasabah.
Akan tetapi, Rasulullah s.a.w membenarkan umatnya untuk memotong pokok
sekiranya terdapat keperluan yang mendesak. Galakan dan larangan baginda ini
adalah merujuk kepada penjagaan pokok kerana pokok sangat penting dalm
kehidupan manusia. di samping menjadi sumber makanan kepada manusia dan
haiwan, pokok juga mempunyai kepentingan lain seperti pencengkam tanah
khususnya di tanah di kawasan cerun dan berbukit. Ketiadaan tanah di kawasan
cerun dan berbukit, akan menyebabkan kejadian tanah runtuh sepertimana yang
telah terjadi di Malaysia. Keadaan seperti ini akan mengganggu gugat kesejahteraan
manusia.
Kesemua benda yang ada di bumi ini mempunyai kewujudan dan kepentingan
sosialnya tersendiri. Ini dapat dibuktikan dengan hadith yang oleh `Abd Allah bin

ols
Mughaffal, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
‫َن الْ يك ََّلب أ َُّمةٌ يمن ْاألُم يم َألَمر ي‬

To
" ‫َس َوَد َِبيي ٍم‬ ‫ي‬
ْ ‫ فَاقْ تُلُوا مْن َها ُك َّل أ‬،‫ت بيَقْتل َها ُكلي َها‬
ُ َْ َ َ َ َّ ‫" لَْوَِل أ‬
d
an
“Seandainya anjing bukan termasuk umat dari berbagai umat (yang
er
rit

ada), pasti aku menyeruh kalian membunuhnya. Kerana itu, bunuhlah


W

anjing yang berwarna hitam pekat”.


ee
Fr

Hadith ini menunjukkan mengenai hakikat alam yang telah ditetapkan al-Quran,
ith

iaitu semua makhluk hidup termasuklah yang tidak berakal memiliki peranannya
rw

tersendiri yang berbeza antara satu sama lain. Dari sini, wujudnya hubungan antara
sesama makhluk.86Abu Sulaiman al-Khitabi berpendapat bahawa hadith ini
ito
Ed

menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak suka akan kemusnahan dan kepupusan sesuatu
umat. Ini kerana, di sebalik kesemua ciptaan Allah s.w.t terdapat hikmahnya
DF

tersendiri.87
lP
Fil
PD

KESIMPULAN
Empat belas abad yang silam sebelum sains moden menyedari kepentingan alam
sekitar kepada manusia dan kaedah menjaganya, Rasulullah s.a.w sudah pun
menyatakannya di dalam hadith. Pada zaman Rasulullah s.a.w, tidak terdapat satu
pun peralatan yang canggih dan moden untuk mengkaji alam sebagaimana yang
digunakan oleh saintis pada masa kini, tetapi bagaimana baginda s.a.w boleh
mengetahuinya. Ini menunjukkan bahawa agama Islam merupakan agama yang
benar.
Jelaslah di sini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap penjagaan alam
sekitar. Tanggungjawab setiap muslim dalam menjaga alam sekitar adalah wajib dan
haram hukumnya sekiranya seorang muslim merosakkan alam sekitar. Alam ini

85
Ibid.
86
Ibid., hal. 185.
87
Ibid., hal. 186.
733
diciptakan oleh Allah s.w.t sebagai kemudahan kepada manusia dalam melunaskan
tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi Allah s.w.t. Sebagai khalifah,
manusia mempunyai tiga tanggungjawab yang perlu digalas iaitu memastikan
perhubungan manusia dengan Tuhan, perhubungan manusia sesama manusia dan
perhubungan manusia dengan alam sejagat ditunaikan dengan baik dan penuh teliti.
Oleh itu, Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w bagi mengajar dan
membimbing manusia untuk menjaga ketiga-tiga hubungan tersebut.
Mutiara-mutiara yang bernilai tinggi terletak di dasar lautan yang dalam, susah
untuk dilihat dari daratan. Bagi mendapatkannya, manusia haruslah berusaha
menyelam ke dasar lautan bagi memperolehi mutiara tersebut. Mutiara yang
dimaksudkan itu adalah hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang merupakan khazanah
yang tidak ada tolak banding nilainya.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Salim Basyarahil (2005), Hikmah Dalam Humor Kisah Dan Pepatah: Jilid 1-6, Jakarta:
Gema Insani

ols
Abdullah Salim (1988), Akhak Islam Membina Rumahtangga Dan Masyarakat, Selangor:

To
Thinker`s Library Sdn. Bhd
Abi `Abd Allah Muhummad bin Isma`il al-Bukhari (1979), Al-Jami` al-Sahih al-Musnad min Hadith

d
an
Raulullah s.a.w wa Sunanih wa Ayyamih, Kaherah: al-Maktabah al-Salafiyyah
er
Abi Dawud Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajastani (1988), Sunan Abi Dawud, Riyadh: Maktabah al-
rit

Ma`arif
W

Afzalur Rahman (2007), Ensiklopediana Ilmu Dalam al-Quran, Bandung: PT Mizan Pustaka
ee

Al-`Alamah Abi al-Taib Muhammad Sham al-Haq al-`Azim Abadi (1969), `Aun al-Ma`bud Sharh
Fr

Sunan Abi Dawud, Madinah: al-Maktabah al-Salafiyyah


ith

Al-`Alamah al-Muhaddith al-Kabir al-Syaikh Khalil Ahmad al-Sahar Nafauri, Bazal al-Majhud fi
rw

Hal Abi Dawud, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah


ito

Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi al-Naisabur, Sahih Muslim, Beirut: Dar al-
Ed

Kutub al-`Ilmiyyah.
DF

Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-
Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik
lP

Fahd al-Wataniyyah
Fil

Al-Imam al-Hafiz Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (2001), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-
PD

Imam Abi `Abd Allah Muhammad bin Isma`il al-Bukhari, Riyadh: Maktabah al-Malik
Fahd al-Wataniyyah
Al-Imam al-Hafiz Muhammad bin `Isa bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Riyadh:
Maktabah al-Ma`arif
Al-Imam al-Nawawi (1969), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Riyadh: al-Matba`ah al-Mesriyyah
Andi Hakim Nasoetion & Amini Nasoetion (1995), Matahari, Manusia Dan Makanan, Jakarta:
Balai Pustaka
Andrew Solway (2011), Teknologi Alam Sekitar, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad
David Moollcombe (1996), Misi Penyelamat Planet Bumi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn
Bhd
Dr. Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik: Meneroka Kecermelangan Quran daripada
Teropong Sains, Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd
Dr. Lathifah Ibrahim Khadhar (2005), Ketika Barat Memfitnah Islam, Jakarta: Gema Insani
Fachruddin M. Mangunjaya, Husain Heriyanto & Reza Gholami (2007), Menanam Sebelum
Kiamat: Islam, Ekologi Dan Gerakan Lingkungan Hidup, Jakarta: Yayasan Obor
Indonesia

733
SUNNAH NABAWIAH: SURVIVAL DAN CABARAN

Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, et. all (2009), Focus Ace PMR 2009: Geografi, Selangor:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Loh Suet Ling & Audrey M.A.L (2007), Complete Text & Guide Bilingual Science Form 2,
Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
M. Z. Azmie (2008), Sopan Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
Mohd. Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors
Norhibah binti Hasan Zawawi (1999), Konsep Islam Terhadap Pemuliharaan Alam Sekitar, Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn
Bhd
Razzi Armansur (2008), Dunia Itu Penuh Wang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn
Bhd
Rosmah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie (2007), Geografi Fizikal: Teks &
Rujukan Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd
Saktiyono (2004), IPA Biologi SMP dan MTs Jilid 2, Indonesia: Penerbit Erlangga
Ust. Saif Abidurrabby (2010), Mushaf al-Manar: Al-Qur`an Terjemahan Dan Terjemahan

ols
Perkataan, Selangor: Masar Enterprise

To
Yusuf al-Hajj Ahmad (2012), Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al-Quran & Sunnah,

d
Selangor: al-Hidayah Publication
an
er
rit
W


ee


Fr
ith


rw
ito
Ed
DF
lP
Fil
PD

733

Anda mungkin juga menyukai