Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM SENTUHAN KASIH

Pada 12 September 2015 berdasarkan tentatif program sekitar jam 8 pagi hingga 5 petang ini
telah dijalankan satu Program Sentuhan Kasih khidmat kemasyarakatan dan memberi
sumbangan di Rumah Kanak-Kanak Kuching, Batu 12 Jalan Kuching Serian. Seramai 9 orang
ahli terbabit dalam program khidmat masyarakat ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar
Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Universiti Utara
Malaysia Pusat Kuching, 6 orang kakitangan Rumah Kanak-Kanak Kuching dan 62 orang
kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga 12 tahun.

Program ini adalah hasil bimbingan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku
penyelaras program Sentuhan Kasih iaitu Encik Yusman Yacob dan diketuai oleh pelajar PJJ
UUM yang terlibat iaitu saudara Nabil Fiqri Bin Abdul Wahab. Program ini dirancang untuk
melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan sesuatu
projek dan mengaplikasikan ilmu kepimpinan yang dipelajari serta menabur bakti kepada
masyarakat setempat. Projek ini dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan kursus
kokurikulum Khidmat Masyarakat IV bagi semester Julai 2015/2016.

Program ini juga menyarankan satu bentuk khidmat bakti, sokongan sosial dan derma kepada
badan kebajikan. Melalui program ini pelajar akan dapat mengadaptasi secara langsung
objektif kursus ini iaitu, memupuk semangat cinta kasih dan memahami konsep ilmu
kemasyarakatan, menyemai semangat membantu ahli masyarakat di dalam pembangunan
mental dan fizikal, menampilkan semangat kerjasama, kreatif, inovatif, sabar serta setia
kawan melalui landasan teori dan pengalaman dan memupuk semangat kerjasama di kalangan
ahli kumpulan dengan menggabungkan ilmu pengetahuan dan tenaga untuk merancang serta
menjalankan sesuatu projek.

Matlamat Umum adalah memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman
tentang kepentingan pertolongan sosial terhadap golongan yang memerlukan, dapat membina
ketahanan dan jati diri yang tinggi dari segi emosi, fizikal, mental dan rohani para peserta atau
ahli. Melahirkan masyarakat yang bermaklumat tentang golongan yang terpinggir ini tidak
tertumpu kepada satu kelompok sahaja tetapi mempunyai tanggungjawab dan kebajikan
dengan cara cuba mendekati dan memahami golongan tersebut dan menjadikan ahli keluarga
sebagai role model yang baik antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga dan kepada
keluarga dan individu yang lain.

Manakala bagi matlamat pelaksanaan kumpulan sasaran iaitu golongan kanak-kanak di


Rumah Kanak-Kanak Kuching yang terdiri daripada 53 orang murid Sekolah Rendah dan 9
orang murid Pra Sekolah. Bagi meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak ini supaya tidak
rasa terpinggir dan masyarakat diluar sana masih mengambil berat dan sudi berkongsi kasih
sayang bersama mereka, memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam penglibatan
bersama masyarakat dalam aktiviti atau program khidmat masyarakat dan mengeratkan
silaturrahim dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira jurang atau taraf.

Di samping itu, kumpulan sasaran kedua pelajar-pelajar Pengajian Jarak Jauh UUM, Pusat
Kuching ini adalah jabatan kerajaan dan swasta dalam memberi pendedahan kepada pelajar
tentang proses menolong dalam kumpulan sokong bantu kepada masyarakat, meningkatkan
kerjasama bersepadu dan berpasukan dalam menyalurkan perkhidmatan yang mampu
diberikan kepada golongan sasaran dan menerapkan nilai-nilai murni dan baik serta positif
dalam sanubari setiap insan tentang kepentingan menolong kepada semua golongan yang

memerlukan dan kerja kumpulan adalah lebih baik kerana tenaga yang dicurahkan begitu
besar.
Manakala matlamat teknikal pelajar PJJ ini adalah mengetahui secara jelas tentang
pelaksanaan program ini banyak mendedahkan kepentingan semangat tolong menolong,
bekerjasama dan bimbingan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan khidmat
masyarakat dan memberi pendedahan dan kefahaman tentang proses menolong golongan
sasaran supaya mereka tidak dipinggirkan dan disisihkan untuk menjalani kehidupan harian
dengan sempurna. Di samping itu, kepentingan projek kepada masyarakat dan pelajar adalah
memupuk semangat kerjasama dan bertoleransi dalam kalangan peserta, mengenal pasti
kebolehan diri dalam merancang masa depan masing-masing, merupakan peluang kepada
mereka yang melibatkan diri untuk menabur bakti dan menyemai budi dalam program
kemasyarakatan dan sekalugus menjana etika dan minat yang mendalam berkaitan masyarakat
dan perhubungan sesama ahli masyarakat bagi memudahkan perlaksanaan tanggungjawab
social dan kebajikan demi manfaat masyarakat.

Sejarah penubuhan Rumah Kanak-kanak Kuching dibina pada tahun 2002 dan telah siap
sepenuhnya pada tahun 2003. Mempunyai keluasan 9.83 hektar dan berfungsi menjadi satu
tempat yang telah diwartakan satu tempat selamat kepada kumpulan kanak-kanak dibawah 18
tahun yang memerlukan penjagaan dan perlindungan. Kemasukan ke rumah kanak-kanak
adalah sebagai langkah terakhir. Penempatan ke rumah kanak-kanak adalah bagi satu tempoh
sementara sehingga keluarga kandung kanak-kanak bersedia menerimanya atau sehingga
Pegawai Kebajikan Masyarakat berjaya mencari keluarga angkat / pelihara yang sesuai. Pada
masa kini terdapat 92 orang kanak-kanak dari lingkungan umur 1 tahun sehingga 16 tahun
dan 52 orang kakitangan yang bertugas di rumah kanak-kanak kuching.

Objektif Rumah Kanak-Kanak adalah institusi tempat selamat bagi pemeliharaan dan
perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001.
Objektif penubuhan adalah untuk member jagaan gantian kepada kanak-kanak disamping
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam
suasana kekeluargaan yang harmoni. Selain itu, RKK bertujuan untuk mencegah dan
mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan,
perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh. Manakala visi dan misi penubuhan Rumah
Kanak-Kanak (RKK) bertujuan untuk memberi perlindungan dan pemeliharaan yang
menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan emosi yang sihat secara holistik kepada
kanak- kanak yang berada di RKK.

Bagi mencapai visi di atas, misi RKK mestilah

mewujudkan persekitaran yang mesra kanak-kanak iaitu suasana yang kondusif/terancang dan
selamat untuk perkembangan, perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.

Situasi semasa, setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari
keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan
menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah
masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan
pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan
mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.
Menurut Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan (WHO), penderaan kanak-kanak
merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan
pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial yang
merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian
atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah
menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi 'survival', perkembangan

atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab,
kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanakkanak.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited untuk memastikan kebajikan kanak-kanak di
bawah Rumah Kanak-Kanak dijaga dengan baik selaras dengan fungsi Rumak Kanak-Kanak
yang memberikan perlindungan dan pemeliharaan kepada kanak-kanak yang berada di Rumah
Kanak-Kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga komited untuk memastikan kanak-kanak
di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak mendapat perlindungan dan pemeliharaan yang terbaik
serta membantu perkembangan menyeluruh untuk tumbesaran kanak-kanak dalam suasana
yang merangsang pembangunan individu cemerlang. Rumah Kanak-Kanak akan memastikan
semua kanak-kanak, tanpa mengira umur, budaya, bangsa, kecacatan, gender, bahasa dan
agama mempunyai hak untuk dilindungi daripada penderaan atau sebarang bentuk unsure
penderaan sepanjang berada di Rumah Kanak-Kanak.

Rumah Kanak-Kanak akan memastikan semua bentuk tuduhan atau pengaduan melibatkan
kes penderaan atau sebarang kes yang mengandungi kebarangkalian unsur-unsur penderaan
diberi perhatian dan diambil tindakan segera dan bersesuaian. Rumah Kanak-Kanak komited
untuk melaksanakan dan memelihara hak kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak seperti
yang termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001), Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak (CRC), Peraturan-Peraturan Tempat Selamat 2006, Akta Pusa Jagaan 1993 dan
Akta TASKA 1984 di RKK.

Keperluan untuk perubahan kanak-kanak ini merupakan modal insan penting kepada negara.
Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran
yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada

pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah
diberi keutamaan.

Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap
agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanakkanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan
prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

Dalam program Sentuhan Kasih beberapa aktiviti telah dijalankan seperti senaman Aero
Combats yang dikendalikan oleh salah sorang pelajar terlibat iaitu saudara Muhammad Quazy
Razali, ianya adalah senaman gabungan tarian moden dan seni beladiri mengikut tempo
muzik. Senaman ini juga adalah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan
paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses
penurunan berat badan. Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik
yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan
menghilangkan bosan, mampu memberikan individu lebih banyak variasi meningkatkan
kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan, meningkatkan
tenaga dan stamina untuk melakukan tugasan harian, mempertingkatkan kawalan glukosa dan
menguatkan tulang serta sistemnya.

Acara Sukaneka pula yang diadakan adalah seperti cari gula dalam tepung, tiup belon, bola
ping pong dan musical chair. Matlamat permainan sukaneka ini diadakan adalah untuk
memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta.
Selain itu, permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di

kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga
secara tidak langsung dapat menjadikan kanak kanak tersebut aktif dan seronok
menjalankan aktiviti yang menarik dan lebih produktif pada hari tersebut.

Disamping itu, pengetahuan am dari Unit Siasatan Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) bahagian Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuching turut memberi
taklimat Anjing Pengesan Dadah (K9). Masalah dadah merupakan musuh utama negara,
terutamanya kepada remaja yang menjadi aset modal insan. Dadah juga adalah musuh utama
kepada setiap ahli masyarakat yang inginkan keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia
ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi pendedahan kepada
penghuni

Rumah

Kanak-Kanak

dalam

semua

aspek

berkenaan

pembanterasan

penyalahgunaan dadah. Menyedari tanggungjawab tersebut, kita juga akan mengdakan


Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah dengan kerjasama daripada Jabatan Siasatan Jenayah,
IPK Sarawak, bertempat di tempat parkir Rumah Kanak-Kanak.

Melalui program khidmat masyarakat ini, para pelajar PJJ dapat mencurahkan kemahiran dan
menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari di Universiti Utara Malaysia kepada
masyarakat umum dengan adanya kerjasama semua pihak yang terlibat. Dengan adanya
kerjasama semua pihak yang terlibat, besarlah harapan kami agar program ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Semoga program seumpama ini dapat memberi
manfaat dan faedah yang berguna serta sokongan moral kepada penghuni Rumah Kanakkanak Kuching.

Anda mungkin juga menyukai