Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
“Seronoknya Baca Al-Quran”

Usaha untuk membugarkan generasi muda yang menguasai Al-Quran merupakan satu
aspirasi penting ketika ini. Dalam mendepani cabaran masakini yang seolah-olah bergelut
dengan krisis sosial dan keruntuhan moral, adalah wajar bagi semua pihak memastikan
generasi muda diberikan bekalan ilmu yang mencukupi. Antara usaha yang perlu
dilaksanakan ialah mendekatkan generasi muda dengan keindahan ilmu Al-Quran secara
holistik. Yusoff (2008), menyatakan bahawa Al-Quran adalah pencetus kepada
pembentukan perilaku insan yang kukuh sekiranya dikendalikan dengan pengisian yang
menarik dan mudah untuk dicapai. Ironinya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) melalui Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah melaksanakan pelbagai usaha
dalam memupuk penguasaan dan penghayatan Al-Quran, contohnya kandungan bidang
Al-Quran di dalam silibus Pendidikan Islam, program Tasmik dan banyak lagi. Walau
bagaimanapun, masih timbul isu murid yang masih tidak boleh membaca Al-Quran dan
memberikan beban kepada guru-guru Pendidikan Islam di sekolah menengah. Justeru,
pelbagai usaha alternatif perlu dilaksanakan bagi menangani isu ini secara optimis.

2.0 SINOPSIS PROGRAM

“Program Celik Al-Quran” ini merupakan program yang memberikan tumpuan


kepada usaha meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dalam kalangan murid
yang masih belum boleh membaca Al-Quran dengan baik. Program ini akan
memberikan pendedahan secara asas dan mudah kepada murid-murid yang terlibat
tentang kaedah membaca Al-Quran dengan baik. Setiap murid yang terlibat akan
dikelompokkan kepada beberapa kumpulan kecil (lingkungan 2 orang) dan akan
dibimbing oleh seorang fasilitator. Murid akan menggunakan modul Iqra yang
diringkaskan agar dapat dilaksanakan dengan pantas. Apatah lagi program yang
dijalankan sebanyak tiga fasa ini akan mengambil masa tiga hari bagi setiap sesi.
Fasilitator akan membimbing secara tersusun dan menggunakan borang semakan yang
akan disediakan kelak.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini, amatlah diharapkan beberapa objektif dapat dicapai, iaitu :
3.1 Memastikan murid boleh menguasai secara minimum kemahiran membaca Al-Quran.
3.2 Memantapkan kemahiran membaca Al-Quran sedia ada agar lebih baik.
3.3 Murid boleh mengenal setiap huruf, tanda dan hukum asas di dalam Al-Quran.
3.4 Setiap ringgit yang dibelanjakan untuk program ini mendatangkan manfaat.

4.0 PERINCIAN ITEM PENTING DALAM PROGRAM

4.1 Nama Program

4.1.1 Program Celik Al-Quran Peringkat SK Kerambit 2023


4.2 Tarikh Pelaksanaan
Program ini dilaksanakan dalam tiga fasa :

4.2.1 Fasa 1 : 22 September 2023 (Jumaat)


4.2.2 Fasa 2 : 27 September 2023 (Rabu)
4.2.3 Fasa 3 : 06 Oktober 2023 (Jumaat)

4.3 Masa
4.3.1 Program ini akan dilaksanakaan mengikut ketetapan berikut:
4.3.1.1 Sesi pagi :8.00 pagi hingga 10.00 pagi

4.3 Tempat

4.4.1 Surau SK Kerambit

4.5 Anjuran
4.5.1 Panitia Pendidikan Islam SK Kerambit
4.5.2 Panitia Bahasa Arab SK Kerambit

4.6 Rasional Pemilihan Tema


“Seronoknya Baca Al-Quran”
Rasional : Tema adalah antara komponen serius yang boleh menarik perhatian kumpulan
sasaran. Tema ini dipilih untuk memberikan gambaran baik kepada murid bahawa
dengan mempelajari Al-Quran, mereka akan berasa seronok dengan pendekatan
bimbingan yang diajarkan oleh fasilitator.
4.7 Kumpulan Sasaran
4.7.1 Seramai 10 orang murid tahun 6 yang masih belum mencapai Iqra 4 (pencapaian
minimum)
4.8 Jumlah fasilitator
4.8.1 Jumlah fasilitator yang terlibat dalam program ini dianggarkan seramai 7 orang.
4.8.2 Fasilitator adalah dari kalangan guru sekolah.

4.8 Pengisian yang dicadangkan


4.8.1 Sesi pecah bedungan / agihan kumpulan
4.8.2 Bimbingan bacaan secara halaqah
4.8.4 Sesi penilaian program (Post-mortem)

5.0 JAWANTANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

5.0.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat Ustaz Hamzah bin Mat Jusoh


(Guru Besar)

Pengerusi Encik Afizin bin Pahmin


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 Encik Zaharuddin bin Abdullah


(Penolong Kanan Hal Ehwal)

Naib Pengerusi 2 Pn. Rohaiza binti Abdul Rahman


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha Ustazah Nor Ashikin binti Che Ahmad Ustazah Nor Ashikin
(Ketua Panitia Pendidikan Islam )

Bendahari Ustazah Nor Hidayah binti Kamaruzaman


(Guru Pendidikan Islam)
6.0 SENARAI NAMA FASILITATOR

6.1.1 Ustaz Mohd Badruddin bin Ab Patah

6.1.2 Ustaz Abu Bakar bin Amin Nollah

6.1.3 Ustaz Muhammad Aliff Haiqal bin Rahmad

6.1.4 Ustaz Muhammad Fadhlan bin Mohd Saiful Bahari

6.1.5 Ustazah Nor Ashikin binti Che Ahmad

6.1.6 Ustazah Hidayah binti Kamaruzaman

6.1.7 Ustazah Syahira binti Jabaruddin

7.0 SENARAI NAMA PESERTA

Bil Fasilitatur Peserta

1. Ustaz Mohd Badruddin bin AB Patah 1.Muhammad Aidit Rayyan bin Abdullah
2. Muhammad Ammar Fitri bin Mohd Khairil Azmil
2. Ustaz Abu Bakar bin Amin Nollah 1.Muhammad Nazirul Ikhwan bin Che Lateh
2.Fadlil Wafi bin Mohd Zaki
3. Ustaz Muhammad Aliff Haiqal bin Rahmad 1.Muhammad Darwish Akmal bin Mohd Nawi
2.Azfar Aufa bin Khairul Irwan
4. Ustaz Muhammad Fadhlan bin Mohd Saiful 1.Nik Ahmad Areez Afsyar bin Nik Ahmad Afiq Afnan
Bahari 2. Muhammad Hafiff Hazla bin Mohd Zaiful

5. Ustazah Nor Ashikin binti Che Ahmad 1.Nur Alysa Azwani binti Azman
2.Muhammad Tajuriddin bin Jamaluddin
6. Ustazah Hidayah binti Kamaruzaman 1.Muhammad Nur Hairul Azreen bin Azfar
2.Rafiqah binti Mat Khairudin
7. Ustazah Syahira binti Jabaruddin 1.Nur Qaseh binti Norazmi
2.Nurulain Husna Damia binti Hailreman
7.0 PENUTUP

Sesungguhnya usaha murni ini dilihat sebagai mekanisme yang memberikan langkah
konseseus bagi memastikan murid-murid yang menjadi sasaran dalam program ini
berupaya memantapkan penguasaan Al-Quran mereka sekurang-kurangnya pada tahap
minimum. Semoga Allah memberikan rahmat, kemudahan dan imbalan mulia kepada
semua pihak yang terlibat. Jazakallahu Khairan Khatiran.

ANGGARAN BELANJAWAN (HADIAH & ALATAN)


PROGRAM CELIK AL-QURAN 2023
PERINGKAT SK KERAMBIT.

Bil. Item / Perkara Kuantiti / Harga Seunit Jumlah (RM)

1 Makan pagi 14 orangx RM5.00X3 RM210

JUMLAH KESELURUHAN RM210 .00

Disediakan oleh,

................................................................
(NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Kerambit

Disemak oleh,

.......................................................
(AFIZIN BIN AHMAD PAHMIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Kerambit.

Disahkan oleh,

...................................................
(HAMZAH BIN MAT JUSOH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kerambit.

Anda mungkin juga menyukai