Anda di halaman 1dari 18

ULASAN BUKU

(INDIVIDU)
KEMAHIRAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH
IPTA MALAYSIA

KOD KURSUS

: SME 6044

NAMA KURSUS

: ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

SEMESTER

: SEPTEMBER 2015

NAMA PENSYARAH : PN. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT RAJA MAMOR SHAH

NAMA PELAJAR

NO MATRIK

FATIN NOR HANANI BINTI HARUN

M20151000751

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

ISI KANDUNGAN
1.0

PENDAHULUAN ................................................................................................................. 2

2.0

BAB I : Pengenalan ............................................................................................................... 2

3.0

BAB II: Penguasaan Kemahiran ICT Guru-guru Pelatih di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) di Malaysia ............................................................................................................................ 4


4.0

BAB III: Tahap Pengetahuan Penggunaan ICT Guru-guru Pelatih IPTA................................. 5

5.0

BAB IV: Tahap Kemahiran Penggunaan ICT Guru Pelatih IPTA ........................................... 6

6.0

BAB V: Minat Guru Pelatih dalam Teknologi Komunikasi dan Informasi .............................. 7

7.0

BAB VI: Sikap Guru Pelatih Terhadap Penggunaan ICT di dalam Pengajaran Pembelajaran .. 7

8.0

BAB VII : Tahap Penggunaan ICT di Sekolah di Kalangan Guru Pelatih ................................ 8

9.0

BAB VIII : Keberkesanan Kendiri Guru Pelatih IPTA Terhadap Penggunaan ICT.................. 9

10.0

BAB IX: Kebolehcapaian Kemudahan ICT kepada Guru Pelatih .......................................... 10

11.0

BAB X: Penguasaan ICT di Kalangan Guru Pelatih IPTA: Suatu Perbandingan ................... 11

12.0

BAB XI: Model Kemahiran ICT Guru Pelatih IPTA di Malaysia.......................................... 12

13.0

Rumusan Buku .................................................................................................................... 13

14.0

Cadangan atau Pandangan .................................................................................................... 14

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

1.0

M20151000751
ULASAN BUKU

PENDAHULUAN

Buku berjudul Kemahiran ICT di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia ini di merupakan satu
usaha kolaboratif kerana buku ini adalah hasil laporan-laporan kajian yang disatukan dalan satu kajian
penyelidikan ke dalam bentuk buku. Buku ini diterbitkan oleh Arah Pendidikan Sdn Bhd pada tahun
2008. Editor utama bagi buku ini ialah Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali
Ibrahim, dan Rahmad Sukor Ab Samad.
Buku ini mempunyai 161 muka surat dan mengandungi 11 bab iaitu :
i.

Pengenalan

ii.

Penguasaan Kemahiran ICT Guru-guru Pelatih di Institusi Pengajan Tinggi Awam (IPTA) di
Malaysia

iii.

Tahap Pengetahuan Penggunaan ICT Guru-guru Pelatih IPTA

iv.

Tahap Kemahiran Penggunaan ICT Guru-guru Pelatih IPTA

v.

Minat Guru Pelatih dalam ICT

vi.

Sikap Guru Pelatih Terhadap Penggunaan ICT di dalam Pengajaran Pembelajaran

vii.

Tahap Penggunaan ICT di Sekolah di Kalangan Guru Pelatih

viii.

Keberkesanan Kendiri Guru Pelatih Terhadap Penggunaan ICT

ix.

Kebolehcapaian Kemudahan ICT kepada Guru Pelatih di IPTA

x.

Penguasaan ICT di kalangan Guru Pelatih IPTA: Suatu Perbandingan dan Model Kemahiran
ICT Guru Pelath di Malaysia

xi.

Model Kemahiran ICT guru Pelatih di Malaysia

Melalui bab-bab dalam buku ini, beberapa aspek telah menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini
iaitu aspek pengetahuan, kemahiran, minat, sikap, tahap penggunaan, keberkesanan kendiri,
kemudahan dan kebolehcapaian terhadap ICT.
2.0

BAB I : Pengenalan

Bab Pengenalan dikarang oleh Zainudin Abu Bakar, Muhammmad Rashid Rajuddin, Mohd Ali
Ibrahim, Nur Husna Abd Wahid dan Zainudin Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor. Bab ini membincangkan mengenai informasi secara umum mengenai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT).
ICT bermaksud peralatan telekomunikasi yang digunakan untuk memperoleh maklumat dengan lebih
luas seperti melalui telefon, internet, komputer, teknologi satelit dan lain-lain komunikasi. Melalui
peralatan ICT segala maklumat boleh dicapai, diperolehi, disimpan, dimanipulasi dan disampaikan
sesama kita. Oleh itu, penggunaan ICT amat penting kepada masyarakat terutama warga pendidik
kerana ianya dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

Menurut Gallo dan Houton (1995), peranan guru masa kini mengalami transfornasi dari seorang
pembawa dan penyampai kepada seorang pengurus, jurulatih dan fasilitator. Selain itu, dalam proses
P&P pada asasnya memerlukan seorang guru yang berkemahiran mengaplikasikan pelbagai media
dalam pengajarannya sebagai media pengajaran (instructional media) ke arah memudahkan
pemahaman di kalangan pelajar dalam proses menjelaskan sesuatu konsep pembelajaran secara lebih
berkesan (Ismail, 2002).
Namun begitu, penyelidik mendapati terdapat permasalahan dalam penggunaan ICT di kalangan guru.
Masalah ini turut dilaporkan dalam Laporan Pemantauan Kolaboratif Perlaksanaan Projek Rintis
Sekolah Bestari (2002), mendapati guru-guru yang telah mengikuti kursus ICT masih kurang memberi
penekanan kepada aspek-aspek seperti integrasi kemahiran generik, pembelajaran akses kendiri, kadar
kendiri dan terarah kendiri, pelbaga kecerdasab dan gaya P&P berbantukan teknologi perkembangan
potensi individu serta penguasaan ICT dalam P&P masih berada ditahap rendah.
Oleh itu, penyelidik-penyelidik menfokuskan kepada beberapa aspek yang terkandung dalam model
kemahiran ICT guru-guru pelatih institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Seramai 2303
orang guru-guru pelatih dipilih secara rawak berstrata menjadi responden kajian. Kumpulan pelajar
atau guru pelatih ini terdiri daripada pelajar dari semester 5, 6, 7 dan 8 dalam pengajian. Data-data
dikumpul dan dianalisis berdasarkan kepada dimensi model kemahiran ICT guru pelatih yang dibina
bersama-sama wakil IPTA. Aspek-aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah:
i.

Tahap pengetahuan dan kemahiran ICT guru pelatih

ii.

Tahap minat guru pelatih di IPTA terhadap ICT

iii.

Tahap sikap guru pelatih di IPTA terhadap ICT

iv.

Tahap penggunaan ICT di IPTA oleh guru pelatih

v.

Tahap keberkesanan kendiri guru pelatih terhadap penggunaan ICT

vi.

Tahap kebolehcapaian kemudian ICT di IPTA

Kajian ini mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan. Analisis min telah digunakan untuk
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan bagi memudahkan analisis perbandingan
antara universiti yang terlibat.
Lokasi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) responden yang terlibat dalam kajian ini ialah :
i.

Universiti Teknolgi Malaysia (UTM)

ii.

Universiti Tun Hussien Malaysia (UTHM)

iii.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

iv.

Universiti Putra Malaysia (UPM)

v.

Universiti Malaya (UM)

vi.

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

vii.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

viii.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

ix.

Universiti Sains Malaysia (USM)

x.

Universiti Utara Malaysia (UUM)

xi.

Universiti Malaysia Sabah (UMS

3.0

M20151000751
ULASAN BUKU

BAB II: Penguasaan Kemahiran ICT Guru-guru Pelatih di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) di Malaysia

Bab II membincangkan mengenai aspek penguasaan Kemahiran ICT guru-guru pelatih di IPTA
Malaysia. Penyelidik-penyelidik yang menyelidik aspek ini dari UTM, terdiri daripada Zainudin Abu
Bakar, Muhamad Rashid Rajuddin, Mohd Ali Ibrahim, Nur Husna Abdul Wahid dan Zainuddin
Hassan. Fokus bab ini mengenai tahap pengetahuan ICT guru pelatih dan diukur berdasarkan data
yang telah dikumpul. Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah :
A. Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam Pendidikan

Tanpa pengetahuan yang baik dan jelas berkenaan dengan komputer dapat memastikan
penggunaan ICT sebagai alat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Diperuntukkan 60 jam untuk Program Kursus Diploma Perguruan Malaysia di Malaysia


untuk pelajar-pelajar mempelajari ICT. Sukatan ini merupakan asas penting kepada guru
pelatih apabila ditugaskan untuk mengajar di sekolah nanti dan sebagai asas kepada inisiatif
untuk mempelajari lain-lain kemahiran yang berasakan ICR dalam P&P mereka.

Kursus dalan perkhidmatan dan kursus semasa dalam program pendidikan amat berguna
untuk meningkatkan proses P&P.

B. Minat terhadap ICT

Minat dalam teknologi komputer boleh dilihat melalui minat seseorang guru pelatih
berhubung dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan sejarah perkembangan komputer,
bagaimana kompurer berfungsi, pengaturcaraan program komputer, penghasilan koswer
multimedia, penilaian koswer komersial, aplikasi komputer untuk tujuan P&P, keselamatan
data dalam komputer serta undang-undang hak cipta.

Minat guru-guru dalam penguasaan ICT mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran.

Minat guru terhadap ICT perlu seimbang dengan minat pelajar terhadap ICT.

C. Sikap terhadap ICT

Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu
melakukan sesuatu dengan sepenuh hati.

D. Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di Sekolah

Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu
melakukan sesuatu dengan sepenuh hati.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

Kesimpulannya, perbincangan dalam bab ini menunjukkan perlunya sesuatu usaha berterusan
dilakukan bagi menjayakan idea P&P dengan menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar.
4.0

BAB III: Tahap Pengetahuan Penggunaan ICT Guru-guru Pelatih IPTA

Penyelidik-penyelidik yang mengkaji aspek tahap pengetahuan penggunaan ICT guru-guru pelatih
IPTA ialah ZamriMahamod, Siti Fatimah Mohd Yassin dan Norazah Mohd Nordin dari Fakulti
Pendidikan, UKM. Dalam bab ini, tahap kemahiran ICT guru-guru pelatih ditentukan.
A. ICT dalam Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2003) telah menggariskan tiga dasar utaman dalam
memastikan pelaksanaan ICT dalam pendidikan berjalan dengan lancar. Tiga aspek tersebut
ialah :
a) Dasar Pertama : Mengaplikasikan literasi ICT untuk semua pelajar iaitu pelajar
memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
b) Dasar Kedua

: Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai

kurikulum dan alat P&P.


c) Dasar Ketiga

: Menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivitim

kecepkan dan keberkesanan sistem pengurusan.


B. Penggunaan ICT dalam Kalangan Guru Pelatih

Penggunaan ICT di sekolah boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu penggunaan komputer
dalam pentadbiran serta penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar.

Melalui kajian yang dijalankan penyelidik mengenai tahap pengetahuan penggunaan ICT guru-guru
pelatih IPTA, dapatan kajian dikategorikan dalam beberapa aspek iaitu:
a) Jantina: Guru pelatih perempuan IPTA didapati berpengetahuan tentang jenis-jenis komputer
berbanding guru pelatihguru pelatih lelaki.
b) Penggunaan Alat Perkakasan Komputer: Terdapat 70.1 peratus guru pelatih di Malaysia
pengetahuan tentang perkakasan yang terdapat dalam sesebuah komputer.
c) Istilah dalam ICT: Tahap pengetahuan istilah dalam kalangan guru pelatih sederhana dengan
nilai min 2.57.
d) Tatacara pengoperasian sesebuah komputer: 61.9 peratus guru pelatih tahu tatacara
pengoperasian sesebuah komputer.
e) Penggunaan Mel: Sebanyak 85.6 peratus guru pelatih tahu menggunakan e-mel di internet.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

5.0

M20151000751
ULASAN BUKU

BAB IV: Tahap Kemahiran Penggunaan ICT Guru Pelatih IPTA

Bab ini diselidik oleh Jamaluddin Ahmad, Tajularipin Sulaiman dan Sidek Mohd Noah dari Fakulti
Pengajian Pendidikan, UPM. Bab ini menbincangkan dengan mengutarakan kekerapan dan intensiti
penggunaan ICT oleh guru-guru pelatih terutamanya dalam urusan seharian mereka terutamanya
dalam proses P&P.
Terdapat 17 aspek kemahiran dalam penggunaan ICT oleh guru pelatih di IPTA. Berikut adalah
aspek-aspek kemahiran yang dikaji oleh penyelidik serta hasil dapatan min dan sisihan piawai dari
data yang diperolehi:

Aspek-aspek Kemahiran Penggunaan ICT

Min

Sisihan
Piawai

1. Menulis laporan, surat atau dokumen

3.35

0.65

2. Membina pangkalan data (MS-ACCESS,D-Base)

2.15

0.78

3. Mencari pengkalan data perpustakaan

2.79

0.73

4. Menyediakan lembaran kerja elektronik

2.69

0.80

5. Menganalisis data (SPSS, SAS dan lain-lain)

2.27

0.88

6. Mengimbas dokumen atau gambar

3.01

0.90

7. Membuat grafik (Paint, Photoshop)

2.89

0.79

8. Membuat slaid untuk persembahan

3.33

0.64

9. Mengirim mesej melalui mel elektronik

3.25

0.75

10. Menulis dan memapar dokumen untuk WWW

2.53

0.88

11. Muat turun dokumen dan imej untuk dipaparkan dalam WWW

2.38

0.88

12. Mencari maklumat melalui World Wide Web (WWW)

3.23

0.74

13. Berkongsi data melalui rangkaian dengan staf

2.40

0.80

14. Menulis program komputer

1.94

0.78

15. Menghasilkan perisian (software) multimedia

1.92

0.81

16. Pengajaran bantuan komputer (CAI)

2.37

0.94

17. Mencetak dokumen

2.86

1.29

Secara menyeluruh, penyelidik mendapati bahawa tahap kemahiran penggunaan ICT guru pelatih
masih berada dalam peringkat sederhana dan baik. Oleh itu, guru pelatih masih perlu meningkatkan
kemahiran mereka bagi meningkatkan kualiti P&P di sekolah.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

6.0

M20151000751
ULASAN BUKU

BAB V: Minat Guru Pelatih dalam Teknologi Komunikasi dan Informasi

Bab ini membincangkan kajian mengenai minat guru-guru pelatih mempelajari topik-topik dalam
komputer. Berikut adalah topik-topik yang terlibat dalam pengumpulan data dalam kajian ini serta
dapatan kajian dalam bentuk min dan sisihan piawai:

Aspek-aspek Kemahiran Penggunaan ICT

Min

Sisihan
Piawai

1. Sejarah perkembangan komputer

2.3283

0.76632

2. Bagaimana komputer berfungsi

2.9648

0.70746

3. Pengaturcaraan program komputer

2.9648

0.81427

4. Penghasilan courseware multimedia

2.7838

0.81649

5. Penilaian courseware komersial yang siap

2.8328

0.78582

6. Aplikasi komputer untuk tujuan P&P

2.7111

0.95903

7. Keselamatan data dalam komputer

3.2675

0.77163

8. Undang-undang hak cipta

2.6175

0.82320

Dapatan kajian oleh penyelidik ini menunjukkan tahap pengetahuan guru tentang komputer berada
pada paras yang agak baik. Keseluruhannya, minat guru pelatih dalam mempelajari topik-topik
berkenaan dengan aplikasi komputer dan melakukan kerja-kerja dengan menggunakan komputer
adalah pada paras sederhana menunjukkan terdapat potensi yang boleh difikirkan berkenaan dengan
meningkatkan keupayaan dan minat guru pelatih terhadap penggunaan ICT dengan lebih kerap.
Hubungan signifikan yang diperolehi oleh penyelidik memberikan gambaran bahawa peningkatan
dari segi minat terhadap komputer dapat merangsangkan peningkatan dari segi penggunaannya dalam
kerja-kerja seharian di sekolah.
7.0

BAB VI: Sikap Guru Pelatih Terhadap Penggunaan ICT di dalam Pengajaran
Pembelajaran

Bab VI membincangkan mengenai aspek sikap guru pelatih terhadap penggunaan ICT dalam P&P.
Penyelidik-penyelidik yang menyelidik aspek ini dari Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial,
UMS, terdiri daripada Mohd Yusof Abdullah, Zulkifli Mohamed, Sabariah Sharif, Abdul Said
Ambotang dan Salleh Abd Rashid. Menurut penyelidik, penggunaan komputer telah dikenalpasti
dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
serta menjadikan aktivti P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Dalam usaha melaksanakan
penggunaan ICT dalam P&P, perancangan pihak sekolah amat penting. Ini selaras dengan dasar
kerajaan ke arah mewujudkan pengajaran berorientasikan penggunaan komputer bagi Sekolah Bestari.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

Dalam buku ini, sikap merupakan gagasan yang diperakui dan dianggap sebagai peramal utama yang
mampu mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik dalam pembelajaran seseorang individu
(Evans, 1965). Dua teori yang lebih relevan mengenai gagasan sikap yang digunakan dalam kajian ini
iaitu, Teori Aksi Bersebab oleh Ajzen dan Fishbien (1975) dan Teori Tingkahlaku Terancang oleh
Ajzen (1985).
Keseluruhannya, analisis data kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik mendapati julat min adalah
antara 2.6 dan3.5. Dapatan jelas menunjukkan bahawa terdapat juga sikap yang negatif ataupun
penerimaan yang rendah dalam kalangan guru terhadap penggunaan ICT dalam P&P mereka.
Penyelidik menjalankan kajian mengenai sikap guru pelatih terhadap penggunaan ICT dalam P&P
dengan menfokuskan beberapa perkara kepada subskala. Antara subskala yang menjadi fokus
penyelidik ialah:
a) Subskala bimbang penggunaan ICT guru-guru pelatih
b) Subskala yakin penggunaan ICT guru-guru pelatih
c) Subskala suka penggunaan ICT guru-guru pelatih
d) Subskala kepentingan penggunaan ICT guru-guru pelatih
Berdasarkan dapatan kajian ini, didapati bahawa responden mempunyao sikap positif terhadap
teknologi komputer. Responden berpendapat bahawa teknologi komputer dapat memajukan kualiti
pendidikan dan kejayaan individu tetapi tidak begitu yakin dengan kemahiran menggunakan komputer
sendiri. Penyelidik mendapati kebanyakan guru pelatih di IPTA boleh dikategorikan sebagai generasi
muda yang lebih terdedah kepada teknologi komputer. Ini membawa pembaharuan yang baik bagi
proses peningkatan kemahiran menggunakan komputer semasa proses P&P di bilik darjah.
8.0

BAB VII : Tahap Penggunaan ICT di Sekolah di Kalangan Guru Pelatih

Bab VII menerangkan mengenai kajian tentang keupayaan guru-guru pelatih menggunakan komputer,
aplikasi komputer dalam melakukan pekerjaan serta keberkesanan penggunaan penggunaan komputer
dalam kerja-kerja P&P seseorang guru. Kajian ini dikaji oleh Rahmad Sukor Ab. Samat (UM), Shahril
Jamaludin (UM), Nor Aziah Alias (UiTM) dan Nor Hanim Rahmat (UiTM).
Kajian yang dijalankan meliputi beberapa aspek kepada guru pelatih IPTA yang melibatkan
penggunaan ICT iaitu:
a) Penggunaan laman web dan e-mail dalam kalangan guru pelatih IPTA
b) Kekerapan menggunakan komputer mengikut bilangan hari
c) Kekerapan menggunakan komputer mengikut bilangan jam
d) Jenis komputer yang digunakan di rumah
e) Tempoh penggunaan komputer

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

f) Lokasi menerima latihan komputer


g) Lokasi menggunakan komputer
h) Melanggan perkhidmatan internet
Dalam bab ini, kajian lain turut dijalankan bagi mengenalpasti tujuan menggunakan komputer dalam
kalangan pelajar IPTA yang memilih profesion guru pada hadapan. Hasil dapatan kajian ini
mendapati tujuan penggunaan yang tertinggi dalam kalangan guru pelatih ialah:
a) Membina pengkalan data (MS-ACCESS, D-Base dan sebagainya iaitu 97.3%
b) Membuat slaid untuk persembahan (PowerPoint, MORE dan sebagainya) iaitu 95.3%
c) Mencari maklumat melalui World Wide Web (WWW) iaitu 87.1%
d) Mengirim mesej melalui mel elektronik (Netscape, Yahoo, Webcube dan sebagainya) ialah
86.6%.
Menurut penyelidik, pihak IPTA sewajarnya memberi tumpuan kepada tujuan menggunakan
komputer dalam kalangan guru pelatih dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memperolehi satu
lonjakan berlaku terhadap profesion keguruan khususnya berkaitan imej dan martabat guru bagi
mendapatkan pengiktirafan daripada masyarakat.
9.0

BAB VIII : Keberkesanan Kendiri Guru Pelatih IPTA Terhadap Penggunaan ICT

Penyelidik bagi kajian dalam bab ini ialah Siti Rafiah Abd Hamid dan Suhailah Hussien daru UIAM.
Bab ini mengupas tentang tahap kemudahan ICT di IPTA. Aspek ini dinilai sangat penting kerana
sebagai tempat di mana guru-guru pelatih menimba ilmu, kemudahan sedia ada adalah sangat penting.
Ini bagi memastikan P&P berasaskan ICT dapat dilaksanakan tanpa banyak halangan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar kekerapan dan peratusan ynag lebih tinggi untuk
penggunaan ICT tahap asas. Implikasi daripada dapatan kajin ini menunjukkan bahawa responden
secara umunya menguasai kemahiran dalam kegiatan P&P mereka. Kadar responden yang bersetuju
berada dalam lingkungan 85.5peratus (terendah) sehingga 97.5peratus (tertinggi).
Perbincangan daripada penyelidik-penyelidik mendapari terdapat perbezaan yang ketara dalam aspek
keberkesanan kendiri guru-guru pelatih terhadap penggunaan ICT dalam proses P&P. Ujian statistik
yang dijalankan terhadap umur, jantina, pengkhususan dan etnik menunjukkan terdapat perbezaan
dalam aspek keberkesanan kendiri tahap tinggi dan tahap asas guru-guru pelatih. Ini memberikan
gambaran bahawa bagi memastikan tahap keberkesanan kendiri guru-guru pada masa tahap tinggi
ianya perlulah dimulakan sejak daripada peringkat program guru yang mempunyai keberkesanan
kendiri yang positif terutamanya dalam proses merancang P&P bilik darjah.

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

10.0

M20151000751
ULASAN BUKU

BAB IX: Kebolehcapaian Kemudahan ICT kepada Guru Pelatih

Bab IX ini membincangkan mengenai perspektif tentang penggunaan komputer, halangan terhadap
integrasi dalam pendidikan, kebolehcapaian sebagai halangan integrasi ICT di IPTA, kebolehcapaian
komputer, kecukupan komputer, masa penggunaan komputer dan bantuan sokongan. Penyelidik yang
terlibat dalam kajian bab ini ialah Shuki Osman dan Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail dari USM.
A. Perspektif pelajar tentang penggunaan komputer di universiti

kajian dari perspektif pelajar sebagai pengguna kemudahan komputer memberikan maklum
balas tentang kekhuatiran dan keperihatinan mereka terhadap kemudahan yang disediakan
dalam meningkatkan usaha pengintegrasian ICT di kalangan guru-guru pelatih.

B. Halangan terhadap integrasi ICT dalam pendidikan

Sumber teknologi terutamanya komputer dengan bilangan yang mencukupi dan dalam
keadaan yang boleh digunakan serta perisian dan peralatan sampingan adalah penentu utama
pengintegrasian ICT dalam pendidikan.

Kebolehcapaian sebagai halangan integrasi ICT di IPTA

C. Kebolehcapaian komputer

Secara umum, 70peratus guru pelatih di IPTA bersetuju bahawa kemudahan komputer yang
disediakan mudah dicapai.

D. Kecukupan komputer

Dapatan kajian dalam bab ini menunjukkan ketidakpuasan hati di kalangan guru pelatih
tentang kecukupan komputer yang disediakan.

Nisbah yang paling baik ialah 1 pelajar untuk 1 komputer riba yang dilengkapi dengan
kemudahan sambungan internet tanpa wayar bagi meningkatkan kebolehcapaian komputer
dan internet.

E. Masa penggunaan komputer

Penggunaan komputer pada waktu ganjil sudah menjadi kebiasaan di kebanyakan universiti di
serata dunia.

Kesukaran yang dihadapi dari segi masa penggunaan ini boleh dikurangkan sekiranya
pentadbiran fakulti pendidikan dapat menyediakan kemudahan kompuert ini 24jam sehari.

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kebolehcapaian kemudahan komputer di IPTA oleh guru-guru
pelatih yang bakal menjadi guru sekolah di negara ini. Hasil dapatan kajian dalam bab ini dapat
digunakan untuk membuat polisi dan keputusan pada masa hadapan berkaitan dengan peningkatan
kemahiran ICT di IPTA. Namun, perkara utama yang mesti diusahakan oleh pihak IPTA ialah dari
segi kemudahan fizikal jika dilihat dari faktor kemanusiaan dalam menggalakan sebarang perubahan.

10

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

11.0

M20151000751
ULASAN BUKU

BAB X: Penguasaan ICT di Kalangan Guru Pelatih IPTA: Suatu Perbandingan

Bab ini mengupas tentang domain-domain sebagai penunjuk penguasaan guru pelatih terhadap ICT.
Domain-domain tersebut ialah pengetahuan, kemahiran dan keberkesanan. Bab ini dikaji oleh Ahmad
Esa (UTHM), Mohd Yusop Abd Hadi (UTHM), Sarebah Warman (UTHM), Wan Azlinda Wan
Mohamaed (UTHM), dan Mohd Ali Ibrahim (UTM).
Satu model kemahiran ICT guru pelatih dicadangkan. Model ini mengambil kira semua elemen yang
dinilai sangat penting dalam proses pembelajaran ICT guru-guru pelatih. Melalui model ini,
penyelidik juga mencadangkan kriteria-kriteria utama yang perlu menjadi perhatian bagi
meningkatkan tahap kemahiran ICT dalam proses P&P di sekolah.

A. Penguasaan ICT: Konteks pengetahuan

Pengetahuan terhadap ICT boleh memberi manfaat kepada para pelatih sama ada dalam
konteks menguasai ICT itu sendiri ataupun meningkatkan kualiti pengetahuan dan kemahiran
dalam pengkhususan yang mereka ikuti. Antara manfaat yang diperolehi oleh pelatih apabila
mempunyai pengetahuan terhadap ICT ialah:
i.

Meningkatkan kefahaman

ii.

Melatih pembelajaran kendiri

iii.

Mengakses, mengumpul dan berkongsi maklumat

iv.

Melatih berfikir secara kreatif, kritis dan imaginasi

11

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

B. Penguasaan ICT: Konteks kemahiran

Penguasaan ICT dalam konteks kemahiran ialah menilai sama ada pelatih itu menguasai
beberapa kemahiran yang dianggapkan penting dalam penggunaan teknologi komputer.

Menurut penyelidik, secara keseluruhannya pelatih Teknologi dan Vokasional adalah lebih
mahir daripada pelatih Matematik dan Sains dan juga pelatih Sastera dan Sains Sosial untuk
ketujuh-tujuhbelas kemahiran yang dikaji dalam bab IV.

C. Penguasaan ICT: Konteks keberkesanan

Hasil penyelidikan yang dijalankan menunjukkan dalam kalangan guru pelatih pengkhususan
sains dan Matematik dan Sains dan Sains Sosial tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam konteks keberkesanan kendiri dalam penggunaan ICT

Bagi guru pelatih bidang teknologi dan vokasional menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dalam konteks keberkesanan kendiri dalam penggunaan ICT secara relatif dalam
kalangan guru pelatih pengkhususan sains dan Matematik dan Sains dan Sains Sosial.

12.0

BAB XI: Model Kemahiran ICT Guru Pelatih IPTA di Malaysia

Bab akhir ini membincangkan mengenai model kemahiran ICT guru pelatih IPTA di Malaysia.
Penyelidik yang terlibat dalam kajian bab ini ialah Rahmad Sukor Ab Samad (UM), Shahrir
Jamaluddin (UM), Zainudin Abu Bakar (UTM), Mohd Ali Ibrahim (UTM) dan Ahli Jawatan Kuasa
Penyelidikan JPPG IPTA Malaysia.
Bab ini menerangkan mengenai spesifikasi model bagi menguji setiap elemen dalam kemahiran yang
saling berhubungan satu model regrasi berganda bagi meneliti variabel yang telah dikenalpasti.
Pembolehubah yang dikaji meliputi enam perkara seperti berikut:
a) Tahu

: Pengetahuan dalam penggunaan teknologi komputer

b) Mahir : Kemahiran dalam penggunaan teknologi komputer


c) Minatop dan minatker : Minat dalam teknologi komputer
d) Sikap

: Sikap terhadap penggunaan teknologi komputer

e) Kendiri : Keberkesanan kendiri dalam penggunaan teknologi komputer


f) Capaian: Kebolehcapaian kemudahan ICT di IPTA
Selain itu, penyelidik-penyelidik turut menyatakan cadangan penambahbaikan dalam penggunaan
model penguasaan kemahiran ICT yang digunakan dalam kajian ini. ini direka khusus merujuk
kepada tiga perkara utama yang menfokuskan kepada:
a) Profesionalisme kegururan
b) Pembelajaran pelajar dalam kelas
c) Pendekatan ICT kepada seluruh sekolah seperti perancangan, infrastruktur dan pentadbiran.

12

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

Model ini sesuai diguna pakai oleh pelajar jurusan Pendidikan yang menfokuskan aplikasi ICT dalam
perkara-perkara berikut:
a) Pengajaran dan pembelajaran
b) Menerapkan latihan yang baik
c) Aktiviti professionalism
d) Persekitaran pembelajaran
e) Pengurusan dan akses
f) Latihan ketokohan
g) Penyelidikan dan pembangunan
h) Penilaian
i)

Pengabungan dan komunikasi

Model Kemahiran ICT yang dihasilkan melalui projek kajian ini seharusnya menjadi panduan dan
maklumat tambahan yang tepat berkenaan meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT dalam
kalangan guru pelatih.
13.0

Rumusan Buku

Perbincangan buku ini mengenai ICT dalam kalangan guru-guru pelatih menunjukkan betapa
pentingnya kemahiran tersebut kepada guru-guru terutamanya bagi membantu proses P&P di sekolah.
Ianya bersesuaian dengan matlamat Negara yang ingin menjadi sebuah negara yang maju. Menurut
penyelidik, pembentukan individu yang seimbang yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan jelas menerangkan tentang keseimbangan yang perlu dicapai oleh generasi
penerus negara.
Sebagai permulaan, usaha menanamkan dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran penggunaan
ICT di kalangan guru-guru perlu dilakukan sejak semasa mereka dalam kursus perguruan lagi. Ini
kerana minat mereka terhadap ICT dapat dipertingkatkan lagi supaya dapat membentuk sikap yang
positif terhadap penggunaan ICT. Berdasarkan buku ini, pengetahuan, minat, sikap dan keberkesanan
kendiri boleh menjadi peramal kepada tahap kemahiran penggunaan ICT guru-guru pelatih.
Kesimpulannya, kejayaan mewujudkan modal insan yang seimbang dan berkemampuan banyak
bergantung kepada cara dimana mereka dididik terutamanya di sekolah. Oleh itu, guru sebagai
pendidik perlu tahu bahawa P&P tidak hanya fokus kepada hafalan dan cemerlang dalam peperiksaan,
tetapi lebih kepada membentuk generasi yang cemerlang dalam semua aspek.

13

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

14.0

M20151000751
ULASAN BUKU

Cadangan atau Pandangan

Selain daripada isu kemahiran ICT di kalangan guru pelatih dalam penggunaan ICT dalam P&P,
pelbagai isu lain yang timbul dalam penggunaan teknologi dalam P&P Matematik. Antaranya ialah
guru, kekangan masa, sikap pentadbir sekolah, dan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan.
Berdasarkan pemerhatian dan bacaan saya mengenai isu ini, dapat disimpulkan bahawa faktor guru
membawa impak yang besar kepada isu ini. Ini kerana tanpa kewujudan guru dalam kelas, tiada
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku apatah lagi penggunaan teknologi dalam P&P. Oleh
itu, guru memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan penggunaan teknologi dalam
pengajaran mereka.
Banyak permasalahan yang timbul dalam faktor guru ini ialah masa dan beban guru, bilangan guru
terlatih teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), persepsi guru terhadap kepentingan teknologi,
kerisauan untuk menghadapi perubahan dan kekurangan kemahiran ICT dan pengetahuan penggunaan
teknologi dalam P&P.
A. Masa dan beban guru

Masa amat penting bagi seorang guru kerana tugas seorang guru di Malaysia pada masa kini
tidak hanya tertumpu kepada pendidik, malah guru mempunyai pelbagai tugas yang perlu
disiapkan. Pendidikan di Malaysia telah semakin maju dari segi memperoleh data. Semua
maklumat dan data yang dikehendaki oleh pihak kementerian dan Pejabat Pelajaran Daerah
dengan sekelip mata dapat ditunjukkan. Namun pengisi maklumat tersebut ialah guru.

Pelbagai jenis data perlu dimasukkan samada secara manual ataupun berkomputer
termasuklah rekod kehadiran, rekod disiplin, SMM (APDM), SAPR, SAPS ,SPPBS, eOperasi dan SPLG. Terdapat juga kemasukan data lain seperti e-nilam dan data berkaitan
tahun 6. Kebanyakkan guru mengisi data di rumah berbanding sekolah. Justeru pendapat balik
kerja awal tidak tepat kerana pelbagai kerja guru berkaitan sekolah dilakukannya di rumah.
Bagaimana seorang guru ingin menumpukan fokus penyampaian P&P dengan menggunakan
teknologi sedangkan guru tersebut tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat
persediaan tersebut.

B. Bilangan guru terlatih teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),

Pihak Kementerian perlu menyediakan lebih ramai kakitangan pendidikan untuk mengambil
alih tugas pentadbiran iaitu dengan menempatkan lebih ramai pembantu guru iaitu kerani atau
pegawai ICT, Kementerian perlu menempatkan sekurang-kurangnya seorang pegawai ICT
yang hanya melakukan tugas seperti penyelia makmal ICT serta mengendalikan sistem online
perisisian data yang sebelum ini perlu diisi oleh seorang guru. Di samping itu juga, pihak
sekolah perlu menyediakan seorang guru sukan khas yang tidak mengajar subjek utama dalam
kelas untuk menfokuskan tugas utama guru tersebut hanya pada kokurikulum.

14

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

C. Persepsi guru terhadap kepentingan teknologi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) banyak menganjurkan kursus-kursus kemahiran


ICT bagi membolehkan guru-guru menguasai kemahiran tersebut. Namun begitu, ramai di
antara mereka lebih selesa menggunakan pendekatan tradisional kerana penguasaan
kemahiran ini tidak mencukupi dengan menghadiri kursus jangka pendek.

Bagi mengatasi masalah ini, hanya sikap guru boleh mendorong guru tersebut untuk
menguasai kemahiran ICT dan menggunakannya dalam proses P&P. Selain menganjurkan
kursus untuk mempelajari kaedah penggunaan teknologi dalam bilik darjah, saya
mencadangkan KPM menerangkan kepentingan teknologi dalam P&P serta mengubah
persepsi guru tersebut terhadap penggunaan ICT.

Bagi pihak sekolah pula, jangan terlalu bergantung terhadap kursus yang disediakan oleh
KPM. Pihak sekolah sendiri boleh menganjurkan kursus kemahiran ini dengan memilih guru
yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran ICT yang tinggi bagi mengajar dan
membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam menguasai kemahiran ini. Dorongan
dan sokongan dari kenalan sendiri mungkin lebih bermakna dan berkesan dari orang asing.

D. Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan

Pendidikan berorientasikan peperiksaan bermaksud kaedah pentaksiran yang digunakan untuk


mengukur prestasi pencapaian pendidikan individu di akhir proses P&P. Kebanyakan rakyat
di Malaysia mengamalkan budaya penilaian tanda aras kejayaan individu diukur dengan
keputusan peperiksaan. Keputusan peperiksaan akan menjadi mercu tanda kejayaan dan
menjadi sanjungan serta kebanggan sekolah dan keluarga di samping dapat menentukan masa
hadapan pelajar itu sendiri dalam bidang-bidang tertentu. Penentuan yang begitu kuat
diberikan kepada peperiksaan bermula dari sekolah rendah lagi sewaktu murid masih lagi di
Tahun 1 lagi.

Semua guru menginginkan kejayaan kepada pelajarnya. Masalah yang timbul dalam sistem
pendidikan berorientasikan peperiksaan ini ialah guru lebih mengutamakan keputusan pelajar
dari ilmu yang ingin disampaikan. Kebanyakan guru memberikan penekanan yang berlebihan
kepada peperiksaan. Guru akan menfokuskan pelajar untuk meguasai kemahiran atau
penguasaan topik tertentu untuk peperiksaan. Oleh itu, guru itu lebih selesa menggunakan
kaedah biasa seperti chalk and talk yang dianggap cepat dan berkesan, mengajar pelajar
hanya untuk peperiksaan dan hanya fokus dalam menghabiskan sukatan dengan cepat.

Suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lumpuh serta menyebabkan pelajar itu
tidak berminat dan pembelajaran yang membosankan. Ini kerana penggunaan ICT dalam P&P
akan memberi pembaharuan kepada pelajar serta mampu menarik minat pelajar itu untuk
fokus dan turut serta dalam proses P&P.

15

SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

M20151000751
ULASAN BUKU

Kesimpulannya, guru perlulah mengubah sikap ke arah positif dan berusaha menangani masalahmasalah yang timbul dalam isu penggunaan teknologi dalam P&P. Guru perlu berhenti memberi
alasan dan menyalahkan orang lain. Guru perlu fokus kembali kepada tujuan asal menjadi seorang
guru iaitu mendidik. Guru perlu menjadi seorang pendidik yang bersemangat dan menolak semua
halangan-halangan yang ada untuk menyampaikan ilmu dengan baik kepada pelajar serta dapat
membantu masa depan pelajar bukan hanya melalui keputusan pencapaian pelajar tapi melalui ilmu
yang disampaikan dapat digunakan pada masa akan datang serta melahirkan pelajar yang tinggi ilmu
pengetahuan dan berjaya dalam kehidupan.

16

Anda mungkin juga menyukai