Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS DAN PERBINCANGAN KRITIS TENTANG JURNAL : KEPENTINGAN

PEMBELAJARAN ABAD -21 TERHADAP POTENSI KEBOLEHPASARAN MODAL


INSAN.

Sumber Jurnal : Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21 terhadap Potensi


Kebolehpasaran Modal Insan, Innovative Teaching and Learning
Journal, 2 (2), 71-81

Tajuk : Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21 terhadap Potensi


Kebolehpasaran Modal Insan
Penulis : Nor Shela Saleh, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mohd Shafie Rosli, Fakuliti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.

PENGENALAN

Jurnal yang telah dipilih untuk membuat analisis dan perbincangan kritis
bertajuk Kepentingan Pembelajaran Abad -21 Terhadap Potensi Kebolehpasaran
Modal Insan yang disiarkan pada 1June 2019 dan sumber dari Innovative Teaching
and Learning Journal, 2 (2), 71-81. Jurnal ini menggunakan kaedah kritikan kajian
lepas, dimana beberapa kajian lepas dinilai, dianalisis, dibuat pertimbangan bagi
sejauhmana kajian mempunyai hubungan antara satu sama variable yang
dibincangkan. Dalam jurnal ini, isu yang ditengahkan adalah kepentingan
pembelajaran abad-21 terhadap potensi dengan kebolehpasaran modal insan.
Aspek-aspek yang telah dikalji dalam jurnal ini adalah komunikasi, pemikiran
kritikal,kolaboratif dan kreativiti dalam pembelajaran abad ke-21 dan mengaplikasian
ke dalam konteks kebolehpasaran modal insan. Dapatan jurnal ini adalah,
pembelajaran yang menekankan aspek kebolehpasaran kerja perlu dipupuk dalam
kalangan murid di awal peringkat sekolah, pembelajaran abad ke-21 merupakan
langkah dan fasa awal membentuk kualiti modal insan yang berdaya saing
merentasi globalisasi dan juga kuasa industry Negara mahupun global pada masa
akan datang.
Dalam jurnal ini, penyelidik memberi fokus kepada aspek pembelajaran abad
ke-21 dan bagaimana aspek tesebut memberi kesan meningkatkan potensi
kebolehpasaran modal insan. Aspek-aspek yang telah dikalji dalam jurnal ini adalah
komunikasi, pemikiran kritikal,kolaboratif dan kreativiti dalam pembelajaran abad ke-
21 dan mengaplikasian ke dalam konteks kebolehpasaran modal insan. Aspek
komunikasi dan interaksi dalam konteks kebolehpasaran modal insan banyak
menekankan kebolehan rundingan dan pemujukan bersama klien semasa bekerja.
Aspek kolaboratif dalam pembelajaran abab ke-21 pula penting untuk keperluan
industri, membina pasukan kerja dan memberi klien serta menjalinkan hubungan
antara pengurus atasan atau penyelia syarikat. Modal manusia yang berkolaboratif
amat penting untuk meningkatkan produktiviti dan juga pendapatan. Aspek
pembelajaran abad ke-21 yang ditengahkan dalam jurnal adalah pemikiran kritikal
dalam membangunkan potensi kebolehpasaran modal insan. Pemikiran kritikal
sebagai agenda pembelajaran abad ke-21 menggalakkan pekerja membuat
penyelesaian masalah secara cekap dan kompeten. Aspek seterusnya yang
dibincang dalam jurnal ini adalah kreativiti. pembejaran abab ke 21 yang
menekankan kraetiviti dapat membangunkan modal insan yang kreatif, berinovasi,
pekerja yang membuat tindakan pembangunan modal kerja bagi melihat titik tolak
kelebihan dan kelemahan setiap model. ia juga membantu menjadikan pekerja
modal insan sebagai modal kerja yang holistic khususnya mempunyai pemikiran
tinggi dan mampu menyelesaikan masalah dengan kompeten akan dijadikan pilihan
utama organisasi.

KELEBIHAN

Jurnal ini mempunyai beberapa beberapa kelebihan yang tersendiri dan jelas.
Penyelidik berusaha untuk menerangkan tentang aspek yang dipilih iaitu
komunikasi, pemikiran kritikal,kolaboratif dan kreativiti dalam pembejaran abad ke-
21 dan dan mengaplikasian ke dalam konteks potensi kebolehpasaran modal insan.
Penyelidik berjaya mengkaitkan hubungan antara komunikasi, pemikiran
kritikal,kolaboratif dan kreativiti dalam pembelajaran abad ke-21 dengan kepentingan
kebolehpasaran modal insan. Jurnal ini memberikan maklumat yang kukuh tentang
kepentingan pembelajaran abad ke 21 dalam meningkatkan potensi kebolehpasaran
modal insan. Jurnal ini juga menerangkan tentang betapa pentingnya pembangunan
modal insan melalui pembelajaran abad ke 21 bagi kebolehpasaran kerja untuk
industri Negara dan global.

Kelebihan seterusnya adalah, jurnal ini adalah penyelidik membuat


pertinjauan keatas sampel yang umum. Jurnal ini menerangkan tentang
pembelajaran abab ke 21 terhadap potensi kebolehpasaran modal insan dalam
industri. Penyelidik dalam jurnal tidak memberi penakanan kepada umur ataupun
tahap pelajaran yang khusus seperti pengajian rendah,menengah ataupun pengajian
tinggi dalam kajian ini. Hal ini memyebabkan jurnal ini boleh dikaitkan untuk semua
tahap pembelajaran. penyelidik menyatakan bahawa konsep pembelajaran perlu
menekankan aspek kebolehpasaran kerja dalam kalangan pelajar seawall di
peringkat sekolah. Unjuran pembelajaran boleh dilanjutkan di peringkat selepas
persekolahan seperti di peringkat kolej atau university yang akan menjadi penentu
hala tuju pelajar selepas menamatkan pengajian mereka (Nor Shela Saleh, Mohd
Shafie Rosli, 2019). Dengan peryataan ini kita dapat simpulkan bahawa mengetahui
bahawa kajian ini merangkumi semua tahap umur pelajar. Jadi, manfaat kajian ini
juga adalah untuk golongan yang besar jumlannya.

KELEMAHAN

Sepertimana kelebihan, terdapat juga kekurangan atau penambahbaikan


yang boleh dibuat dalam jurnal ini. Jurnal ini bekaitan dengan pembelajaran ataupun
pendidikan di Malaysia. Setiap orang mempunyai hak yang sama untuk menuntut
ilmu di Negara kita. Golongan OKU berhak mendapat peluang pendidikan dan juga
bersosial dengan masyarakat serta tidak dipisahkan daripada aktiviti
kemasyarakatan. Masyarakat harus memberikan layanan yang saksama kepada
golongan Orang Kurang Upaya. Kecacatan bukan penghalang dalam memberikan
sumbangan yang bermakna kepada produktiviti dan kemajuan Negara (Hazlin Falina
Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud & Maizatul Haizan Mahbob,2016). Dalam jurnal
ini, penyelidik tidak memberi penekanan kepada golongan OKU. Semua individu
tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan mereka, jantina, sosial, ekonomi,
kebudayaan, latar belakang etnik atau agama mempunyai hak yang sama rata untuk
mendapatkan peluang kesaksamaan dalam pekerjaan, peluang kesaksamaan dalam
pendidikan dan peluang kesaksamaan dalam bersosial. Jurnal ini akan lebih
bermanfaat dan juga akan menjadi saksama kepada semua kalau penyelidik
memasukkan hak OKU untuk mendapatkan pendidikan menerusi pembelajaran
abab ke-21 terhadap potensi kebolehpasaran modal insan.

Selain itu, dalam jurnal ini juga penyelidik tidak menjelaskan peranan pendidik
dengan jelas dan juga sesuai bagi Pembelajaran Abad ke 21 terhadap Potensi
Kebolehpasaran Modal Insan. Sebagaimana kita tahu, terdapat beberapa ciri-ciri
yang tersendiri bagi pembelajaran abad ke 21di bilik darjah ataupun di kelas.
Menurut Robotham (1995), contoh-contoh halangan dalam pelaksanaan PAK dalam
bilik darjah adalah seperti struktur kursus yang sangat ketat, yang tidak fleksibel dan
kurang bimbingan guru. Justeru, pengaplikasiaan pembelajaran abab ke 21 adalah
di tangan guru/pendidik. Jadi, penyelidik perlu membuat harus membuat penjelasan
peranan guru atau pendidik dalam pembelajaran Abad ke 21 yang menyumbang
kepada potensi kebolehpasaran modal insan dalam dunia industri.

Selain iu, penyelidik juga tidak menekankan komponen-komponen yang perlu


ada pada modal insan. Modal insan merupakan sumber asas bagi menentukan
kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Baron (2011) mendefinisikan modal
insan sebagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh ahli
organisasi dalam menyumbang nilai kepada sesebuah organisasi.Secara umumnya,
modal insan merujuk kepada potensi yang dimiliki oleh tenaga kerja dalam
organisasi dan keupayaan tenaga kerja itu dalam menyumbang faedah dan nilai
ekonomi kepada syarikat (Dimov 2017; Ornek & Ayas 2015; Baron 2011). Oleh itu,
pentingnya untuk mengenalpasti dan memahami komponen-komponen modal insan
sebelum merangka aktiviti-aktiviti strategik agar perlaksanaan aktiviti tersebut adalah
selaras dengan keperluan dan matlamat organisasi serta meningkatkan potensi
kolehpasaran modal insan. Jadi, penyelidik sepatutnya menerangkan tentang
komponen iaitu pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta nilai etika yang menjadi
teras dalam pembangunan modal insan.

Dalam jurnal ini juga, penyelidik menggunakan dua teori adalah berlandaskan
kepada Teori Kognitif dan Teori Behavioris. Menurut Fenwick (2003), teori kognitif
menekankan aspek pemikiran dalam pembelajaran. Teori kognitif semasa
pembelajaran banyak melibatkan kekuatan daya kreativiti dan pemikiran seseorang
untuk berfikir secara kreatif dan kritiPerubahan tingkah laku seseorang akan dilihat
dan dinilai bagi melihat perubahan hasil pembelajaran yang berjaya dipindahkan.
Keberkesanan pembelajaran berasaskan tingkah laku berlaku apabila pelajar dapat
melakukan sesuatu dengan cekap, kompetensi dan mempraktikkan amalan
kemahiran kendirikal. Teori behaviorisme pula menekankan aspek tingkah semasa
belajar (Werner dan Desimons, 2006). Di sini penyelidik juga boleh menggunakan
teori berasaskan sumber. Hubungkait antara modal insan dan kelebihan kompetitif
(competitive advantage) dapat dijelaskan menerusi Teori Berasaskan Sumber
(Resource-based View) di mana kelebihan kompetitif sesebuah organisasi adalah
bergantung kepada sumber organisasi itu sendiri (Grant 1991). Keupayaan
sesebuah organisasi untuk memiliki, membangun dan menggunakan sumbernya
secara berkesan akan membantu dalam meningkatkan prestasi.

Seterusnya, kelemahan jurnal ini adalah penyelidik tidak menjalankan kajian.


Jurnal ini adalah pengumpulan sorotan literatur dimana beberapa kajian lepas dinilai,
dianalisis, dibuat pertimbangan bagi sejauhmana kajian mempunyai hubungan
antara satu sama variable yang dibincangkan. Penyelidik boleh menjalankan sebuah
kajian deskiptif yang menerangkan tentang hubungan korelasi antara pembelajaran
abad ke-21 terhadap kebolehpasaran modal insan dalam dunia industri. Jurnal ini
sebagai panduaan sahaja, dimana pembaca akan mengambilnya sebagai teori
sahaja kerana secara amali kajian ini tidak dijalankan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jurnal ini dapat membuktikan bahawa pentingnya pembelajaran


abad ke 21 bagi meningkatkan potensi kebolahpasaran modal insan dalam industri.
Implikasi dalam pembelajaran abad ke-21 merupakan langkah dan fasa awal
membentuk kualiti modal insan yang bakal meningkatkan perkembangan industri
Negara amahupun global. Hal ini kerana, generasi kini harus berdaya saing dengan
warga asingsecara global demi merentasi globalisasi. Pembangunan modal insan
harus diutamakan untuk perkembangan industri dan juga ekonomi Negara.
RUJUKAN

Nor Shela Saleh, Mohd Shafie Rosli (2019), Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21
terhadap Potensi Kebolehpasaran Modal Insan, Innovative Teaching and
Learning Journal, 2 (2), 71-81

Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud & Maizatul Haizan Mahbob (2016),
Peranan Media Sebagai Alat Kesedaran Sosial Dalam Kalangan Orang
Kurang Upaya Di Malaysia, Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication Jilid 32 (2): 471-488

Dimov,D (2017). Towards a qualitative understanding of human capital in


entrepreneurship research. International Journal of Entrepreneurial Bahaviour
& Research, 23(2),210-227.

Grant, R.M. (1991). The resource based theory of competitive advantage :


Implication for strategy formulation. California Management Review, 33(3),
114-135

Anda mungkin juga menyukai