Anda di halaman 1dari 15

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 37

UNIT PELAJARAN 3 AMALAN PEMBELAJARAN MURID

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan Peranan Pelajar 2. Menjelaskan Amalan Pembelajaran Murid

PENGENALAN
Para pelajar merupakan unsur yang penting dalam organisasi sekolah, walaupun mereka merupakan golongan yang terletak dalam strata yang paling bawah dalam hierarki. Ini kerana tanpa pelajar sekolah tidak akan wujud sebuah sekolah dan prestasi sekolah juga tergantungkepadapencapaian pelajar itu sendiri. Oleh itu, para pelajar perlu memainkan peranan tertentu untuk mencapai aspirasi dan matlamat sekolah. Diantara peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar ialah seperti berikut: 1. Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran serta menerapkan nilai-nilai murni supaya menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. 2. Mencontohi segala sifat kepimpinan sikap dan tangkahlaku yang baik. 3. Menjadi pelajar yang berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. 4. Menjadi rakan yang baik kepada teman sebaya dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial serta boleh bergaul dan berinteraksi dengan positif. 5. Melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan, kelab, sukan dan unit beruniform di sekolah.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 38

Apabila membincangkan tentang pendidikan di sekolah dan pembelajaran secara formal, kita pasti tidak dapat lari daripada membincangkan tentang amalan membaca. Amalan membaca akan dihuraikan seperti dibawah: DEFINISI MEMBACA Pelbagai tafsiran yang diberikan dalam menyatakan maksud membaca. Bagi Yahya Othman (2004), pembacaan adalah proses yang dinamik, memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dan penulis, membaca juga dikatakan sebagai proses yang aktif bagi membina makna daripada teks bertulis yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pembaca. Selain itu, Frank Smith (1971) menerangkan bahawa proses membaca ialah satu proses kognitif. Di samping itu, Goodman (1970), seorang tokoh psikolingusitik mengatakan bahawa proses membaca perlu dianggap sebagai proses interaksi antara pembaca dan bahasa yang bertulis. Oleh yang demikian, membaca merupakan satu proses komunikasi yang melibatkan penggunaan minda secara optimum dengan mentafsir makna yang terdapat di dalam teks yang dibaca dan aktiviti membaca seharusnya bersifat aktif iaitu bukan sekadar menyerap idea yang dilontarkan oleh penulis tetapi lebih bersifat berdialog antara pembaca dengan penulis.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN MEMBACA Bagi melaksanakan usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan para pelajar ini khususnya, kita perlu pada pendekatan menyeluruh yang tentu sekali melibatkan semua pihak termasuk ibu bapa, guru, perpustakaan sekolah, badan-badan bukan kerajaan dan pelbagai pihak lagi. Memupuk budaya membaca khususnya dalam kalangan pelajar ini sebenarnya merupakan agenda nasional yang mendesak. Hal ini kerana sebagaimana yang dinyatakan di atas, golongan ini merupakan pemimpin pelapis negara pada masa hadapan, lebih-lebih lagi kita berada dalam era K-Ekonomi atau ekonomi yang berteraskan pengetahuan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 39

PERANAN IBU BAPA Oleh yang demikian, pendekatan yang paling berkesan tentunya bermula dari rumah. Golongan ibu bapa mestilah memberi contoh dan memupuk minat membaca dengan menyediakan bahan-bahan bacaan dan jika mampu menubuhkan perpustakaan mini di rumah sebagai langkah awal yang bijak untuk mewujudkan suasana sihat bagi pertumbuhan suasana membaca. Hal ini selaras dengan pendapat Sharom TM Sulaiman & Salasiah Abd Wahab (2002) bahawa dengan cara pengwujudan perpustakaan mini di rumah, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah akan mudah dibentuk dan membawa kesan positif di peringkat sekolah atau peringkat menuju alam remaja. Pemupukan minat membaca dalam kalangan remaja oleh ibu bapa ini juga dengan cara menentukan buku sebagai keperluan keluarga dan mewujudkan suasana keseronokkan membaca dengan: 1. Membeli bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar untuk bacaan bersama-sama anak-anak di rumah 2. 3. 4. Membacakan buku dan majalah kepada anak-anak mereka. Membaca bersama-sama anak-anak mereka. Memberikan buku sebagai hadiah kepada anak-anak pada hari-hari istimewa seperti hari lahir. 5. Membawa anak-anak ke perpustakaan dan membawa anak-anak ke pesta-pesta buku.

PERANAN KERAJAAN Melalui Kementerian Pelajaran misalnya, Program Nilam telah lama diperkenalkan di peringkat sekolah, demikian juga usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan kempen Membaca dan Pesta Membaca di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada bulan Julai 2006 tahun lepas. Antara misi kempen ini adalah bagi memupuk budaya membaca sepanjang hayat yang berobjektif untuk menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 40

dan kreatif. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak menunjukkan peningkatan dalam minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya remaja.

Melihat kepada senario ini, adalah perlu sebenarnya pihak yang terbabit melaksanakan kempen secara berterusan sama ada di peringkat sekolah mahupun nasional. Di peringkat sekolah misalnya, sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan seharusnya dikurangkan agar pelajar yang sememangnya terdiri daripada golongan remaja tidak hanya membaca buku teks ataupun buku rujukan semata-mata tetapi mereka perlu didedahkan lagi dengan bahan bacaan yang berkaitan dengan dunia luar agar mampu berinteraksi dengan masyarakat luar apabila keluar bergaul dengan kumpulan masyarakat yang lebih besar.

Indirawati Zahid (2006) menegaskan perlunya mengiatkan usaha-usaha penterjemahan buku-buku berbahasa asing. Melalui usaha menterjemah, kemungkinan minat membaca akan dipertingkatkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam hal ini, memang sering kedapatan buku-buku bahasa asing yang menarik untuk dibaca, walau bagaimanapun keterbatasan sebilangan masyarakat dalam kosa kata bahasa tersebut terutamanya bahasa Inggeris ataupun bahasa Jepun membantutkan minat mereka untuk membaca buku-buku tersebut. Oleh yang demikian, usaha penterjemahan perlu dipergiatkan lagi dan tidak hanya tertumpu dengan buku berbentuk fiksyen sematamata tetapi juga merangkumi buku-buku berbentuk non-fiksyen. Jika sebelum ini usaha menterjemah sesebuah buku mengambil masa yang terlalu lama dan hanya mampu menterjemahkan beberapa buah buku dalam setahun, tetapi bilangan ini seharusnya ditingkatkan lagi sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara seperti Korea, Jepun dan China yang banyak menterjemahkan buku dalam masa sebulan bagi memudahkan penduduknya mempelajari bidang ilmu baharu dari negara luar.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 41

PERANAN GURU & PELAJAR Guru pemulihan atau guru kelas boleh menanam minat membaca dengan mengadakan satu sudut bacaan dalam kelas , di mana buku-buku cerita, majalah pelajar dan kad-kad bergambar . Tiap-tiap murid mesti membaca kad-kad gambar dan guru hendaklah menanda di dalam buku. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan bercerita, penulisan, bersajak dan lain-lain.

Noran Fauziah (1993) menegaskan bahawa peranan guru akan lebih berkesan di sekolah dan di bilik darjah. Menurutnya lagi, guru haruslah menguasai beberapa aspek dalam pengajaran mereka. Antaranya ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar, kaedah mengajar, pengurusan bilik darjah dan pengetahuan psikologi dan sosiologi pendidikan serta mempunyai pengetahuan terkini yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, guru harus menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi dalam mendidik para pelajar.

Pihak sekolah seharusnya memain peranan penting menggalakkan minat membaca di kalangan murid. Pihak sekolah hendaklah memastikan terdapat banyak buku-buku yang bersesuaian di pusat sumber sekolah .Murid-murid membuat anggapan hanya buku teks sekolah lebih penting untuk dibaca berbanding dengan buku-buku lain. Guru haruslah membuang tangggapan negatif itu dalam kalangan pelajar.

AMALAN KERJA RUMAH Menurut Mazulina Saad (2004), salah satu strategi yang diamalkan oleh para pelajar dalam pembelajaran mereka ialah amalan kerja rumah yang diberikan oleh guru sama ada berbentuk soalan berbentuk latihan, lembaran kerja, kerja-kerja bertulis dan sebagainya, sebagainya, sebagai persediaan awal mahupun sebagai pengukuhan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 42

Kerja rumah juga dapat dijadikan peringkat persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi pelajaran yang sukar dilaksanakan di bilik darjah. Para pelajar juga berpeluang untuk membuat latihan-latihan yang banyak dan dengan itu dapat mengukuhkan pelajaran yang diikuti di bilik darjah. Kerja rumah diberikan ini boleh dalam bentuk tugasan pendek, soalan latihan, kajian kes, pembacaan dan sebagainya.

Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dari berbagai-bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka di bilik darjah.

Perkara ini adalah selari dengan Teori Tingkahlaku. Teori yang dibina dari pandangan Skinner (1954) ini menekankan hasil tindakbalas (respon) individu terhadap rangsangan (stimulus) yang diterima dari persekitaran. Skinner terkenal dengan Teori Rangsangan Tindakbalas. Dalam pengajaran terancang yang dipelopori oleh Skinner pada tahun 1968, menekankan tentang pengajaran rantaian latihan seharusnya dalam kerangka; Soalan (rangsangan) Jawapan (tindakbalas) Soal Jawab

Kerangka ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kandungan mata pelajaran secara berperingkat. Pastikan pelajar membuat tindakbalas untuk setiap kerangka dan juga menerima maklum balas dengan segera. Soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar sebagai kerja rumah hendaklah disusun tahap kesukarannya. Ini jelas menunjukkan bahawa pemberian kerja rumah kepada pelajar sebagai satu strategi pembelajaran menepati ciri-ciri dalam Teori Tingkahlaku.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 43

Menurut Ee Ah Meng (1990), selain daripada untuk meningkatkan kefahaman dan pengayaan kepada pelajar berkaitan sesuatu mata pelajaran yang diajar, tugasan atau kerja rumah yang diberikan adalah bertujuan untuk:

1. Mengukuhkan konsep-konsep yang telah disampaikan dalam satu-satu mata pelajaran. 2. Membolehkan pelajar-pelajar memperdalami pengetahuan mereka. 3. Menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar untuk cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. 4. Meningkatkan satu-satu kemahiran yang diperolehi sewaktu pembelajaran. 5. Menimbulkan perasaan kejayaan dikalangan pelajar melalui peneguhan yang diberikan guru.

SIFAT KEPIMPINAN, SIKAP DAN TINGKAHLAKU YANG BAIK Kepimpinan bermaksud keupayaan untuk memimpin. Pemimpin perlu mempunyai beberapa cirri seperti amanah, adil, berdedikasi, bertanggungjawab dan berperibadi mulia. Peranan kepimpinan dimainkan secara berkumpulan. Seseorang pelajar itu hanya dapat menunujukkan kebolehan kepimpinannya melalui penglibatan dalam kumpulan. Pemimpin haruslah mengetahui dan memahami ahli kumpulan dan pada masa yang sama ahli kumpulan boleh memahami sikap, tingkahlaku dan cara hidup pemimpinnya.

Perhubungan di antara pemimpin dan orang yang dipimpin adalah berdasarkan kepada sikap bekerjasama kerana hubungan seperti ini saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Kepimpinan dapat dibentuk melalui amalan kerja berkumpulan. Amalan ini akan diperincikan seperti berikut:

AMALAN KERJA BERKUMPULAN Menurut Mohammad Shatar Sabran (2005: 51), satu kepintaran mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik, tetapi apabila dua kepintaran dicampur menjadi satu, keputusan yang dihasikan adalah lebih baik daripada yang pertama. Begitu juga

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 44

jika tiga dicampur menjadi satu, maka keputusan yang terhasil akan menjadi jauh lebih baik daripada yang pertama dan yang kedua. Lebih banyak kepintaran disatukan, maka lebih baiklah keputusan yang dihasilkan. Begitu juga dengan perbincangan dalam kumpulan merupakan kaedah yang amat efektif untuk pelajar mencapai kejayaan dan kecemerlangan akademik. Hal ini kerana melalui kaedah perbincangan kumpulan, pelajar mampu untuk melakukan banyak perkara dalam jangka masa yang singkat.

Di samping itu, daya ingatan pelajar bertambah kuat serta mampu untuk bertahan lama. Ini kerana perbincangan kumpulan melatih minda dan pemikiran pelajar untuk sentiasa berfikir dan bertukar idea sesama mereka yang terlibat dalam kumpulan perbincangan tersebut. Otak dan pemikiran pelajar akan lebih aktif dan mempunyai daya ingatan yang tahan lama untuk menyimpan maklumat yang diperolehi semasa perbincangan (Mohammad Shatar, 2005: 51).

PERANAN BELAJAR BERKUMPULAN 1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk. Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan. Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.

3. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 45

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang

dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

4. Penumpuan semasa ahli membentang. Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. Janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

5. Bersoal jawab. Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan

dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut.

BERDISIPLIN & MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH Disiplin adalah satu bentuk latihan perkembangan mental, emosi, fizikal dan sikap seseorang. Laporan Kabinet 1979 menafsirkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang untuk bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati orang lain, kesanggupan menghormati antara satu sama lain, mempunyai

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 46

semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat. Disiplin dari sudut para pelajar merujuk kepada kawalan diri dan pematuhan kepada peraturan sekolah. Ini merangkumi tingkah laku yang mulia, fikiran yang teratur dan tersusun, rasional dan berkeyakinan. Disiplin merupakan satu jenis latihan bertujuan mengembangkan potensi individu dari segi intelek, jasmani, rohani, mental dan emosi supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

Rakan yang baik kepada teman sebaya. Rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya. Ianya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti sekolah. Rakan sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau atau negatif bergantung kepada persahabatan yang terjalin. Rakan sebaya dikalangan pelajar-pelajar yang baik akan memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang negatif kepada rakan-rakannya yang lain. Untuk mencapai kejayaan para pelajar perlu bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya.

Kegiatan kokurikulum Kegiatan kokurikulum mendidik para pelajar supaya seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan kokurikulum ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 47

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya. Aktiviti ini juga dapat memberikan kesan yang positif terhadap peningkatan disiplin para pelajar. Kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi para pelajar seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Ianya juga dapat membentuk personaliti yang positif dan bertanggungjawab. Aktiviti berpersatuan, kelab dan sebagainya akan membentuk kemahiran bersosial dan berhubung mesra diantara para pelajar. Kokurikulum dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan para pelajar berbilang kaum. Kegiatan ini juga dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan para pelajar berbilang kaum. Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas dapat diperolehi daripada kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum ini akan menyihatkan badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya ketahanan diri. Untuk memperolehi kesihatan yang baik, amalan permakanan yang sihat merupakan salah satu kritiria yang penting. Amalan pemakanan yang sihat adalah seperti berikut.

Amalan Pemakanan Yang Sihat Makanan didefinisikan sebagai apa-apa yang diambil oleh tubuh, membekalkan zat atau membina serta membaiki tisu, atau membekalkan kepanasan tubuh iaitu mengekalkan tenaga, untuk kehidupan dan tumbesaran atau pertumbuhan, dan berkhasiat (Cameron,1967). Fungsi utama makanan ialah membekalkan proses dalaman tubuh badan. Tenaga pula diperlukan untuk metabolisme tubuh dan penting bagi menggerakkan aktiviti fizikal.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 48

Seharusnya pelajar memastikan amalan pemakanan mereka sentiasa dijaga. Sebagai contoh, seseorang pelajar seharusnya bersarapan pagi setiap hari sebelum ke kelas untuk memastikan mereka tidak berasa lesu dan sentiasa cergas semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Pelajar juga sepatutnya sentiasa mempunyai sajian makan seharian yang teratur. Menerusi amalan pemakanan yang baik, ia akan menjamin kesihatan tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi perkembangan minda dan ketahanan mental pelajar (Razaki Fauzi 2000).

Makanan otak (brain food)

Makanan yang baik untuk otak termasuklah buah avokado, pisang, daging tanpa lemak, brokoli. beras perang, kobis Brussels, sayuran hijau, tembikai Cantaloupe, telur, kekacang, makanan bersumberkan gandum, oren, mentega kacang, kacang pea, kentang, kacang soya, ikan salmon, ikan tuna, kismis, kurma, badam dan madu lebah. Semua makanan ini kaya dengan anti-oksida, vitamin dan mineral, juga mengandungi nisbah karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengekalkan fungsi badan dan mental yang sihat.

Makan makanan yang kaya dengan anti-oksida.

Fungsi anti-oksida adalah melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak. Sesetengah makanan seperti prune, kismis, strawberi, blueberi, raspberi, bawang putih, kailan dan bayam mengandungi anti-oksida yang sangat tinggi. Tanpa anti-oksida, daya pemikiran akan merosot kerana sel-sel otak akan merosak akibat dari pemusnahan oleh radikal bebas.

Pengambilan serat

Gizi makanan yang seimbang mestilah mengandungi serat. Ia bukan sahaja menyingkirkan toksin dalam badan malah menjauhkan brain fog atau hilang ingatan secara tiba-tiba yang disebabkan oleh toksin dalam badan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 49

Seseorang pelajar sepatutnya mengambil tahu tentang pemakanan mereka untuk memperbaiki taraf kesihatan mereka. Menurut Rao (1986), semakin baik

pengetahuan seseorang tentang pemakanan, maka pengambilan makanannya juga semakin baik dan mencapai keperluan yang syorkan. Mereka perlulah mempunyai pengetahuan terhadap jenis-jenis makanan yang berkhasiat yang sepatutnya mereka ambil dalam kehidupan seharian mereka. Dengan mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai makanan yang berkhasiat ini, mereka akan dapat mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dalam pengambilan makanan mereka setiap hari.

Amalan Emosi Yang Positif Perkataan emosi itu sendiri berasal daripada Greek, iaitu, emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi yang dizahirkan oleh manusia adalah satu bentuk tindakan yang memenuhi kepuasan diri individu berkenaan. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu keadaan dimana, perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi dan psikologi seseorang individu (Mohd Nazar Mohamad, 1991). Ia merupakan satu set tindakbalas autonomik, visceral dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka,

perkataan, tingkah laku dan isyarat yang dipamerkan oleh individu itu. Bila dikaji dengan lebih mendalam lagi, perasaan dan emosi adalah penting untuk kesejahteraan dan kebahgiaan serta keselarasan ruang lingkup hidup. Oleh itu, kecenderungan dalam mengawal emosi dengan baik adalah faktor penentu kecemerlangan sesuatu urusan sama ada secara personal mahupun professional (Goleman, 1995, dalam : Prakas Rao, 2001).

Hasil kajian Y. Azizi et al. menyatakan bahawa faktor kecerdasan emosi adalah mempengaruhi diri seseorang individu itu, terutamanya dalam prestasi pencapaian akademik pelajar. Tahap kecerdasan emosi amat penting bagi seseorang individu itu, lebih-lebih lagi dalam menjalani kehidupan seharian. Kecerdasan emosi dilihat sebagai salah satu elemen yang penting dalam kehidupan individu berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi. Jadi, pelbagai pihak terutamanya pihak sekolah, guru-guru, ibu

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 50

bapa dan pihak Kementerian Pendidikan umumnya perlulah mengambil tindakan yang wajar agar kecerdasan emosi pelajar berada pada tahap yang baik untuk menjamin kecemerlangan akademik mahupun kerjaya individu kelak.

KESIMPULAN Diantara peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar ialah seperti berikut: 1. Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran serta menerapkan nilai-nilai murni supaya menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. 2. Mencontohi segala sifat kepimpinan sikap dan tangkahlaku yang baik. 3. Menjadi pelajar yang berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. 4. Menjadi rakan yang baik kepada teman sebaya dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial serta boleh bergaul dan berinteraksi dengan positif. 5. Melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan, kelab, sukan dan unit beruniform di sekolah.

Rujukan Moore. K. D. (2003). Classroom Teaching Skills (5th Ed ) Singapore: Mc Graw Hill Cruinckshank D. R., Jenkins D.B. & Metcalf K.(2012) The Art of Teaching (6 th ) New York: Mc Graw Hill Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall Hussein Mahmood (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. AL. Ramaiah. (1999) Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli & Intan Sapina Bahuri . Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara. Jurnal Teknologi 54(Sains Sosial), Jan 2011: 77-105

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 51

Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman & Aminah Khalid. Punca Prestasi Pembelajaran yang lemah di kalangan Pelajar. Jurnal Teknologi, 43(E) Dis, 2005:29-44.

Anda mungkin juga menyukai