Anda di halaman 1dari 19

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 18

UNIT PELAJARAN 2 AMALAN PENGAJARAN GURU

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan peranan utama guru. 2. Menjelaskan amalan pengajaran dan pembelajaran yang baik. 3. Mengenal pasti pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

PENGENALAN

Sebagai guru kita mesti memahami dinamik, perubahan dan persekitaran sekolah. Ini akan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Memahami variabelvariabel ini membolehkan seseorang guru itu memperbaiki peluang kejayaan para pelajar dan juga kepuasan diri dalam pengajaran. Guru memainkan banyak peranan diantara peranan utama ialah sebagai pakar pendidikan (instructional expert), pengurus persekitaran pembelajaran (manager) dan kaunselor (counselor)

PAKAR PENDIDIKAN Sebagai pakar pendidikan, guru-guru merancang, memberi panduan dan menilai pembelajaran. Ilmu menjadi asas kepada pembelajaran dan pemikiran. Ilmu yang asas mesti dibentuk dan diatur supaya ianya boleh menjadi kerangka dimana para pelajar dapat membina ilmu dan maklumat yang lebih komplek. Ilmu yang dibina mesti ilmu yang bermakna supaya ilmu itu dapat diingati dan para pelajar dapat menguna dan menterjemahkan dalam situasi yang sebenar. Sebagai pakar, guru-guru mesti membuat keputusan apa yang hendak diajar, apakah alatan pengajaran yang perlu digunakan, apakah pendekatan yang terbaik yang perlu digunakan dalam pengajaran dan penilaian keberkesanan pengajaran tersebut.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 19

PENGURUS PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Sebagai guru, salah tugas penting adalah untuk membentuk struktur dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ini melibatkan keputusan dan tindakan dalam pengawalan kelas yang merangkumi peraturan-peraturan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah penting supaya pembelajaran dapat di maximakan. Pengurusan kelas melibatkan pembentukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran dan sekolah. Guruguru yang menujukkan sikap penyayang akan membantu mengukuhkan sikap yang sama terhadap para pelajar. Selain daripada itu, guru-guru menguruskan rekod kedatangan para pelajar, menyemak dan menilai tugasan serta membaca, mengrade dan merekod keputusan ujian-ujian yang dijalankan.

KAUNSELOR Guru-guru adalah kaunselor dibilik darjah dan memerlukan asas dalam bidang kaunseling. Kemahiran kaunseling diperlukan untuk membina hubungan interpersonal yang efektif dan menyelesaikan masalah harian yang dihadapi didalam kelas. Guru-guru mesti bersedia untuk memberi respon yang konstruktif terhadap masalah tingkahlaku yang menghalang pembelajaran dan perkembangan positif para pelajar. Disamping itu membantu para pelajar dan ibubapa yang menghadapi masalah dan bersedia untuk bekerjasama dalam meringankan masalah pembelajaran mereka.

DEFINISI MENGAJAR Mengajar didefinasikan sebagai sesuatu tindakan oleh seseorang dalam menyampaikan kemahiran atau ilmu pengetahuan. Clark dan Starr (1986) mengemukakan definasi mengajar sebagai sesuatu percubaan untuk membantu para pelajar dalam menguasai atau mengubah kemahiran, ilmu pengetahuan, idea dan sikap. Bruner (1966) mengutarakan mengajar sebagai sesuatu usaha untuk membantu atau membentuk pertumbuhan. Definasi ini menunjukkan bahawa para guru perlu mengambil berat dalam perkembangan para pelajar dan ini termasuk fizikal, sosial, emosi dan kognitif.

PENGAJARAN Dalam melaksanakan pengajaran para guru memerlukan pengetahuan asas dalam teori pendidikan. Pengetahuan mengenai teori-teori ini diajar semasa para bakal guru belajar

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 20

di universiti. Teori-teori ini mesti disuaikan dengan keadaan sebenar bilik darjah untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang maxima didalam bilik darjah.

Tiga perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pengajaran adalah seperti berikut :

PERKARA YANG PERLU DITIMBANGKAN DALAM PENGAJARAN

PERKARA YANG HENDAK DI AJAR

KEPERLUAN PELAJAR UNTUK BELAJAR

BANTUAN GURU DALAM PENGUASAAN ILMU

(1) apakah perkara yang hendak diajar (2) apakah yang perlu dilakukan oleh para pelajar untuk belajar dan apakah yang menunjukkan pembelajaran telah berlaku dan (3) apakah yang perlu dilakukan oleh guru untuk membantu dalam penguasaan ilmu yang dipelajari. Kemahiran guru diperlukan untuk menjanakan pengajaran yang efektif dan kemahiran ini diklasifikasikan sebagai pra instruksional (preinstructional), instruksional (instructional) dan pasca instruksional (postinstructional).

KEMAHIRAN PRA INSTRUKSIONAL Kunci kepada pengajaran yang efektif adalah perancangan pengajaran. Apakah kemahiran yang diperlukan dalam perancangan pengajaran? Kemahiran ini memerlukan para guru menjawab beberapa persoalan mengikut urutan iaitu

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 21

1. Apakah perkara yang hendak diajar? 2. Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? 3. Apakah alat bantu mengajar yang diperlukan? 4. Apakah cara yang terbaik untuk mengenalkan subjek ini? 5. Apakah strategi instruksional terbaik untuk berlakunya pembelajaran? 6. Bagaimana pelajaran tersebut hendak dirumuskan? 7. Bagaimana penilaian para pelajar hendak dilakukan?

Langkah yang pertama melibatkan mengenal pasti kandungan yang hendak diajar. Kandungan ini boleh di tentukan melalui kurikulum yang telah dibentuk. Langkah kedua menyatakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai merangkumi apa yang para pelajar perlu kuasai, sikap dan nilai yang perlu dibentuk. Langkah ketiga menggunakan alat bantuan mengajar yang sesuai bagi perkara yang hendak disampaikan. Langkah keempat mengenalkan subjek yang hendak diajar dengan mendapatkan perhatian para pelajar yang tidak berbelah bagi. Langkah kelima memilih strategi yang terbaik mengikut aras kematangan para pelajar, cara pembelajaran dan persekitaran bilik darjah. Langkah keenam rumusan pelajaran yang dipelajari mesti dirancang supaya pengakhiran kandungan pelajaran tersebut bermakna dan difahami oleh para pelajar. Langkah ketujuh para guru perlu menentukan samada matlamat yang ingin dicapai telah tercapai. Guru perlu menentukan samada para pelajar telah menguasai pelajaran sebagaimana yang dihasratkan.

Dalam melaksanakan perancangan pra instruksional para guru perlu mempunyai kemahiran seperti berikut iaitu 1. Membuat perhatian yang tepat 2. Menulis objektif dengan jelas

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 22

3. Memilih bahan instruksional 4. Merancang set kognitif yang bersesuaian 5. Memilih strategi pengajaran yang bersesuaian 6. Merancang rumusan yang besesuaian 7. Menentukan dan membina penilaian yang bersesuaian. Melaksanakan perancangan pra instuksional akan dapat meningkatkan pembelajaran para pelajar.

KEMAHIRAN INSTRUKSIONAL Setelah perancangan dibuat tibanya masa untuk mengimplementasi perancangan tersebut. Melaksanakan sesuatu perancangan adalah sukar dan ianya memerlukan kemahiran yang khusus daripada seseorang guru. Asas kepada kemahiran instruksional adalah komunikasi yang berkesan. Pembelajaran yang berkesan tidak akan berlaku apabila berlakunya kegagalan komunikasi yang efektif dengan para pelajar. Kegagalan komunikasi berlaku apabila para guru gagal mendapat perhatian, minat serta mengekal momentum tersebut terhadap para pelajar. Untuk mengerakan minat dan perhatian pelajar para guru perlu menguasai kemahiran dalam menggunakan pelbagai ransangan, menanya soalan dan pengukuhan minat pelajar. Kemahiran pengurusan persekitaran pembelajaran perlu ada pada setiap guru. Para guru perlu mendapatkan kerjasama para pelajar, mengekalkan penglibatan mereka dalam pembelajaran dan melaksanakan tugas dan tangunjawab bilik darjah dengan licin dan efisien. Pembelajaran yang efektif tidak akan berlaku apabila persekitaran pembelajaran tidak diuruskan dengan baik. Walaubagaimana hebat pun perancangan pra intruksional kegagalan pasti akan berlaku apabila para guru tidak mempunyai kemahiran menguruskan bilik darjah.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 23

Kemahiran yang perlu para guru kuasai adalah seperti berikut:

Komunikasi berkesan

Membentuk set induksi

Teknik Pengukuhan

KEMAHIRAN GURU

Teknik Soalan

Pengurusan Bilik Darjah

Penutup dan Penilaian

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 24

MEMBENTUK SET INDUKSI Tujuannya ialah bagi mengarahkan dengan cepat perhatian murid kepada tajuk yang akan dibincangkan dengan menimbulkan minat serta perasaan ingin tahu murid. Set induksi memerlukan guru menggunakan imaginasinya. Guru itu harus membayangkan bagaimana satu-satu yang akan dipersembahkannya itu dapat dilakukan dengan cara yang boleh menimbulkan minat murid. Terdapat pelbagai cara ia boleh berbuat demikian, termasuklah : Mengemukakan soalan yang mencetuskan pemikiran murid; Membincangkan satu peristiwa semasa yang ada kaitan dengan pelajarannya; Menunjukkan gambar/carta yang ada hubungan dengan pelajarannya. Membuat satu kenyataan yang dengan sendirinya mengalakkan murid-murid membahas antara satu sama lain; Menyuruh murid melakukan sesuatu; Mengunakan pita rakaman. Menggunakan beberapa soalan yang boleh menolong murid mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Dengan cara tersebut, guru dapatlah menyambungkan pelajaran lepas dengan pelajaran yang akan disampaikan. Namun, soalan yang hendak dikemukakan haruslah disediakan terlebih dahulu supaya terdapat kelicinan dalam penyampaiannya.

TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN Tanpa komunikasi pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. Oleh itu kemahiran komunikasi adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran harian para guru dan pelajar. Proses asas komunikasi terdiri daripada penghantaran dan penerimaan kod-kod yang tertentu. Guru akan membentuk sesuatu mesej yang diharapkan akan difahami oleh pelajar dan dihantar kepada pelajar. Mesej yang di hantar akan diterima dan diterjemahkan kod dalam bentuk reaksi kepada mesej itu. Reaksi pada kebiasaannya berbentuk nonverbal dan digunakan untuk menyampaikan samada mesej itu di fahami atau tidak.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 25

Dalam proses komunikasi gangguan kebisingan selalunya wujud dan gangguan ini mesti diatasi supaya penghantaran dan penerimaan mesej dapat diterjemahkan dengan tepat mengikut kehendak penghantar. Guru menyampaikan pelajaran melalui komunikasi verbal dan nonverbal. Keduadua cara komunikasi adalah penting tetapi pada kebiasaannya komunikasi nonverbal boleh mengatasi komunikasi verbal.

KOMUNIKASI VERBAL Komunikasi verbal terdiri daripada dua komponen iaitu komponen verbal dan vokal. Komponen verbal ialah interaksi pertuturan dan interaksi ini bergantung kepada maksud yang kaitkan kepada apa yang dipertuturkan. Maksud yang dipertuturkan boleh ditafsirkan kepada pelbagai makna bergantung kepada pengalaman para pelajar. Pengalaman yang lepas para pelajar memberikan impak kepada maksud yang dipertuturkan oleh guru. Oleh itu para guru perlu memastikan instruksi verbal berkait rapat dengan pengalaman lepas para pelajar. Komunikasi vokal ialah penekanan vokal kepada pertuturan sesuatu mesej. Perubahan kepada kelantangan nada suara, kenyaringan, intonasi, dan kepantasan boleh menukar maksud sebenar sesuatu yang dipertuturkan. Sebagai contoh, perkataan duduk dalam nada suara yang biasa berbeza makna dengan kelantangan nada suara yang kuat. Nada suara yang biasa menunjukkan kawalan emosi yang baik manakala nada suara yang kuat dan lantang menunjukkan kemarahan. Para guru perlu bijak mengunakan komunikasi vokal yang sesuai mengikut keadaan dalam mengawal kelas dan meningkat pembelajaran para pelajar.

KOMUNIKASI NON VERBAL Komunikasi verbal adalah penting tetapi ramai guru-guru kurang memberi perhatian terhadap komunikasi non verbal. Komunikasi non verbal adalah penting kerana mesej non verbal ini boleh memperkukuhkan, mengubah atau menafikan mesej verbal. Diantara komunikasi non verbal ialah mimik muka, bahasa badan, pengunaan ruang dan pergerakan dan pengunaan masa.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 26

MIMIK MUKA Mimik muka pada kebiasaannya memberi gambaran perasaan dalam seseorang guru. Para guru mesti sedar bahawa mimik muka boleh memperkukuhkan, mengubah atau menafikan mesej yang dipertuturkan. Mimik muka termasuk senyuman, menaikkan kening, menjegil, merenung dan sebagainya. Para guru perlu menggunakan mimikmimik muka yang sesuai bagi memperkukuhkan pengajaran mereka.

BAHASA BADAN Gerak isyarat badan yang dibuat oleh kepala, tangan dan lain-lain anggota badan adalah sebahagian daripada komunikasi non verbal. Diantara gerak isyarat badan merangkumi mengganguk, mengeling, membuat pergerakkan tangan tanda bagus, menghentakan kaki dan sebagainya. Setiap pergerakkan anggota badan ini memberi isyarat komunikasi non verbal kepada para pelajar. Perhatian perlu diberikan kepada pergerakan ini supaya isyarat yng di berikan sesuai dengan masa dan keadaannya.

RUANG DAN PERGERAKAN Pengurusan ruang persekitaran pembelajaran akan memberi kesan terhadap pergerakan guru dan para pelajar. Ruangan yang cukup akan memberi keselesaan pergerakan guru dan para pelajar dan seterusnya akan mengalakkan interasi dikalangan guru- pelajar dan diantara para pelajar itu sendiri. Ini akan mengggalakkan proses pembelajaran. Ruangan yang sempit akan menghindarkan pergerakan dan boleh mencetuskan kegelisahan serta kacau ganggu dikalangan para pelajar. Ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap pembelajaran para pelajar. Para guru perlu membentuk persekitaran pembelajaran yang sesuai. Oleh itu, pengurusan ruang dan pergerakan patut diberi perhatian sewajarnya dalam mengujudkan suasana yang selesa dan tenang dalam pembelajaran.

PENUMPUAN MASA Penumpuan masa guru terhadap sesuatu pelajaran itu memberi isyarat non verbal kepada para pelajar. Penggunaan masa yang panjang di dalam sesuatu sesi pembelajaran itu akan menunjukan betapa penting sesuatu pelajaran itu. Manakala

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 27

pengunaan masa sepintas lalu oleh guru terhadap sesuatu topik pelajaran itu menampakkan topik itu tidak mustahak dan tidak perlu di pelajari.

TEKNIK PENGUKUHAN Pengukuhan atau memberikan ganjaran kepada tingkahlaku yang dikehendaki adalah teknik yang digunakan dan para guru perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan kaedah ini. Teori pengukuhan pada kebiasaannya merujuk kepada rangsangan-respon (stimulus respond). Pada dasarnya, teori ini ianya bermaksud kesan mempengaruhi tingkahlaku. Oleh itu, seseorang itu akan melakukan sesuatu apabila ia mengetahui apa akan berlaku berikutnya.Pengukuhan tingkahlaku dalam bilik darjah di perolehi dengan dua cara iaitu pertama pengukuhan positif dan pengukuhan negatif.

Pengukuhan positif Pengukuhan positif berlaku apabila guru memberikan ganjaran sebagai ransangan untuk menggalakkan sesuatu tindakan atau tingkahlaku. Ganjaran ini merupakan ganjaran dapat dilihat dan dirasa (tangible) seperti hadiah atau yang tidak dapat dilihat maupun dirasa (intangible) seperti pujian.

Pengukuhan negatif Pengukuhan negatif berlaku apabila guru mengelakkan daripada melaksanakan sesuatu tindakan yang akan menyebabkan ketidak selesaan pelajar. Pelajar diberi peluang untuk mengelakkan daripada situasi ini dengan menunjukkan tingkahlaku yang bersesuaian dengan keadaan. Contoh pengukuhan negatif ialah mengenakan dendaan apabila tidak melakukan kerja kelas.

Jenis pengukuhan Ada beberapa jenis pengukuhan yang dilakukan oleh guru didalam situasi bilik darjah diantaranya adalah seperti berikut:

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 28

Pengukuhan verbal Pengukuhan verbal berlaku apabila guru memberikan respon yang positif terhadap tindakan atau tingkahlaku pelajar. Pengukuhan verbal yang biasa digunakan ialah bagus, betul atau tepat sekali dapat mengukuhkan lagi sesuatu tindakan pelajar.

Pengukuhan non verbal Pengukuhan non verbal merujuk kepada penggunaan aksi fizikal untuk menghantar suatu mesej bagi menggalakkan sesuatu tindakan. Aksi fizikal yang ditunjukkan sebagai contoh ialah mengangguk atau senyuman sebagai tanda persetujuan sesuatu tindakan yang dilakukan itu.

Penanguhan pengukuhan Penanguhan pengukuhan bermaksud pengukuhan diberi kepada tindakan atau tingkahlaku pelajar yang dilaksanakan pada masa lampau. Pengukuhan secara sebegini menunjukkan sumbangan pelajar yang dilakukan masa lampau masih diingati dan masih relevan masa kini.

Pengukuhan bersyarat Pengukuhan bersyarat dilaksanakan apabila sebahagian daripada tindakan atau tingkahlaku itu dipersetujui oleh guru. Pengukuhan secara begini akan menggalakkan pelajar untuk meneruskan tindakan untuk memperbaiki diri kearah tingkahlaku yang dikehendaki. Contoh yang biasa digunakan ialah, satu usaha yang baik dan masih boleh ditingkatkan lagi.

Teknik Soalan Percakapan biasanya berlaku didalam suasana bilik darjah samada guru, pelajar atau sebilangan pelajar. Selalunya percakapan dilakukan oleh guru dan para pelajar mendengar. Salah satu cara untuk mengubah daripada intruksi berpusatkan guru kepada instruksi berpusatkan pelajar ialah penggunaan teknik soalan. Pada dasarnya soalan boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu soalan yang khusus dan soalan umum. Soalan yang khusus memerlukan jawapan yang khusus dan

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 29

mengandungi fakta. Manakala soalan yang umum mempunyai lebih daripada satu jawapan. Mental operation model yang diwujud daripada pengabungan Taxanomi Bloom dan Guilford structure of the intellect model mengemukakan empat kategori soalan iaitu, faktual (factual), empirical (empirical), produktif (productive) dan evaluatif (evaluative).

MODEL OPERASI MENTAL

FAKTUAL

EMPRIKAL

PRODUKTIF

EVALUATIF

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 30

Soalan Faktual Menjawab soalan faktual memerlukan dengan pengingatan kembali fakta-fakta yang telah dipelajari atau dihafal. Soalan ini adalah soalan yang khusus dan contoh soalan adalah seperti siapakah yang mencipta kapal terbang? Proses pemikiran melibatkan mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari.

Soalan Empirikal Jawapan kepada soalan ini memerlukan para pelajar mengabung dan menganalisis maklumat yang dipelajari. Maklumat yang didapati digunakan dengan betul untuk mendapat jawapan yang betul. Contoh soalan adalah seperti bandingkan, jelaskan dan hitungkan. Prosess pemikiran ini melatih para pelajar untuk mengabungkan, menganalisi serta mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan diaplikasikan kepada persoalan tersebut.

Soalan produktif Soalan produktif ialah soalan yang terbuka dan tidak mempunyai satu jawapan yang betul. Jawapan kepada soalan produktif memerlukan kreativiti dan imaginasi para pelajar untuk menjanakan sesuatu jawapan yang unik. Contoh soalan seperti bagaimanakah untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris?, atau apakah cara terbaik untuk mengelakkan masalah pengganguran? dan sebagainya. Prosess pemikiran ini membentuk para pelajar supaya berfikiran kreatif dan imaginative untuk memberi suatu output yang unik.

Soalan Evaluatif Soalan ini memerlukan para pelajar membuat pertimbangan atau menilai sesuatu. Soalan ini biasanya adalah soalan terbuka dan lebih sukar untuk dijawab. Bagi menjawab soalan ini para pelajar perlu membina criteria-kriteria tertentu sebelum pertimbangan atau penilaian dapat diperolehi. Contoh soalan seperti siapakah pemain hoki terbaik dunia? dan sebagainya. Proses pemikiran menjuruskan para pelajar membuat pertimbangan dan penilaian berdasar kepada criteria yang tertentu.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 31

PENGURUSAN BILIK DARJAH Keberkesanan sesuatu pengajaran itu boleh dikaitkan dengan pengurusan bilik darjah yang sempurna. Mengikut W.F. Connell(1981) satu daripada faktor yang boleh membawa kejayaan sesuatu pengajaran itu ialah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan. Kewujudan bilik darjah yang efektif tidak akan tercapai jika rutin bilik darjah itu tidak dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. Aktiviti seperti menyemak keadaan fizikal bilik darjah, menanda kedatangan, mengutip yuran, mengutip dan dan memulangkan buku latihan, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, menyediakan dan menyimpan pelbagai rekod yang dijalankan secara tetap dinamakan rutin bilik darjah. Pengurusan rutin bilik darjah yang teratur akan menghasilkan iklim bilik darjah yang baik dan akan mewujudkan suasana yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengurusan rutin ini, guru memainkan peranan yang penting. Rutin bilik darjah perlu diterangkan pada awal tahun atau pada waktu mula persekolahan. Rutin bilik darjah itu mestilah jelas dan tidak mengelirukan pelajar, dan rutin yang telah ditetapkan itu diterangkan kepada pelajar supaya mereka tahu akan prosedur rutin tersebut akan melakukannya tanpa sebarang bantahan.(Kamaruddin Haji Husin, 1995) Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu: a) Pada waktu mula masuk ke kelas, guru mesti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah itu terutama tentang keadaan fizikal bilik darjah itu terutama tentang terang dan gelap bilik tersebut. b) Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan. c) Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didiapati. d) Guru perlu memilih rutin yang paling sesuai dan boleh menjadi satu satu kebiasaan jika rutin itu diamalkan. e) Guru mesti merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem supaya segala maklumat atau data yang dikehendaki oleh pentadbir dapat dikemukakan dengan lengkap dan tepat. Perlaksanaan rutin di dalam bilik darjah mendatangkan beberapa manfaat seperti berikut:

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 32

a) Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur. b) Peraturan yang sedia ada dalam bilik darjah dapat membantu mengawal disiplin di dalam bilik darjah. c) Pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar. d) Rutin akan menyemai dikalangan pelajar.

Dalam hal pembelajaran di sekolah, penyimpanan dan pengurusan rekod yang bersistem mempunyai kepentingannya. Rekod amat mustahak untuk menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa bagi memudahkan usaha mempertingkatkan pencapaian pelajar serta nama sekolah itu sendiri.

Penyusunan Bilik Darjah Persekitaran fizikal bilik darjah juga penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini boleh menggalakkan atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau selanjutnya menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang melibatkan beberapa perkara seperti: 1. Melibatkan guru menyusun, 2. Mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan, 3. Menyusun tempat duduk pelajar, 4. Penyusunan perabot dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara di atas perlu diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (1981:16) menekankan bahawa: Kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin yang pembelajaran telah berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 33

Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini penyusunan bilik darjah turut melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang telah ditentukan. Antara tujuan pengurusan bilik darjah mengikut Atan Long (1968) ialah: 1. Masa, tenaga, alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran. 2. Kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dapat digunakan dengan berkesan. 3. Mengadakan suasana yang menggalakkan untuk pembelajaran.

Penyusunan Tempat Duduk Pelajar Penyusunan pelajar di tempat duduk di dalam sesebuah bilik darjah adalah sesuatu yang penting ditekan. Kedudukan pelajar tidak boleh sering diubah demi mengelakkan berlaku kekeliruan sewaktu belajar. Criteria seperti kemudahan pengurusan dan pengawalan bilik darjah hendaklah diambil kira dalam menentukan kedudukan pelajar. Lazim diketahui bahawa pelajar yang agak nakal memerlukan perhatian lebih daripada guru. Oleh itu sebagai contoh, jika membiarkan mereka duduk di tempat duduk belakang bilik darjah akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Meja Guru Meja guru biasanya terletak di bahagian hadapan kelas. Keadaan ini perlu dilakukan bagi memudahkan semua pelajar melihat guru serta mendengar sesuatu penjelasan dengan mudah. Melalui sistem KBSR, guru digalakkan berlegar di sekitar meja pelajar. Guru tidak boleh duduk di kawasan mejanya sahaja, sama ada sewaktu pengajaran ataupun sewaktu pembelajaran. Semasa aktiviti pembelajaran berlaku, sama ada menulis atau membaca, guru seharusnya berada di sekitar pelajar dan menjadi pembantu untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kerusi dan Meja Pelajar Penyusunan kerusi dan meja lazimnya bergantung kepada umur dan keperluan pelajar itu sendiri. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:45) tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik. Ia bergantung kepada umur dan keperluan pelajar, dan guru harus cuba memikirkan bentuk penyusunan yang difikirkan paling sesuai dan menepati kehendak situasi pengajaran dan pembelajaran.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 34

Sharifah Alwiah turut memberi contoh bahawa, jika pelajar berumur lapan tahun (sekolah rendah), kedudukan sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat atau enam meja dapat memenuhi tuntutan untuk mereka bekerjasama Penguasaan kemahiran diatas akan dapat menambahkan peluang kejayaan para guru dalam menguruskan pembelajaran para pelajar mereka.

PENUTUP/PENILAIAN Tujuannya ialah untuk menggalakkan pengingatan terhadap pelajaran itu.Untuk bahagian ini, guru harus menggulung; pelajaran atau memberi soalan yang boleh mentaksir setakat mana objektif-objektif sesuatu pelajaran itu telah tercapai. Oleh itu, guru harus menguntukkan masa tertentu untuk bahagian ini. Berbagai cara boleh digunakan untuk menamatkan sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa cadangan: a) Menyoal tentang pelajaran yang baru selesai untuk menentukan tingkat kefahaman murid mengenai pelajaran. b) Mengadakan sesuatu gerakerja, seperti lakonan, kuiz atau demonstrasi yang bertujuan meneguhkan dan menggulung hujah-hujah penting pelajaran. c) Membuat catatan ringkas pelajaran. Sedapat-dapatnya haruslah dikerjakan bersama dengan murid. d) Menyuruh murid menceritakan balik bahan-bahan utama dalam pelajaran tersebut. Sebelum mengakhiri pelajaran, guru boleh memberitahu muridnya apa yang akan dilakukan dalam pelajaran akan datang.

Kemahiran Pasca Instruksional Kemahiran pasca instruksional melibatkan penilaian terhadap proses pra instruksional dan instruksional. Maklumat penilaian dikumpul dan dianalisiskan berdasarkan kepada objektif yang hendak dicapai. Penilaian ini melibatkan analisis yang terpeinci terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan dan keefisienan dalam pencapaian objektif yang telah ditetapkan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 35

Analisis yang terperinci adalah pemeriksaan yang sistematik dan penilaian data dengan membahagikannya kepada komponen untuk mencari hubungkait diantara mereka. Pemeriksaan hubungkait variabel-variabel ini dapat merungkaikan kesan, sebab dan musabab dan dengan itu dapat memberi asas kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang lebih bermakna.

Huraikan jenis-jenis pengukuhan yang sering dilakukan oleh guru dalam situasi bilik darjah. membaca asas murid pemulihan khas

Rumusan
Guru memainkan peranan yang utama dalam pendidikan para pelajar serta akan mencorakkan masa depan mereka. Sebagai guru, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang baik memerlukan perancangan yang teliti bermula daripada pra instruksional sehingga pasca instruksional. Pengajaran dan pembelajaran yang efektif memerlukan penglibatan aktif guru dan para pelajar dalam suasana pembelajaran yang harmonis. .

Rujukan
Moore. K. D. (2003). Classroom Teaching Skills (5th Ed ) Singapore: Mc Graw Hill Cruinckshank D. R., Jenkins D.B. & Metcalf K.(2012) The Art of Teaching (6th ) New York: Mc Graw Hill Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall Hussein Mahmood (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. AL. Ramaiah. (1999) Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 36

Kamaruddin Husin. (1995) Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai