Anda di halaman 1dari 32

TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAM PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian ini dibina dan disusun bagi memenuhi teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan sistematik bagi mencapai pembelajaran yang efektif di kalangan pelajar. Komponen Ringkasan Persediaan Mengajar yang disediakan merangkumi beberapa elemen penting seperti Teori Pengajaran dan Pembelajaran, Strategi Pengajaran, Pemeringkatan Isi Pelajaran serta Media dan Bahan Bantu Pengajaran yang difikirkan sesuai dan efektif.

Persediaan mengajar yang terancang sudah tentu amat penting bagi seorang guru dalam memastikan segala maklumat yang hendak disampaikan dicatatkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ). Setiap langkah pengajaran disusun mengikut urutan dan ini akan dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan penuh berkeyakinan.

Guru telah memilih mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2, Bahagian Ibadat, tajuk pelajaran Cara Mengambil Air Sembahyang ( Wuduk ) .Manakala teknik pengajaran akan mengunakan pendekatan teori konstruktivisme seperti yang disarankan dengan disokong strategi pengajaran, bahan bantu mengajar yang sesuai serta bahan multimedia yang berasaskan computer.

2.0 TEORI KONSTRUKTIVISME DAN APLIKASINYA.

1.1 Pengertian Konstruktivisme

Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang membawa maksud Falsafah Membina. Kita akan cuba mengunakan teori ini di dalam merangka proses pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan topek pelajaran yang disediakan. Namun sebelum itu kita perlu mengetahui pengertian konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa pendapat dan pandangan para ahli falsafah :

Constructivisim is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say tahat each invidual constructs knowledge rather than receiving it from other.

( McBrien & Brandt, 1997 )

They are conctructing their own knowledge by testing ideas and approaches on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and integrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs.

( Briner,M.,1999 )

Constructivist theory posits that students make sense of world by synthesizing new experiences into what they have previously understood. They form rules through reflection on their interaction with objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship that does not make sence to them, they either interpret what they see to conform to their rules to better account for the new information.

( Brooks & Brooks, 1993 )

In the contructivist theory the emphasis is placed on the learner or the student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who interacts with objects and events and therepy gains an learner, therefore, constructs his/her own conceptualizations and solutions to problem. Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged.

( Sushkin, N., 1999 )

Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh individu seseorang adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan mengunakan pengalamannya secara terpilih.

( Nik Aziz Nik Pa, 1999 )

Berdasarkan pendapat dan pandangan tersebut maka dapatlah disimpulkan bahawa Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.

Melalui kaedah ini, seorang guru harus menyedari lima elemen penting sebelum mengaplikasikan langkah-langkah pengajaran.

i- Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

ii- Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

iii- Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

iv- Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

v- Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.

Dengan lima elemin penting pengajaran guru, maka pelajar berpeluang untuk menerima pembelajaran secara kolektiff dan dinamik antara hasil kelebihan teori konstrutivisme .

i- Mampu Berfikir:

Membina pengetahuan baru, berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpristasi dan membuat kesimpulan.

ii- Memahami:

Kefahaman mengenai sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam membina pengetahuan baru. Sekiranya murid sudah dapat memahami sudah tentulah mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan situasi baru.

iii- Daya Mengingat:

Setelah mereka memahami sesuatu konsep, mereka akan dapat mengingati lebih lama kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

iv- Berkeyakinan:

Mereka belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.Ini akan menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

v- Berkemahiran sosial:

Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka dan guru-guru dalam membina pengetahuan mereka sendiri.

vi- Rasa kesoronokan:

Mereka membina sendiri pengetahuan , konsep idea secara aktif yang akhirnya menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

3.0 TEKNIK / STRATEGI PENGAJARAN DAN APLIKASI

Strategi pengajaran perlu dilihat secara keseluruhan yang merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat sama ada teknik dan kaedah dalam membuat keputusan bagaimana pengajaran itu akan disampaikan.

( Dick & Carey, 1996 ).

Teknik pengajaran pula merupakan kemahiran spesifik dalam pengajaran seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara, ganjaran dan pengunaan bahan bantu.

Manakala Kaedah pengajaran merujuk bagaimana cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran seperti perbincangan, main peranan, bercerita, sumbangsaran, lakonan simulasi, tunjukcara dan sebagainya.

Strategi Pengajaran di mulai dengan Tarikh, Masa, Mata Pelajaran, Tajuk dan Isi Pelajaran/Kemahiran, bagi menentukan sejauhmana Sukatan Pelajaran telah diajar dan dikuasai oleh murid sebagai rujukan dan semakan dalam menentukan ujian di masa akan datang.

Bilangan Murid yang hadir di dalam kelas berkenaan dicatat bagi menentukan sejauhmana keberkesanan Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dalam satu-satu sessi untuk analisa kendiri guru.

Pengetahuan sedia ada pula dicatat bagi mengenal pasti pemilihan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran murid sesuai dan efektif berdasarkan pengalaman yang sedia ada.

Berdasarkan pernyataan Objektif Pengajaran dalam RPH yang disediakan

Di akhir pengajaran guru, murid dapat menunjukkan cara mengambil wuduk berpandukan gambar yang dipamerkan.

Pernyataan Objektif yang dinyatakan merangkumi ketiga-tiga domain kognitif, psikomotor dan efektif (Murid dapat mengaplikasikan, melakukan serta memerhatikan gambar).

Isi Pelajaran pula disusun secara berperingkat bermula dari konkrit kepada yang abstrak iaitu dengan memulai nyanyian Nasyid yang berkaitan dengan tajuk. Kaedah soaljawab secara lisan akan mengembangkan Isi tajuk pelajaran tersebut melalui soalan apakah alat yang boleh membersih dan mensucikan diri? Sebutkan jenis air bersih lagi suci yang dapat kamu ketahui?.

Dengan carta gambar sebuah lukisan yang pamirkan akan memberi tips kepada imiginasi dan inspirasi murid untuk mencari jawapan.Murid akan terus berfikir dan mencari fakta bahawa ( ketujuh-tujuh air tersebut ) merupakan asas permulaan air yang tidak bercampur dengan sebarang percampuran.Menonton tayangan VCD animasi, mendekatkan murid terus kepada pengenalan tajuk apakah tujuan kita berwuduk? melihat gambar, praktikal wuduk melalui tunjukcara, akan memberikan impak kepada murid untuk melakukannya sendiri secara amali membina pengetahuan berdasarkan pendekatan ojektif, psikomor dan efiktif murid dengan perlakuan mengambil wuduk dalam keadaan sebenar mengikut kumpulan,

Penilaian dilakukan secara pemerhatian dan direkodkan melalui borang penilaian guru diikuti dengan ujian pengukuhan dengan memberikan lambaran kerja rumah.

Berdasarkan strategi pengajaran yang dirancang melalui RPH tersebut, guru telah memilih beberapa cadangan kaedah pengajaran yang difikirkan mampu menarik perhatian murid iaitu:

i- Kaedah Nyanyian ( Nasyid ) .

- Tajuk Lagu : Mari berwuduk.

ii- Kaedah Soal Jawab Secara Lisan.

- Sebutkan jenis-jenis air?.

- Apakah Kegunaan Air ?

iii- Kaedah Demonstrasi./ dan kaedah rakan sebaya

- Melalui tayang VCD mengambil wuduk murid cuba melakukan aktiviti berwuduk secara simulasi.

- Murid kemudian diagihkan kepada 4 kumpulan dan 4 orang murid yang dikenalpasti telah menguasa kemahiran berwuduk akan membimbing dengan menunjukcara kepada rakan kumpulannya cara mengambil air wuduk dengan betul.

Iv Kaedah Perbincangan

Perbincangan ialah teknik yang digunakan bagi mendapat maklum balas. Teknik soal jawap secara lisan, perbincangan dalam kumpulan yang telah diagihkan oleh guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi dinamik, di antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid, antara kumpulan murid dengan kumpulan yang lain.

Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan untuk memastikan kaedah perbincangan dilaksanakan dengan berjaya. Berikut adalah panduan yang boleh dilakukan:-

(i) Kenali Murid

Perbincangan yang berkesan mengetahui kemahiran yang dipunyai oleh murid. Guru perlu menentukan pelajar yang akan dipanggil bercakap untuk memastikan perbincangan berjalan dengan lancar.

(ii) Perlu ada Perancangan

Perancangan perlu untuk memastikan perbincangan dibawa kepada halatuju yang dikehendaki.

(iii) Kenal antara satu dengan lain

Semasa perbincangan bukan sahaja guru perlu mengenali pelajar, malah pe;ajar juga perlu mengenali antara satu sama lain.

(iv) Hargai semua soalan dan komen

Adalah sangat penting untuk kita membuat sesuatu penghakiman tentang respon pelajar supaya mereka tidak berasa malu apabila bertanyakan soalan.

(v) Integrasikan respon pelajar dalam perbincangan

Murid akan lebih berasa bebas untuk melibatkan diri apabila mereka merasai idea dan perhatian mereka dapat memberi sumbangan kepada perbincangan. V Kaedah Tunjukcara

Murid diajak ke ruang tempat mengambil wuduk dan berdasarkan carta gambar yang ditunjukkan murid cuba melakukan amali wuduk sementara guru sebagai fasilitator untuk membimbing murid melakukan aktiviti berwuduk.

4.0 Media atau Bahan Bantu Pengajaran

4.1 Definisi Media Pengajaran

Media atau medium berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud saluran komunikasi. Ini bermakna apa juga maklumat daripada penyampai kepada penerima samada filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer merupakan bahan yang dapat

digunakan sebagai proses saluran komunikasi. Walaupun banyak tafsiran mengenai media namun apa yang menariknya menurut Torkelson ( 1972 ), beliau mengketegorikan media kepada tiga bahagian iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

Mesej adalah isi kandungan yang terkandung dalam media dalam bentuk apa jua yang disampaikan kepada penerima dan bentuk mesej merujuk kepada bagaimana mesej itu disimpan dalam suatu ruang yang luas merangkumi bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan sebagainya. Saluran masej pula adalah alatan fizikal yang berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej itu dipersembahkan kepada penerima.

Menurut Kemp dan Smellei (1994), mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

Media pengajaran adalah satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan penghubung antara pelajar dengan guru, antara pelajar dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

4.2 Pengkelasan Media Pengajaran

Media Pengajaran pada keseluruhan dapat dikelaskan kepada 8 jenis iaitu:-

JENIS MEDIA CONTOH

Media Tayang

Kaku Transparensi, slaid dan mikrofilem

Media Tayang Bergerak

Pita video, cakera padat digital dan filem

Bahan Grafik

Lukisan, poster, kartun, carta dan graf

Gambar kaku

Gambar foto, kad imbasan dan poskad

Bahan Pameran Tiga- Dimensi :

Model, boneka, diorama dan puppet

Papan Pameran

Papan kapur, papan putih, papan flannel dan papan bulletin

Media Audio

Pita kaset,cakera padat dan computer

Media cetak

Modul,buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

4.3 Justifikasi Pemilihan Media Pengajaran.

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dibuat.

a. Media Tayang Bergerak Dan Media Audio.

Media tayang bergerak dan media audio telah digunakan semasa pengajaran set induksi ( Media Audio ) dan Tayangan VCD cara-cara mengambil wuduk. Ketika Guru bersoaljawab secara lisan guru juga mengulangi tayangan VCD bagi tujuan mengukuhkan pembelajaran murid. Selesai menjawab soalan, guru menunjukkan soalan yang sama melalui tayangan VCD tersebut . Guru meminta murid untuk keluar ke hadapan kelas dan mengarah murid melakukan aktviti wuduk berpandukan tayangan vedio tersebut. Jika murid dapat mengikuti aktviti tersebut murid akan diberi ucapan peneguhan seperti baik, bagus, terima kasih. Ini menyebabkan murid menjadi seronok untuk mencuba lagi. b. Media Tayang Kaku dan Media Audio.

Media tayang kaku dan media audio diaplikasikan dalam langkah pengajaran seterusnya melalui cakera padat dan computer bagi murid-murid yang kurang melibatkan aktiviti. Menerusi media ini guru dapat membimbing murid secara khusus dengan memberikan penerangan dan tunjukcara yang betul kepada pelajar

c. Media Cetak.

Media cetak telah digunakan semasa aktiviti pengembangan idea dan ujian praktikal amali.. Media cetak yang digunakan adalah carta bergambar, lambaran kerja pengukuhan, buku teks, rekod senarai semak bagi tujuan merekod pengesanan pencapaian amali pelajar.

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, teknologi pengajaran merupakan aplikasi teknik dan strategi pengajaran yang sistematik berdasarkan teori-teori pembelajaran. Hubungkait teori konstruktivisme dengan topik yang dipersembahkan telah dapat membantu guru dan murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aplikasi teknik atau strategi pengajaran, menjadikan proses pengajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan murid. Strategi pengajaran yang berpusatkan murid menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Selain daripada hubungkait teori pembelajaran dan strategi, seorang guru juga perlu peka kepada penggunaan media pengajaran. Media pengajaran banyak membantu murid untuk memahami sesuatu topik dengan lebih baik membantu guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria. Oleh itu, seorang guru perlu bijak dalam merancang dan membuat pemilihan media pengajaran agar ia bersesuaian dengan murid. Penilaian kendiri diakhir pengajaran amat penting dalam mempastikan sejauhmana guru dan murid dapat mengukur keberkesanan dalam mencapai objektif tiap sessi pengajaran dan pembelajaran yang dipersembahkan.

BIBLIOGRAFI

Briner,M.(1999)[online]Available

http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html

Brook, J.G. & Books, M.G.(1999). Thr courage To Be Constructivist.

Educational Leadership, 57(3). Nik Aziz Nik Pa (1977) . Pembentukan Model Pengajaran Matematik

Berlandaskan Konstruktivime Radikal. Sceince and Matematik Educational,11,27-36. Sushkin, N.(1999)[online]Available:

http://carbon.cundenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html

Constructivist Theory (bruner,J).[online]Available

http://www.qwu.edu/~tip/bruner.html

http://onitsukahana.blogspot.com/2011/06/strategi-pengajaran-proses-pengajaran.html

Teori pembelajaran dan pelaksanaan pengajaran

http://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-konstruktivisme-dalam.html

Teori konstruktivisme Jean Piaget

http://hanafira.blogspot.com/2010/08/teori-konstruktivisme-jean-piaget.html

Kaedah dan Model Pengajaran Pendidikan Islam


Posted by Warung Ilmu... at 5:37 AM

PENGENALAN Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara. Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada kemakmuran negara. Jika dilihat kepada maksud pendidikan menurut perspektif Islam, Khurshid Ahmad menyatakan bahawa ia adalah satu pelajaran atau pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan. Al-Qaradhawi pula menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam ialah pendidikan yang menumpukan kepada segala aspek kehidupan manusia, termasuklah pendidikan akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan perilaku. Dari segi falsafah, pendidikan ialah satu proses memanusiakan manusia, iaitu proses memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam diri manusia (conscientization) tentang fizikal dan metafizikal (Tuhan, manusia dan alam). Justeru, berdasarkan takrifan-takrifan ini, pendidikan dapat disimpulkan sebagai suatu proses menyempurna dan melengkapkan diri pelajar dengan aspek-aspek kognitif, psikomotor dan afektif supaya pelajar dapat mengaplikasi segala ilmu yang diterima itu sebagai suatu panduan dalam kehidupan. Oleh yang demikian, seseorang guru itu tidak dapat tidak mestilah terlebih dahulu mempersiapkan diri dan membuat perancangan yang teliti sebelum menyampaikan sesuatu pelajaran. Keadaan ini adalah bagi memastikan para pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan baik dan berkesan serta ketigatiga aspek kognitif, psikomotor dan afektif berjaya diterapkan ke dalam diri pelajar. Di sinilah sesuatu Rancangan Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru yang berpengalaman mahupun yang tidak berpengalaman tetap perlu membuat perancangan. Perancangan yang berkesan akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Pada permulaan tahun, setiap guru perlu menyediakan rancangan kerja untuk tempoh mengajar selama setahun. Ia merupakan suatu rancangan yang disediakan oleh guru sebagai panduan bagi pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. Rancangan ini mengandungi topik-topik pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan dijalankan. Ia disediakan berdasarkan sukatan pelajaran bagi setiap mata

pelajaran yang diajar, bertujuan mencapai pembelajaran yang maksimum. Di sini, jelaslah bagi kita bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran adalah penting kerana: i. Merupakan suatu panduan kepada guru dalam mengajar topik-topik yang akan disampaikan. ii. Pemesongan topik dan objektif pembelajaran dapat dielakkan. iii. Pengajaran dapat dipermudahkan kerana bahan dan alat bantu mengajar telah pun dirancang. iv. Susunan topik-topik pelajaran adalah teratur dan mengikut prinsip pengajaran yang sebenar. v. Membolehkan guru pengganti mengambil alih tugas dengan mudah. vi. Penyampaian topik-topik yang telah lepas dan yang akan datang boleh disemak dengan adanya rancangan kerja. vii. Membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama dalam bilik darjah yang berlainan membuat penyelarasan dengan tujuan mengadakan ujian yang sama. Justeru, penyediaan Rancangan Pengajaran memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijayakan. Hal ini adalah kerana kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap penerimaan pelajaran yang diajar dalam kalangan pelajar. TUJUAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Tujuan pendidikan Islam Al-Ibrashy (1976) menegaskan bahawa tujuan pendidikan Islam bukanlah memenuhi otak pelajar dengan berbagai-bagai maklumat atau mengajar mereka dengan pelbagai mata pelajaran yang mereka tidak tahu sebelumnya, tetapi tujuan sebenarnya ialah mendidik mereka supaya berakhlak mulia, mendidik roh supaya halus dan sempurna, mengasuh mereka melakukan yang baik, terhormat dan mulia, membiasakan mereka dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan yang berfaedah. Selain itu, dalam pelaksanaan pendidikan Islam pada umumnya ia lebih kepada menyampaikan maklumat, sebab itu ia disebut proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak pernah pun disebut proses pendidikan. Melihatkan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar Islam yang begitu hebat dewasa ini, pendidikan Islam perlu disemak semula khasnya dalam bidang penyampaian dan perkaedahan serta penghayatan. Dalam mata pelajaran pendidikan Islam, guru bukan sahaja memberi ilmu agama malah guru haruslah mendidik pelajar dengan nilai-nilai Islam. Guru pendidikan Islam juga sentiasa menasihatkan dan mendidik pelajar supaya mereka menjadi manusia yang baik dan soleh. Pelaksanaan pendidikan Islam juga bertujuan supaya setiap pelajar dapat

mengamalkan dan menghayati nilai-nilai Islam di dalam kehidupan mereka. Pelajar haruslah di didik supaya berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai Islam. Ini kerana, walaupun pelajar mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran pendidikan Islam tetapi tidak berakhlak mulia merupakan satu kegagalan dalam pendidikan Islam. Matlamat Pendidikan Islam Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Oleh itu, matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan kedua-dua sumber tersebut. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan yang soleh yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat. Matlamat pendidikan Islam juga adalah untuk melahirkan khalifatullah yang mempunyai perkembangan yang seimbang. Keseimbangan pembangunan manusia ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian kerana dengan kerohanian manusia yang dididik tersebut akan patuh dan taat kepada hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Proses membangunkan insan perlulah secara menyeluruh dari semua aspek kehidupan. Imam al-Ghazali menjelaskan matlamat pendidikan sebagai: Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperoleh kedudukan, bermegah-megah dan berlumba-lumba . Sebagai seorang ahli tasawuf, al-Ghazali menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenal pencipta dan matlamat ilmu yang sebenarnya yang membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jika pendidikan yang selain taqarraillallah, adalah bukan objektif pendidikan Islam. Matlamat pendidikan Islam menjurus kepada matlamat hidup manusia itu sendiri yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya: Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu . Dan firmanNya lagi: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi . Kesimpulannya, matlamat pendidikan Islam adalah untuk memastikan perhambaan yang tulen semata-mata kepada Allah baik diperingkat individu, masyarakat atau kemanusiaan seluruhnya. Tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan alam mengikut syariat Ilahi, melihat kebahagiaan hidup umatnya di dunia dan di akhirat. Ini merupakan rahmat Allah kepada hambaNya yang mematuhi petunjukNya.

PERANCANGAN PENGAJARAN Persediaan mengajar merupakan satu dokumen perancangan pengajaran. Dokumen ini mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru. Persediaan mengajar yang disediakan dengan baik akan membantu guru dalam melaksanakan pengajaran bagi mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi asas penilaian kualiti pengajaran pembelajaran dan merancang tindakan susulan untuk melaksanakan penambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyediakan sesuatu rancangan kerja yang baik dan berguna, guru haruslah menyedari kepentingan rancangan kerja terhadap pengajarannya. Di samping itu, dia harus boleh mentafsirkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang di ajarnya. Selain itu, guru juga di kehendaki menentukan suatu format rancangan kerja yang sesuai untuk digunakan semasa menyediakan rancangan kerjanya . Guru perlu membuat perancangan bagi proses pengajarannya. Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran (Burden & Byrd, 1999). Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang tahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan murid. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditentukan. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan pada isi pelajaran. Selain itu, perancangan mengajar melalui penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran juga perlu dibuat bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). RANCANGAN KERJA Rancangan Kerja adalah perancangan yang disediakan secara sistematik oleh seseorang guru mata pelajaran dengan berpandukan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Rancangan ini akan menjadi rujukan guru mata pelajaran berkenaan atau guru lain yang menggantikannya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Kerja biasanya dibuat untuk setahun (Rancangan Kerja Tahunan), mengikut penggal (Rancangan Kerja Penggal) dan minggu (Rancangan Kerja Mingguan), dan dari hari ke hari (Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar).

KEPENTINGAN RANCANGAN MENGAJAR Rancangan pengajaran pada asasnya merupakan catatan mengenai perancangan yang berkaitan sesi pengajaran. Bagi guru-guru, rancangan pengajaran haruslah disiapkan dengan baik dan tersusun sebelum sesi pengajaran dimulakan. Rancangan pengajaran yang disiapkan dengan sempurna dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan dengan sendirinya menjadikan proses pengajaran berjalan dengan sempurna juga. Selain itu, rancangan pengajaran yang baik juga dapat mengelak atau mengurangkan berlakunya kesilapan yang boleh mengganggu proses pengajaran. Pada asalnya rancangan pelajaran diperlukan dengan tujuan: Melatih guru merancang semua kompenan yang patut diwujudkan dalam sesi pengajaran. Melatih guru berfikir secara mendalam tentang isi, bahan dan langkah-langkah pengajaran dan kemudian merangka dan menyusunnya secara teratur sebelum pengajaran sebenar disampaikan. Membantu guru menjangka dan kemudian meninjau masalah yang mungkin dihadapi dan membina rancangan penyelesaian masalah. Menentukan isi dan langkah pengajaran, terutamanya isi dan memastikan isi dan langkah yang penting tidak tercicir. Menentukan pengajaran yang disampaikan mempunyai objektif tertentu yang sudah dirancang dan sudah dijangka dapat dicapai bagi mengelakkan berlakunya pengajaran yang tidak berfokus. Menentukan fokus yang jelas dalam pengajaran. Memberikan panduan kepada guru mengenai isi, bahan dan langkah pengajaran yang sedia teratur semasa pengajaran dijalankan. Membantu penyelia menelah kesukaran dan masalah yang akan dihadapi guru pelatih dan kemudian memberi bimbingan yang diperlukan sebelum dan selepas pengajaran . Daripada segi profesionalisme, guru perlu bertanggungjawab terhadap tindak tanduknya melalui rekod atas apa-apa yang dilakukannya. Membolehkan guru merancang pengajarannya secara lebih sistematik dan teratur serta memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran. Memberi keyakinan kepada guru-guru terutamanya guru-guru baru. Memastikan guru tidak menyeleweng dalam pengajaran. Membolehkan sukatan pelajaran dihabiskan mengikut jadual. Memudahkan guru lain mengambil alih kelas berkenaan. Sebagai suatu dokumen rasmi yang akan dirujuk dan disemak oleh pihak pengurusan sekolah, jemaah nazir dan pegawai-pegawai jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan. Membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan

pelajaran dan kebolehan pelaja Membantu guru mengawal kelas. Membantu guru membuat penggabung jalinan dan penyerapan secara terancang. MENYEDIAKAN RANCANGAN MENGAJAR HARIAN / PERSEDIAAN MENGAJAR Guru juga perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Sebaik-baiknya persediaan ini dibuat sehari sebelum pengajaran bermula bagi membolehkan guru betul-betul bersedia dengan kaedah, aktiviti dan contoh serta bahan atau sumber yang sesuai bagi memenuhi objektif ditetapkan. PERINGKAT-PERINGKAT PERSEDIAAN MENGAJAR / RANCANGAN MENGAJAR Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian. PERANCANGAN PENGAJARAN Perancangan adalah proses pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi aktiviti-aktiviti penentuan topik dan isi yang hendak disampaikan, kebolehan sedia ada murid-murid serta objektif pengajaran yang hendak dicapai selepas sesuatu aktiviti pengajaran. Perancangan merupakan bahagian yang penting dalam proses pengajarannya, kerana sesuatu perancangan yang baik dan rapi jika dilaksanakan dengan betul akan menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang optimum . Pada peringkat ini, beberapa perkara perlu di kumpul atau disediakan oleh guru bagi merancang penyampaiannya secara lebih efektif. Perkara-perkara tersebut ialah maklumat mengenai murid, kelas dan mata pelajaran, topik aktiviti, pengetahuan sedia ada dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

a. Maklumat Umum Maklumat umum yang perlu diketahui ialah kelas (tahun/tingkatan), tahap, masa, bilangan dan purata umur murid. Guru perlu tahu kelas yang akan diajar kerana kelas yang berbeza biasanya menunjukkan tahap kebolehan yang berbeza. Masa atau waktu pengajaran pula akan membezakan kesediaan pelajar dan guru perlu merancang aktiviti yang sesuai. Misalnya waktu pertama dan kedua (pagi) dan waktu terakhir (tengah hari). Murid biasanya lebih cergas dan lebih bersedia menerima pelajaran daripada waktu tengah hari. Tempoh waktu pengajaran sama ada satu waktu atau dua waktu berkembar dan pengetahuan mengenai bilangan dan purata umur pelajar juga akan membantu guru merancang aktiviti yang

bersesuaian. b. Topik dan Isi Topik dan isi yang hendak disampaikan dalam proses pengajaran dan kemahirannya haruslah mengikut kurikulum yang dipilih daripada buku teks yang disediakan, kerana isi pengajaran terkandung dalam buku teks yang diakui oleh Kementerian Pendidikan adalah dirancang mengikut kurikulum tertentu. Walau bagaimanapun seseorang guru itu boleh memilih sendiri isi pelajaran daripada sumber-sumber lain sebagai bahan tambahan. Isi pelajaran tambahan ini biasanya disampaikan dalam bentuk aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan Guru juga perlu tahu topik serta subtopik yang akan diajar serta aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut supaya guru dapat merancang kesesuaian tempoh masa, strategi pengajaran, sumber atau alat bantuan mengajar yang berkaitan. Ia jiga dapat membantu guru dalam menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran. c. Pengetahuan Sedia Ada Menentukan kebolehan sedia ada murid dalam pengajaran adalah sangat penting khasnya digunakan untuk merancang strategi pengajaran yang berkesan. Muridmurid tidak akan boleh belajar dengan berkesan sekiranya mereka tidak diajar menulis perkataan sebelum mereka menguasai kemahiran menulis huruf abjad. Demikian juga bagi murid-murid yang belum menghafal sifir darab dengan betul diajarkan dengan operasi bahagi. Oleh itu dalam usaha menyediakan isi pengajaran untuk disampaikan dengan berkesan guru haruslah menentukan kebolehan murid yang sedia ada terlebih dahulu. Isi pengajaran baru yang hendak disampaikan hendaklah disediakan berdasarkan kebolehan murid yang sedia ada. Dengan cara yang demikian, barulah murid dapat belajar mengikut kebolehan mereka . Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengalaman, pengetahuan dan kebolehan yang sudah ada pada murid sebelum pelajaran baru yang dirancang oleh guru. Pengetahuan ini boleh merujuk kepada topik-topik yang sudah disampaikan kepada murid sebelum ini, mungkin melalui mata pelajaran yang berlainan atau tahun yang berlainan, dan juga pengalaman murid sendiri. Pengetahuan sedia ada murid akan membantu guru mengaitkannya dengan pelajaran baru (biasanya dalam set induksi), dalam menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan atau sumber pengajaran dan memilih strategi dan kaedah yang sesuai. d. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Sebelum seseorang guru itu menyampaikan sesuatu pengajaran ia mestilah mengetahui apa yang ingin dicapainya dalam pelajaran itu. Taraf pencapaian ini

dapat ditunjukkan dengan jelas sekiranya keputusan dan kesan pengajaran itu dinyatakan mengikut perlakuan dan prestasi murid selepas pengajaran itu. Justeru itu, sesuatu penyataan objektif itu bukan sahaja membayangkan kehendak pengajaran guru dan pencapaian murid, bahkan menuju ke arah tujuan yang dikehendaki. Dalam konteks KBSR dan KBSM, penentuan objektif pengajaran biasanya berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran serta kebolehan murid yang sedia ada. Isi pelajaran yang kemudian dipilih dan dirancang untuk disampaikan akan berdasarkan kepada objektif pengajaran yang telah ditentukan Objektif pengajaran ialah suatu keterangan mengenai performance yang perlu ditunjukkan oleh pelajar sebelum dianggap berupaya (compotent). Ia adalah huraian cadangan hasil daripada pengajaran dan bukannya proses pengajaran (Mager 1990). Objektif ini perlu bagi seseorang guru menentukan kandungan dan prosedur pengajaran, menyusun strategi dan aktiviti dan menilai serta mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan kesenian seperti Pendidikan Seni dan Muzik, guru perlu mengambil kira objektif yang berbentuk ekspresif. Objektif juga perlu dipelbagaikan bagi kelas yang muridnya mempunyai pelbagai keupayaan. PENENTUAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pemilihan strategi yang sesuai dengan tujuan untuk memperolehi hasil pencapaian objektif pengajaran dalam peringkat optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh ditentukan berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran seperti kaedah demonstrasi, penyoalan, perbincangan dan lain-lain. Di samping itu, kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu juga harus diambil kira semasa menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan. PENENTUAN MASA Penentuan masa dalam sesuatu waktu pelajaran biasanya diagihkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, penyampaian guru, aktiviti guru dan murid, aktiviti pembelajaran murid serta penutup. Oleh kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini berorientasikan murid sebahagian besar peruntukan masa dalam setiap waktu pelajaran dalam setiap waktu pelajaran hendaklah diagihkan kepada aktiviti pembelajaran murid sendiri secara am, masa yang diperuntukan bagi guru mengajar hendaklah dikurangkan seboleh-bolehnya tidak melebihi satu pertiga daripada waktu pelajaran.

PEMERINGKATAN ISI Dalam proses penyampaian, isi pelajaran yang telah dipilih hendaklah disampaikan mengikut urutan yang sesuai. Ini boleh dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip pengajaran berikut iaitu: 1. Daripada mudah kepada komplek. 2. Daripada dekat kepada jauh. 3. Daripada kronkrit kepada abstrak. 4. Daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru yang hendak dipelajari. 5. Daripada kemahiran sedia ada kepada kemahiran baru yang hendak dipelajari. Tujuan utama menyusun isi pelajaran mengikut prinsip-prinsip pengajaran adalah untuk memudahkan serta mempertingkatkan kefahaman murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PEMILIHAN SUMBER Pemilihan sumber dalam proses penyampaian merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk konsep yang tepat daripada isi pelajaran yang sedang disampaikan dengan menggunakan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak. Perlu diingatkan bahawa sumber pelajaran tidak terhad kepada buku teks, kapur dan papan tulis sahaja. Sumber pelajar juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan konkrit, TV, model, spesimen dan sebagainya. Dengan pemilihan sumber yang sesuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan . OBJEKTIF PENGAJARAN DAN DOMAIN PEMBELAJARAN Penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat berdasarkan kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

a. Domain Kognitif Objektif pengajaran dan pembelajaran domain kognitif menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan dan pemahaman sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara dan prosedur serta kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif. Hasil pembelajaran yang diharapkan boleh dikategorikan kepada enam kategori Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian. b. Domain Afektif Objektif pengajaran dan pembelajaran domain afektif merupakan objektif yang menegaskan aspek rohani dan emosi seperti sikap, nilai, dan perasaan. c. Domain Psikomotor Objektif pengajaran dan pembelajaran domain psikomotor pula menegaskan tingkah laku atau kemahiran pergerakan seperti menulis, melukis, memasak, menjahit, memasang, bermain, berenang dan mengoperasi mesin dan alat. PENERAPAN NILAI Nyatakan nilai-nilai murni yang berkaitan (yang hendak diterapkan) dengan isi kandungan yang hendak disampaikan. KONSEP UTAMA Nyatakan konsep-konsep utama yang hendak disampaikan yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.

PENGETAHUAN SEDIA ADA Nyatakan pengetahuan atau maklumat yang sudah sedia ada pada murid-murid sebelum pelajaran pada hari itu. Pengetahuan ini boleh merujuk kepada topiktopik yang sudah disampaikan kepada murid sebelum ini, mungkin mata pelajaran yang berlainan dan juga pengalaman murid sendiri. ALAT BANTU MENGAJAR Nyatakan dengan terperinci alat atau bahan bantu mengajar yang digunakan bagi membantu pengajaran guru selain kapur dan papan hitam/hijau seperti carta, peta, gambar dan gambar rajah RUJUKAN GURU Nyatakan mengikut teknik penulisan rujukan yang betul, buku-buku yang menjadi bahan rujukan guru. PERANCANGAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN Terdapat tiga komponen utama dalam perancangan penyampaian pengajaran iaitu induksi set, langkah perkembangan dan penutup. Dalam merancang kedua-dua komponen ini, beberapa perkara lain perlu difikirkan dan diambil kira oleh guru

seperti kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran yang sesuai, masa, pemeringkatan isi, pemilihan dan penyediaan sumber, bahan dan alat serta aktiviti yang sesuai. Guru juga perlu bersedia menjaga kualiti pengajarannya. a. Induksi Set Induksi set merupakan kaedah atau cara seseorang guru memulakan pengajaran. Induksi set yang baik akan dapat menarik perhatian murid kepada pelajaran, bersedia menerima pelajaran baru dan menggalakkan pembelajaran murid. Seseorang guru perlu merancang induksi set yang kreatif, menarik dan berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menjalankan induksi set dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat atau bahan bantu mengajar, bersoal jawab dan mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau isi pelajaran lepas. Masa yang digunakan bagi induksi set biasanya adalah antara tiga hingga lima minit. b. Langkah-Langkah Perkembangan Selepas menyediakan murid kepada pelajaran melalui induksi set, guru meneruskan pelajaran dengan menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Penyampaian pengajaran yang berkesan akan menggalakkan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Guru perlu merancang dengan teliti penyampaian pengajarannya. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam membuat perancangan ialah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan, pengurusan masa, pemeringkatan isi, pemilihan sumber, alat atau bahan, serta aktiviti-aktiviti yang sesuai.

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Antara kaedah yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:1. Kaedah Hafalan Contohnya guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas. Kemudian guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. Manakala muridmurid yang lain pula diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Semua ini antara tujuannya supaya pelajar dapat mengingat dalil tersebut. Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.

Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang penting dalam pendidikan Islam. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-Quran. Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan maksud disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak memahaminya. 2. Kaedah Syarahan / Kuliah Contohnya guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid. Kaedah kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada hari ini, kaedah tersebut semakin popular. Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar. 3. Kaedah Soal Jawab Contohnya guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? Lalu, murid-murid pun memberikan pelbagai jawapan. Jawapan yang tepat adalah tentang khutbah Jumaat. Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati. 4. Kaedah Perbincangan Contohnya Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat. Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar. Tujuan perbincangan hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu pada pelajar

sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai. Kemudian guru mengemukakan tajuk. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi kaedah ini adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan soalan. 5. Kaedah Permainan Contohnya guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata. Teka silang kata juga sebenarnya merupakan salah satu daripada kaedah permainan. Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektifobjektif pendidikan. Permainan adalah satu cara bagi melatih pelajar memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang dijalankan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Ia dapat menjadikan pengajaran di sekolah menjadi menarik dan praktis. Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan tahap mereka. Kaedah permainan bukan sahaja dapat menghiburkan hati pelajar malah turut membantu mereka bagi menguasai pemahaman berkaitan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru. Antara kelebihan kaedah ini ialah: 1) murid tidak berasa bosan 2) melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka 3) guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain Kelemahan kaedah ini pula ialah: 1) menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM 2) Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini 3) Menambahkan penggunaan wang sekolah 6. Kaedah Latih Tubi Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang Khutbah Jumaat dan meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat yang terdapat dalam

rakaman tersebut. Di akhir pengajaran, guru telah memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini. Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru. 7. Kaedah Bercerita Contohnya selepas menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat, guru boleh bercerita tentang suasana khutbah Jumaat. Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan. Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita-cerita yang dipilih itu adalah cerita-cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang dapat dijadikan teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu tidak pula tergambar pada sahsiah guru di samping penggunaan bahasa dan gaya yang sesuai. Ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi digunakan oleh setiap guru dalam pengajaran. Tujuan kaedah ini adalah melatih kemahiran mendengar di kalangan pelajar di samping mengulang sebut fakta daripada cerita yang disampaikan oleh guru. 8. Kaedah Ulangan Contohnya guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.

Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingat sesuatu perkara secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah ini menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru. Guru akan menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.

ALAT BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN Antara alat bantu mengajar yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:1. Tayangan Video 2. MP4 3. Tayangan slide 4. Kad Manila 5. Komputer 6. Buku Teks 7. Buku Rujukan 8. Kertas Mahjong 9. Kertas A4 Tujuan penggunaan alat bantu mengajar ini adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Oleh itu kemahiran menggunakan alat-alat yang disediakan perlu dikuasai oleh guru bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu mengendalikan kelas-kelas tertentu, terutamanya alat-alat teknologi seperti slaid projektor, televisyen, video, atau alatan multimedia yang lain. Tanpa alat-alat ini ia mungkin akan mengurangkan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. ANTARA KAEDAH LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IALAH:1) Kaedah Halaqah Kaedah ini biasanya dilakukan dengan para pelajar duduk mengelilingi guru dalam

bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru. Pada kebiasaannya, guru bersandar pada dinding atau tiang masjid dengan menghadap kiblat. 2) Kaedah Induktif Kaedah ini bertujuan untuk membimbing pelajar mengetahui fakta-fakta dan hukum-hukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi. Guru yang menyampaikan kaedah ini memberi contoh-contoh dan butir-butir yang kecil, kemudian ia membanding dan menentukan sifat-sifat persamaan antaranya untuk mengambil kesimpulan dan membuat dasar umum yang berlaku kepada bahagianbahagian dan contoh-contoh yang diberi dan belum diberi. Kaedah ini sangat berfaedah bagi murid-murid untuk membiasakan mereka berfikir, membanding, menimbang antara bahagian dan mengambil kesimpulan dan prinsip-prinsip umum dari bahagian yang disampaikan itu. 3) Kaedah Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1. Kenal pasti dan faham masalah. 2. Jelaskan masalah 3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian Kaedah ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari. Ia juga menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional di samping meningkatkan dan memperkukuh ingatan pelajar. Kaedah ini juga memenuhi kehendak prinsip belajar melalui membuat. 4) Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi Kaedah ini merupakan satu cara menyediakan bahan pelajaran iaitu objeknya atau prosesnya. Dalam kaedah ini, ia mengutamakan pemerhatian murid secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan tertentu. Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Kaedah ini membolehkan

pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat. Ia juga dapat menarik minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga melakukan sesuatu secara praktikal. 5) Kaedah Amali kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah ini. Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami. Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan. Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru. 6) Kaedah projek Ia adalah kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan. Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan ideaidea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan

memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing. Kaedah projek menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. 7) Kaedah Pengalaman atau Pendedahan Kendiri Kaedah ini melibatkan pengalaman guru atau pengalaman pelajar itu sendiri. Setiap pengalaman yang disampaikan itu mempunyai perkaitan dengan objektif pengajaran. Pendedahan kendiri dapat memberi peluang pada pelajar supaya belajar berkongsi cerita ataupun pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman yang ada dapat dikaitkan dengan sesuatu topik pengajaran dan realiti pengalaman pelajar ataupun guru lebih memudahkan pelajar bagi memperoleh maklumat. 8) Kaedah Sokratik Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Kaedah ini menekankan kepada perkembangan kemahiran bersoal jawab yang memerlukan kemahiran pemikiran yang lebih mendalam. Melalui kaedah ini, sesuatu objektif senang untuk dicapai. Kaedah ini menjadikan pengajaran berlaku secara dua hala, sama ada daripada guru kepada pelajar ataupun daripada pelajar sesama pelajar. Pelajar akan menyusun dan mengatur pengalaman lampau dan sedia ada bagi menjawab soalan.

9) Kaedah Simulasi Ia adalah salah satu situasi yang serupa dengan situasi yang sebenar bagi tujuan menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-satu isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan. Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran adalah sosiodrama dan main peranan.

10) Kajian Kes Kajian kesakan mendedahkan pelajar kepada situasi hidup yang sebenar. Pelajar akan menganalisis situasi yang diberikan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Guru bertindak sebagai pembimbing. Biasanya guru lebih cenderung untuk tidak membicarakan isu secara aplikasi sebaliknya memimpin dengan cara konseptual sahaja. Sesuatu kajian kes akan memastikan pelajar dapat membuat keputusan, cadangan ataupun pelan tindakan. Kajian kes ini boleh menjadi panjang, sekadar kajian ringkas ataupun pendek.

11) Kaedah Luar Kelas Kaedah ini bertujuan mengubah suasana biasa pengajaran dan pembelajaran iaitu semasa berada di dalam kelas. Perubahan suasana pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara realiti pada topik yang hendak disampaikan oleh guru. Kaedah ini membantu memudahkan mereka memahami secara lebih menyeluruh dengan topik yang hendak diajar. 12) Kaedah Dialog Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan, dikritik dan dibantah lagi. 13) Kaedah Pengembaraan/ Lawatan Kaedah lawatan sering diberi pengertian sebagai kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Dalam pelaksanaan kaedah yang dilakukan, guru secara langsung dapat memberi gambaran yang jelas tentang apa yang dilihat dan dialami oleh murid-murid pada waktu itu, di samping perkara yang dapat dilihat secara kebetulan semasa dalam perjalanan.

Anda mungkin juga menyukai