Anda di halaman 1dari 17

7.

PENILAIAN PAFA SEKOLAH


RENDAH
• TUJUAN
• PERATURAN
• PELAKSANAAN
KONSEP PAFA

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara


yang terpenting dari Fardu Ain yang berkaitan
dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-
tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami
dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan
sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
TUJUAN
Mengenal pasti murid/pelajar yang lemah dalam
kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain,
kemudian membimbing sehingga mereka dengan
sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan
betul dan sempurna.

Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam


Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain,
menentukan kejayaan 100%. Menimbulkan

menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk


menghayati amalan kehidupan sehari-hari.
PERATURAN PAFA

1.Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian


Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR),
dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya


oleh sekolah.

3. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan


Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P).

4. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana


yang telah ditetapkan.
5. Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan
dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid
hendaklah diberitahu lebih awal.

6. Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama


persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum
tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.

7. Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang


dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan
memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya
faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan
sempurna.

8. Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam
Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses
dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.
9. Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah
sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa.
Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan
penilaian.

10. Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila


murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-
kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM sekira-
kira 'SAH' di segi Syara'.

11. Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian


Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan
mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.

12. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian


kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut
prosedur biasa yang ditetapkan.
13. Kementerian Pendidikan
akan melaporkan pernyataan
'LULUS' atau 'GAGAL' dalam
keputusan atau sijil peperiksaan.
Pernyataan tersebut tidak
mengubah atau menjejaskan
sistem penggredan dan aggregat
keputusan peperiksaan yang
sedang berjalan sekarang.
PELAKSANAAN PAFA

Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah


Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain untuk memaklumkan bahawa
Perkara Asas Fardu ’Ain akan
(PAFA) Dalam Ujian Pencapaian dinilai dan dilaporkan dalam Ujian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Pencapaian Sekolah Rendah
Pelaksanaan PAFA adalah 1. SURAT PEKELILING Menengah Rendah (PMR), dan
berdasarkan kepada surat IKHTISAS BIL. 4/1994 : Peperiksaan Sijil Pelajaran (UPSR), Penilaian Menengah
pekeliling berikut: Rendah (PMR), dan Peperiksaan
Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
1994 bersamaan 29 Ramadhan mulai Sesi 1994/1995. Perkara
1414H. Asas Fardu ’Ain tersebut adalah
seperti berikut :
• BAGI UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) IALAH :
• (A) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
(B) RUKUN IMAN
(C) RUKUN ISLAM
(D) BERISTINJAK
(E) MEMBERSIHKAN DIRI, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS
(F) BERWUDUK
(G) MANDI WAJIB
(H) SOLAT FARDU, TERMASUK AZAN, IQAMAH, MENJAWB AZAN DAN IQAMAH, SERTA DOA
SELEPAS AZAN DAN IQAMAH
(I) PUASA : DALAM ASPEK NIAT, PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA DAN HIKMAT
(J) ADAB TERHADAP IBU BAPA
(K) IHSAN
• 2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 :
• PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN
SEKOLAH MENENGAH BERTARIKH 3 DISEMBER 2002.

• SURAT PEKELILING INI BERTUJUAN UNTUK MEMAKLUMKAN BAHAWA PENILAIAN PAFA YANG
SEDANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH MENGIKUT SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :
PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU ’AIN (PAFA) DALAM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
(UPSR), PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) DAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
(SPM) BERTARIKH 12 MAC 1994 TELAH DISEMAK SEMULA. PENILAIAN PAFA SEMAKAN INI AKAN
DILAKSANAKAN SERENTAK DENGAN PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
KBSR/KBSM SEMAKAN BERMULA SESI PERSEKOLAHAN 2003.
• 2. BAGI MENYELARAS PELAKSANAAN DAN MENENTUKAN KEBERKESANAN PENILAIAN TERSEBUT,
PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TELAH MENYEDIAKAN TIGA BUAH BUKU
PANDUAN BERIKUT:

• 2.1 BUKU PANDUAN DAN REKOD PENCAPAIAN PENILAIAN PERKARA ASAS FADHU AIN (PAFA)
UPSR;
• 2.2 BUKU PANDUAN DAN REKOD PENCAPAIAN PENILAIAN PERKARA ASAS FADHU AIN (PAFA)
UPSR/PMR/SPM; DAN
• 2.3 BUKU PANDUAN DAN REKOD PENCAPAIAN PENILAIAN PERKARA ASAS FADHU AIN (PAFA)
PANDUAN GURU.
3. Setiap murid Islam dan Guru
Pendidikan Islam harus memiliki
buku berkaitan. Sekiranya
murid berpindah ke sekolah Murid dan guru boleh membeli Setiap sekolah hendaklah
lain mereka hendaklah buku tersebut di Dewan Bahasa memiliki sekurang-kurangnya
membawa bersama buku dan Pustaka (DBP) atau satu set buku-buku tersebut
tersebut dan menyerahkan cawangan-cawangannya. sebagai rujukan.
kepada guru yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan
Islam dikelas nya.
4. Soalan yang akan ditanya semasa
penilaian PAFA adalah tidak rahsia.
Semua murid mesti lulus 100% kod- Guru bertanggungjawab membimbing
kod yang telah ditetapkan. Guru secara berterusan dan memastikan
boleh menilai keupayaan murid mereka menguasai setiap kod yang
semasa proses pengajaran dan ditentukan.
pembelajaran dan pada bila-bila
masa setelah murid bersedia.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama
dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian
Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bertarikh 12 Mac 1994.
TUTORIAL TIDAK SEGERAK

• Hasil kajian Ruhaida (2018) menunjukkan bahawa pelajar-pelajar amat berminat terhadap
pelaksanaan program amali solat dalam perkara asas fardhu ain (PAFA) yang dilaksanakan di
sekolah mereka. Dapatan juga menunjukkan program ini banyak memberi manfaat kepada
mereka dari aspek kesempurnaan ibadat khususnya ibadat solat. Selain membincangkan dapatan
kajian, kajian ini juga cuba meneliti masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan
program amali solat dan seterusnya memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikan
terhadap kesesuaian program ini.
• Berdasarkan data kajian di atas, bincangkan secara berkumpulan:
• 1. Kebaikan pelaksanaan pafa di peringkat sekolah rendah
• 2. Nyatakan masalah/halangan pelaksanaan pafa dan berikan cadangan mengatasinya.

• Hasil perbincangan hendaklah disampaikan menggunakan grafik.


SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai