Anda di halaman 1dari 9

Soalan Tugasan: Bincangkan isu gengsterisme dan clubbing dan puncanya serta

cadangkan langkah-langkah yang praktikal bagi mengatasinya.

1.0) Pengenalan

Semakin hari manusia semakin rakus dalam mengejar arus pemodenan sehingga
lupa tentang aspek rohaniah yang sentiasa dianjurkan oleh Islam. Justeru, tidak hairan
lagi umat islam pada hari ini khususnya anak-anak remaja yang hanyut dengan kemajuan
duniawi. Tambahan lagi, budaya barat turut meresapi sedikit demi sedikit ke dalam negara
bagi mendominasi aspek keduniaan. Kesannya, pada hari ini kita dapat lihat peradaban
barat semakin menguasai dunia apabila umat Islam sendiri terikut-ikut perkara yang
dianjurkan oleh mereka seperti black metal, clubbing, gengsterisme dan banyak lagi.

Dalam pada itu, masyarakat telah memandang serong terhadap golongan belia
serta melabelkan mereka sebagai golongan yang telah rosak akhlaknya akibat terjebak
dengan isu-isu keruntuhan akhlak ini. Dalam kajian yang dibuat oleh (Ridzuan, 2008)
masalah sosial yang berlaku di Malaysia ialah 1.4% di Semenanjung, 1.1% di Sabah dan
Sarawak 1.4%. Hal ini menunjukkan bahawa isu sosial ini masih terus berlaku secara
serius sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak bertindak dengan segera.

Isu keruntuhan akhlak pada hari ini bukanlah boleh dianggap perkara biasa. Hal
ini demikian kerana, ia semakin hangat apabila dipaparkan di dalam akhbar yang
kebanyakkannya berlaku dalam kalangan generasi muda dan remaja. Namun begitu,
bukan mereka sahaja yang terlibat tetapi terdapat juga golongan dewasa atau boleh
digelar sebagai otai iaitu golongan yang berpengalaman. Oleh itu, dalam hal ini kita akan
membincangkan punca yang membawa kepada wujudnya masalah ini kerana perkara ini
perlu dilihat dari aspek yang lebih mendalam dan bukannya melalui tanggapan awal
masyarakat yang buruk semata-mata. Pelbagai langkah juga akan dicadangkan melalui
tugasan ini serta ia lebih mengkhususkan terhadap isu gengsterisme dan clubbing yang
mana ia sering mendapat kecaman daripada masyarakat.

2.0) Isu Gengsterisme

Gengsterisme adalah satu kegiatan yang amat membahayakan kepada


masyarakat malah memberikan impak yang buruk bukan sahaja kepada masyarakat
bahkan juga negara. Menurut (Trasher, 1963) gengsterisme ialah satu kumpulan yang
bergeng serta bercirikan melalui tingkahlaku yang sama, membuat perjumpaan secara
bersemuka, mempunyai unit gerakan yang membuat perancangan serta konflik. Dalam
pada itu, gengsterisme juga dikenali sebagai delinkuen yang bermakusd bertindak ganas.
Hal ini disokong oleh Haslina Hassan yang mendapati bahawa kegiatan ganas ini telah
mewarisi daripada remaja yang lebih tua kepada yang lebih muda dan aktivitinya lebih
tertumpu di kawasan luar sekolah. Justeru, keadaan ini bertambah serius apabila isu
gengsterime menjadi tajuk hangat pada masa kini sehingga ramai pelajar sama ada lelaki
mahupun perempuan telah dikesan terlibat dengan gejala samseng ini. Baru-baru ini
(Bernama, 2014) menyatakan terdapat empat orang pelajar telah ditahan dari beberapa
sekolah di Pulau Pinang kerana disyaki terlibat dalam kes peras ugut dan membelasah
pelajar lain. Hal ini menunjukkan kegiatan gengsterisme sentiasa berada di mana-mana
tempat, namun sekiranya ia tidak membendung, ramai lagi pelajar lain yang akan menjadi
mangsa terhadap aktiviti seperti ini.

Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan bagi membendung
isu dengan segera khususnya daripada pihak sekolah kerana menurut (Lal, 1993)
menyatakan bahawa pihak guru perlu peka terhada isu ini kerana punca dan tanda awal
isu ini adalah bermula dari sekolah. Justeru, sebagai guru haruslah prihatin terhadap
pelajar-pelajar ini bagi mengurangkan isu ini daripada merosakkan masyarakat di luar
sana.

3.0) Isu Clubbing

Kelab malam atau clubbing ialah suatu kegiatan yang dipengaruhi oleh budaya
barat dan memberi maksud satu dunia malam yang bebas. Aktiviti ini turut menjadi pilihan
remaja pada hari ini supaya mereka berasa puas dan bebas melakukan apa sahaja dalam
kelab malam. Golongan majoriti yang terlibat aktiviti clubbing ini adalah mereka yang
tinggal di kawasan bandar, taman dan apartment. Tambahan lagi, mereka akan turut
terlibat dengan minuman-minuman keras, dadah dan sebagainya. Hal ini kerana, tempat-
tempat kelab malam ini kebiasaanya bukan sahaja menawarkan hiburan pada muzik
malah menawarkan tempat saluran penjualan dadah, perkhidmatan seks sama ada
golongan kelas tinggi dan rendah.

4.0) Faktor dan Langkah Bagi Mengatasi Isu Gengsterisme Dan Clubbing

Perubahan tingkah laku remaja yang terlibat dengan gengsterisme ini adalah
disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
4.1) Kebebasan yang melampau

Jika kita melihat pada hari ini, ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat
tentang anak-anak sehingga memberi kebebasan kepada mereka untuk bergaul
dengan sesiapa sahaja, ke mana mereka pergi, dengan siapa mereka berkawan
dan banyak lagi. Hal ini dibuktikan lagi dalam kajian (Zakaria, 2015) menyatakan
bahawa pihak yang bertanggunjawab khususnya ibu bapa seolah-olah tidak peduli
dan berhati-hati dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan anak-anak
mereka. Firman Allah Swt dalam surah alanfal 27-28:

 
  
 

 
  
 

 
  
   
Maksudnya: Wahai orang-orang, janganlah kamu mengkhianati
Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-
amanah yang diamanahkan ke atasmu, sedang kamu mengetahui.
(27) Dan ketahuilah bahawa hartamu, anakmu itulah sebagai ujian
dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah mengawal tingkah laku
anak-anak daripada melakukan sebarang perkara yang tidak baik. Hal ini kerana
masyarakat pada hari ini sentiasa menilai dan melihat latarbelakang seseorang
terutamanya apabila terdapat isu-isu jenayah yang semakin ketara pada hari ini.
Justeru, pantaulah anak-anak bukan sahaja di rumah malah juga di sekolah. Kasih
sayang daripada keluarga,Ibu bapa seharusnya menjadi qudwah hasanah kepada
anak-anak bukan sahaja di rumah malah juga di luar. Hal ini bertepatan dengan
sebuah hadis. Rasulullah S.A.W bersabda:
‫كل مولود على الفطرة فأبواه يهودانه أو يماجسانه أو‬
‫ ينصرانه‬Maksudnya: Setiap anak itu lahir dalam keadaan fitrah, maka
kedua ibu bapanyalah yang akan mengyahudikannya atau
memajusikannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam mendidik anak-anak, satu perkara yang perlu diketahui ialah anak-
anak amat terkesan dengan tingkah laku ibu bapa khususnya dalam pertuturan.
Hal ini kerana tutur kata memerlukan daya berfikir untuk memahaminya. Anak-
anak yang masih kekurangan ilmu amat sukar untuk memahami dan
mempraktikkan perkataan ibu bapanya di alam realiti. Berbeza dengan tingkah
laku ibu bapa, cukup dengan sekali imbas, si anak yang melihat perlakuan ibu
bapanya beranggapan apa yang dilakukan oleh mereka itu baik dan apa yang
tidak dibuat itu sebagai tidak baik.

Contohnya, seorang bapa mengarahkan anaknya solat dengan perkataan


namun dalam masa yang sama si bapa sendiri cuai dalam melaksanakan tuntutan
solat. Hal ini sebenarnya telah mengajar si anak supaya tidak solat kerana
pengaruh tindak tanduk si bapa lebih berkesan daripada perkataannya. Justeru
itulah, kita dapati ramai dalam kalangan anak-anak yang tidak menunaikan
suruhan agama walaupun mereka telah mempelajari Pendidikan Islam mahupun
dihantar ke sekolah agama. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa yang prihatin amat
perlu menapis tingkah laku di samping kita menapis tutur kata apabila bersama
anak-anak. Di rumah, Izza (2014) mencadangkan sebagai ibu bapa perlu menjadi
pendengar setia untuk anak-anak serta mencari penyelesaian sekiranya terdapat
masalah antara mereka. Maka itulah peranan qudwah hasanah dalam membentuk
diri si anak apabila mereka akan mewarisi sebahagian besar sifat, kelakuan, cara
bercakap, cara berjalan, dan hobi ibu bapanya.

4.2) Kejutan Budaya

Bagi remaja yang tidak pernah bebas ketika di usia kanak-kanak, ia akan
menjadi suatu perkara baru dalam hidupnya apabila berhadapan dengan
persekitaran. Maka, ini menyebabkan ramai remaja yang ingin mencuba perkara-
perkara baru yang mereka tidak pernah cuba sebelumnya. Contohnya, ketika
sekolah menengah anak tersebut tinggal di asrama yang menyebabkan tingkah
lakunya masih terkawal. Apabila tamat persekolahannya, timbul perasaan untuk
mencuba perkara baru yang dia pernah lihat seperti merokok, alkohol, dan dadah.
Justeru, inilah yang disebut sebagai kejutan budaya apabil anak tersebut gagal
untuk mengawal hidupnya berada di atas landasan yang benar (Zahari, 2018).

4.3) Peranan Media massa

Media massa adalah satu teknologi yang rapat dengan masyarakat pada
hari ini. Oleh sebab itu, media massa memainkan peranan yang sangat penting
dalam mempengaruhi masyarakat pada hari ini terutamanya golongan anak muda.
Antara peranan media massa yang mampu membendung isu gengsterisme dan
clubbing ialah dengan memperbanyakkan iklan tentang keburukan gengsterisme
dan clubbing. Selain itu, media massa perlu menghentikan siaran yang ganas dan
bersifat jenayah namun menayangkan program-program bersifat pembentukan
keperibadian remaja. Hal ini bertepatan dengan prinsip umum syariat sepertimana
yang ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Ma’idah, ayat 2

  


 
  
 
   
 
Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan
kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam
perkara yang membawa dosa dan permusuhan dan bertakwalah kepada
Allah, sesungguhnya seksaan Allah itu sangatlah dahsyat.”

Berhubung dengan ayat di atas, Ibn Kathir menjelaskan bahawa Allah s.w.t
menuntut hambanya yang beriman agar saling membantu dalam
melakukan perkara-perkara kebaikan dan memerintahkan mereka
meninggalkan segala perkara yang haram sama ada zahir mahupun batin
serta meliputi perkara yang zalim, melampaui batas dan juga permusuhan.
Oleh sebab itu, peranan media massa sangat mempengaruhi masyarakat
pada hari ini untuk menentukan tingkah laku baik atau sebaliknya.

4.4) Pengaruh rakan sebaya

Chiyen (2017) membincangkan bahawa rakan sebaya ialah sahabat yang


sama umur dengannya sama ada latar belakang aktiviti, matlamat ataupun
mempunyai minat yang sama. Justeru, pengaruh rakan sebaya sangat kuat ke
atas kehidupan seseorang individu. Sekiranya bergaul dengan rakan yang buruk
sikapnya, maka ia juga akan mengikut perkara yang buruk itu. Pada masa kini,
golongan remaja lebih menganggap rakannya sebagai individu yang sahih
berbanding ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap
anak-anak mereka. Justeru, ia bukan lagi satu perkara yang hairan sekiranya
remaja hari ini terlibat dengan gengsterisme dan clubbing yang mana ia
mempunyai budaya dan peraturan masing-masing. Sebagai contoh, satu kejadian
buli terhadap guru telah berlaku di Alor Setar dengan cara memeras ugut dan
merosakkan kenderaan selepas guru tersebut menegur pelajar-pelajar yang
terlibat dalam masalah disiplin (Times, 2017). Hal ini menunjukkan bahawa remaja
sangat berani melakukan apa sahaja yang membuatkan mereka berasa puas hati
terhadap apa yang dilakukannya.

Langkah awal yang terbaik untuk murid-murid dalam membendung isu


gengsterisme ini ialah melalui kaunseling. Hal ini disokong dalam kajian Zainuddin,
Zuria & Salleh (2008) mengatakan tujuan perkhidmatan kaunseling adalah untuk
membantu murid menangani isu-isu penyesuaian seperti akademik, peribadi, dan
sosial serta masalah psikososial yang memerlukan intervensi kaunseling klinikal.
Bahkan teknik dan kemahiran yang digunakan dalam proses kaunseling juga telah
menepati syariat Islam berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah an-nal ayat
125:

 
 


 
  
   
   

 

Maksudnya: Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan
hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang
lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang yang mendapat petunjuk.

Secara ringkas, Sarina & Faridah (2006) menegaskan bahawa teknik dan
kemahiran menolong orang lain secara baik dan berhikmah itulah yang digunakan
sejak zaman Rasulullah saw dan para sahabat lagi apabila ia menekankan
kepentingan memberi kesedaran kepada insan lain untuk berfikir secara
berhikmah. Oleh sebab itu, langkah kaunseling ini sangatlah sesuai digunakan
untuk mereka yang terlibat dalam isu gengsterisme dan clubbing.

Antara lain, pihak sekolah perlu menguatkuasakan peraturan sekolah


dengan mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah
disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Bagi mereka yang terlibat dengan
gengsterisme, pihak sekolah perlu mengenakan tindakan tatatertib terhadap
mereka seperti memberi surat amaran, hukuman rotan dan gantung persekolahan.
Walaubagaimanapun, pelajar yang didapati mencederakan pelajar-pelajar lain
pula haruslah ditukarkan ke sekolah juvana supaya mereka boleh meneliti
kehidupan sebenar bagi mereka yang melakukan jenayah-jenayah di luar sana.
Justeru, pelajar-pelajar yang terlibat dengan kegiatan gengsterisme dan clubbing
ini juga perlu diberi kaunseling dan dimotivasikan agar wujud kesedaran dalam diri
mereka tentang bahayanya gengsterisme dan clubbing terhadap diri mereka.
Apabila timbul kesedaran dalam diri mereka, secara tidak langsung mereka akan
menjauhkan diri daripada kegiatan seperti itu, malah mereka akan berminat pula
untuk terus belajar
5.0) Kesimpulan
Secara tuntas, isu keruntuhan akhlak seperti gengsterisme dan clubbing ini
sentiasa menjadi buah mulut orang ramai. Hal ini kerana ia melibatkan semua
pihak dalam membanteras kegiatan jenayah seperti ini. Walaupun pelajar-pelajar
melakukan aktiviti ini secara tersembunyi, lambat laun mereka akan sentiasa
mempengaruhi pelajar-pelajar lain. Oleh yang demikian, semua pihak perlu
bekerjasama dalam membendung kes-kes jenayah yang ada pada hari ini supaya
mereka yang melakukan ini bukan sahaja menerima hukuman yang setimpal
namun mereka mampu untuk memperbaiki akhlak mereka dari semasa ke semasa
kerana kepimpinan yang seterusnya pasti akan dipimpin oleh generasi muda pada
hari ini.

Rujukan

Aminudin Basir @ Ahmad Mohamad Sabri Haron Nik Yusri Musa (2009). Kebebasan media
komunikasi menurut perspektif Islam. Jurnal Hadhari Bil. 2 65-82

Bernama. (2014). Empat pelajar disyaki terbabit gengsterisme ditahan di Pulau Pinang.
[Online], [Diakses: 15 Ogos 2014]. Boleh didapati:
https://www.bharian.com.my/node/651

Chin Pek Lian Low Li Chueen Vivian Low Yen Yeong (2005). Isu-Isu Masalah Disiplin
Pelajar: Pendekatan Dan Penyelesaian. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti
Pendidikan , UTM, 15 Oktober 2005.
Chiyen. (2017, September 8). Scribd. Retrieved from Pengaruh Rakan Sebaya:
https://www.scribd.com/document/358356649/Pengaruh-Rakan-Sebaya
Izza, C. (2014, Februari 25). Google+. Retrieved from Peranan Ibu Bapa dalam
Mendidik Anak-Anak:
https://plus.google.com/109249847201112956021/posts/i2nKrEy5BVn
Lal, S. (1993). Handbook on gangs in schools: Strategies to reduce gang related
activities. Newbury Park , CA: Corwin Press.
Ridzuan, A. (2008). Jenayah Teknologi. Siri Salah Laku Sosial Remaja. Selangor: Mika
Cemerlang.
Mohd Fauzi bin Hamat (2013). Hak Asasi Manusia Menurut Syarak. Jurnal Penyelidikan Islam.
45-66

Mohamed Sharif b. Mustaffa (1998). Kaunseling Islam. Jumal Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, Jilid 4. 1, April 1998, hal. 19 - 30.

Noor Najihan Jaafar (2016). Metod Rasulullah dalam Pembentukan Modal Insan.Wacana
Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6. 141-148

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Faridah Binti Che Husain (2006). Pendekatan
kaunseling dalam dakwah bagi kesejahteraaninsan dan peradaban ummah.
Jurnal Usuluddin, Bil 23-24. 199-216

Thye, T. S. (2017, Mei 12). Utusan Online. Retrieved from Tangani Segera
Gengsterisme Remaja: http://m.utusan.com.my/rencana/forum/tangani-segera-
gengsterisme-remaja-1.480256
Times, T. M. (2017, Julai 3). The Malaysian Times TMT. Retrieved from Guru turut jadi
mangsa buli pelajar 'gengster': http://www.themalaysiantimes.com.my/guru-turut-
jadi-mangsa-buli-pelajar-gangster/
Trasher, F. (1963). The Gangs: A study of 1,313 Gangs in Chic ago (Rev.ed). Chicago:
University of Chicago Press.
Zahari, Z. (2018, Jun 19). Kampusuols. Retrieved from Kejutan budaya di universiti,
mahasiswa jangan mudah hanyut: http://beta.kampusuols.com/article/421760/U-
In-News/ISU/Kejutan-budaya-di-universiti-mahasiswa-jangan-mudah-hanyut-
Zakaria, M. R. (2015). Kecuaian dan Pengabaian Kanak-kanak oleh Ibu Bapa:. JUUM,
37-49.
Zulinamin. (2013, Mei 10). Punca-Punca Gejala Sosial. Retrieved from Wordpress:
https://zulinamin.wordpress.com/category/definisi/

Haslina, H. (2000). Gejala Gengsterisme di kalangan Pelajar.Fenomena yang


semakin meresahkan. Dewan Masyarakat (Jun). 14-27

Anda mungkin juga menyukai