Anda di halaman 1dari 3

Dengan perkembangan pesat teknologi zaman kini, kita dapati amat sukar untuk

sentiasa mengawasi tindak tanduk anak muda terutamanya remaja dalam pergaulan
mereka; bagaimana mereka berkenalan, dengan siapa mereka berkenalan, apa yang
menyebabkan mereka terus berhubung, dari mana ia bermula dan sebagainya. Tanpa
pengawasan yang cukup dan baik, anak-anak muda atau remaja kini akan mudah
untuk terikut dengan yellow culture atau budaya kuning yang membawa maksud
budaya barat yang dianggap mempunyai unsur-unsur yang buruk atau negatif. Tidak
dapat disangkal lagi bahawa budaya atau pemikiran ini adalah bertentangan dengan
akidah serta akhlak sebagai seorang muslim. Sehubungan dengan itu, masalah
pergaulan bebas dalam kalangan remaja ini dapat dibendung jika semua pihak
termasuk ahli keluarga, pihak sekolah , masyarakat serta pihak yang berkuasa
memainkan peranan masing-masing dalam memberikan pendidikan moral dan agama
yang mencukupi.

Tanggungjawab ibubapa dalam mendidik ahli keluarga

Menurut Ustaz Muhamad Faizul Husinyang merupakan seorang penceramah bebas,


pergaulan bebas, salah guna pelbagai media sosial, merayau di laman web yang
menggairahkan, panggilan video intim keterlaluan adalah berpunca dari kurangnya
pemantauan ibu bapa. Beliau juga berkata bahawa ibu bapa berperanan penting dalam
urusan memikul amanah Allah dengan mendidik anak-anak meraka merentasi
perhatian dan penelitian yang sepatutnya.(Torek Sulong, 2021) Pergaulan bebas
dapat dielakkan jika ibu bapa memberi perhatian yang sewajarnya . Anak-anak perlu
dididik tentang apa itu pergaulan bebas bermula dari rumah. Sebagai ibu bapa,mereka
perlulah mula mengajar tentang batas-batas dalam pergaulan. Batas pergaulan tidak
hanya melibatkan pihak luar ; batas pergaulan juga dapat dilihat dalam institusi
keluarga. Sebagai contoh, seperti yang kita sedia maklum, aurat seorang lelaki adalah
dari pusat hingga lutut manakala aurat seorang perempuan adalah keseluruhan
anggota badan kecuali muka dan tapak tangan apabila berada di khalayak yang bukan
mahram. Namun adakah aurat sesama mahram juga turut diterapkan dalam kehidupan
seharian kita? Justeru itu, ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka tentang
pentingnya menutup aurat walaupun mereka berada di kawasan atau di dalam rumah.
Mahram membawa maksud individu yang haram dinikahi buat selamanya yang
disebabkan beberapa faktor iaitu keturunan, susuan atau perkahwinan. Aurat sesama
mahram adalah sama bagi perempuan atau lelaki, bermula dari pusat sehingga ke lutut.
Walau bagaimanapun, menurut mazhab Syafie hanya dibenarkan memperlihatkan
bahagian anggota yang aktif seperti kepala, tengkuk, tangan dan juga kaki. (Dr.
Ahmad Irdha Mokhtar, 2015) Menjaga aurat dapat memelihara kehormatan diri
seseorang selain dapat mengelakkan fitnah syahwat seperti perbuatan zina atau
hubungan songsang seperti gay atau lesbian. Selain itu, pendidikan seksual yang
sewajarnya juga perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak
mereka. Seksualiti ialah satu ekspresi identiti jantina yang melibatkan lelaki dan
perempuan. Ia juga adalah satu perasaan seseorang yang melibatkan kefahaman
tentang tindak balas dan emosi mereka terhadap seks. Ibu bapa perlulah bersikap lebih
terbuka dalam menyampaikan pendidikan seksual kepada anak-anak. Pendidikan
seksual jika disampaikan dengan cara yang berhemah dan sesuai dengan usia dapat
membantu anak-anak untuk memahami tentang batas pergaulan serta memelihara
maruah dan juga hak asasi mereka. Antara perkara yang perlu diterangkan ibu bapa
adalah apa itu seksualiti, konsep 3R; rights, respect, responsibility dan
hubungkaitnya dengan seksualiti, kesihatan dan tingkah laku seksual, apakah organ
atau anggota badan yang terlibat dalam seks, apakah itu seks, konsep umum mengenai
seks, risiko serta kepentingan kesihatan seks kepada anak-anak terutamanya yang
baru melalui fasa akil baligh. (Dr.Nik Rubiah Nik Abd Rashid & Lim Siow Yen, 2012)

Peranan sekolah dalam mengawasi pergaulan para pelajar

Sekolah merupakan tempat dimana para pelajar yang terdiri daripada kalangan remaja
meluangkan hampir separuh daripada hari mereka setiap hari. Tidak dinafikan sekolah
juga merupakan tempat para pelajar yang tidak mempunyai hubungan baik dengan
keluarga mereka untuk bertemu dengan rakan-rakan yang dianggap dapat memahami
serta membantu mereka mencari penyelesaian samaada kerja sekolah mahupun
masalah peribadi. Ini tidak akan menjadi suatu isu jika mereka dikelilingi oleh rakan-
rakan yang membawa pengaruh yang postitif. Namun,perkara disebaliknya akan
berlaku jika mereka dikelilingi dengan kawan-kawan yang memberi pengaruh yang
tidak baik. Contoh pengaruh tidak baik yang dapat mempengaruhi remaja termasuklah
ponteng sekolah, penglibatan diri dengan dadah dan juga alkohol serta gejala couple
yang dianggap sebagai tren masa kini. Pihak sekolah perlu melibatkan diri dalam
memastikan persekitaran pelajar mereka adalah baik dan bebas dari gejala sosial.
Siapakah pihak sekolah? Pihak sekolah termasuklah guru besar, penolong kanan hal
ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, barisan unit -unit khas seperti unit
disiplin, unit kaunseling, unit kokurikulum, unit kesihatan dan sebagainya, seterusnya
para guru dan pelajar, serta kakitangan sekolah seperti pengawal keselamatan sekolah
dan kakitangan pembersih.

Anda mungkin juga menyukai