Anda di halaman 1dari 17

GAF 3093

PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU

TAJUK :
KERUNTUHAN SAHSIAH DIKALANGAN REMAJA

DISEDIAKAN OLEH
FAIRUL BIN JOHAR
810305-14-5281
IBG11031051

DISEDIAKAN UNTUK

Abd Rahim Bin Ramli


Ketua CAD / Pensyarah
Jabatan Pendidikan dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran dan sepenuh pujian ke hadrat Allah s.w.t,
Tuhan sekian alam kerana dengan Inayah serta keizinan-Nya maka dapatlah saya menyiapkan
tugasan saya ini dan berjalan dengan baik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak ucapan terima kasih saya lontarkan
kepada En. Abd Rahim Bin Ramli yang bertindak selaku pensyarah dan penyelia tugasan ini, di
atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan disepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan PPG 2012_KPLI Pendidikan Islam UniSZA yang turut bersama-sama berkongsi
idea dan bertukar-tukar maklumat dalam menjayakan tugasan ini
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung, dalam membantu sedikit sebanyak proses kerja menyiapkan tugasan ini terutama
keluarga tercinta dalam memberikan semangat untuk terus berjuang mencapai cita-cita di menara
gading.
Akhir kata, Segala jasa baik kalian semua akan mendapat keberkatan dan Kerahmatan
dari Allah s.w.t. Jasa baik anda semua tidak terbalas oleh saya. Moga-moga jasa yang diberikan
akan mendapat Keredhaan dari-Nya. Wassalam.

ISI KANDUNGAN
BIL
1
2
3
4

8
9

PERKARA

MUKA SURAT

PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
BAB 1. PERMASALAHAN REMAJA ( ISU-ISU )
4.1 Pengambilan Dadah
4.2 Buli
4.3 Merempit
4.4 Seks Bebas
BAB 2. KESAN KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA
5.1 Kesan Kepada Diri Individu
5.2 Kesan Kepada Keluarga
5.3 Kesan Kepada Masyarakat
5.4 Kesan Kepada Negara
BAB 3. PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA
6.1 Diri Sendiri
6.2 Hubungan Kekeluargaan
6.3 Media Massa
6.4 Suasana Persekitaran
6.5 Rakan Sebaya
BAB 4. MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN SAHSIAH
7.1 Peranan Ibu-bapa
7.2 Peranan Guru / Sekolah
7.3 Peranan Kerajaan
7.4 Peranan Media Massa
7.5 Peranan Institusi Keagamaan
7.6 Peranan Badan Bukan Kerajaan ( NGO )
7.7 Peranan Masyarakat Setempat
7.8 Peranan Remaja
RUMUSAN
BIBILIOGRAFI

2
3
4
5
6
6
7
7
7
8
9
9
10
10
10
12
12
13
13
14
14
14
15
16
17

PENGENALAN
Apakah yang dikatakan remaja ?
Remaja menurut Kamus Dewan edisi keempat mentakrifkan bahawa remaja ialah mulai
dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin . Tetapi dari sudut perundangan,
remaja tidak dapat ditakrifkan dengan lebih tepat apakah yang dimaksudkan dengan istilah
remaja.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja ialah mereka yang berada
dalam lingkungan 10 hingga 19 tahun Secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja,
golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian
besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Pada pendapat saya remaja adalah
3

peringkat perubahan fizikal dan mental kanak-kanak menuju ke alam dewasa dalam lingkungan
10 hingga 19 tahun.
Ada cendekiawan Islam yangmenyatakan bahawa anugerah Allah yang terbaik bagi
manusia adalah zaman belianya.Zaman remaja adalah zaman yang sangat berproduktif,
membangun serta membina.Mengikut satu bancian terbaru, 20 peratus daripada penduduk dunia
terdiri daripadagolongan remaja (Utusan Malaysia, 7 November 1997).

Apakah yang dikatakan sahsiah ?


Sahsiah boleh ditafsirkan sebagai budi pekerti, tingkah laku, sikap dan sifat-sifat mulia.
Menjadi insan yang mempunyai sahsiah yang baik adalah menjadi keinginan bagi masyarakat
sekarang. Sahsiah yang baik hendaklah ada dalam setiap individu dalam mendapatkan
kesejahteraan hidup. Ini bertujuan agar hidup akan sentiasa aman, bahagia dan penuh
keharmonian.

Dalam mencapai sahsiah yang baik, akhlak adalah kunci kepada melahirkan

sahsiah yang baik dalam diri individu.


Dalam proses untuk membentuk sahsiah yang unggul dan selaras dengan jiwa seseorang
itu, ia sememangnya sukar tetapi setiap individu mestilah berusaha menuju kearah kesempurnaan
akhlah seperti yang disyariatkan oleh agama islam.

BAB 1. PERMASALAHAN REMAJA (ISU-ISU)


Dalam proses mencari identiti ataupun personaliti diri, para remaja di negara ini malah di
mana-mana negara sekalipun akan berlakunya pergolakan dan tergelincirnya laluan hidup dari
landasan yang sepatutnya. Zaman remaja adalah masa peralihan dan corak peralihan yang
pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang mengalaminya. Pengaruh
inilah yang menjadi punca remaja terjerumus mahupun terjebak dengan kesalahan tingkahlaku.
Antaranya ialah
1.1 Isu pengambilan Dadah
4

Isu pengambilan dadah adalah langkah paling serius yang diambil oleh para remaja. Malah
dinegara kita yang serba canggih dengan segala kelengkapan sekalipun, masalah dadah kekal
menjadi musuh nombor 1 negara. Isu dadah sudah lama membelenggui Negara tetapi tindakan
susulan untuk menanganinya mestilah secara berterusan. Rasa ingin mencuba dan ingin tahu serta
ajakan rakan-rakan menjadi punca remaja terjerumuh ke lembah ini.

Gambar dipetik dari SINAR : 10 Mac 2012


( remaja masih berbaju sekolah ketika ditahan )
Sumber yang dipetik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri 2007 menunjukkan sejumlah 36996 orang penagih dadah yang
terdapat didalam Negara kita ini. Bayangkan jika statistik ini adalah jumlah yang dapat ditangkap.
Bagaimana dengan yang masih bebas? Dari mula untuk mencuba, lama kelamaaan menjadi
kebiasaan dan akhirnya menjadi ketagihan. Sungguh sedih kita lihat remaja seawal belasan tahun
sudah menjadi penagih dadah dan jika remaja ini berterusan mengambil najis ini, remaja ini akan
terkenal menjadi penagih dadah tegar.

1.2 Buli
Apakah yang dikatakan buli? buli membawa maksud meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku
di sekolah terutamanya dikalangan remaja semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah
mencapai satu tahap yang amat membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

1.3 Merempit
Isu ini tidak juga kurang hebatnya. Remaja yang pada
mulanya hanya menunggang motor untuk riadah serta
mengambil udara segar bertukar kepada kegiatan yang
negatif. Mencari keseronokkan, kepuasan, wang ringgit
(Pertaruhan)

dan

perempuan

adalah

kunci

kepada

berlakunya gejala ini. Apabila kegiatan bermotor menjadi


aktiviti perlumbaan motosikal haram, maka lahirlah istilah
Mat Rempit ditujukan kepada penunggang motosikal
berkenaan. Remaja pantang dicabar dan pantang diajak pasti akan melawan. Trend menunjukkan
aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya boleh mendatangkan
kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi
gejala sosial yang sukar dirawat. Tidak mustahil perkara ini akan menular kepada pelajar
disekolah rendah terlibat sama satu masa nanti. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga
Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas,
dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
1.4 Fenomena seks bebas
Fenomena berlakunya kegiatan melakukan seks bebas berlaku dimana-mana negara. kajian
yang dilakukan di negara ini juga mendapati 27 peratus daripada remaja kita hari ini pernah
mengadakan hubungan seks bebas ( tanpa nikah ). Apabila remaja terjebak dengan masalah ini,
tidak mustahil isu baru yang boleh timbul ialah isu kes pembuangan bayi dikalangan remaja.
Malah kita sudahpun digemparkan dengan kes pelajar perempuan bersalin didalam tandas di
sebuah negeri tahun lepas.

BAB 2. KESAN KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA


Remaja adalah aset terpenting negara. Tak salah jika saya katakana runtuhnya ketamadunan
sesebuah negara adalah kerana runtuhnya sahsiah remaja. Tanpa generasi yang terbilang untuk
mewarisi tampok pemerintahan pada masa hadapan, akan membawa kesan yang serius samada
kesan jangka panjang atau jangka pendek. Antara kesan berlakunya keruntuhan sahsiah remaja
adalah

2.1 Kesan kepada diri individu remaja


Sahsiah adalah cermin keperibadian seseorang. Sahsiah yang baik dan terpuji akan dipandang
tinggi dan mulia oleh masyarakat. Adalah sebaliknya, masyarakat akan mencemuh dan
menempelak sahsiah remaja dek kerana sahsiah remaja yang tidak elok. Kebanyakkan remaja
yang terlibat dengan salah-laku adalah bertunjangkan dan berpaksikan kepada memenuhi hawa
nafsu dan pengaruh sekitar ( keluarga, rakan, media dan budaya ).
2.2 Kesan Kepada Keluarga
Keluarga yang harmoni dan bahagia memainkan peranan yang penting dalam mencapai
keharmonian dan kebahagiaan sesuatu masyarakat. Runtuhnya istitusi keluarga maka runtuhlah
kebahagiaan dan keharmonian masyarakat itu. Keluarga yang tidak bahagia boleh berlakunya
penceraian dan natijahnya nanti membawa kepada masa depan anak-nak terbiar dan tidak
terpelihara.
2.3 Kesan kepada Masyarakat
Keruntuhan sahsiah dalam masyarakat boleh memberikan impak yang besar kepada agenda
pembangunan agama, bangsa dan negara. Tidak mustahil bahawa pihak ketiga akan menangguk
di air yang keruh dan mengambil kesempatan diatas kelemahan bangsa kita sendiri. Masyarakat
akan menjadi porak peranda, tidak bersatu-padu dan berpecah belah. Wujudnya pergaduhan
dikalangan masyarakat. Ianya lebih parah jika melibatkan dua kaum maka tercetusnya perbalahan
antara kaum. Kadar jenayah ( jenayah juvana ) akan terus meningkat dan indeks keamanan dan
keselamatan negara sudah tentunya akan menurun.

2.4 Kesan kepada Negara


Jatuh bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada kualiti remaja atau
generasi pada masa sekarang. Jika melihat kepada keruntuhan sahsiah dikalangan remaja pada
masa kini, tidak hairanlah kira patut merasa bimbang. Peranan dari setiap pihak memainkan
peranan, berganding bahu dan bekerjasama dalam membasmi masalah keruntuhan sahsiah
remaja. Jika tidak, negara akan mengalami kehilangan generasi kepimpinan pada masa hadapan.
7

Kerancakan pembangunan negara yang dikecapi sekarang ini akan terbantut dan boleh
merencatkan. Keadaan ekonomi negara sudah tentunya terjejas dan tidak berkembang.
Perbelanjaan negara akan meningkat dan indeks kadar jenayah dinegara kita akan meningkat.
Anasir-anasir luar yang kurang sihat akan mudah menyerap masuk kedalam negara kita ini.
Jika ini tidak ditangani dengan bijaksana, pastinya akan mengancam keselamatan negara dan
boleh menjerumuskan negara kearah kehancuran. Kecemerlangan yang digembar-gemburkan
tidak membawa apa-apa makna jika isu sahsiah remaja sekarang tidak ditangani secara serius.
Maka kemerdekaan yang dikecapi selama 53 tahun ini tidak mustahil akan menjadi sejarah.

BAB 3. PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN SAHSIAH REMAJA


Dari dada akhbar media cetak sehinggalah ke berita media elektronik, sering kita dengar
tentang keruntuhan sahsiah dikalangan remaja. Malah tidak salah diperkatakan indeks kadar
jenayah yang diwakili oleh golongan remaja semakin meningkat. Keruntuhan sahsiah ini dapat
dilihat dari pelbagai sudut. antaranya
3.1 Diri Sendiri ( Ingin tahu dan ingin mencuba )
8

Apabila mula mencari identiti diri, para remaja memerlukan satu panduan atau contoh
untuk di ikuti. Dalam erti kata lain mereka ini memerlukan role-model segai ikutan mereka.
Remaja ini mempunyai jiwa yang kerdil dan rapuh dan benar-benar memerlukan bimbingan.
Minda yang lemah, malas berfikir serta lebih cenderung dengan mengambil jalan mudah untuk
menyelesaikan masalah. Pada usia 18 tahun, perasaan ingin tahu remaja berada tahap yang paling
tinggi. Jesteru apa-apa yang berlaku disekeliling akan mendorong kepada ingin tahu. Itu adalah
normal dan ianya baik tetapi sejauh mana guide-line yang diberikan. Bertindak tanpa panduan
boleh membawa kemudaratan.
3.2 Hubungan kekeluargaan
Dalam hal runtuhnya sahsiah dikalangan remaja, pembabitan keluarga juga boleh
menjadi punca. Kawalan kebebasan kepada remaja boleh menjadi punca. Jika terlampau ketat
kawalan penjaga maka dikatakan mengongkong. Jika terlalu lembut maka manja yang akan
menjelma. Kawalan kebebasan dari ibu bapa haruslah sederhana. Tidak terlalu manja dan tidak
terlalu mengongkong. Kesibukkan ibu-bapa dalam mencari sumber rezeki tidak boleh dijadikan
alasan. Tidak mustahil anak-anak remaja jika bertanyakan dimanakah atau apakah yang sedang
dilakukan oleh ibu-bapa mereka, anak-anak akan memberikan alasan tak tahu. Anak-anak
perlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibu-bapa mereka. Penceraian amatlah pedih jika kita
dapat gambarkan mahupun rasakan. Anak-anak menjadi mangsa ketidaksefahaman ibu-bapa
mereka dalam menjalani kehidupan rumah tangga. Remaja akan mengambil langkah mudah
untuk tidak mahu terbabit sama dengan masalah ibu-bapa mereka dengan mengambil tindakan
untuk lari dari rumah.

3.3 Media Massa


Pengaruh luar seperti media massa sekarang ini turut membantu kepada pembentukkan
perilaku para remaja yang masih mentah ini dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan
dan paparan yang tidak sesuai di media massa boleh mengundang kepada perilaku remaja yang
ingin tahu atau merasainya sendiri. Terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan ditelevisyen
mahupun di internet, sudah tentu ingin dibuat. Apatah lagi boleh membawa kemahsyuran pada
9

diri remaja itu sendiri. Perasaan bangga terpancar dari raut wajah jika apa yang ditiru oleh remaja
menjadi buah mulut dan pujian dari rakan-rakan mereka.
3.4 Suasana Persekitaran
Suasana persekitaran terutama disekeliling rumah dan sekolah turut menjadi punca
permasalah remaja pada sahsiah diri mereka. Di sekolah sebagai contoh, guru yang
mementingkan pencapaian akademik sedikit sebanyak menganak tirikan pelajar pelajar yang
kurang baik pencapaian akademiknya. Perasaan rendah diri akan menjelma dalam diri mereka.
Tumbuhnya cyber caf bak tumbuhnya cendawan selepas hujan menjadikan cyber caf sebagai
tempat berkumpulnya remaja-remaja ini. Jika remaja lelaki suka dengan action game, tidak
kurangnya remaja perempuan yang sukakan berchatting. Dan apabila berkumpulnya remaja lelaki
dengan remaja perempuan maka pergaulan bebas boleh terjadi. Sudah menjadi lumrah manusia
sukakan berpasangan. Diluar kawalan ibu-bapa, jauh dari masalah keluarga maka keseronokan
bergaul bebas tidak dapat lagi dihalang.
3.5 Rakan Sebaya
Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja
yang mempunyai lingkungan umur yang sama ( Hazil Abdul Hamid: 1990; 89 ). Pengaruh rakan sebaya
adalah punca paling besar terpengaruhnya remaja dengana masalah sahsiah. Maka tak salah saya
katakan pengaruh rakan adalah pengaruh paling kuat berbanding pengaruh-pengaruh yang lain
terlibatnya remaja dengan masalah sosial. Remaja yang terlibat dengan kumpulan akan lebih
cenderung dengan apa yang dilakukan oleh rakan sekumpulan. Pelajar juga menganggap
peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi.
Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan ahli
kumpulan hendaklah mematuhinya. Hal ini mula menimbulkan masalah disiplin seperti peras
ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan dipukul, mereka akan membalas secara
berkumpulan (Dewan Masyarakat, April 1995).
Perubahan tingkah laku remaja selalunya disebabkan tersalah memilih rakan. Meskipun
remaja ini sering diingatkan supaya bijak memilih kawan tetapi sering dipandang enteng dan
diabaikan. Apabila remaja melangkaj kaki keluar dari rumah, ibu-bapa sudah tidak berupaya lagi
untuk menjaga anak remaja mereka. Lagi dijaga dan dikawal, jiwa anak remaja ini akan
memberontak. Remaja ini boleh dikatakan sebagai golongan minority yang masih lemah dan
belum cukup matang dan seterusnya mudah dipengaruhi oleh anasir yang lebih negatif. Dengan
adanya kumpulan yang tersendiri, bergerak secara kumpulan dan melakukan aktiviti secara
10

berkumpulan, tidak hairanlah kumpulan remaja ini berani untuk melepak, ponteng sekolah, buli
atau gangsterisme menjadi trend kelakuan mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Krueger et al. (1994). Menurut beliau remaja yang
terlibat didalam berbagai jenis kesalahan jenayah mempunyai tahap penglibatan sosial
yang rendah dan tahap keterasingan yang tinggi. Akhirnya apabila remaja semakin dekat
dengan ahli kumpulan mereka dan hubungan bersama ahli keluarga semakin renggang,
tidak mustahil, apa-apa nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh keluarga tidak akan
dipandang oleh anak remaja mereka sendiri. Terbuktilah pengaruh rakan lebih powerfull
jika dibandingkan dengan pengaruh yang lain.

BAB 4. MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK


Dalam proses menangani keruntuhan sahsiah dikalangan remaja, Semua lapisan masyarakat tidak
kira sama golongan rakyat mahupun golongan pentadbiran hendaklah berganding bahu. Soal
pihak menunding jari kearah pihak yang lain tidak sepatutnya berlaku. Semua memainkan
peranan mereka sendiri. Oleh itu tidak boleh menyalahkan orang. Lihat dulu diri sendiri. Adakah

11

kita melakukan apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita? Kita lihat apa peranan diri kita
sendiri.
4.1 Peranan ibu-bapa
Kita telah ketahui antara punca penglibatan remaja dengan masalah keruntuhan sahsiah ini
adalah kurangnya kasih saying yang diberikan kepada remaja ini. Ibu bapa perlu memberi
perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat
remaja. Sekiranya ibu bapa kurang memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak
remaja kita ini akan beralih arah kepada orang lain terutamanya kepada rakan sebaya mereka.
Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anakanak dengan didikan agama Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Para ibu
bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dari pihak lain yang mana boleh
membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk meraka
mestilah diperhatikan supaya tidak berlaku perubahan tingkah-laku yang tidak disedari oleh ibubapa remaja.
4.2 Peranan guru / sekolah
Pendidikan merupakan elemen penting dalam strategi pencegahan & sekolah merupakan
institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian
Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang & melaksanakan segala
program & aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di
peringkat sekolah & IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala
sosial, menyediakan aktiviti yang berfaedah, dapat mencegah remaja-remaja ini daripada terlibat
dengan gejala sosial.
Guru-guru dan sekolah memainkan peranan yang penting dalam memberikan pendidikan
remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi
termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial disamping intelek itu sendiri. Aktivitiaktiviti yang diikuti oleh remaja mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji
dan pembinaan generasi muda yang cemerlang, bakal menggantikan kepimpinan negara di masa
akan datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan
disalurkan kepada program kaunseling disekolah agar masalah yang ada pada peringkat awal
dapat dibenteras.

12

4.3

Peranan Kerajaan

Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi masalah keruntuhan sahsiah
dikalangan remaja seharusnya dipuji. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Pernah satu ketika dahulu, negara kita Malaysia pernah menubuhkan 1 program yang dinamakan
Program Rakan Muda yang mana Ahlinya
terdiri dikalangan remaja dan belia negara.
Penglibatan remaja kita didalam aktiviti
yang sihat seperti ini boleh sedikit sebanyak
membatu

mengurangkan

berlakunya

masalah sahsiah dikalangan remaja.


Pada masa ini, Dinegara kita malaysia telah
menjalankan

program

yang

lebih

mencintai negara kita iaitu Program Latihan


Khidmat Negara atau lebih dikenali sebagai
PLKN. Objektif utama program latihan khidmat negara ini ialah Meningkatkan semangat
patriotisme di kalangan generasi muda, Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional,
Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Menyemarakkan semangat
kesukarelaan, Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
4.4

Peranan Media Massa

Media memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku
kepada remaja diketika ini. Remaja begitu mudah terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang
ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar Negara. Sudah semestinya perlu ada
pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan
dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti
dihentikan segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini.
4.5

Peranan Institusi Keagamaan

Institusi keagamaan seperti Pejabat Agama Islam tidak kira diperingkat negeri mahupun
daerah, Masjid mahupun surau-surau dikariah tidak terkecuali memainkan peranan dalam
membantu membasmi keruntuhan sahsiah dikalangan remaja. Aktiviti berfaedah seperti
Qiamullail ( bangun malam ), Kem Hafazan Al-Quran dan lain-lain lagi aktivi, boleh dijalankan.
13

Tidak hanya institusi ini menjalankan tugas semata-mata tugas sembahyang dan kematian sahaja.
Aktiviti bersolat secara berjemaah adalah salah satu aktiviti yang benar-benar memberikan
manfaaat. Ia mengajar erti bersatu dan merendah diri kepada pencipta sekelian alam.
4.6

Peranan Badan Bukan Kerajaan ( NGO )

NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO
boleh membantu remaja menghala-tujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus.
Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM,
HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh
NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak
termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO
seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.
Koordiansi antara badan-badan NGO untuk bertindak dengan berkesan mengatasi masalah
remaja perlu diusahakan supaya lebih banyak badan-badan tampil kehadapan dengan berani
untuk memperbetulkan keadaan. Pihak NGO perlu banyak melaksanakan program dengan
Jabatan Agama bagi membentuk sahsiah masyarakat.
4,7

Peranan Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa
polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar
yang bemasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirurjuk kepada pihak polis sebagai
penyelesaian yang terakhir.
4.8

Peranan Masyarakat Setempat

Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan
perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang
tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.
Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang. Membuat aktiviti
rondaan adalah langkah yang bijak dan sesuai terutama pada waktu malam. Remaja yang ditemui
lepak, merempit mahupun duduk bersembang bergaul bebas, disuruh pulang kerumah dan jika

14

ingkar, penjaga mereka akan dipanggil untuk membawa mereka pulang. Penglibatan dan
kerjasama dari PDRM adalah digalakkan.
4.9

Peranan Remaja itu Sendiri

Remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan
yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang
boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang lebih bermotivasi yang
berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.

RUMUSAN
Dapatlah disimpulkan bahawa masalah keruntuhan sahsiah dikalangan remaja
sememangnya serius dan perlu ditangani segera. Semua pihak harus memainkan peranan yang
15

sewajarnya untuk memastikan gejala keruntuhan sahsiah dikalangan remaja tidak menular kepada
peringkat kanak-kanak. Kenalpasti punca berlakunya dan hapuskan sebab musababnya. Semua
pihak perlu bekerjasama dengan kuat. Sikap menunding jari kepada pihak lain adalah tidak wajar.
Dari orang bawahan sehingga orang diperingkat tertinggi perlu memainkan peranan masingmasing. Insyallah jika semua pihak memberikan kerjasama yang sepenuhnya dari peringkat
perancangan sehinggalah ke peringkat perlaksanaan, tidak mustahil gejala keruntuhan sahsiah
dikalangan remaja akan dapat dihapuskan sama sekali. Wallahu Alam.

BIBILIOGRAFI
Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
16

Erikson (1968). Identity, Youth & Crisis. New York : Norton


Laporan Tahunan (2007), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kuala Lumpur
PAID Rompin, PAHANG ( 2011 ) http://paidrompin.blogspot.com/2011/01/gejala-sosial-dikalangan-remaja.html
Portal JLKN http://www.khidmatnegara.gov.my/
SINAR (2012), Sinar Harian Online
Zainur Rashid Bin Zainuddin (2011) http://www.ismaaustralia.com/salah-laku-seksual-remaja
.

kita-apakah-jalan-penyelesaiannya/

17

Anda mungkin juga menyukai