Anda di halaman 1dari 5

Nama : Sitti Khadijah Binti Bacho No.

Kad Pengenalan : 940914-12-6444 Syukur ke hadrat Allah kerana akhirnya saya dan rakan setugas saya menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama yang kami ambil setelah mendapat tugasan ini ialah mendapat penerangan secara terperinci daripada pensayarah pembimbing iaitu Ustazah Fatihah Binti Safie dan Ustaz Lutfi Bin Ahmad. Seterusnya kami memulakan untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ustazah Fatihah dan Ustaz Lutfi juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja kursus. Jika mereka tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin. Kekuatan diri saya ketika proses menyiapkan kerja kursus ini ialah saya telah mencadangkan beberapa idea yang menarik dan praktikal. Saya telah mencadangkan kepada ahli kumpulan saya bahawa bentuk buku skrap yang akan kami hasilkan adalah berbentuk hati. Bagi menimbulkan pembaharuan dan kelainan pada buku skrap kami berbanding dengan bentuk-bentuk buku skrap yang anda telah lihat sebelum, saya bukan hanya mencadangkan untuk membentukkan buku skrap kami dengan bentuk hati yang biasa bahkan saya mencadangkan untuk membentukkan buku skrap kami dengan bentuk hati yang berekor pada hujung bentuk hati tersebut. Cadangan saya ini telah mendapat respon yang baik daripada ahli kumpulan saya dan bersetuju dengan cadangan saya tersebut. Pelbagai benda baharu yang saya pelajari ketika proses menyiapkan kerja kursus ini. Dari segi perhiasan buku skrap, saya telah mempelajari cara membuat bunga ros dengan menggunakan kain felt. Sebelum ini, sememangnya saya telah berhasrat untuk belajar cara membuat bunga ros dengan menggunakan kain felt namun keiinginan tersebut hanya menjadi seperti angan-angan mat jenin. Melalui proses penyiapan kerja kursus ini, akhirnya hasrat saya untuk mempelajari cara membuat bunga ros dengan menggunakan kain felt tercapai jua.

Melalui kemahiran baharu saya ini iaitu membuat bunga ros dengan menggunakan kain felt, kemahiran ini sedikit sebanyak telah membantu saya untuk mengurangkan lagi kos perbelanjaan untuk menghasilkan buku skrap ini. Selain itu, bunga ros yang saya hasilkan juga telah menjadikan buku skrap ini menjadi lebih cantik dan menarik kerana mempunyai unsur tiga dimensi. Seterusnya, saya telah belajar menjahit patung pengantin Cina juga dengan menggunakan kain felt dan pengetahuan ini juga merupakan suatu pengetahuan yang baharu bagi saya. Dalam proses menyiapkan patung tersebut ternyata bukan suatu proses yang mudah seperti yang saya pernah bayangkan sebelum ini. Pertama sekali, saya perlu memilih reka bentuk pengantin cina yang sesuai. Kemudian, saya perlu melakar bentuk-bentuk bahagian patung tersebut seperti muka, topi dan baju patung tersebut pada kain felt. Selepas itu, saya perlu menjahit bahagian-bahagian patung tersebut dan memasukkan kapas pada beberapa bahagian tertentu pada patung tersebut. Sesungguhnya, proses-proses tersebut telah menguji kesabaran saya kerana saya perlu melalui proses cuba jaya dalam menghasilkan patung pengantin Cina yang comel tersebut. Sesungguhnya, pengetahuan-pengetahuan baharu ini dapat meningkatkan lagi kemahiran estetika saya yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Pengetahuan baharu ini juga akan dapat membantu saya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar ketika saya menjadi guru praktikal dan juga ketika saya menjadi guru yang sebenar kelak. Penggunaan bahan bantu mengajar sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap pelajar saya. Salah satu daripada implikasi positif penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran ialah dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Oleh itu, kemahiran pedagogi saya juga dapat ditingkatkan melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif. Saya juga telah mempelajari adat perkahwinan masyarakat Cina dan India dan pengetahunan ini amat membantu saya untuk mengenali adat masyarakat lain dan memupuk sifat hormat terhadap agama orang lain. Saya juga berpendapat bahawa tradisi perkahwinan pelbagai etnik di Malaysia ini perlu dikekalkan bagi menyemarakkan perpaduan kaum di samping menarik lebih ramai pelancong asing. Senario ini secara langsung membuktikan bahawa budaya perkahwinan pelbagai kaum di negara ini mampu menjadi simbolik 1 Malaysia di samping mendorong kepada peningkatan kemasukan para pelancong asing dalam

menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancongan utama. Hal ini seterusnya bakal memberikan impak yang positif terhadap negara khususnya dalam bidang ekonomi dan sosial. Oleh yang demikian, saya berasa bangga dengan keunikan tradisi perkahwinan yang wujud di Malaysia ini. Saya juga telah mempelajari adat perkahwinan masyarakat Cina dan India secara mendalam. Pertama dalam adat perkahwinan Cina, adat merisik akan dilakukan bertujuan untuk mengenali latar belakang gadis tersebut. Kemudian, selepas berpuas hati dengan latar belakang gadis tersebut, proses peminangan dan pertunangan akan berlangsung. Upacara perkahwinan diteruskan dengan acara bersanding dan selepas itu pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing untuk mendapat restu. Upacara minum teh sangat penting dan masih diamalkan oleh kaum Cina ketika upacara perkahwinan. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Para tetamu yang datang akan membawa "angpau" sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Manakala, majlis perkahwinan kaum India dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah.Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil. Pedanda akan berdoa supaya pengantin hidup bahagia dan seterusnya menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buahbuahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Antara pengetahuan yang baharu yang saya dapat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini ialah terdapat beberapa persamaan yang baharu saya ketahui di antara perkahwinan kaum Melayu, Cina dan India. Sebagai contoh, dalam adat perkahwinan antara Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai adat merisik, meminang dan bertunang sebelum adat perkahwinan. Kemudian, persamaannya dari segi hantaran yang akan menjadi bahan perbincangan semasa meminang. Seterusnya, persamaan perkahwinan masyarakat Malaysia ialah dalam adat merisik yang bertujuan untuk mengetahui latar belakang keluarga gadis. Di samping itu, tugasan ini secara tidak langsung membantu saya untuk mengulang kaji sukatan pelajaran yang saya pelajari terutamanya dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tugasan ini turut membantu mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar dan pensyarah melalui sesi kolaborasi yang dijalankan sepanjang proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Melalui interaksi antara rakan-rakan sekelas, saya dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi terutamanya dari segi komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal walaupun terdapat perbezaan antara satu sama lain. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman saya melakukan tugasan berkumpulan, saya mendapati proses menyiapkan tugasan menjadi cepat dan mudah sekiranya setiap individu bekerjasama antara satu sama lain. Saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ringkas melalui perbincangan dengan rakan-rakan. Walaupun, kadang-kadang saya dan rakan bercanggah pendapat antara satu sama lain, tetapi kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Malahan, saya merasakan melalui percanggahan pendapat tersebut, kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi lebih matang dalam melakukan sesuatu dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada dan menambahakan mutu tugasan yang dihasilkan. Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi banyak kebaikan kepada diri saya. Bukan sahaja dapat menambah pengetahuan, tetapi juga dapat menguji kecekapandan kesabaran saya.

Akhirnya, berkat usaha dan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkan. Hal ini membuatkan saya sekali lagi bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat-Nya kami dapat menyiapkan tugasan ini sehingga sempurna.

Anda mungkin juga menyukai