Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI DISEDIAKAN OLEH : NUR ARIF SHAH BIN RAMLI

Tugasan yang diberikan kepada kami untuk semester 4 ini ialah Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-kanak Prasekolah. Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengenal subjek perkembangan Kerohanian dan Moral terperinci. kanak-kanak dengan lebih

Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini

berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep perkembangan Kerohanian dan Moral kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar

perkembangan Kerohanian dan Moral kanak-kanak semakin jelas difahami. Saya juga telah dapat membuat perbandingan antara beberapa isu dan implikasi yang melibatkan tentang amalan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah. Mengetahui dan memahami isu-isu semasa yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep sebenar yang telah dipelajari. Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya

memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritis, kreatif dan inovatif. Selain itu, saya juga dapat mengasah bakat saya sebagai seorang bakal guru Prasekolah. Hal ini juga secara tidak langsung telah membolehkan saya untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak. Seperti yang diketahui, kanak-kanak mempunyai banyak ragam dan perangai. Oleh itu bakal guru seperti saya

haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Tugasan pada kali agak mencabar kerana saya perlu membuat pemerhatian dan kajian mengenai video yang telah saya muat turun dari internet. Saya perlu membuat kajian dan menghuraikan tentang isu-isu yang terdapat dalam video tersbut. Sememangnya agak sukar untuk mencari video tentang tajuk yang berkaitan dengan kajian yang saya ingin lakukan. Terdapat beberapa video yang telah saya kenalpasti dan saya telah memilih gejala buli sebagai kajian kes yang ingin saya kaji.saya memilih gejala buli ini adalah kerana gejala ini semakin menular dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Saya juga perlu melakukan tugasan ini sehabis baik dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak pensyarah. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti. Di samping itu juga saya dapat memupuk nilai murni dalam diri saya sepanjang membuat kajian tugasan ini. Dari segi sumber maklumat pula, saya dapat merujuk di pelbagai sumber. Misalnya, rujukan di perpustakaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, buku-buku, rujukan para pensyarah dan sebagainya. Sewaktu menjalankan kajian mengenai

tugasan projek ini, saya berasa sangat seronok kerana dapat pengalaman untuk melihat sendiri kejadian kanak-kanak sedang membuli rakan yang lain. Namun saya tidak mempunyai kesempatan untuk merakam kejadian itu. Hal ini jugalah yang telah mendorong saya untuk membuat kajian tentang kes buli di sekolah. Tugasan ini juga memerlukan saya merancang satu program khas untuk

mengatasi masalah dan gejala buli dalam kalangan pelajar ini. Program yang saya rancang haruslah suatu program yang mampu untuk mencegah dan seterusnya mengatasi serta mengurangkan kes buli di sekolah. Walaupun nampak senang, namun sebenarnya tugasan ini amat susah kerana saya perlu menghasilkan sebuah hasil kerja yang dapat memuaskan hati pensyarah. Di samping saya membuat kajian tentang kes buli ini, saya juga telah dapat membuat satu kesimpulan yang mana gejala buli ini sebenarnay satu masalah yang sangat besar dan membahayakan. Hal ini kerana gejala buli ini boleh mengundang

kepada gejala-gejala yang lebih besar sebagai contoh gaduh,mencuri dan memukul rakan yang lain. Sekiranya pihak sekolah tidak dapat mengawal dan mengambil tindakan yang tegas, maka ia akan memudaratkan generasi yang akan datang. Pelbagai ilmu dan pengetahuan baru yang saya perolehi semasa melaksanakan tugasan ini sebagai contoh saya juga dapat memahami konsep kerohanian dan moral agama lain selain daripada agama Islam. Hal ini kerana bidang kerohanian dan moral ini bukan sahaja menerima pandangan dari aspek agama Islam malahan juga menerima pandangan dan konsep dari agama lain sebagai contoh agama Kristian,Buddha dan juga Hindu. Kesimpulannya, sebagai seorang guru, saya sedar, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam mencapai perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak yang optimum. Jadi, saya mestilah merancang aktiviti untuk muridmurid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, saya perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan

kerohanian dan moral ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi saya perlulah cakna dengan perkembangan murid untuk merealisasikan hasrat ini. Harapan saya, semoga dalam semester 4 ini,ilmu pendidikan tentang pendidikan kanak-kanak akan terus mantap dan dapat membantu saya menjadi guru yang sebenar-benarnya bergelar guru dalam konteks dunia pendidikan. Akhir sekali, diharapkan segala usaha dan hasil kerja yang saya hasilkan ini dapatlah diterima dengan baik oleh pensyarah pembimbing. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai