Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU
KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke-8

Minggu Praktikum

: Minggu 8

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30 Mac HINGGA 3 April 2015


Tajuk Jurnal

: Murid kerap kali keluar masuk bilik darjah

1. Masalah / Peristiwa
Masalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana
terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan
saya untuk pergi ke tandas, mengasah pensel dan sebagainya. Keadaan ini mungkin
disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika
berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas
ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.

3. Cadangan Susulan
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud
iaitu:(a) Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan.
(b) Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

INSTITUT PENDIDIKAN
GURU
KAMPUS IPOH

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini
penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti.

5. Keputusan
Rujukan dan kajian masih dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan
penuh masih belum dapat diperolehi ketika ini.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan

Tandatangan

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai