Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek ilmu pendidikan secara berkumpulan yang bertajuk Tahap Perkembangan kanak-kanak dari segi bidang sosio-emosi.

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindak balas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat. Perkembangan ini dapat dilihat sama ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari, dan megikut peraturan atau tingkahlaku negatif seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri. Faktor persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak antaranya keluarga dan ekonomi. Dari segi keluarga, kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang harmoni sering diberi peluang untuk mendapatkan pengahargaan dan mempunyai sosioemosi yang sihat. Keadaan sebaliknya akan berlaku kepada kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang tidak harmoni. Melalui didikan yang sempurna dan kasih-sayang yang diberikan oleh ibu-bapa, kanak-kanak boleh menjadi individu yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dari segi ekonomi, kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang mengalami masalah ekonomi yang tidak stabil akan memberi kesan kepada perkembangan sosioemosi. Ini kerana masalah ekonomi adakalanya menjadi punca pertengkaran dan perselisihan dalam keluarga. Faktor kesihatan turut mempengaruhi sosioekonomi. Faktor makanan dan pemakanan juga memberi kesan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu luas skopnya untuk difahami. Namun, selepas merujuk kepada pensyarah, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh Pn. Nor Aziah, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama mereka juga dapat dipertingkatkan melalui

proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan. Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Saya telah mendapat tugas untuk mengambil video dan membuat satu persembahan multimedia dengan menggunakan teori perkembangan kanak-kanak oleh Erik Erikson dan Ainsworth. Saya bukan hanya tertumpu kepada persembahan multimedia sahaja, tetapi saya juga memberi idea untuk membuat aktiviti-aktivi terhadap kanak-kanak yang kami pilih. Saya juga mengambil video semasa kanak-kanak (T.Haswinie) tersebut menyambut hari jadi sehingga menunjukkan bakatnya. Saya dapat melihat perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut melalui beberapa aktiviti. Kami memilih beberapa aktiviti seperti berkomunikasi, menyambut hari jadi, memberi hadiah dan merampas hadiah untuk memerhati perasaan kanak-kanak tersebut. Melalui tugasan kerja kursus pendek ini, saya dapat mempelajari cara-cara membuat persembahan video. Saya menggunakan lebih kurang 3 hari untuk menghasilkan persembahan video ini. Walaupun saya kurang mahir dalam membuat persembahan multimedia, saya berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Tunjuk ajar yang diberikan oleh ahli kumpulan saya dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Saya melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan. Saya akui pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pembacaan amat sukar bagi saya. Tugasan ini memberikan saya pelbagai pengalaman dan info yang berguna yang mana maklumat ini boleh saya aplikasikan sewaktu mengajar dan mendidik anak murid. Saya juga mula merasai kepentingan Tahap Perkembangan kanak-kanak Sosioemosi, ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran Tahap Perkembangan kanak-kanak Sosioemosi ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya

betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Tambahan lagi, tugasan ini menghendakkan kami untuk berfikir di luar kotak mengkaji apakah teori-teori perkembangan kanak-kanak daripada beberapa orang tokoh ilmuan dunia. Saya juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh yang banyak terlibat dalam menyumbangkan idea dan buah fikiran dalam membentuk teori-teori yang sangat berguna mengenai perkembangan kanak-kanak tersebut. Hasil usaha mereka dalam mengkaji kanak-kanak membuktikan pada saya bahawa kanak-kanak merupakan individu yang berbeza dari segi fizikal, mental, rohani dan sebagainya. Tahap pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh dari tokoh tersebut turut diiplementasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Sememangnya tokoh-tokoh ini sedikit sebanyak mempengaruhi corak pendidikan di negara Malaysia dan kita seharusnya menghayati setiap hasil karya tokoh tersebut dan berusaha dan bersama-sama mencari jalan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara kita. Setelah beberapa hari, akhirnya saya dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun berlaku sedikit salah faham, saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan kawan-kawan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai