Anda di halaman 1dari 2

STRATEGI DIREKTIF

Pengenalan:

Sesetengah pelajar lebih memahami sesuatu pelajaran yang diajar jika mendapat
bimbingan dan arahan guru terutamanya dalam memahami sesuatu konsep. Oleh itu,
strategi pembelajaran yang paling sesuai untuk pelajar-pelajar ini adalah strategi
pembelajaran direktif.

Definisi:

Strategi untuk pemerolehan dan penguasaan pengetahuan, melatih dalam prosedur


tertentu termasuk latih tubi, pembelajaran masteri dan pengajaran secara langsung
Strategi direktif berperanan untuk membantu pelajar memperoleh maklumat,
pengetahuan dan kemahiran. Pelajar diarah untuk mematuhi langkah-langkah tentang
sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru.

Melalui strategi direktif pelajar menerima maklumat dan pengetahuan melalui


penerangan tentang sesuatu kemahiran konsep daripada guru melalui tunjuk cara,
bimbingan dan latihan diikuti ujian untuk menilai kefahaman. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh pelajar adalah replika kepada apa yang disampaikan oleh
guru.

Contoh kaedah pengajaran bagi strategi ini ialah kaedah demonstrasi, kuliah atau
penerangan dan latih tubi.

Prinsip Asas Strategi

Strategi direktif ini berpusatkan guru dan pembelajaran adalah secara tradisional di
mana guru berperanan menyampaikan maklumat

Prinsip asas ialah:

1. Penstrukturan informasi
2. Penentuan matlamat dan kaedah yang dipakai
3. Penyediaan perancangan
4. Penyemakan terhadap pengetahuan dan ingatan
5. Membuat peneguhan
Model Robert Slavin

Model yang sering digunakan untuk pengajaran secara direktif ialah Model Robert
Slavin:

1. Menetapkan objektif pembelajaran: Pastikan pelajar diberi penerangan tentang


bahan baru yang akan dipelajarinya. Kaitkan dengan pelajaran yang telah
dipelajari
2. Mengimbas kembali pengetahuan sedia ada: Pastikan setiap pelajar mempunyai
pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk bahan baru yang akan diajar
3. Menyampaikan bahan baru: Sampaikan bahan baru secara teratur dan jelas
menggunakan contoh-contoh dan demonstrasi yang sesuai
4. Meneliti tahap pembelajaran: Ajukan soalan yang sesuai dengan tahap
pembelajaran
5. Memberi latihan kendiri: Pastikan pelajar diberi bimbingan dan tunjuk ajar
sebelum diberi latihan kendiri
6. Menilai prestasi dan memberi maklum balas: Pastikan pelajar diberi penilaian
dan maklumbalas yang sesuai. Jika perlu, ulangkaji semula apa yang telah diajar
7. Memberi latihan tambahan: Pastikan latihan tambahan yang diberikan
memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari dalam situasi yang berbeza

Anda mungkin juga menyukai