Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN INKLUSIF Refleksi Setelah beberapa bulan menjalankan pemerhatian dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif ini, apa

yang saya dapati ialah bukanlah satu perkara mudah untuk mendapatkan bantuan ikhlas daripada guru yang tidak terlibat secara langsung dengan anak-anak istimewa ini dalam program inklusif. Tidak ada sesiapapun harus dipersalahkan apabila cadangan untuk program inkusif murid pendidikan khas ditolak mentah-mentah samada oleh pihak pentadbir mahupun guru-guru di aliran perdana, "Mereka yang dapat elaun RM 250 mengapa kita yang kena ajar murid-murid itu" Ini adalah persoalan yang pernah saya dengar daripada rakan-rakan guru di aliran perdana. Kata-kata ini memang ada kebenarannya. Kita di sini termasuk saya perlu berperanan agar program inklusif boleh berjaya jika tidak sepenuhnya biarlah walaupun hanya sebahagian. Kita perlu melakukan sesuatu agar usaha membantu oleh guru-guru di aliran perdana dapat dilaksanakan dengan ikhlas tanpa memikirkan soal elaun. Banyak faktor mengapa program inklusif tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan. Terdapat juga beberapa cadangan mengatasi yang ingin saya tuliskan disini. Guru di aliran perdana kurang atau langsung tidak ada pengetahuan tentang program inklusif. Oleh itu guru aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang mengapakah perlu program inklusif kepada murid-murid

bekerpeluan khas. Contohnya keperluan social, keperluan untuk membina keyakinan diri, keperluan untuk berdikari, keperluan untuk diterima sama dalam masyarakat, keperluan menguruskan diri, dan keperluan belajar dengan guru lain selain daripada guru pendidikan khas sendiri. Guru di aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang tugas lain guru pendidikan khas semasa ketiadaan murid kerana mengikuti progam inklisuf. Ini dapat mengelakkan prasangka yang tidak diingini berlaku. Contohnya menjalankan pengajaran individu untuk murid-murid yang severe samada dalam pengurusan diri mahupun pengurusan tingkahlaku, membina RPI, membuat keceriaan kelas dan sebagainya. Pihak Pentadbiran dan guru-guru lain di aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang pelaksanaan sebenar program inklusif. ( boleh dibuat dalam, bentuk kertas kerja dan dibentangkan semasa mensyuarat kurikulum). Guru pendidikan khas perlu sentiasa memantau perjalanan program inklusif ini dari segi pencapaian

murid,kehadiran murid ,kesihatan murid, tingkah laku murid, dan masalah yang dihadapi oleh guru perdana apabila murid-murid ini diinklisufkan dan membantu untuk mengatasinya.

Guru-guru di aliran perdana yang terlibat juga perlu diberikan penghargaan oleh pihak pentadbiran yang memberi sokongan kepada pelaksanaan pendidikan inklusif ini

dengan cara memberi sijil/surat penghargaan, memberi cenderahati semasa sambutan hari guru atau hari penyampaian hadiah dan merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam majlis rasmi sekolah. Guru di aliran perdana juga perlu diberi taklimat tentang tahap pencapaian murid di program pendidikan khas sebelum mereka mengajar anak-anak ini. Guru pendidikan khas perlu menyediakan laporan perkembangan pembelajaran murid dengan bantuan guru di aliran perdana . Selain daripada untuk diberi kepada ibubapa, laporan perlu dibentangkan dalam mesyuarat

kurikulum supaya keberhasilan pelaksaan inklusif dapat diketahui semua. Jasa Kejayaan program Pendidikan Inklusif ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak pentadbiran, guru guru kelas perdana serta ibu bapa murid. Tanpa kerjasama yang erat dan persefahaman Pendidikan Inklusif ini tidak akan berjaya dan murid yang sepatutnya mendapat pendidikan yang sama rata tidak akan tercapai. Mereka akan sentiasa ketinggalan dan terpinggir. Kita haruslah sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai guru dan tidak harus bersikap pilih kasih ataupun berkira tentang tugas mendidik ini.

Anda mungkin juga menyukai