Anda di halaman 1dari 5

SULIT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

NAMA: ___________________________ KELAS: ___________________

Bulatkan jawapan yang betul.

1.

Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ___________.


A Surau
B Rumah
C Masjid
D Di mana-mana sahaja

2. Jiran anda meminta bantuan daripada anda kerana sakit perut dan ibu bapanya tidak
berada di rumah pada masa tersebut. Apakah yang patut anda lakukan?
A Tidak mempedulikannya.
B Membawanya ke hospital.
C Mengajaknya makan di rumah.
D Menghalaunya dengan kata-kata yang tidak sopan.

3. Berikut merupakan tanggungjawab kita sebagai jiran, KECUALI.


A Tidak menegur sapa dengan jiran.
B Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya.
C Sentiasa membantu apabila jiran memerlukan bantuan.
D Tidak terpengaruh dengan kata-kata yang cuba memburuk-burukkan jirannya.

4. Jiran anda telah menghadiahkan kek yang dibuat olehnya kepada anda. Apakah
tindakan anda?
A Menolak dan tidak menerima kek yang dibuat oleh jiran.
B Menerima kek tersebut dan menghadiahkan kepada orang lain.
C Menerima kek tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada jiran.
D Menerima kek tersebut sahaja tanpa mengucapkan terima kasih kepada jiran.

1
SULIT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

5. Sunil merupakan seorang yang bertutur tanpa berfikir dan kata-katanya selalu
menyakitkan hati orang lain. Apakah nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia
sopan dalam pertuturan?
A Keberanian
B Hemah tinggi
C Kerjasama
D Bertanggungjawab

6. Sebagai tanda hormat kepada jiran, situasi yang mana merupakan perkara yang
perlu dihindari ketika menziarah ke rumah jiran kita?
A Bersalam dengan tuan rumah.
B Menjatuhkan maruah tuan rumah.
C Tidak mengusik barang-barang tuan rumah.
D Bertutur dengan sopan dan menggunakan suara yang lembut.

7. Ramal merupakan jiran Ah Seng. Ayah Ramal sudah meninggal dunia pada 3 tahun
yang lalu dan Ramal hidup bersama ibunya sekarang. Ibu Ramal sentiasa bekerja
sehingga lewat malam untuk mencari rezeki. Hal ini telah menyebabkan Ramal
kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.

Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Ah Seng
untuk memberikan kasih sayang kepada Ramal?
A Tidak mempedulikannya.
B Memarahinya apabila betemu dengannya.
C Mengejek dan menjauhkan diri daripadanya.
D Bermain bersamanya dan menjemputnya makan di rumah.

8. Ah Meng merupakan tauke kedai runcit dan dia mempunyai tiga orang pekerja, iaitu
Hanif, Ariff dan Subrif. Ariff yang bermulut manis sentiasa memuji Ah Meng. Ariff
mendapat gaji yang lebih banyak daripada Hanif dan Subrif walaupun kerja yang
dilakukan oleh mereka adalah sama banyak. Kelakuan Ah Meng telah menyebabkan
Hanif dan Subrif tidak berpuas hati.

Dalam situasi di atas, nilai apa yang patut diamalkan oleh Ah Meng supaya Hanif dan
Subrif berpuas hati.
A Keadilan

2
SULIT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

B Kerjasama
C Hemah tinggi
D Kesederhanaan

9. Pilih situasi-situasi yang menunjukkan seseorang individu yang mempunyai sifat


keberanian.
I Aris menyuarakan pandangannya kepada guru.
II Sannu menunggang basikal ke sekolah seorang diri.
III Siti membantu ibunya memberi beras dan tepung di kedai runcit.
IV Ah Chong menasihati dan menegur jirannya yang gemar membuang sampah ke
dalam longkang yang berhampiran dengan rumahnya.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

10. Kejujuran adalah dasar dari komunikasi yang efektif dan hubungan yang sehat. Hal
ini membuktikan bahwa kejujuran sangat penting, supaya hubungan antara
masyarakat dapat terjalin dengan harmonis. Kejujuran juga akan menciptakan
komunikasi yang baik dan akan terciptanya rasa kepercayaan dalam kalangan
masyarakat.

Dengan merujuk kepada pernyataan di atas, apakah yang akan berlaku sekiranya
kita tidak mengamalkan nilai kejujuran dalam diri kita?
A Dihormati oleh orang lain.
B Dipandang mulia oleh masyarakat.
C Dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah.
D Tidak dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling.

11. Anda pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan, anda
akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan?
A Meminta bantuan ibu bapa.
B Tidak membuat apa-apa persediaan.
C Membuat ulangkaji di saat-saat akhir.
D Mengulangkaji dan membuat latihan Matematik dengan tekun dan rajin.

3
SULIT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

12. Berdasarkan nilai-nilai murni di bawah, nilai murni yang manakah boleh mendorong
kita bagi mengamalkan semangat bermasyarakat dan semangat tolong-menolong?
I Saling bantu-membantu
II Hidup bertolak ansur antara satu sama lain
III Tidak mengambil tahu perihal jiran tetangga
IV Memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

13. Berikut merupakan situasi-situasi yang menunjukkan Afiqah seorang yang


mengamalkan sikap kesederhanaan kecuali
A Tidak mengambil makanan secara seimbang.
B Tidak berbelanja dengan boros dan tidak terlalu mementingkan jenama.
C Tidak makan terlalu kenyang “makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang”.
D Bertutur dengan lemah lembut dan bersopan serta tidak menggunakan bahasa
yang kasar dan kesat.

14. Berdasarkan gambar-gambar di bawah, yang manakah menunjukkan sikap toleransi


dalam kalangan masyarakat.
I

II

4
SULIT PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

III

IV

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

15 Sikap toleransi dan hormat menghormati antara kaum inilah telah meletakkan
Malaysia sebagai sebuah Negara contoh tentang penyatuan kaum. Perpaduan
antara kaum dilambangkan melalui isntitusi raja, yang dianggap sebagai payung
pentadbiran Negara.

Dengan merujuk kepada pernyataan di atas, ramalkan apakah yang akan berlaku
sekiranya kita tidak mengamalkan sikap toleransi dalam diri kita.
A Kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan.
B Masyarakat hidup dalam keadaan yang harmoni.
C Perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat tergugat.
D Permusuhan antara agama atau kepercayaan yang berbeza-beza dapat
dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai