Anda di halaman 1dari 22

1

1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan
biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak
dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya
mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.
Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater
bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan
murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada
murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak
disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin
dipupuk.
Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan untuk mencapai
hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatubahagian bahasa tertentu. Selain
itu, teknik ialah cara yang khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu
kemahiran atau aspek bahasa.
Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif iaitu menyampai bahan
pengajaran dengan menarik minat dan mengekalkan perhatian terhadap pengajaran. Selain itu,
mencapai objektif pegajaran dengan berkesan. Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai
alat atau cara yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa
teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita, teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik
menghafaz dan latih tubi, teknik penyelesaian masalah, teknik brainstorming, teknik tunjuk ajar,
teknik main peranan, teknik bersoal jawab, teknik imlak, teknik kloz, teknik drama, teknik
perbualan dan teknik kuiz.



2

2.0 Teknik bersoal jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan
teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan
perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan
pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini
dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai
teknik menyoal.
Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama
ada dalam. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka
akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar
tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang
boleh ditimbulkan di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-
pelajar di dalam kelas? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti
bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita
mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang
positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.
Tujuan teknik bersoal jawab digunakan
Soalan-soalan boleh digunakan untuk melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu
blok informasi, untuk mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada satu fakta yang
lain, untuk menegaskan kepentingan isi dengan memberikan penekanan kepadanya, untuk
mengarah pelajar ke hala yang betul dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaannya
yang paling bernilai adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan
untuk menganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar
berkomunikasi. Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah:
i. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar.
ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis.
3

iii. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Teknik soal jawab dianggap teknik terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan
Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah
menyediakan soalan-soalan yang dapat mengasah pemikiran kreatif di kalangan pelajar.
Berikut ini merupakan ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai digunakan bagi memungkinkan
kejayaan teknik ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang
ii. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
iii. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar
iv. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajar
v. Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan
vi. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan
kepada murid tertentu sahaja.
vii. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid.
viii. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid.
ix. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
x. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikir
xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
xii. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.


4

Ciri-ciri Soalan yang Sesuai Digunakan
Soalan-soalan yang diolah perlulah bersifat pelbagai. Sifat semula jadi soalan yang boleh
dipelbagaikan bertujuan untuk memastikan tindak balas yang berbeza di kalangan pelajar. Satu
cara yang konvenien untuk mengkategorikan soalan ialah dengan melihat frekuensi
penggunaannya mengikut tahap domain kognitif. Ini bermakna soalan-soalan harus dapat
dikategorikan dengan baik. Umpamanya:
i. Pengetahuan
Soalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat mencerna ingatan
mudah. Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih oleh guru terutamanya ketika menyampaikan
tajuk, topik atau idea baru kepada pelajar.
ii. Pemahaman
Setelah didedahkan dengan sesuatu konsep dan pengetahuan, guru seharusnya menyoal
soalan-soalan yang berbentuk pemahaman. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran
akan berlangsung dalam dimensi memahami atau kegiatan memaham.
iii. Aplikasi
Seterusnya ciri-ciri soalan yang berikut ini melibatkan penggunaan informasi yang diberikan
kepada pelajar. Soalan-soalan aplikasi bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan
pengetahuan menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
iv. Analisis
Ciri-ciri soalan analisis ialah soalan bentuk ini berfungsi untuk memisahkan idea. Pada
peringkat yang lebih tinggi, pelajar akan dikemukakan dengan soalan-soalan menganalisis dan
guru perlulah berhati-hati agar pelajar dapat mengikuti isi pembelajaran dan menggunakan
semua kemahiran yang diterapkan kepada mereka.
v. Sintesis
Soalan sintesis merupakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar mencantum dan
mewujudkan suatu idea baru menerusi maklumat awal yang didedahkan kepada mereka.
5

Kemahiran ini juga menghendaki kemahiran yang tinggi di mana guru dapat membimbing
pelajar sehingga mereka mampu mensintesis maklumat.
vi. Menilai
Pada peringkat yang paling tinggi, soalan berbentuk menilai akan diberikan kepada pelajar.
Menilai bermakna pelajar harus dapat membuat dan juga mempertahankan justifikasi mereka.
3.0 Teknik bacaan mekanis
Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca
mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang
digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan
jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang
pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan
sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul
dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.
Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia
juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi
para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia
menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang
tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang
digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman.
Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta
mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat. Oleh sebab itu, dalam mengajarkan
ketrampilan ini, guru harus dapat memahamkan proses komunikasi dua arah. Lingkaran
komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum dapat memberi tanggapan
secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang diekspresikan oleh pembaca.
Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini,
pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan persepsi yang melibatkan
penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, memahami kata-kata dengan
cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-
kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu
6

pelajar menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan, ia haruslah boleh
melakukan perkara-perkara berikut;
a) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas
b) Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain
c) Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan kata
yang tepat dan sempurna
d) Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir
dan tercapai tujuannya
e) Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat.
Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan
sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul
dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-
kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik
supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan
rentak irama yang sempurna.
Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;
Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas
Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan
juga apabila menggunakan kamus
Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula
berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul
Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain
Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca
bersuara
Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.


7

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;
A. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
kebolehan dan umur murid-murid.
B. Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai
kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
C. Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
D. Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau
kumpulan.
E. Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
F. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk
menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.















8

4.0 Rancangan pengajaran harian tahun 3
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 3 Arif
Tema : Perayaan
Tajuk : Hari Raya Aidilfitri
Tarikh : 29.08.2014
Masa : 09.00-10.00 pagi

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Mendengar frasa, dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.
2. Memahami frasa, dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.
3. Menyebut frasa, dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.

Standard Kandungan:
1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan,
frasa, dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran:
1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa, dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.

Kemahiran bahasa: Kemahiran membaca dan menulis.
Sistem bahasa:

Pengisian kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)
Ilmu: Alam sekitar
Nilai murni: Bekerjasama, berusaha,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK
Kreativiti: Pergerakan Kreatif - imaginasi dan visualisasi, mencipta lagu
Elemen Keusahawanan:
EK 1: 1.9

: Berkeupayaan memimpin: boleh bekerjasama dalam kumpulan
EK 1: 1.12 : Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi: sedia berunding dengan
9

rakan pada bila-bila masa.
EK 2:2.2 : Memerhatikan persekitaran secara kritis dan kreatif: boleh membuat
penilaian.
EK 5: 5.4 : Prinsip ketelusan: Menyatakan atau menyampaikan maklumat dengan
betuk / jelas.

Kepelbagaian strategi:
Kemahiran berfikir: Menajanakan idea, mengenal pasti, merumus, menghubung kait,
menerangkan sebab.
Kemahiran belajar cara belajar: Mendengar aktif, membaca kuat, memproses maklumat.
Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal, visual
spasial.
Pembelajaran kontekstual: Menghubung kait dengan membeli kelengkapan di rumah.

Bahan bantu mengajar:

Bil Jenis Bilangan
1. Model telefon 1
2. Brosur dalam talian 1
3. Komputer riba 5
4. Gambar bersiri dalam talian 4
5. Borang penilaian aktiviti 2


Pengetahuan sedia ada:
Murid sudah biasa menggunakan telefon.








10





Langkah/
masa
Isi Pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan
Set
Induksi
(5
minit)
1. Video memaparkan
perbualan antara anak
dengan emak tentang
pencemaran yang telah
berlaku di kampung
mereka.
2. Soalan:
i. Kenapa berlaku
pencemaran?
ii. Bagagaimanakah
perasaan orang
kampung akibat
pencemaran
3. Tajuk pelajaran:
Kepentingan Menjaga
Alam Sekitar

1. Murid diminta
menonton video
perbualan telefon
tentang
pencemaran alam
sekitar yang berlaku
di sebuah kampung.
2. Guru bersoal-jawab
dengan murid
tentang isi
perbualan yang
didengar oleh
mereka.
3. Guru memberikan
tajuk pelajaran yang
akan diikuti oleh
murid.

1. BCB: Memproses
maklumat
2. PK: Menghubung
kait

Langkah 1
(10 minit)


1. Murid membentuk
kumpulan lima orang.
2. Kandungan video:
Pencemaran
kilang
Kesan
pencemaran

1. Guru meminta
murid berada di
dalam kumpulan
berlima.
2. Guru
menerangkan
kandungan
tayangan video


1. BCB: Belajar
cara belajar
2. BCB: Mencerap
maklumat
3. BCB: Mengenal
pasti isi penting
4. KP: Interpersonal
11

Langkah/
masa
Isi Pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan
kilang
Langkah
mengatasi
masalah
pencemaran
3. Isi penting:
Kesan
pencemaran
kepada alam
sekitar dan
kesihatan
manusia.
4. Kata tanya
(ditayangkan dengan
menggunakan
powerpoint):
Siapakah
Adakah
Kenapakah
Bagaimanakah
5. Pembentangan
kumpulan:
Pihak yang terlibat
Kenapa
berlakunya
pencemaran
Bagaimana
mengatasi
masalah...
6. Rakaman dengan
menggunakan
yang berkaitan
dengan
pencemaran kilang
yang akan ditonton
oleh murid.
3. Guru meminta
murid menonton
tayangan video
dan mengingatkan
isi penting.
4. Secara
berkumpulan,
murid diminta
mengemukakan
soalan antara
mereka dengan
menggunakan ayat
tanya yang telah
disediakan oleh
guru.
5. Guru meminta
wakil kumpulan
untuk
membentangkan
hasil perbincangan
mereka.
6. Guru
merakamkan
jawapan murid
dengan
menggunakan
5. BCB:
Memproses
maklumat
6. Nilai:
Bekerjasama
7. EK: Memimpin
8. Ilmu: Alam
sekitar

12

Langkah/
masa
Isi Pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan
kamera video untuk
ditunjukkan semula
kepada murid sebagai
bahan penilaian.

kamera video.
7. Murid dapat
menyatakan tiga
pertanyaan
dengan
menggunakan kata
tanya yang betul
secara lisan.



Langkah 2
(10 minit)


1. Brosur dalam talian:
http:www.brosur.co.uk
2. Aspek bacaan:
Intonasi kata
tanya
Penekanan
terhadap kata
tanya
3. Contoh bacaan video
dan audio:
Intonasi bacaan
yang betul
Penekanan
terhadap kata
tanya
4. Merakamkan bacaan
dengan menggunakan
alat perakaman
elektronik
5. Bacaan murid:
Aspek bacaan yang


1. Guru meminta
murid membaca
brosur secara
dalam talian.
2. Guru
memaklumkan
kepada murid
tentang aspek
bacaan yang perlu
mereka kuasai.
3. Guru meminta
murid mendengar
rakaman contoh
bacaan yang telah
dirakam terlebih
dahulu.
4. Murid diminta
membaca petikan
dan
merakamkannya
dengan


1. KB: menjanakan
idea
2. BCB:
Mendengar aktif
3. PK:
Menghubung
kait
4. TMK: Integrasi
TMK
5. KP: Verbal
linguistik
6. KP:
Interpersonal
7. KP: Verbal
linguistik
8. KP:
Menghubung
kait
9. EK: Sedia
berunding
dengan rakan
13

Langkah/
masa
Isi Pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan
diberikan perhatian:
sebutan dan intonasi
dengan penekanan
terhadap kata tanya
6. Rakaman
pembacaan:
Murid dipilih
secara spontan
Murid diminta
membaca
berdasarkan
contoh bacaan
7. Borang penilaian
disediakan dengan
menggunakan ms
word dan
powerpoint:
Kejelasan sebutan
Intonasi
8. Aspek bacaan murid:
Sebutan
Kejelasan sebutan
Intonasi kata
tanya

menggunakan
alat perkaman
elektronik (seperti
movie maker)
5. Murid
memperdengarkan
rakaman bacaan
mereka
6. Guru memilih
beberapa orang
murid dan meminta
mereka membaca
di depan
komputer riba
untuk dirakamkan
7. Guru meminta
murid memberikan
penilaian mudah
berdasarkan
pembacaan secara
langsung dan
rakaman
pembacaan.
8. Guru membetulkan
aspek pembacaan
murid
9. Murid dapat
membaca petikan
yang mengandungi
kata tanya dengan
sebutan yang
10. Ilmu: Alam
sekitar


14

Langkah/
masa
Isi Pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan
betul.



Langkah 3
(30 minit)

1. Kumpulan lima orang
2. Laman web:
http://pencemaran.com
www.bharian.com.my
3. Ayat yang
mengandungi kata
tanya:
Bagaimanakah
asap menjejaskan
kesihatan?
Adakah perkara ini
berbahaya?
4. Kotak sembang:
Murid mendaftar
masuk dan
bersembang dengan
rakan dengan
menggunakan kata
tanya:
Apakah...?
Kenapakah...?
Siapakah...?
Bagaimanakah...?
5. Contoh:
Bagaiamanakah
lereng bukit itu

1. Guru meminta
murid berada di
dalam kumpulan.
2. Guru meminta
murid melayari
laman sesawang
yang berkaitan
dengan alam
sekitar.
3. Guru meminta
murid memilih ayat
yang mengandungi
kata tanya.
4. Guru meminta
murid supaya
membuka kota
sembang secara
dalam talian.
5. Guru meminta
murid
bersembang
dengan rakan
mereka dengan
mengemukakan
pertanyaan
dengan

1. KP:
Interpersonal
dan
intrapersonal
2. TMK: Visual
ruang
3. BCB:
memproses
maklumat
4. Nilai: berusaha
5. EK: Membuat
penilaian
6. Ilmu: Alam
sekitar






15

Langkah/
masa
Isi Pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan
runtuh?
Kenapakah
mereka membina
rumah di lereng
bukit?


menggunakan kata
tanya berdasarkan
petikan.
6. Murid dapat
membina tiga ayat
tunggal dengan
menggunakan kata
tanya berdasarkan
bahan grafik.

Penutupan
(5 minit)


1. Kepentingan menjaga
alam sekitar:
Kebersihan
Kesihatan

Contoh kata tanya:
Adakah

1. Koginitf:
Guru meminta
murid
menjelaskan
kepentingan
menjaga alam
sekitar
Guru meminta


1. BCB:
Intrapersonal
2. Kinestatik

16

Langkah/
masa
Isi Pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan
Siapakah
2. Bertepuk mengikut
rima sorakan

murid
memberikan
contoh kata
tanya
2. Sosial:
Murid diminta
bertepuk
tangan
mengikut rima
3. Guru
mengucapkan
terima kasih
kepada murid














17

5.0 Penutup
Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara
suatu perkara yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Dalam bilik darjah, setiap
pelajar akan mengemukan soalan kepada guru bertujuan untuk memahami setiap konsep yang
disampaikan oleh guru semasa didalam kelas. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan
menerangkan isi-isi penting agar pelajar dapat memahami serta membolehkan pelajar
meningkatkan pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Melalui teknik penyoalan ini
pelbagai ilmu dapat dikuasai oleh setiap pelajar sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah
rendah, sekolah menegah mahupun di universiti. Melalui teknik seperti ini juga dapat membantu
pelajar supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang ilmu dengan lebih giat lagi. Guru
juga perlulah mengemukakan soalan kepada pelajar agar pelajar dapat berfikir mengenai topik
yang dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan berkesan. Oleh itu
kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dapat bidang
pendidikan.
Manakala, membaca merupakan satu amalan yang seharusnya dipupuk sejak kecil.
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan
mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan,
mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru
memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru
perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran
membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara
berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.
Kesimpulannya antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berbahasa adalah sangat rapat dan saling berkaitan terutamanya
kemahiran lisan mendengar dan bertutur. Kesemua unsur unsur yang dinyatakan tidak terpisah
malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan
lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu
serta pembelajaran yang berkesan.



18

6.0 Rujukan

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan Pengujian Bahasa: Perspektif untuk Perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

Margaret A. R., Lynne K.L, Janet W.L., (1989). Reading Problems: assessment and
Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall

Marohaini Yusoff (1999). Strategi Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mechado J.M., (1985). Early Childhood Experiences in Language Arts. New York.
Delmar Publisher Inc.






19

7.0 REFLEKSI
Refleksi : WAJ 3073 Seni Dalam Pendidikan
Nama : Kamsul Fakhruradzi Khusairi bin Kamsulbahri
Dengan berasa bersyukurnya, saya dapat menerima kerja kursus subjek BMM3104
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya
telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada saya
terutamanya dalam bidang kerja saya pada masa yang akan datang iaitu sebagai seorang guru
di sekolah rendah nanti. Pengetahuan yang paling bernilai bagi saya adalah tentang membina
satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkualiti dan bersesuaian untuk digunakan di
dalam bilik darjah. Melalui proses penghasilan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu ini, saya memperolehi pelbagai manfaat
yang berguna dari segenap aspek serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru dalam
membina RPH yang menepati kehendak soalan kerana RPH ini hendaklah mengaplikasikan
teknik dan kaedah dalam RPH. Tugasan BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
yang telah diberikan kepada kami serba sedikit telah membuka minda kami sebagai bakal guru
yang akan berkhidmat sebagai seorang guru kelak bahawa sesi pembelajaran seharusnya
menarik dan menyeronokkan untuk menarik minat pelajar untuk belajar tanpa ada perasaan
jemu dalam jiwa mereka. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan pelajar
semakin hari semakin menebal minat mereka untuk menuntut ilmu.
Melalui tugasan ini pelbagai ilmu dan pengetahuan yang baru telah saya perolehi seperti
pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata
bahkan perlu mempunyai elemen seni agar pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih menarik
dan kreatif untuk menghasilkan sesi PdP lebih berkesan kepada murid di dalam bilik darjah.
Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka mata dan minda saya bahawa seni pada hari
ini bukan hanya menjuruskan kepada hiburan sahaja, tetapi melangkaui sempadan untuk
dihubungkaitkan ke dalam sesi PdP walaupun subjek yang diajar bukanlah Pendidikan Seni
Visual tetapi Bahasa Melayu ataupun Sejarah boleh diselitkan unsur seni ketika mengajar
subjek ini. Sebelum tugasan bermula, saya agak keliru tentang fokus utama tugasan ini. Ini
kerana tajuk yang diberikan agak umum, dan menyebabkan saya beberapa kali merujuk
kepada rakan-rakan yang lain. Masing-masing mempunyai tanggapan yang berbeza. Kami
telah bertindak untuk menjalankan kerja kursus ini secara berkolabratif dan berbincang tentang
20

pelaksanaan kerja kursus ini agar objektif dapat dicapai dan tidak tersasar daripada kehendak
soalan.
Walaupun pada mulanya sukar untuk saya fahami kerana subjek ini teorinya agak
mengelirukan dan ada sedikit yang lebih kurang sama maksudnya, namun saya berjaya juga
memahami semua yang telah di ajar oleh beliau. Semasa pertama kali mendapat tugasan yang
diberikan oleh beliau,sememangnya tidak dinafikan keluhan yang ada dalam diri saya, hal ini
kerana terdapat banyak lagi tugasan yang harus disiapkan berikutan dengan tarikh serahan
tugasan yang telah diberikan. Tetapi hal itu tidak pernah melunturkan semangat saya untuk
terus berusaha menyiapkan tugasan ini kerana keluhan tugasan bukanlah alasan untuk tidak
menyiapkan tugasan ini. Itulah prinsip yang ada dalam diri saya untuk lebih memberi motivasi
dalam diri saya. Tugasan yang diberikan tidaklah susah berbanding dengan tugasan yang lain
kerana semuanya ada dalam nota yang diberikan oleh beliau. Apatah lagi Rancangan
Pengajaran Harian yang diperlukan dalam tugasan ini bergantung dengan kreativiti individu
untuk melaksanakan satu RPH yang menyeronokkan dan mencapai objektif. Tambah pula,
pelaksanaan tugasan ini adalah secara berkumpulan dan kami berpeluang untuk bertukar-tukar
pendapat dan saling memberi idea untuk menghasilkan RPH yang baik dan menepati kehendak
soalan.
Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH), objektif merupakan elemen yang penting
dalam merencanakan agenda yang sesuai dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) harian.
Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, guru ditekankan kepada langkah-langkah yang
harus dipelbagaikan supaya tidak berlaku konflik dalam P&P akibat daripada kebosanan para
pelajar. Maka, guru perlulah menumpukan sepenuh perhatian dan kreativiti mereka dalam
mencorakkan perjalanan mereka. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Kesesuaian
P&P adalah penting kerana guru tidak boleh menerapkan unsur-unsur yang tidak baik kepada
pelajar. Misalnya, politik, menyentuh perkauman, nilai-nilai yang tidak beretika dan sebagainya.
Hal ini bertepadan dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Pendidikan
Negara dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual, rohani dan
sosial (JERIS).
Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau
terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman
dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan
adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan.
21

Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran
yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah
laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil
pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran
sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan
dengan lebih tersusun dan berfokus. Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam
aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu
terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.
Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag
pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin
murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru
untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan
kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu
pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang
perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi
mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis
maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan
mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dengan tugasan BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu yang diberikan juga
secara tidak lansung menyediakan mental kami untuk menempuhi alam pekerjaan sebagai
seorang guru nanti. Tugas mengajar dan mendidik sebenarnya tidak semudah apa yang
disangkakan . Hal ini kerana dengan teknik dan pendekatan yang tidak tepat yang digunakan
oleh guru bukan sahaja akan membuatkan pelajar tidak memahaminya malah akan
menjatuhkan semangat belajar pelajar. Kami berpendapat bahawa dengan menggunakan
tigaelemen tersebut di dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar sekaligus
menjadikan murid tersebut melibatkan diri yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak lansuang mampu meningkatkan tumpuan mereka di ketika belajar.
Selain daripada itu, pemupukan semangat kerjasama antara pelajar juga dapat
22

dilaksanakan.dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni. Tidak seperti pembelajaran
tradisional yang menggunakan kapur dan papan hitam sebagai media dalam penyampaian
maklumat. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara
kerjasama untuk mencapai kejayaan bersama.
Berdasarkan tugasan saya ini, dapat saya simpulkan di sini bahawa, Rancangan
Pengajaran Harian adalah satu dokumen yang menjelaskan secara terperinci tentang
perjalanan Pengajaran dan Pembalajaran yang akan dipacu dengan sebaik mungkin oleh insan
yang bergelar guru. Selain itu, ianya juga merupakan perancangan yang disusun dengan teliti
dan kemas serta mengikut urutan tahap kemampuan pelajarnya. Apa yang penting, kedua-
duanya menepati aspek-aspek yang amat diperlukan untuk kegunaan pengajaran dan
pembelajaran. Ketika proses tugasan ini dijalankan, tiada masalah yang timbul dan saya dapat
menyempurnakannya dengan baik sekali. Setiap maklumat yang ingin disampaikan dapat
dinyatakan dengan jelas dalam tugasan ini. Segala ilmu dan pengetahuan yang dikutip ketika
proses penyiapan tugasan ini, amat berguna untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Saya
berasa amat beruntung kerana dapat diberi peluang seperti ini dan amat berharap agar
pengalaman seperti akan diperoleh lagi pada masa yang mendatang. Terima kasih tidak
terhingga diucapkan kepada pensyarah saya yang tidak pernah mengenal erti jemu ketika
membantu saya dan rakan-rakan yang lain menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa kerjasama
beliau, tidak berjayalah tugasan yang diberikan ini.

Akhir kata, saya berasa bahawa tugasan ini secara tidak langsung menambahkan
pemahaman saya tentang subjek ini dan ini dapat dipraktikan di masa akan datang terutama
semasa menjalankan praktikum mahupun semasa berkhidmat di sekolah. Saya amat bersukur
kepada Tuhan kerana memberi saya pensyarah, rakan-rakan dan ibu bapa yang sangat
membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan berkat dari Tuhan serta dorongan rakan-
rakan, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai