Anda di halaman 1dari 2

Bahan Bantu Mengajar ( BBM) Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu, saya telah membuat

pemerhatian mengenai bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PKJR oleh guru dalam bilik kelas. Antara bahan bantu mengajar yang telah digunakan ialah: 1. Media pengajaran 2. Gambar pegun 3. Modul pengajaran 4. Buku latihan 5. Poster 6. Kad keterangan Media Pengajaran Melalui media pengajaran ini, guru telah menggunakan vcd lagu dan video kesedaran untuk menarik minat murid-murid terhadap isi pembelajaran PKJR. Secara tidak langsung kaedah ini dilihat berjaya apabila murid-murid memberikan respon yang baik sepanjang penggunaan bahan bantu mengajar ini. Gambar pegun Bahan bantu mengajar jenis gambar pegun ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan sesuatu situasi mahupun keadaan yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Hal ini dapat memberi gambaran yang umum kepada spesifik terhadap murid-murid mengenai keselamatan jalan raya. Modul Pengajaran Modul pengajaran ini telah dibekalkan kepada setiap guru yang mengajar matapelajaran ini. Ia merangkumi satu set lengkap bahan bantu mengajar PKJR sekaligus dapat memudahkan guru untuk melakukan sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Buku Latihan Buku latihan yang digunakan dapat mengenalpasti tahap penerimaan murid terhadap sesuatu subtopik yang telah diajar. Secara tidak langsung ia dapat mengukuhkan kefahaman murid mengenai pembelajaran yang baru dipelajari. Guru tersebut telah menggunakan BBM ini pada penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati terdapat komunikasi yang baik antara guru dan murid apabila guru meminta murid menjawab soalan yang terdapat di dalam buku latihan. Ini merupakan satu perkembangan yang positif di mana sesi pengajaran dan pembelajaran berjaya menarik fokus dan penerimaan murid-murid terhadap pembelajaran tersebut. Poster Poster juga telah digunakan oleh guru tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran PKJR di dalam kelas. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, guru telah memaparkan dua jenis poster dan dilekatkan di papan tulis.Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sesuatu etika pemakaian ketika menunggang basikal mahupun ketika berjalan kaki. Melalui poster ini, murid-murid lebih jelas terhadap etika yang betul dan perlu diikuti. Kad keterangan Kad keterangan merupakan antara bahan bantu mengajar yang terakhir digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ia telah digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara mengenai keselamatan jalan raya. Melalui kad keterangan ini, ia telah memudahkan pengajaran guru dan juga penerimaan murid terhadap Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini.

Anda mungkin juga menyukai