Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN REFLEKSI Kelas ; 1 Al-firdaus Matapelajaran; Pendidikan Agama Islam Tajuk ; Tilawah Alquran Tarikh; 6 hb Mac 201 Masa;

9.00 pagi 10.20

Refleksi ini adalah berkenaan dengan tajuk pengajaran saya pada tarikh dan masa seperti diatas dalam kelas tahun 1 Al-firdaus. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah berjaya disudahkan dalam tempoh masa dengan jayanya. Seramai 24 orang murid-murid kelas itu dengan pecahan 12 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan masing-masing memberikan respond an tindakbalas yang menggalakkan ketika sejak sesi mula pengajaran dan pembelajaran hinggalah kepada sesi aktiviti iaitu memadankan contoh ilmu dengan bahagian-bahagiannya. Dalam antara 24 orang pelajar tahun 1 Anggerik itu,seramai 4 orang dikesan lemah dalam membaca tulisan jawi berkenaan dengan gambar apabila disuruh oleh guru..Manakala,sebahagian besarnya dapat membaca tulisan jawi dengan lancar. Murid-murid yang lemah ini iaitu seramai 4 orang tanpa mengira jantina akan dikumpulkan dalam satu kumpulan supaya senang bagi guru membuat kelas pemulihan mengenal dan membaca tulisan jawi mereka. Pemulihan bermaksud objektifnya memulihkan sesuatu kekurangan atau kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Sebelum mengadakan sesi pemulihan kepada murid-murid ini,saya terlebih dahulu patut menyelidiki faktor-faktor penyebab kelemahan mereka ini.Banyak sebab yang memungkinkan perkara ini,mungkin sahaja faktor genetik, persekitaran rumahnya, tahap kesihatannya, emosinya yang terganggu dan sebagainya. Terdapat murid yang tidak dapat menyebut ejaan perkataan jawi dengan betul dan tepat,ada yang tidak dapat membezakan antara huruf kecil dan huruf besar,keliru dengan sebutan suku-kata perkataan terbabit. Maka,saya sebagai guru pendidikan Islam harus tahu kelemahan setiap daripada 4 orang murid ini.Saya akan pergi kepada setiap daripada mereka dalam kelas pemulihan,lalu saya akan membantu mereka meahirkan otot-otot tangan dan jari menulis tiap-tiap hruf besar dan kecil pada setiap perkataan jawi itu berulang kali hingga mereka diyakini dapat sebelum berpindah kepada pemulihan bacaan jawi. Bagi murid-murid yang boleh membaca dibahagikan dua,iaitu sederhana dan sudah betul-betul mahir membaca tanpa sebarang kesalahan ejaan dan tatabahasa. Selepas melakukan pengelasan

,saya akan memberikan latihan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan tahap kefahaman dan kemahiran mereka ketika saya menjalankan sesi pemulihan. Semasa saya menjalankan aktiviti memadankan contoh gambar ayat-ayat mudah bersama murid dihadapan kelas.Saya dapati bahawa keseluruhan murid mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti ini secara bersaing hendak ke hadapan kelas. Saya yakin yang murid-murid ini menyukai aktiviti yang saya pilih untuk mereka. Saya rasa aktiviti ini berkesan dalam menguji daya ketajaman mata mereka melihat kepada perkataan yang ditunjukkan lalu dapat mengelaskannya mengikut gambar yang betul. Selepas siap mengelaskan gambar-gambar tersebut,mereka sudah memahami perbezaan. Seterusnya,dalam sesi pembacaan teks dalam buku teks berkenaan tajuk adab menuntut ilmu ini, beberapa orang murid dipanggil untuk membaca dengan kuat dalam kelas.Saya melihat bahawa murid-murid pada tahap awal sekolah menengah begini harus didedahkan dengan teknik membaca yang betul. Membaca tulisan jawi yang betul penting untuk meneruskan kefahaman dan penguasaan mereka terhadap pendidikan Agama Islam.

Saya menyedari kesan kelemahan membaca dan menulis ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran saya ialah menjadi gagal dan objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ini tidak tercapai sepenuhnya.Saya harus sentiasa proaktif mencari pelbagai cara dan kaedah untuk memperbaiki mutu pengajaran saya supaya mencapai matlamat penguasaan 3M dalam matapelajaran Pendidikan Islam dengan jayanya dalam kalangan murid-murid saya ini. Cadangan saya disini supaya murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan ICT dalam pembelajaran, supaya murid-murid ini lebih seronok dan dapat fokus dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Saya juga bercadang akan mencipta dan mereka aktiviti permainan yang lebih hidup dan menceriakan murid-murid saya dan terkesan kepada peningkatan kemahiran mereka membaca dan menulis Jawi bagi matapelajaran Pendidikan Islam.

Saya juga sedar bahawa kemahiran membaca dan menulis dan memahami teks jawi. Oleh itu,saya harus lebih memantapkan kemahiran mengajar yakni kemahiran dan strategi penyampaian pengetahuan dan kemahiran ini kepada murid-murid dengan lebih baik lagi,agar mereka terkesan dengan cara dan strategi pengajaran saya serta mengubah mereka menjadi seorang murid yang mahir dan cekap membaca dan menulis dan memahami teks jawi bagi matapelajaran Pendidikan Islam ini, sekurang-kurang pada akhir tahun ini iaitu sebelum mereka melangkah ke tahun 2.

Anda mungkin juga menyukai