Anda di halaman 1dari 8

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Nama pengkaji : Mohd Hazwan Bin Kamarudin Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak. Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sebuyau

Tajuk kajian: Kesan Menggunakan Lukisan Bergambar Dalam Meningkatkan Pemahaman Murid Berkenaan Tajuk Ibadah Islam

1.0 PENDAHULUAN Dalam memberi kefahaman kepada murid terhadap mata pelajaran di sekolah, guru menggunakan pelbagai pendekatan yang dirasakan sesuai dan bertepatan berpandukan ciri ciri murid, pelajaran yang diajar, bahan bantu mengajar yang dimiliki serta matlamat yang ingin di capai. Bertepatan dengan matlamat yang ingin dicapai dalam Falsafah pendidikan kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Justeru kertas cadangan ini akan membincangkan mengenai Kesan Menggunakan Lukisan Bergambar Dalam Meningkatkan Pemahaman Murid Berkenaan Tajuk Ibadah Islam.

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tahun 4, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Sebuyau. Selepas melaksanakan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid menunjukkan tahap pemahaman yang mengecewakan berkenaan tajuk ibadah. Mereka ibarat tidak memahami secara langsung berkenaan pelajaran yang telah saya sampaikan. Ini berpandukan ujian bulanan dan jawapan yang ditulis dalam buku kerja harian mereka. Mereka sepatutnya sudah memahami pelajaran ini kerana ibadah untuk tahun 4 adalah ibadah asas seperti solat, wudhuk dan najis. Sebagai seorang umat Islam, ini menunjukkan mereka tidak pernah melakukan amalan ibadah walaupun umur mereka sudah mencapai 10 tahun. Pelajar tahun 4 terdiri daripada 11 orang murid dimana 5 ialah murid perempuan dan 6 murid lelaki. Rata-rata murid di kelas ini agak lemah kerana sebilangan daripada mereka tidak mampu membaca tulisan rumi dan jawi dengan baik. Mereka sering tidak menumpukan perhatian dan tidak suka menulis di dalam buku. Apabila diberikan kerja untuk dilaksanakan di dalam buku gerak kerja individu, mereka akan gusar dan mula menggelabah. Mereka menulis dengan lambat dengan tulisan jawi bahasa dialek Sarawak seperti yang difahami oleh mereka. Pun begitu, rata-rata jawapan adalah tidak tepat dan mengecewakan. Pada pemerhatian saya, mereka cuba untuk memahami isi pelajaran, namun dengan pegetahuan yang sedikit dan tidak pernah melihat ibadah tersebut dalam situasi sebenar menyebabkan pemahaman mereka menjadi samar samar. Tambahan pula, mereka tidak tahu menulis sama ada rumi mahupun jawi, ini memberikan bebanan kepada mereka dalam mengaitkan pelajaran dengan ibadah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak mampu memahami ibadah menggunakan tulisan seperti yang ditulis didalam buku teks mahupun di tulis oleh guru di papan hitam. Akhirnya, mereka sekadar bermain dan menunjukkan sikap

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

protes didalam kelas. Sebagai guru Pendidikan Islam, saya merasa terpanggil untuk membantu dalam memberikan pemahaman kepada mereka berkenaan Ibadah Islam ini. Hal ini mungkin kerana cara pengajaran yang saya gunakan selama ini tidak bertepatan dengan tahap pemahaman mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan kefahaman mereka berkenaan tajuk ibadah? mampukah saya menukarkan cara pengajaran biasa untuk membantu murid saya? Apabila saya bincangkan perkara ini dengan guru pendidikan islam yang lain dalam mesyuarat panitia, mereka mengatakan yang pelajar dalam kelas ini sememangnya malas belajar dan tidak minat belajar kerana mereka tidak faham apa yang ditulis dan dibaca oleh guru di kelas. Hal ini disebabkan mereka tidak mampu membaca dan menulis dengan baik menyebabkan mereka merasakan pembelajaran berasaskan tulisan itu tidak menarik. Saya cuba mempelbagaikan cara pengajaran menggunakan kaedah-kaedah yang saya rasakan sesuai dengan pelajaran. Contohnya permainan dan nyanyian, mereka kelihatan berminat dan sangat tertarik dengan pelajaran menggunakan kaedah tersebut, namun ianya menimbulkan masalah apabila mereka membuat bising dan mengganggu kelas-kelas bersebelahan ketika sesi belajar. Mereka juga hanya mengambil inisiatif untuk melepaskan diri daripada belajar dan menulis di dalam buku. Akhirnya, mereka tidak mengingat apa yang mereka pelajari dan hanya berseronok sahaja. Saya perlu melakukan sesuatu agar murid saya mampu memahami pelajaran yang saya ajarkan terutama dalam tajuk ibadah supaya mereka mampu menjalankan ibadah di rumah dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya saya tidak berusaha untuk membetulkan keadaan ini, mereka akan terus hanyut dan tidak mampu memahami pelajaran juga mungkin akan turut membenci mata pelajaran Pendidikan Islam suatu hari nanti. Ini tidak mustahil berlaku kerana ketidakfahaman akan mendatangkan perasaan asing dan jemu, justeru saya

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

perlu memberikan kefahaman kepada mereka supaya mereka mampu memahami Ibadah Islam dengan baik.

3.0 FOKUS KAJIAN Walaupun mereka mempunyai masalah membaca dan menulis, saya ingin memfokuskan berkenaan pemahaman mereka berkenaan ibadah pendidikan islam terlebih dahulu. Pemahaman akan mendatangkan keseronokan dan akan menarik mereka untuk berusaha dalam subjek lain juga. Pemahaman mereka sangat lemah berkenaan apa yang di ajar sehinggakan mereka tidak mampu menyatakan jawapan yang dikehendaki sewaktu di kelas mahupun ketika peperiksaan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: i. OBJEKTIF UMUM Meningkatkan gred pelajar pendidikan Islam dan peratus kelulusan dalam mata pelajaran ini. ii. Membantu murid mengadaptasikan pelajaran ibadah dalam kehidupan seharian OBJEKTIF KHUSUS Membantu meningkatkan kefahaman murid berkenaan tajuk ibadah Meningkatkan kecintaan murid dalam mempelajari subjek pendidikan islam Menjadikan pelajaran pendidikan islam seronok di pelajari oleh murid menggunakan kaedah kaedah yang berkesan.
4

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

5.0 PERSOALAN KAJIAN 1. Bagaimanakah penggunaan lukisan bergambar dapat membantu memberi

kefahaman pelajar dalam menguasai pelajaran ibadah? 2. Bagaimanakah penggunaan lukisan bergambar dapat meningkatkan keupayaan

pelajar mengaplikasi pelajaran ibadah dalam kehidupan seharian? 3. Bagaimanakah penggunaan lukisan bergambar terhadap tajuk ibadah dapat

meningkatkan bilangan pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian bulanan dan peperiksaan pendidikan islam?

6.0 KUMPULAN SASARAN Murid kelas tahun 4 pendidikan islam terdiri daripada 5 perempuan dan 6 lelaki. Rata-rata mereka tidak tahu membaca, menulis dan lemah dalam semua subjek di sekolah. Juga mereka tidak menyukai pelajaran yang bersifat bertulis di samping sangat aktif dalam aktiviti luar dan aktiviti melibatkan kreativiti. Hampir semua murid tergolong dalam kalangan pelajar LINUS ( Literasi dan Numerasi). Mereka sering bergantung kepada rakan yang lebih pandai dalam menjawab soalan walaupun rakan mereka itu berada pada tahap yang agak sama dengan mereka (lemah).

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN Perancangan Tindakan Yang Dicadangkan Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: Ujian khas meneliti tahap penguasaan murid dalam tajuk ibadah berkonsepkan ujian

bertulis. ibadah Latihan secara bertulis dalam buku gerak kerja pendidikan islam. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan murid berkenaan tajuk

Pengajaran menggunakan lukisan bergambar. Cara Pelaksanaan: i. Guru mengajarkan pelajaran dengan melukiskan gambar-gambar berkaitan pelajaran

di hadapan kelas bersama penerangan bertulis. ii. iii. iv. v. Guru memberikan penerangan berkenaan gambar dan pelajaran. Murid menyalin gambar di dalam buku tulis. Guru memberikan latihan amali dan bertulis di kelas. Guru menganalis lukisan dan amali oleh murid.

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

8.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN


TARIKH

BIL. 1. 2. 3 4

AKTIVITI
PELAKSANAAN

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal Kajian Merancang Tindakan - (individu / panitia) Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan

5 Februari, 2014 13 Februari, 2014 18 Februari, 2014 23 Februari, 2014

5 1(dalam JPM) 6 7 8 9 10 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal Kajian Merancang Tindakan - (individu / panitia) Melaksanakan tindakan.- aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 11 (dalam panitia) 12 Melaksanakan tindakan - aktiviti Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 13 (dalam panitia) 14 Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 15 (dalam panitia) 16 17 Ujian untuk mengesan pencapaian murid Refleksi kajian

27 Februari, 2014

5 Mac, 2014 5 Februari, 2014 13 Februari, 2014 18 Februari, 2014 23 Februari, 2014

27 Februari, 2014

22 Mac, 2004 8 Mac, 2004

10 Mac, 2014 12 Mac, 2014

19 Mac, 2014 20 Mac, 2014

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)

18 19

Menulis laporan Kajian Pembentangan dapatan kajian

21 Mac, 2004 28 Mac, 2004

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KUANTITI X HARGA BIL. JENIS BAHAN SEUNIT 1 2 4 Kertas A4 Printer Cartridge Potostat Bahan & laporan kajian 10 x RM 8.00 1 x RM 45.00 KOS RM 80.00 RM 45.00 RM 50.00 JUMLAH

5 6

White board (3' X 2') Buku catatan guru

1 x RM 45.00 1 x RM 2.00 JUMLAH

RM 45.00 RM 2.00 RM 222.00

Anda mungkin juga menyukai