Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.


Praktikum pengajaran di sekolah rendah merupakan satu pengalaman yang
bermakna bagi saya untuk 12 minggu akan dating ini. Kini saya hampir menjadi
seorang guru yang bertauliah dan terlatih. Saya akan menjalani praktikum bermula
dari 20 Januari 2014 sehinnga 18 April 2014. Melalui praktikum ini, satu
pendedahan awal pengalaman guru untuk menghadapi keadaan sebenar alam
persekolahan.
Praktikum yang akan dijalani sebenarnya akan menterjemahkan segala
dapatan tersebut secara sebenar dan konkrit mengikut situasi semasa di sekolah
rendah. Di sekolah rendah, saya akan menggunakan teori yang diajar di IPG dengan
mengikut kesesuaian penggunaannya. Oleh itu, praktikum yang akan dijalani adalah
satu instrument praktik yang amat penting di dalam menjana perkembangan proses
pembelajaran dan pembetukan guru yang mahir dan berpengatahuan luas dalam
pengajaran di sekolah rendah kelak. Oleh yang demikian, sepanjang lebih kurang 12
minggu tempoh praktikum ini yang paling utama sekali yang diharapkan, adalah
saya dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
di IPG di sekolah rendah. ianya disusuli dengan latihan sebenar proses P&P di bilik
darjah. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat membuka satu ruang
pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai pelajar bagi memantapkan lagi
ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada.
Hal ini akan menjana pengetahuan yang baru. Sememangnya, sekolah rendah salah
satu gedung ilmu yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber
rujukan. Ilmu yang diperoleh itu akan bermakna kepada guru pelatih dalam
menjana pembangunan kea rah pembinaan yang cemerlang.
Selain itu, perlaksanaan proses akademik di sekolah rendah adalah begitu
kompleks sekali sifatnya kerana menjalinkan semua unsur ilmu itu menjadi satu dan
diterjemahkan kepada pembetukan insan yang sempurna. Semuanya dijalankan
sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang dapat melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dalam semua aspek jasmani, emosi, rohanidan intelek serta
social (JERI+S). Ianya ditadbor dengan pengurusan sekolah yang melibatkan
sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil
sahaja pihak bukan guru.
Justeru itu, praktikum yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat
membantu saya mengetahui pengurusan di sekolah rendah secara holistik. Hal ini
akan dapat melatih saya kearah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah rendah
yang sebenar. Ianya penting kepada saya kerana, guru akan terlibat sama secara
langsung di dalam pengurusan sekolah apabila bertugas kelak.

Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberi kesan


langsung kepada pelajar seperti saya, seperti apa yang diharapkan.

Anda mungkin juga menyukai