Anda di halaman 1dari 4

FALSAFAH DAN ETIKA KEGURUAN

REFLEKSI
Dalam usaha menyiapkan tugasan, kesukaran yang di tempuh adalah beberapa kekangan seperti masa, internet dan buku buku rujukan. Kekangan sebegini tidak akan mematahkan semangat sebaliknya menambahkan lagi minat dan usaha penulis untuk terus menyiapkan tugasan ini. Bagi menyiapkan tugasan ini penulis perlu memahami dan menilai kehadiran falsafah pendidikan yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Setiap tujuan dan matlamat pengajaran dan pembelajaran perlu diperhalusi dan di nilaikan semula bagi menyucikan tujuan dan asas diri dalam pengajaran. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dihasilkan adalah untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada pelajar. Ianya merupakan salah satu tunjang untuk membentuk pelajar menjadi insan yang baik seterusnya memacu negara ke arah pembangunan modal insan yang lebih dinamik di masa kelak. Pembentukan pula merupakan suatu perbuatan untuk melentur dan membentuk yang bertujuan menghasilkan produk yang lebih teratur dan tersusun. Persekitaran pula membawa maksud alam dan suasana sekeliling yang juga membantu proses pembelajaran pelajar. Membentuk persekitaran pembelajaran menjadi suatu yang kondusif iaitu menurut kamus pelajar edisi kedua 2008, frasa kondusif membawa maksud sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Menurut falsafah pendidikan Negara Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, diri serta bertanggungjawab memberi dan berkeupayaan terhadap mencapai dan

kesejahteraan

sumbangan

keharmonian

kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah ini membantu kita menganalisis tujuan pengajaran anak anak iaitu untuk mambawa kepada keharmonian masyarakat dan Negara. Melalui persekitaran pembelajaran yang baik dan kondusif, anak anak mampu di bentuk menjadi pewaris Negara yang cekap dan bertanggungjawab.
15

FALSAFAH DAN ETIKA KEGURUAN

Namun pembelajaran anak-anak tidak boleh hanya di lakukan oleh pihak sekolah semata, tetapi perlulah digembleng daripada seluruh masyarakat Malaysia. Konsep pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif di sini tidak hanya terletak di ruang persekitaran sekolah sahaja yang merupakan suatu ruang yang kecil namun juga perlu dikaitkan dengan persekitaran kehidupan pelajar itu sendiri. Misalnya disini keadaan persekitaran seperti kampung, bandar, pekan, masyarakat, keluarga serta kawan kawan. Penjagaan persekitaran luar sekolah dan pergaulan pelajar perlu dititik beratkan bagi memastikan pelajar itu menjadi pelajar yang bermoral dan berpekerti mulia di samping mempunyai pelajaran yang baik. Di sekolah, guru guru perlulah menyediakan prasarana dan persekitaran yang berbentuk memberi pengajaran yang sesuai kepada pelajar misalnya menyediakan meja dan kerusi rehat di luar kelas yang juga di sediakan nota nota kecil untuk bacaan para murid. Meja meja di kantin sekolah juga perlu di sediakan nota nota berbentuk fakta dan bacaan ringan yang membantu pelajar mengingati pelajaran dalam masa yang sama menikmati juadah makanan. Banyak cara yang boleh diaplikasikan oleh guru guru dan para pendidik dalam membentuk suasana pembelajaran dalam diri anak anak seterusnya memberikan pegajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam diri anak anak. Di kelas misalnya, murid murid perlu di ajar untuk mengamalkan budaya persaingan dalam pembelajaran dan peningkatan jati diri. Guru guru perlulah mencungkil bakat dan keperibadian terbaik dalam diri pelajar supaya dapat di ketengahkan dan akan membantu pelajar tersebut memilih kerjaya serta jalan hidup di masa hadapan. Disiplin di sekolah juga perlulah dititik beratkan. Ini bagi memastikan murid sentiasa berada di landasan moral dan keperibadian yang baik. Tidak di nafikan, disiplin murid merupakan suatu yang sukar untuk dibentuk namun ianya bukanlah suatu yang mustahil untuk kita mencipta suatu produk yang meyakinkan seterusnya memacu kekuatan modal insan dalam Negara ini. Di rumah, pelajaran secara tidak formal oleh ibu bapa juga perlulah dititik beratkan. Ibu bapa tidak boleh hanya melepaskan tanggungjawab pendidikan anak anak kepada sekolah dan hanya meneliti keputusan pelajaran anak anak sahaja. Selain pelajaran akademik, perlulah di titik beratkan pelajaran kehidupan untuk anak anak dalam erti kata yang lain, kehidupan anak anak seharian seperti pergaulan,
16

FALSAFAH DAN ETIKA KEGURUAN

moral dan disiplin yang membantu melengkapkan diri anak anak menjadi berdikari dan terlatih bagi menempuh alam kedewasaan kelak. Bagi masyarakat sekeliling pula, adalah wajar untuk memberi perhatian dan nasihat kepada anak anak juga dalam masa yang sama mendidik mereka menjadi warga masyarakat yang prihatin. Masyarakat setempat wajar menunjukkan nilai nilai positif kepada anak anak misalnya tolong menolong dan bekerja sama. Wujudkan aktiviti kemasyarakatan yang baik seperti ceramah ceramah agama, gotong royong, ekspo ekspo pendidikan, sukan rakyat dan kem motivasi untuk pelajar. Pelajar biasanya cenderung meniru budaya orang dewasa dan rakan rakan di sekeliling mereka misalnya perbuatan ponteng sekolah. Biasanya perbuatan ini bermula daripada pengaruh rakan sebaya yang memberi impak negatif dalam diri pelajar. Jika di rumah, ibu bapa tidak memberi pendedahan awal yang baik kepada anak anak, juga cenderung membawa mereka kepada kesan yang negatif misalnya ibubapa tidak menasihati anak anak tentang kesan buruk merokok berkemungkinan menyebabkan anak anak akan terlibat dalam gejala ini melalui pengaruh rakan rakan dan masyarakat.

Kembali kepada agama dan moral merupakan suatu langkah terbaik yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang dalam pembentukan modal insan yang berakhlak mulia di kalangan anak anak muda kita sekarang. Kita perhatikan anak muda yang banyak melakukan penyelewengan dan jenayah di Negara kita. Ini berikutan daripada ketidak hadiran perasaan keagamaan dan moral dalam diri mereka, seterusnya menyebarkan virus keburukan dalam masyarakat kita. Adakah ini yang kita mahukan sebagai masa depan anak bangsa kita? Dalam era globalisasi masakini, seringkali kita di kejutkan oleh budaya budaya luar yang tidak baik meresap dan menjangkiti anak bangsa kita. Dalam masa yang sama, kita juga ingin budaya luar yang baik di serap, dipelajari dan di olah oleh anak bangsa kita agar boleh memajukan Negara kita sendiri. Dengan kewujudan teknologi maklumat dan gadget yang canggih, budaya luar amat senang meresapi jiwa dan minda anak anak kita. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai

17

FALSAFAH DAN ETIKA KEGURUAN

golongan pendidik dan masyarakat Negara ini untuk terus menyediakan anak anak untuk tidak terus hanyut dalam era globalisasi. Dengan pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kita mampu memberikan pendidikan terbaik untuk mempersiapkan anak anak kita selaras dengan perkembangan era telekomunikasi dan kecanggihan teknologi dunia. Hal ini memungkinkan kita untuk terus memacu kejayaan di dunia dan tidak hanya memerhatikan bangsa lain mengambil alih tugas dan tanggungjawab kita di dunia ini. Kesimpulannya, kita wajar berbalik pada asas dan akar umbi dalam mendidik anak bangsa. Tiada individu yang mampu di ubah oleh individu lain melainkan diri sendiri yang inginkan perubahan. Walau apa pun cara yang di lakukan, perlulah di fikirkan cara yang sesuai untuk anak anak kita menterjemah bahasa dan pendidikan yang disediakan oleh ibu bapa dan guru mereka. Dengan cara itu, barulah mereka akan mempunyai kesedaran dalam diri mereka sendiri. Melalui kesedaran dalam diri, barulah mereka mampu menjadikan ilmu yang di curahkan sebagai suatu yang berguna kepada mereka dalam menempuh dunia yang penuh cabaran ini. Walaupun refleksi ini mungkinlah tidak terlalu berkaitan untuk tugasan ini, bagi penulis persekitaran pembelajaran yang terbaik merupakan asas yang perlu dititikberatkan dalam menyemai nilai dalam falsafah pendidikan kepada masyarakat setempat yang seterusnya akan membantu meningkatkan modal insan di negara kita. InsyaAllah.

18

Anda mungkin juga menyukai