Anda di halaman 1dari 14

REFLEKSI SEBELUM KE PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang telah


diperkenalkan bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Fokus utama program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini
dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih tentang
alam persekolahan dan peranan guru. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk
memberi peluang kepada guru pelatih memahami tingkah laku murid, pengurusan
sekolah, pengurusan bilik darjah, prasarana dan pelaksanaan kurikulum di sekolah,
melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti
sekolah. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk memberikan pendedahan awal
pembelajaran murid di sekolah, membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab
guru dan akhir sekali, mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan selanjutnya.
Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 5 hari
iaitu bermula dari 17 Mac hingga 21 Mac 2014. Ini merupakan Pengalaman Berasaskan
Sekolah yang ketiga yang dijalani oleh saya sebagai seorang bakal guru di tempat yang
saya mengikuti pembelajarannya iaitu Batu Pahat. Untuk Pengalaman Berasaskan
Sekolah pada kali ini, kami diberi kelonggaran untuk memilih sekolah pilihan kami.Oleh
itu, kali ini saya memilih sekolah yang agak dekat dengan IPG saya, kerana suasana
persekolahan yang lain akan memberi pendedahan yang berbeza mengikut negeri yang
berlainan, lagipun sekolah yang dipilih oleh saya adalah sekolah SKM. Saya berharap
ia akan memberikan suasana yang agak berbeza kerana setakat ini saya tidak pernah
menjejaki kaki saya ke sekolah SKM, oleh kerana itulah saya memilih sekolah tersebut.
Bagi melalui pengalaman yang dinyatakan di atas, saya memilih sekolah SJK (T) Sri
Pelangi di Batu Pahat Johor. Sepanjang menjalani PBS ini, saya tidak keseorangan,
kerana saya diikuti oleh 7 orang rakan SeIpg saya, lebih lebih lagi rakan sekelas
saya. Rakan SeIpg yang mengikuti PBS dengan saya ialah Suganthi Diana A/P
Asiravatham, Jamuna A/P Batumalai, Pavithra A/P Sivasankaran, Unieshaa Devi A/P


Manogeran, Sumithara A/P Manugeran, Praveendran A/L R.Buallua dan akhir sekali
Kanmani A/P Bathumalai juga turut mengikut saya ke sekolah yang sama.
Sebelum kami menjalaninya, kami diberi taklimat khas mengenai PBS oleh Pensyarah
Pihak Praktikum di Dewan Sri Budiman Pada hari rabu bersamaan dengan tarikh 12
Mac 2014. Hasil dan bahan bahan yang diperolehi daripada taklimat tersebut kami
mendapat sedikit pengetahuan luas mengenai PBS tersebut. Apa yang kami patut
dijalankan ialah, kami diberi 2 tugasan iaitu tugasan mengenai Matapelajaran Bahasa
Tamil. Bagi menyelesaikan tugasan ini, kami patut menjalani PBS ini sebagai satu bukti
untuk tugasan yang kami dijalankannya. Mengikut tugasan ini,kami perlu memilih salah
satu tahun dan perlu menjalankan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran mengikut
RPH yang telah kami dibuat. Bukan itu sahaja, kami juga perlu menjalankan aktiviti
yang sepatutnya dibuat supaya mereka memahami pengajaran yang diajar pada hari
tersebut. Ia merupakan tugasan yang perlu dibuat bagi menyempurnakan tugasan yang
telah diedarkan oleh Pensyarah Bahasa Tamil saya.
Manakala tugasan kedua pula, perlu membuat tinjauan mengenai sekolah seperti
kemudahan sekolah, pengurusan sekolah dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dan
sebagainya. Melalui tinjauan ini,kami perlu membuat satu laporan berdasarkan dengan
tinjauan tersebut lalu kami juga perlu menyediakan refleksi sebelum, semasa dan
selepas bagi menyiapkan tugasan ini.Bukan itu sahaja,kami juga diberikan satu senarai
semak tugasan yang dikandungi oleh maklumat maklumat yang perlu dicari apabila
menjalankan PBS ini.Oleh itu, saya membuat satu perancangan awal dengan
menyediakan satu kertas yang dikandungi oleh senarai bahan bahan yang perlu
dicari untuk menyiapkan tugasan bahasa tamil dan PBS supaya tidak ada keciciran
data.
Seterusnya, sehari sebelum menjalani PBS ini, saya berasa resah, walaupun saya
pernah menjalani sebanyak dua kali sebelum ini. Namun ada sedikit kerisauan di
dalam hati tetapi saya juga tidak menghiraukan kerisauan tersebut lalu saya
menyakinkan diri saya dengan perkataan saya adalah bakal guru yang akan memimpin
anak murid saya sehingga ke menara gading dengan jayanya.Oleh itu,saya perlu
membuang sifat- sifat seperti ini. Bukan itu sahaja, saya juga rasa berseronok tetapi


keseronakan tersebut dicampur aduk dengan emosi takut dengan situasi dan
persekitaran sekolah yang bakal berlaku pada keesokan harinya walaupun sekolah
tersebut merupakan sekolah yang dikenali oleh saya, namun ia tetap memberi sedikit
kerisauan terhadap diri saya sendiri.Namun, selepas itu saya berjaya meyakinkan diri
saya untuk menjalaninya kerana saya merasakan bahawa saya cukup bersedia untuk
melaksanakan segala tugasan yang telah diberikan kepada saya.





















REFLEKSI TENTANG TUGASAN ELEKTIF 1 (BTM 3103)

Selamat sejahtera dan Salam satu Malaysia. Saya Sivanaswari A/P Karuppiah dari
kelas RBT 3 (SJKT) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak
yang memberi sumbangan ilham dan idea ke arah percambahan minda sehingga
tugasan ini siap. Tidak lupa juga saya memberi tanda penghargaan kepada Pensyarah
Bahasa Tamil En. Paramasivam A/L Velan yang banyak membimbing dan menunjuk
ajar untuk menghasilkan satu tugasan yang baik.
Lazimnya bagi menghasilkan atau menyiapkan sesuatu perkara dengan berjaya,
seseorang individu tersebut terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan kerenah.
Walau bagaimanapun,individu itu harus mengharungi segala rintangan yang dihadapi
bagi menyempurnakan hasrat mereka.Situasi ini dikatakan sebagai lumrah kehidupan.
Begitulah dengan saya.Saya juga menghadapi pelbagai kesukaran untuk menyiapkan
tugasan ini .
Sewaktu proses menyiapkan tugasan tersebut, saya mengalami kesukaran untuk
mendapatkan sumber rujukan dari pelbagai bahan seperti buku , laman web, tesis dan
sebagainya. Bahan bahan yang saya rujuki minimum dan tidak terluas. Bukan setakat
itu sahaja, sumber rujukan yang saya gunakan tidak mempunyai info-info yang
terperinci seperti yang saya inginkan bagi menyempurnakan tugasan ini.
Inilah kerenahkerenah yang dialami oleh saya sewaktu menyiapkan tugasan yang
diedarkan oleh Pensyarah Bahasa Tamil. Walaupun saya mengalami sedikit masalah,
namun saya boleh mengatakan bahawa tugasan ini banyak memberi inputinput yang
bermakna kepada saya apabila saya menjadi guru kelak.Tugasan tugasan yang saya
dapat daripada Pensyarah Bahasa Tamil ialah:
TUGASAN PERTAMA:
Menjelaskan teori dan prinsip pengajaran dan pembelajarannya. Contohnya Teori
Chomsky,Teori Skinner dan sebagainya.Bahagian pertama ini,banyak memberikan
inputinput dari segi akademiknya kerana ia menjelaskan tentang caracara yang boleh


digunakan untuk mengajar sesuatu pengajarannya dengan pelbagai bentuk dan gaya.
Ia membantu saya apabila saya membuat tugasan kedua iaitu membuat RPH dan
mengaplikasikan dalam kelas apabila menjalankan semasa PBS.Perkara seperti ini
membantu saya dalam menjayakan RPH saya dengan sedaya upaya saya.Oleh itu,
saya berharap,tugasan seperti ini perlu diteruskan kerana pengalaman seperti sangat
membantu seseorang bakal guru kerana ia membiasakan mereka apabila mereka
menjalankan praktikum nanti.
TUGASAN KEDUA:
Seperti yang dinyatakan di atas, perlu membuat RPH mengikut tajuk yang diberikan
oleh Pensyarahnya iaitu 4M-KSSR. Mengikut 4M tersebut,kami diberi 3M sahaja, bagi
menyempurnakan tugasan ini.Contoh 3M yang diberi oleh Pensyarahnya ialah
pendengaran- pertuturan,pembacaan dan akhir sekali penulisan.Mengikut tajuk ini lah,
kami perlu memilih dan perlu membuat RPH mengikut syarat pemilihan tajuk
tersebut.Oleh itu,saya mengalami sedikit kesukaran dalam pemilihan tajuk
tersebut.Namun atas bantuan Pensyarah Bahasa Tamil,saya dapat juga menaikkan
semula semangat saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Setelah
menyiapkan RPH,kami perlu mengaplikasikan RPH tersebut kepada muridmurid di
sekolah yang kami menjalani PBS ini.
Bagi pendapat saya,RPH merupakan satu aktiviti yang boleh dibuat oleh sesiapa
sahaja jika ada tahap pemikiran yang biasa dan sederhana tetapi cara penyampaiannya
adalah salah satu yang penting dan boleh dikatakan susah jika tiada sifat sosial antara
guru dengan murid.Oleh itu,bagi pandangan saya,seseorang guru perlu mengetahui
cara mendampingi seseorang murid yang memilki pelbagai ragam dan kelakuan yang
aneh dan temeh.
Bagi saya,saya mengakur bahawa saya berasa pelik apabila mengaplikasikan Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran tetapi pelik tersebut menjadi pengalaman bagi saya dan
akan dijadikan panduan pada masa saya menjadi guru kelak.Setelah menyiapkan
tugasan ini,saya dapat tahu cara mengawal keadaan kelas dengan jayanya.Oleh itu,
saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Pensyarah Bahasa Tamil kerana memberi banyak pengalaman dan pengetahuan am
kepada saya dan ahli sekawan saya.
Akhir kalam, saya berharap pihak tuan akan meneruskan tugasan seperti ini kerana ia
banyak memberi faedah kepada saya dan ahli sekawan saya.Saya amat menghargai
jasa baik dan sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung. Sekian terima kasih kerana kehadiran encik menjadi
pelita ilmu kepada kami.Kami akan sentiasa menjaga dan mengaplikasikan pelita ilmu
yang disampaikan oleh Pensyarah Bahasa Tamil.

















REFLEKSI TENTANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL DI
SEKOLAH
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Mengikut tugasan ini,saya memilih tahun 1
bagi tugasan saya yang kedua.Oleh itu,saya perlu menyampaikan proses pengajaran
dan pembelajarannya kepada murid berkenaan.Oleh sebab itu,sekolah tersebut, sibuk
dengan aktiviti SCIENCE FAIR yang dianjurkan oleh UTHM,kami mengambil peluang
tersebut bagi menjalankan tugasan kami dengan mengajar mereka mengikut RPH yang
telah dibuat oleh kami.Sewaktu menjalankannya,saya berasa kekok,tetapi atas bantuan
kawankawan saya,saya dapat menenangkan diri saya sendiri.
Oleh sebab, RPH saya terdapat instrumeninstrumen komputer,saya terpaksa
menggunakan kelas komputer kerana sekolah tersebut tidak mempunyai kemudahan
LCD di dalam kelas.Oleh sebab itu,saya membawa muridmurid tahun 1 ke kelas
komputer dengan membuat barisan.Muridmurid tahun 1 tersebut juga mengikut
arahan yang telah disampaikan oleh saya.Setelah membawa mereka ke bilik komputer
saya menyuruh mereka untuk duduk di depan dengan membawa kerusinya bagi
memastikan muridmurid tersebut memberi perhatian terhadap pengajarannya kerana
murid zaman sekarang amat menyukai bendabenda yang berteknologi dan mereka
pandai menggunakannya,oleh sebab itu saya membuat perkara sebegitu.Selepas
berkumpul di depan,saya mengucapkan selamat sejahtera dan juga memperkenalkan
diri saya sebenar kepada muridmurid.Setelah selesainya sesi soal jawab,saya turut
menyertakan senamrobik dengan memainkan lagu AYAM sambil menyuruh mereka
untuk menari mengikut paparan yang ditunjukkan oleh LCD tersebut.Setelah
menyiapkannya aktiviti tersebut, saya memulakan set induksi saya seperti yang
dinyatakan di dalam RPH dan seterusnya diikuti oleh langkah1,langkah 2,latihan
pengukuhan dan penutup.
Apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, terdapat banyak kelakuan yang
berbeza dan mengakibatkan saya berasa marah tetapi sifat kemarahan tersebut tidak
sesuai bagi seseorang guru malah seseorang guru perlu dididik dengan sifat kasih
sayangnya.Oleh itu,di situ saya juga mempelajari sifatsifat yang perlu ada pada
seseorang guru.Melalui tugasan ini,saya mempelajari banyak informasi sebagai


seorang guru dan saya dapat tahu perkaraperkara yang perlu dibuat bagi mencuri
pemerhatian mereka.Di sini juga, saya mengetahui cara menyampaikan maklumat
dengan mudah dan jelas dan difahami oleh mereka.Di sini juga,saya dapat belajar
mendisiplinkan diri dengan menghadirkan diri ke kelas dengan teratur,membuat BBM
dengan sempurna dan pembentangan dan latihan pengukuhan menerusi kertas dan
sebagainya.Perkaraperkara seperti ini menjadikan saya lebih berdisiplin sepanjang 5
hari tersebut.Ia banyak memberi faedah kepada saya kerana dapat menyiapkan
sesuatu tugasan dengan sempurna dan teliti dan mempunyai rasa puas hati.
Setakat perenggan diatas,saya menyatakan bahawa apa yang dapat daripada tugasan
ini tetapi yang seterusnya akan menjelaskan tentang apa yang saya belajar melalui
tugasan ini.Apa yang saya belajar daripada tugasan ini adalah seorang guru adalah
satu jambatan yang membantu murid dalam kehidupan.Jika jambatan tersebut tidak
stabil maka kedudukan Negara juga akan mengalami kemerosotan.Maka saya
beriktibar bahawa saya akan sentiasa menjadi satu jambatan yang kukuh dan memberi
laluan kepada muridmurid dalam menimba ilmu.
Di samping itu,melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui peranan dan
tanggungjawab sebagai seorang guru terhadap negara,bangsa dan budaya.Dari segi
tinjauan ini,saya dapat mengetahui bahawa guru adalah insan yang sangat penting
dalam membangunkan sesebuah negara. Tanpa pengorbanan seorang guru ,tiada ada
orang di alam permukaan bumi ini sebagai seorang yang berjaya dalam
kehidupannya.Dalam BAHASA TAMIL terdapat satu versi yang berkaitan dengan
guru iaitu matha pitha guru theivam(ibu, bapa, guru, tuhan). Apa yang dimaksudkan di
sini ialah ibu+bapa+guru=TUHAN,jika kita menghormati ketigatiga insan ini maka ia
sama seperti kita menyembah tuhan.Oleh itu,kita perlu menghormatinya.Melalui
tugasan ini juga,saya dapat tahu bagaimana seseorang guru berkorban sehingga
melahirkan bakal pemimpin di negara kita.



Akhir sekali, saya dapat tahu pelbagai informasi dan juga kesedaran dari segi tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini.Saya berasa bersyukur dan bangga kerana dapat
menjadi seorang guru pada masa hadapan.
























PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,laporan ini
dapat disiapkan tepat pada masanya.Dalam menyiapkan laporan ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.Saya juga ingin menyampaikan
penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Pensyarah saya iaitu En.Paramasivam
A/L Velan,kerana memberi bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa
membuat laporan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kelas Reka Bentuk dan
Teknologi Pendidikan Rendah ( SJKT) yang turut sama membantu dari segi memberi
tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan laporan ini.

Saya juga terhutang budi kepada keduadua ibu bapa saya kerana memberi
sokongan dan dorongan bagi menyiapkan laporan ini.

Sekali lagi,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pensyarah saya
iaitu En.Paramasivam A/L Velan kerana sanggup berkorban dengan meluangkan masa
bagi menyemak hasil laporan saya ini.







PENUTUP

Apa yang saya simpulkan di sini ialah, Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS )
merupakan satu program wajib bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia.Program ini dilaksanakan bagi setiap semester
sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar IPG.Program PBS ini bertujuan untuk
memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif
seorang guru.Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui
pemerhatian,penelitian dokumen,refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti
sekolah.
Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah
dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks
pengajaran pembelajaran.Ringkasnya dengan menjalani program PBS, pelajar akan
lebih memahami bagaimana guru mengajar,bagaimana murid belajar dan bagaimana
pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.












PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Sekolah Rendah) Kementerian Pelajaran
Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat. Program itu
bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif
seorang guru.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS, pelatih dapat memahami pengurusan
sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan
amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS
pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana
pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.
Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasanyang ditetapkan
sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh
pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus
tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

Tujuan penyataan profesional adalah :
Menyatakan halatuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.
Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan
dengan sistematik.
Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti
yang difokuskan.
Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan /
tindakan susulan.


BIODATA PELAJAR














NAMA : SIVANASWARI A/P KARUPPIAH

UMUR : 21 TAHUN

NO . KAD PENGENALAN: 930825105300

BEKAS SEKOLAH : SMK (P) BUKIT KUDA KLANG,SELANGOR.

ALAMAT RUMAH : NO 3,JLN BERUAS 2D/KU8 TAMAN DAYA MAJU,
MERU 41050 KLANG,SELANGOR.

OPSYEN : REKA BENTUK DAN TEKNOLAGI PENDIDIKAN
RENDAH . (SJKT)

KURSUS : PISMP SEM 3

E-MAIL : SIVANASKARUPPIAH@GMAIL .COM.

Anda mungkin juga menyukai