Anda di halaman 1dari 2

Pentaksiran autentik ialah penilaian yang dilakukan terhadap murid yang melaksanankan aktiviti

atau tugasan yang merujuk situasi kehidupan sebenar dan dapat mempamerkan aplikasi
pengetauan dan kemahiran yang bermakna.

Terangkan bagaimana anda dapat mengaplikasikan aktiviti pentaksiran autentik dalam bilik
darjah.

Jawapan

Salah satu aktiviti pentaksiran autentik di dalam bilik darjah adalah melalui pentaksiran
yang dilakukan secara atas talian. Pentaksiran atas talian ialah proses pengukuran sesuatu
aspek berdasarkan maklumat dan tujuan yang ditetapkan melalui komputer dan rangkaian
internet atau dalam erti kata lain ia merupakan proses yang dilaksanakan secara elektronik.

Seiring dengan perkembangan TMK, ia hanya bermediumkan komputer tanpa kertas


dan pentaksiran yang lain malah murid lebih seronok di samping dapat menjimatkan masa guru.
Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pentaksiran seperti perancangan, penggubalan alat
pentaksiran, penandaan dan pemprosesan makluat pentaksiran hinggalah proses data
pelaporan, perekodan dan pemindahan data pentaksiran di peringkat sekolah seperti PBS
(Pentaksiran Berasaskan Sekolah).

Dengan adanya kemudahan pentaksiran autentik ini, guru dengan mudah dapat
memberi maklum balas terhadap prestasi pencapaian murid dengan serta merta. Guru juga
boleh menggunakan aplikasi e-ujian bagi menilai kebolehan kognitif murid dan prestasi mereka
boleh dinilai menggunakan e-portfolio atau perisian simulasi. Dengan menggunakan
pentaksiran atas talian ini juga, murid dapat melaksanakan pentaksiran pada bila-bila masa di
mana sahaja mengikut kesesuaian masa murid dan tidak dinafikan dapat membantu guru
dalam menjimatkan masa dan tenaga terutama kerja penandaan dan penskoran dengan cepat
dan tepat.

Pentaksiran atas talian juga membolehkan guru dan murid menggunakan keputusan
yang dijana secara automatic untuk membuat refleksi agar dapat menambah baik pencapaian
murid dan peluang murid berkomunikasi atas talian dengan guru mengenai mata pelajaran yang
diajar selepas sesi PDP sekaligus membolehkan guru untuk memberi maklum balas serta
merta. Tambahan lagi, sekiranya sesuatu pelajaran itu berlaku secara berterusan bagi tempoh
yang lama, portfolio dalam talian atau e-portfolio boleh digunakan.
Kesimpulannya, penggunaan pentaksiran atas talian sangat digalakkan kerana banyak
kebaikan yang boleh diperoleh oleh pelbagai pihak terutama sekali bagi pihak guru sendiri dan
murid.

Anda mungkin juga menyukai