Anda di halaman 1dari 12

Tugasan 1: Penulisan Esei

- Perincikan sumbangan Tamadun Islam, Tamadun Cina dan Tamadun India terhadap
pemantapan Tamadun Malaysia dalam aspek pendidikan dan sosial.
- Panjang esei tidak kurang daripada 2000 patah perkataan.

1
Pendahuluan

Tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi


melalui beberapa fasa. Secara umumnya, tamadun merupakan pencapaian atau kemajuan
dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu
dan fizikal. Konsep tamadun merupakan kayu ukur perkembangan masyarakat khususnya di
sekitar kawasan Asia Tenggara.

Tamadun menurut kamus Istilah Bahasa Melayu (1994) juga bermaksud


kebudayaan dan juga peradaban iaitu kemajuan dalam aspek budaya dan tamadun yang
merangkumi jasmani dan rohani. Definisi tamadun menurut Kamus Dewan (1997) pula
menunjukkan keadaan masyarakat manusia yang didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan
dan taraf pemikiran yang tinggi merangkumi bidang sosial, politik, kebudayaan, agama dan
sebagainya. Tamadun dalam istilah barat pula adalah Civilization yang berasal daripada
perkataan Latin iaitu civitas yang bererti bandar manakala dalam bahasa arab pula tamadun
diistilahkan sebagai tamadun dan hadharah. Tamadun juga wujud disebabkan oleh beberapa
faktor, salah satunya adalah tempat yang strategik seperti lembah sungai, orientasi keagamaan
dan kerohania serta pencapaian dalan bidang teknologi. Turut tidak ketinggalan juga adalah
keseluruhan perbahasan tamadun terikat dengan seven culture di mana terbahagi kepada tujuh
aspek iaitu agama, politik, ekonomi, sosial, falsafah, ilmu dan teknik serta sains. Antara
tamadun-tamadun yang memberi sumbangan dalam pemantapan aspek pendidikan dan juga
sosial dalam tamadun melayu adalah Tamadun Islam, Tamadun Cina dan Tamadun India.

Tamadun Cina merupakan tamadun yang terawal muncul di dunia selain tamadun
Mesir dan juga tamadun Yunani. Tamadun ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pembinaan,
zaman peralihan dan zaman moden. Antara kegemilangan tamadun Cina adalah dalm sistem
pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan sains serta reka cipta. Dalam tamadun Cina ini,
mereka sangat popular dengan sistem peperiksaannya yang mengambil masa selama tiga hari
dan 3 malam dan barang siapa yang didapati meniru semasa peperiksaan akan dihukum
bunuh. Menurut Ahmad (2009), peperiksaan tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Hsiu
Tai, Chun Jen dan Chin Sih. Objektif diadakan peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan
jawatan dalam pentadbiran

Seterusnya adalah tamadun India yang juga merupakan antara tamadun yang
terawal wujud di Asia Tenggara di mana ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu India Utara dan

2
India Selatan. Rakyat di India Utara dikenali sebagai Indo-Arya manakala rakyat di India
Selatan pula dikenali sebagai Dravida. Masing-masing menggunakan bahasa yang berbeza
iaitu bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil. Pemisah bagi India Utara dan selatan adalah Vindhya.
Masyarakat Indo-Arya mempunyai empat buah veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva di
mana veda tersebut merupakan karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang
menjadi pegangan masyarakat ini. Kesemua veda ini memberi pengaruh yang kuat di dalam
aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya. Sehubungan
dengan itu, bagi masyarakat Dravida pula, mereka mempunyai kepercayaan dan pemikiran
yang berasaskan kepada mazhab iaitu Siavisme dan Vaisnavisme yang selalu dibicarakan di
dalam puisi klasik Sangam. Hakikatnya tamadun India ini mengamalkan sistem kasta iaitu
perbezaan status masyarakat.

Selain daripada itu, tamadun Islam pula adalah satu-satunya tamadun yang unik
berbanding dengan tamadun-tamadun lain di dunia yang lahir secara evolusi dan terikat pula
dengan situasi dan kondisi semasa. Kemunculan Tamadun Islam ini bermula dengan
penurunan wahyu al-Quran di tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliyyah. Selain itu,
pembinaan tamadun Islam ini juga adalah merangkumi aspek kerohanian ddan kebendaan dan
tidak lupa juga adalah wujud konsep pengawalan terhadap setiap kegiatan budaya yang
berteraskan kepada wahyu. Tidak dinafikan juga bahawa Tamadun Islam adalah satu bentuk
kebudayaan dan peradaban serta sistem yang berpaksi kepada ajaran Illahi yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan dengan itu, segala bentuk kemajuan spiritual dan material
mestilah diselaraskan dengan kehendak ajaran agama. Namun demikian, tamadun islam tetap
menerima unsur-unsur lain yang bukan berasal daripada ajarannya bagi tujuan kebaikan dan
kemajuan umat selagi ia tidak bertentangan dengan syariat islam.

Sumbangan Tamadun Cina, Tamadun India dan Tamadun Islam kepada pemantapan
Tamadun Malaysia dalam aspek sosial dan pendidikan.

a) Tamadun Cina

Masyarakat Cina mempunyai sistem sosialnya yang tersendiri. Hierarki sosial


masyarakat Cina menggambarkan keseluruhan peringkat masyarakat seperti golongan
cendekiawan yang terdiri daripada kelas pemerintah, golongan petani, tukang dan peniaga
saling berkaitan dan bekerjasama dalam menggalas tanggungjawab dan peranan dalam
memajukan negaranya. Selain itu, budaya tradisi yang membawa kebaikan sejak dahulu

3
sehingga sekarang yang telah diamalkan oleh masyarakat cina adalah sikap mementingkan
ilmu pengetahuan dan pendidikan. Seperti yang terdapat dalam ajaran Confucius bahawa
pendidikan merupakan satu-satunya jalan bagi meningkatkan lagi kualiti moral manusia. Oleh
hal yang demikian, beberapa konsep diperkenalkan berhubung dengan soal pendidikan.

Salah satu daripada konsep tersebut adalh zub shi zong tao lei yang bermaksud
mengajar semua orang tanpa diskriminasi. Konsep yang seterusnya pula adalah yin cai chi jiao
iaitu membawa maksud mengajar berasaskan kebolehan dan keperluan. Tambahan lagi,
sumbangan tamadun Cina dalam aspek sosial juga adalah melalui konteks keluarga di mana
mereka mengamalkan prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan
masyarakat yang begitu dihayati oleh tamadun-tamadun yang lain. Menurut Konfusianisme
kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting dan
dalam pengajaran Islam sendiri menyatakan untuk mementingkan kasih sayang dan saling
menghormati.

Seterusnya pula adalah dalam tamadun Cina ada menunjukkan masyarakatnya


yang menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan. Oleh hal yang demikian,
matlamat utama pendidikan mereka adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan di mana
pendidikan di Cina lebih menjurus kepada kepentingan dalam pentadbiran. Peperiksaan awam
ada tiga tahap iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga Chin Shih.
Tahap-tahap tersebut masing-masing setaraf dengan ijazah pertama, ijazah dan doctor falsafah
seperti mana pada zaman moden ini. Peperiksaan pada tahap pertama dijalankan di daerah,
tahap kedua di ibu kota dan tahap ketiga di empayar ibu kota yang bertempat di istana iaitu
berada di hadapan maharaja. Oleh hal yang demikian, mereka yang lulus atau mendapat ijazah
pertama, akan berpeluang untuk menggalas pekerjaan iaitu sebagai pegawai kerajaan dan
ijazah ketiga pula layak menjadi guru ataupun pendidik.

Selain itu, peperiksaan awam berada pada tahap ketiga yang mana ia diadakan
setiap tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam di Cina inilah yang tertua di dunia. Dalam
pada itu, aspek sosial seperti pembentukan masyarakat di Malaysia sebenarnya banyak
dipengaruhi dengan tamadun Cina iaitu kuasa bapa atau lelaki adalah penting kerana lelaki
merupakan ketua bagi sebuah kerajaan. Oleh hal yang demikian, Malaysia dan Cina sama-
sama mengamalkan sistem beraja di mana golongan lelaki sahaja yang boleh menjadi ketua
negara. Atas sebab inilah bidang pendidikan menjadi asas utama bagi membangunkan
sebuah negara yang cemerlang. Justeru, Tamadun Cina dijadikan sebagai rujukan dalam

4
memberi sumbangan kepada aspek sosial dan pendidikan di Malaysia kerana tamadun ini
releven dalam perkembangan dan pembinaan negara bangsa kita. Hal ini dapat dilihat melalui
usaha kerajaan dalam mengejar kemajuan dan pembangunan menerusi wawasan 2020
sebenarnya telah menjadikan perkembangan dan keunikan tamadun Cina menjadi salah satu
rujukan contoh untuk diamalkan. Hal ini juga berkait rapat dengna melihat senario
perkembangan sejarah tamadun Cina yang melalui pelbagai era, dapat disimpulkan bahawa
dengan mengamalkan aspek seperti kemampuan untuk bertahan lama, mempunyai pengaruh
yang luas, progresif, mempunyai hubungan dan interaksi di samping mementingkan nilai moral
sebenarnya dapat memberi sumbangan dalam mewujudkan tamadun yang cemerlang dan
gemilang seperti tamadun Cina.

b) Tamadun India

Di Malaysia, tamadun India telah memberi sumbangan melalui pengaruh yang


dapat dilihat dalam aspek sosial yang meliputi sosioekonomi dan corak budaya masyarakatnya.
Tamadun India lebih menekankan cara hidup berkeluarga serta komuniti yang begitu sinonim
dengan nilai ketimuran. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan pula tamadun India
telah banyak mempengaruhi ilmu dari aspek bahasa yang digunakan di Malaysia. Hal ini
kerana, kesusasteraan India yang mantap dan banyak mengandungi unsur bahasa yang
menarik telah menjadikannya sumber perkembangan ilmu pengetahuan sekitar kawasan Asia
Tenggara. Justeru, pengaruh tamadun ini boleh dilihat dalam konteks penggunaan bahasa
Melayu pada zaman empayar Srivijaya melalui penemuan batu bersurat yang membuktikan
bahawa terdapat 70% kosa kata bahasa Melayu Kuno dan 30% lagi merupakan kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Sanskrit

Wulan bulan Sepuluh sepuluh


Naik naik Datang datang

Sambau kapal Manua benua

Hiyang Tuhan/tuan Swasti selamat

Mgalap mencari Dapunta baginda

5
Marlapas berlepas Bala tentera

Dari dari Tsihara pawang

Membawa membawa Jayasidhayarta kota yang


berjaya
Yang yang
Tlu tiga

Shri bahagia

Turut tidak ketinggalan adalah dalam aspek pendidikan juga adalah melalui perkembangan ilmu
di mana kesusasteraan India telah menjadikannya asas kepada penggunaan dan
perkembangan ilmu di Malaysia yakni sebelum kedatangan Islam di Malaysia.

Sebagai contoh adalah melalui aktiviti penterjemahan dan begitu juga dengan
penekanan melalui penguasaan bidang sains sebagaimana dalam tamadun India klasik,
khususnya perkembangan ilmu sains dan teknologi memberikan pengaruh besar dan
penguasaan ilmu di Malaysia. Tambahan lagi, sistem persekolahan di Malaysia turun menerima
pengaruh tamadun India seperti yang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Hindu atau Tamil
diajar di sekolah jenis kebangsaaan Tamil (SJKT). Turut tidak ketinggalan juga adalah bahasa
ini turut ditawarkan di peringkat institusi pengajian tinggi sebagai salah satu cara bagi
memelihara kesusasteraan tamadun India. Sehubungan dengan itu juga adalah perkembangan
keilmuan tamadun India ini telah membawa impak dalam penguasaan bahasa di Malaysia
kerana terdapat kepelbagaian bahasa di negara ini menjadikan masyarakat Malaysia begitu
unik.

c) Tamadun Islam

Kedatangan Islam ke tanah Melayu telah memberikan kesan dalam semua aspek
kehidupan masyarakatnya seperti aspek sosial, pendidikan, politik dan sebagainya. Dalam
aspek pendidikan mempunyai kesan pengaruh yang amat ketara sekali terutamanya melalui
aktiviti dan majlis ilmu yang giat dijalankan seperti di istana, rumah-rumah ulama dan masjid
yang telah dijadikan pusat dakwah dan pusat-pusat pengajian selain daripada tempat untuk
beribadah. (Abdullah Ishak,1995). Hal ini telah memberi kesan sehingga pada masa kini di

6
mana terdapatnya pusat-pusat pengajian seperti sekolah, kolej dan universiti telah dibina oleh
pemerintah bagi menyemarakkan lagi aktiviti yang menekankan keilmuan ini. Antara
sumbangan tamadun islam dam aspek pendidikan di Malaysia adalah melalui perkembangan
institusi pendidikan dari pondok hinggalah peringkat universiti. Perkembangan sistem sekolah
pondok ini kemudiannya diikuti dengan pertumbuhan sekolah agama sama ada sekolah rakyat
mahu pun sekolah bantuan kerajaan. Sistem ini terus berkembang sehingga kini apabila
beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti universiti dan kolej islam mula didirikan di
Malaysia dari semasa ke semasa. Menurut Ghazali Darussalam (2004), institusi-institusi yang
wujud hasil daripada tamadun Islam di Tanah Melayu yang diadaptasikan dari Patani, Selatan
Thai telah diimport ke semenanjung Tanah Melayu seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu dan
sebagainya.

Perkembangan sistem pendidikan di Alam Melayu telah membawa kepada


perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan. Antara jenis ilmu yang sentiasa diambil berat ialah
ilmu syar'iyyah atau naqliyyah yang merangkumi tiga asas utama agama Islam iaitu usuluddin,
fiqh dan tasawwuf.34 Kitab-kitab yang menjadi rujukan utamanya seperti al-Durr al-Manzum
oleh al-Shirazi, Ihya' 'Ulum al- Din oleh Imam al-Ghazali dan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-
Nawawi. Pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam ini tersebar luas ke kawasan-kawasan sekitan
Alam Melayu seperti di Jawa, Banjar, Riau, Pattani, Terengganu, Kelantan dan lain-lain.
Hakikatnya, pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian melalui sistem pondok ini akan
melanjutkan pelajarannya ke negara-negara Timur Tengah dan pulang semula ke tanah air dan
kemudiannya menggantikan guru-guru yang telah uzur atau tua dan meneruskan lagi legasi
tersebut. Atas sebab inilah masih terdapat banyak lagi pondok-pondok atau madrasah yang
beroperasi seperti mana waktu ia mula ditubuhkan.

Kedatangan Islam telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di Alam


Melayu ke arah bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya yang
mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan untuk menuju ke sesuatu yang
berbentuk realistik. Semenjak penerimaan Islam, kegiatan agama, ilmu dan pendidikan Islam
diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh para ulama dan pendakwah Islam Turut tidak
ketinggalan adalah sistem sekolah pondok telah dinaiktaraf dan diperkemas lagi melalui sistem
sekolah agama atau madrasah yang dilengkapi dengan infrastruktur seperti bangunan sekolah,
kemudahan asrama, tempat rekareasi, pejabat pentadbiran dan banyak lagi.

7
Kurikulum di madrasah juga lebih sistematik dan formal berbanding pondok malah subjek
pendiikan islam tidak lagi hanya tertumpu kepada ibadah dan tauhid semata-mata sebaliknya
menjadi lebih komprehensif lagi. Malah, mata pelajaran agama islam diperluaskan lagi dengan
memasukkan mata pelajaran lain yang amat berguna dalam pendidikan islam seperti Bahasa
Arab, Geografi dan sebagainya di mana berperanan untuk menolong pelajar mendapat
pendidikan yang lebih sempurna dan sistem madrasah ini terus berkembang di seluruh Tanah
Melayu dengan jumlah pembinaan madrasah yang amat menggalakkan. (Ahmad Kilani
Mohamed, 2003).

Tambahan lagi, tidak dinafikan bahawa kedatangan Islam telah membwa banyak
perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio-budaya masyarakat Melayu. Agama
Islam telah membawa ajaran dan tamadun yang lebih tinggi dan lengkap, lebih rasional dan
logik serta lebih mudah diterima oleh masyarakat Melayu. Berpandukan kepada konsep
rasionalisme inilah masyarakat Malaysia dengan sendiri menolak kepercayaan tahyul Hindu
dan fahaman Animisme dan akhirnya tamadun Islam telah berjaya melunturkan kegemilangan
tamadun Hindu atau India di Tanah Melayu. Tamadun Islam mempunyai kaitan yang rapat
kerana islam telah memberikan kurniaan Tuhan kepada Tamadun Melayu di Malaysia iaitu
agama. Hal ini kerana agama Islam berjaya disebarkan ke Tanah Melayu pada masa dahulu
kerana penduduk setempatnya kagum dengan kesucian dan kebersihan agama islam yang
berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Sehubungan dengan itu, tamadun islam juga telah menjadi pedoman hidup untuk
umat-umat islam di Tamadun Melayu ini bagi mencari kebenaran yang sebenarnya. Antara ciri-
ciri sosial yang dibawa oleh Islam ialah persamaan taraf dan persaudaraan islam antara semua
anggota masyarakatnya dan berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu-
membantu antara satu sama lain. Turut tidak ketinggalan adalah cara hidup dan kepercayaan
masyarakat Melayu dipengaruhi oleh agama islam dengan cara yang baik. Tidak dinafikan
bahawa cara hidup dan kepercayaan masyarakat yang dipengaruhi oleh agama Islam dengan
cara yang baik-baik sekaligus menunjukkan bahawa tamdun Islam dan Tamadun Melayu
adalah saling berinteraksi dan memainkan peranan penting dalam perkembangan negara
Malaysia kita pada hari ini.

8
Kesimpulan

Kesimpulannya, tamadun Cina, India dan Islam jelas mempengaruhi dan


memantapkan lagi aspek sosial dan pendidikan dalam tamadun Malaysia. Kita seharusnya
berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai keunikannya yang
tersendiri.

9
Rujukan

Ahmad Kilani Mohamed. (2003). Pengurusan Pendidikan di Sekolah : Huraian Menurut


Perspektif Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ali Mohamed. (2010). Sumbangan Tamadun Islam dan Kehidupan Bermasyarakat di Alam
Melayu hingga Abad ke-17. Sejarah Islam, 68-257.

Angelina Anak Sangop. (2014, December 18). Wordpress Kertas Kerja Terbaik. Retrieved
March 30, 2017, from Kesan dan Pengaruh Tamadun India di Malaysia:
https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan-pengaruh-tamadun-india-di-
malaysia/

Hasnan Ika. (2011, August 11). Tamadun Malaysia. Retrieved March 30, 2017, from
Sumbangan Tamadun Cina Terhadap Malaysia: http://tamadunmalaysia.blogspot.my/

Mohd Rosdi Mahmud. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Alor Star: Pustaka
Darussalam.

10
TUGASAN 2
PEMBENTANGAN

11
KUIZ

12

Anda mungkin juga menyukai